Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 9, 2011

Remaja dulu vs Remaja sekarang..

Curhat by I E Z S M Y at 6/09/2011 04:09:00 PM
.

lingkungan umur 13-20 tu adalah remaja. umur ni lah yang orang kata, darah tengah panas. pantang jumpa benda baru, mesti nak cuba. umur ni jugak jiwa senang memberontak, sebab belum bebetul matang lagi. umur ni jugak, orang kata baru nak UP. senang terpengaruh. kawan cucuk sini sikit, ikut. cucuk sana sikit, ikut. sebab tu banyak noo gejala2 sosial kat Malaysia tercinta ni datangnya dari REMAJA. rempit, buang anak, lawan cakap mak/ayah, rogol etc etc.

aku dulu pernah jadi remaja jugak, tapi dah mantan dah. bila tengok remaja sekarang, pening aku. especially weekend, keluar mesti ada bf/gf. fesyen, macam2 jenis. kadang2 aku rasa malu pun ada. macam ni remaja sekarang? yup, sekarang pengaruh terlalu banyak. jadi si remaja harus mencuba sebelum terlambat. dengan alasan "remaja cuma sekali dalam hidup"


aku ada senarai sikit remaja dulu dengan sekarang.


remaja dulu

1. hidup nya pegi sekolah balik sekolah je.

2. takde hp. nak tengok hp pun macam susah gile. apatah lagi nak sentuh.

3. komputer takde. internet lagi lah. so bila kawan2 yang berada, kaya raya ni dok gebang pasal myspes, friendster, kita nganga je.

4. kalau nak keluar gi bandar dengan kawan2, mesti kena soal siasat cam polis ngan pesalah. last2, dok umah je. haha.

5. social life kurang. well kat sekolah pun kira ber-sosial jugak lah kan. tu bergaul dengan kawan2 sekolah, kira sosial jugak hape. tak semestinya kena gi shopping mall tengok wayang gi capcom tu namanya ber-sosial. ye dak??hehe.

6. lebih menghormati orang tua.

7. hujung minggu, duduk rumah aja. kecuali kalau ada kelas tuisyen.

8. nak berfesyen? jauuuhh sekali! fesyen jenis nerd boleh lah. haha.

9. nak berpacaran? ohh tak de maknanya. sekolah je, jangan nak menggatal.

10. tak manja. kena cubit pusing 180 darjah, kena hempuk buku tebal dek cikgu, tak nangis. sebab salah sendiri tak siap kerja sekolah. make it as a lessons. lepas tu tak buat dah sebab cikgu garang tahap infiniti.



remaja sekarang

1. pegi sekolah, balik sekolah gi shopping mall. atau lepak mana2 dulu sebelum balik rumah.

2. form 1 dah pakai Iphone 4/blackberry/hp canggih abad ini.

3. dah pakai Ipad, paling cikai pun laptop lah. tak pun lagi cikai komputer peribadi yang monitor lcd nipis tu. internet harus ada. sebab memiliki akaun FB adalah penting sekarang.

4. "orang nak gi bandar ngan member." dah tak boleh soal siasat cam polis, sebab nanti kena ugut belasah.

5. social life sesangat!

6. cakap dengan orang tua, macam cakap dengan rakan sebaya. hok alohh..

7. hujung minggu, mesti melepak dengan member2, atau gi dating.

8. fesyen sekarang macam2 sangat. pening tengok kadang2.

9. bf/gf? alah biasa lah tu. sekolah rendah pun dah ada bf/gf. sebab kalau tak ada, kawan akan kata "kau loser!"

10. manja. kena jentik telinga dah keluar paper muka depan. mak bapak nak saman cikgu. hok aloh..


*************************************


tak boleh nak fikir apa lagi. kalau korang ada lagi nak tambah, sila2. hehe.

aku mintak maaf pada remaja yang terasa, aku tak merujuk pada semua remaja2 luar sana. aku tau ada yang baik, dan memang ada yang cemerlang, aku tak nafikan tu. atau memang dia sosial, tapi pelajaran tiptop. aku buat ni sekadar nak berkongsi dari apa yang aku tengok. please, kalau ada yang terasa aku mintak maaf sesangat ok!!




peace! bai!





2 curhat:

Kakzakie Purvit on Friday, June 10, 2011 12:20:00 PM said...

Pada kakak ibu-bapa kena kawal lebih sikit anak remaja kalau tak nak terjebak. Kalau setakat hp itu ok tapi berbf/gf ini kena jaga bimbang tak dapat kawalan negetif jadinya kan.

Asas penting adalah pegangan agama kena kuat....

I E Z S M Y on Friday, June 10, 2011 12:24:00 PM said...

yup betul. tu lah yang penting. bebudak skang cpt sgt nk ber bf/gf. huhu.

salam kenal kak! time kasih komen. =)

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting