Monday, February 28, 2011

ok tak ok tak ??

Curhat by I E Z S M Y at 2/28/2011 11:37:00 PM 0 curhat Links to this post
saya








sedang










mengalami










sindrom










malas









update









belog









....









tapi








saya mengalami sindrom tengok cite korea tak henti henti tanpa rasa jemu bosan boring muak mual loya muntah.









ok tak?




notatambahan: ok bai!



Tuesday, February 22, 2011

“CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL"

Curhat by I E Z S M Y at 2/22/2011 03:13:00 AM 2 curhat Links to this post
assalamualaikum.

pagi pagi ni jalan jalan kat belog orang, terjumpa lah ini....

tiba2 tergerak hati nak join.. tak harap menang, saja suka2, tapi kalau menang pun apa salahnya. hehe. =) i like!

okeh2 straight to the point...this is the picture yang saya nak pertaruhkan untuk contest ni.

loose hijab

sebab apa saya suka gambar ni?hmm entah la, tak tau nak bagitau cemana, tapi saya suka sangat gambar ni. harap anda suka jugak.. (^_^)

tarikh akhir contest ni pada 1 april 2011. nak join? sila klik sini. sapa yang belum join atau nak join, jom ramai2 join, mana tau anda bertuah dari saya. kan.. =)

meh nak tag 2 orang ni. aaa sapa yek...ha ni...

http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com/

dengan

http://nazzy-luv.blogspot.com/



ok dah bai!!!



Sunday, February 20, 2011

Tentang saya

Curhat by I E Z S M Y at 2/20/2011 12:09:00 AM 2 curhat Links to this post
saya dah lama main belog ni. tapi mesti orang tak berapa tau pasal saya kan. yelah, macam jumpa orang baru, mesti la kenalkan nama kan cakap2 pasal diri sikit kan. dah la dulu masuk dunia belog ni main terjah je, tak bagi salam, tak bagi pengenalan diri, tetiba je budak ni ada. hehe.

jadi, meh saya nak bagitau serba sikit tentang saya. meh baca meh.

1. nama saya HADIAZI, tulis atas kertas, letak kat depan cermin. ok thats my real name. hehe.

2. saya anak ke 7 dari 7 adik beradik. ye saya si bongsu. (-_-')

3. manja? suam suam kuku. sensitif? yup, agak sensitif. cepat merajuk? yup. cepat marah? yup, boleh tahan. tapi, saya cepat cool. hehe.

4. sudah bertunang, bakal kahwin.

5. suka kale BIRU. dan putih sikit2.

6. suka benda2 yang comel. macam barang budak2 tu. hihi.

7. i love foods!! foods love i!! haha

8. shopping? boleh la. time berUwang memang gila shopping. hehe.

9. tak suka orang bagi bunga untuk hadiah.

10. saya cintakan COKLAT! (^_^)

11. suka benda2 seni dan kreatif.

12. boleh melukis. potrait, kartun, apa saja....

13. suka bergambar. tapi tengok keadaan lah.

14. suka muzik. apa2 je, janji sedap di dengar.

15. suka kucing, arnab, hamster, binatang2 yang berbulu lembut dan comel.

16. geli ular, cacing, pacat lintah, lipas, ulat gonggok, ulat bulu, kumbang, kumbang tanduk..... eeee!

okeh. 16 je. ini je yang termampu di ingat. ok lah tu. tak boleh bagi banyak2. hehe.

salam perkenalan cemua!


bai!

notasajatambah: tengah demam korea sekarang



Saturday, February 19, 2011

komputer pertama saya

Curhat by I E Z S M Y at 2/19/2011 07:20:00 PM 0 curhat Links to this post
assalamualaikum.

hari ni baik le pulak. haha. sila jawab ok.

kali ni nak cite pasal komputer lah. ni komputer yang sangat pertama dalam dunia. hmm tak tau la ye ke tak, tapi bila saya google 'first computer in the world' keluar gambar2 ni. kalau bukan maknanya si google tipu saya. =/

gedabak gila. haha.

okeh abih intro.


ini pulak, komputer pertama yang saya guna. sama gedabak jugak. haha. jenis je, bukan komputer ni. korang yang lahir tahun 80an mesti pernah guna komputer ni dulu2 kan? tipu kalau tak pernah. dengan monitor yang cembung, tikus besar, cpu besar sekali datang dengan speaker. kalau budak2 sekarang tengok komputer cenggini mesti diorang kutuk ah, siap gelak berdekah dekah. "ee yuww old fashion owkay", "perghh old skul gila dowhh.hahaha!", "wahh antiknya komputer ini. hihihi.." yelah diorang lahir2 je mana nak ada komputer gini dah, semua main slim melim. kalau ada komputer pon semua pakai monitor lcd, takde dah yang cembung gitu. sekarang ni diorang panggil gajet, laptop lah, minibook lah, netbook lah, ha latest i pad. dah macam buku nota, boleh usung sana sini. tengah buang air besar pun boleh layan facebook. eee.. ce kalau korang nampak orang duk usung komputer besar gedabak atas tu sana sini. mesti korang terpegun terkesima kan. pehhh budak ni gila gajet tahap gaban sehhh...kagum aku. haha! =D

dulu, nak beli komputer ni jangan harap lah, harga nya ribu riban, lebih kurang harga ipad sekarang. pernah dengar tak ayat ni dulu, 'satu rumah, satu komputer' cehh ingat semua orang mampu nak beli ke? bagi free tak apa la jugak. orang2 berada je boleh pakai komputer. yang golongan pertengahan ke miskin ni tengok aje. kat sekolah pun masa tu, mana ada makmal komputer lagi. kira penggunaan komputer masa tu belum cukup meluas lagi lah. dan boleh dikatakan kami ni buta it lagi. kalau orang tanya, monitor tu apa? aaaaa...garu kepala mouse tu apa? tikus lah apa daa! cpu tu apa? aaaa CimPanzi Uk uk.. hehehe.

tapi saya agak bertuah jugak lah boleh kenal dan guna benda alah ni masa saya sekolah rendah. kira bukan ketegori buta it lah okeh. haha. citenya, masa tu abang saya belajar kat USM, bila dia cuti sem, lama jugak rasanya, tak pernah amik tau.haha. dia pun bawak balik harta benda dia ke rumah. salah satu, komputer lah. cemana dia bawak balik, tak tau. tiba2 dah ada dalam bilik. jadi dia pun ajar lah saya cemana nak bukak, nak tutup, nak pasang cd, dan guna benda2 dalam tu. saya pun apa lagi godam lah puas2!haha. salah satu tabiat saya, kalau dapat benda baru, mesti akan godam semuanya. dari start, ke program ke control panel, accesories, microsof word semua lah. bila dah penat, main game. masa tu game yang best adventure pinball lah. nak yang relax sikit, solitaire. nak yang sengal sikit, minesweeper. nak mengasah bakat melukis, gi main paint. itu je lah yang tau buat masa tu. haha =D


masa kecik dulu panggil game ni space kedek (space cadet) hahaha. dah besar baru tau oh rupanya pinball.hehe.

masa kecik tak pernah main game ni, sebab macam judi, daun terup kan. dah besar baru cuba main, best jugak.

ok, sampai sekarang tak tau motif game ni cemane. tekan tekan tekan tetiba mati. ha = O ?

main lukis2 pakai tikus. hehe

ada satu malam tu, saya dan sepupu saya, si huda, nak tengok cd, ha masa ni, kat rumah mana ada lagi pemain cakera padat kan, semua still lagi pakai video yang tape tu. so komputer ni ada jugak la kelebihan dia. boleh pasang cd. hehe. masa ni tengah popular cite Titanic. tengah duk gila ke Leonardo DiCaprio. haha. so saya pun pasang, dan kami pun tengok dua orang dalam bilik. dalam cite ni kan ada satu babak yang sensor tu, oh cd ni takda tapis2 punya maa.. huhu. yang masa si leonardo nak lukis gambar kate winslet tu, dan kami pun tengok tanpa rasa bersalah. yelah tengah budak2 lagi kot. naif gila masa ni. bila babak tu dah habis, saya pun pandang si huda, dia gelak2 sambil cakap slow2 "hahaha besar gila dia punya tu hahaha..." saya pun balas "a'ah la hahaha." huda kalau awak baca ni, tolong la gelak sekali. haha =D


bila abang saya dah nak balik U, dia pun hangkut la komputer ni balik..oh babai komputer pinjam, nanti kita jumpa lagi. T__T

saya pakai komputer jenis ni, dari sekolah sampai lah habis kolej. lama jugak, 5,6 tahun lah. agak2 je tu. hehe. tapi lama, dari monitor kecik 14 inci, sampai lah ke 16 inci besar tb tu. semua dah guna, dari cpu cantik bersih suci, sampai la di nodai oleh virus2 cacing trojan sexy segala, sampai kena format, bersih kejap, tapi virus degil tu datang balik, yelah, masatu pakai pendrive, oh pasal tu nanti buat entry lain yek. cucuk kat komputer kolej, yang memang gudang ternak virus, cucuk pulak kat rumah, confirm berjangkit, mana tak kena format gitu. pakai punya pakai, sampai lah komputer tu tak dapat di selamatkan lagi. T___T oh monitor tu saya jual, dapat duit hehe, cpu tak ingat buat apa, tikus ada lagi, buat kenangan nanti boleh tunjuk ke anak cucu. cuu, ni la tikus pertama nenek. hahaha!

saya mula pakai laptop, masa dah kerja, first gaji saya beli laptop, kebetulan ada pc fair, apa lagi, hangkut la satu, gajet woo kena ada jugak sebijik. nanti orang kata ketinggalan ketapi pulak. eh bukan beli laptop, mini notebook. mujur masa tu beli mini, sebab sekarang trend laptop saiz kecik, kalau masa tu beli laptop besar, mesti akan rasa ketinggalan sebab orang duk usung mini notebook.. (-_-')

crazy mininotebook. panjang nama. putih dan gila. tapi sekarang saya dah tepek sticker biru putih dan tetap masih gila. hehe.

tak ada rasa nak tukar notebook ni, saya akan pakai sampai dah tak boleh pakai. sayang woo. baru 2 tahun umurnya. muda lagi. huhu.

canggih, canggih la jugak, tapi asal usul kena ingat. jangan la gelak kalau nampak ada yang pakai komputer besar tu lagi, anggap la dia tak mampu ataupun tak suka kan kecanggihan melampau ataupun tak boleh terima kecanggihan ataupun pengumpul barang antik.hehe.


ok dah. bai!!


notasajatambah: esok kena bangun pagi2 (-_-')



Friday, February 18, 2011

Habit sebenar di waktu lapang+boring+senggang+taktau nak buat apa

Curhat by I E Z S M Y at 2/18/2011 05:17:00 PM 0 curhat Links to this post
hmmmmmm



tak ada apa nak update.




lagipun, saya dah masuk ke alam edit2 gambar ni. baru ada mood dan idea nak buat tu semua. abis la semua gambar aku edit. haha. =D dan sila jangan kacau! *nada tegas





ok dah.





babai!!!!!






oh jap2, nah amik tengok sikit.

sangat amatur. tak puas hati! HUH!

notasajatambah: = O

Wednesday, February 16, 2011

Lepak-ing + Makanan berkolesterol heeee =)

Curhat by I E Z S M Y at 2/16/2011 12:02:00 AM 0 curhat Links to this post
malam tadi si dia ajak keluar. bagus jugak, saya nak bagi pendrive pada dia. so, jam 815, kami keluar, menuju ke restoran atau cafe yang ada wifi dan plug kosong. hehe. senang nak cucuk time laptop memerlukan life support. =)

mula mula ke Lebak Cafe, tapi tak jumpa mana entah dia sorok plug. cett. tak pasal2 kena pegi Coffee Street, tapi sebelum tu usha Restoran D'Oasis kejap, ramai orang la pulak. adoiii.. last2 memang kena pegi Coffee Street. huh kan senang kalau terus pegi je. tak payah buang masa gi pusing sana sini. salahkan...?? aaa bukan salah ibu mengandung. =/

oh ye, makanan mesti la kena ada kan. hehe. i like, i like!!

makanan si dia: nasi goreng kampung. sedap, pedas, sedap (^___^)
air si dia: neslo ais. lupa nak snap gambar. hehe.

air saya: limau nipis ais. sangaattt sedap! pekat, masam! chef recommended. eh tetiba.

makanan ringan: french fries. penyumbang minyak, kolesterol dan garam terbesar malam ni. hahaha =D

saya dah makan kat rumah, sebab tu order makanan ringan aja. ringan la sangat. huhu T__T

pukul 10, pulang ke rumah. saya singgah ke 7 E kejap, nak beli plaster berubat. sebab tidur melampau, tengkuk leher badan jadi lenguh2. padan muka. tapi mata saya nampak ni dulu...

Choco Raisin ooohhh dah lama aku carik kau lahhh!!

setiap kali nak beli tak ada, bila time tak nak beli ada la pulak. cett main main yeh. hari ni dapat jugak. yey! hihi (^_^)

lepas tu baru carik plaster berubat. hehe. bayar dan balik.

dah sampai rumah, basuh muka, ada periuk kukus atas dapur gas, bila bukak ada ni...

jagunggg!!!

yup, my midnight food. hihi.



ok dah. babaiii!!


notasajatambah: terasa selera makan macam gajah pulak = O

Monday, February 14, 2011

Wedding prep # 2 - result for reception hall and catering =)

Curhat by I E Z S M Y at 2/14/2011 04:34:00 PM 2 curhat Links to this post
yup, saya dah siap survey dewan. eh tapi mula2 saya ter-pergi kedai katering. heee. =) cadangnya nak terus tengok dewan, tapi dah alang2 dekat Indera Mahkota, dekat pulak dengan kedai katering tu, so pergi la situ dulu. Ini katering nya

klik gambar untuk besarkan

rasa ~ sedap, dah pernah rasa secara tak sengaja kat majlis orang. hehe
prestasi ~ pernah buat event yang kapasiti 2500 orang. okeh bagus. siap tunjuk bukti lagi. good2.
harga ~ berpatutan, saya ambik menu basic bukan ikut pakej, dalam pakej menu banyak sangat. huhu.



tapi..... frust.... T______T




sebab tak dapat buat nasi beriyani. kalau nak kena tambah lagi sebab nasi beriyani beras mahal.
uhu uhu.






ok dah. teruskan.




kami ke dewan pulak. dewan wisma belia.

masuk ke bahagian pejabat, dan sekali lagi.....




frust T________T




diorang akan tutup setahun untuk renovation sukan malaysia nanti. pahang tuan rumah. speechless. uhu uhu. time2 ni la kau nak buat sukan pulak dah. adoiii. (-_-')

tak apa, ada satu lagi dewan. kompleks dagangan mahkota.

lega. available. tapi bukan tarikh yang saya mahu. tapi tak apa lah, at least ada, lewat sehari je lagi pun. dan dah cop siap2! kalau tak orang lain akan booking. ngak boleh ngak boleh! (^______^)


kalau boleh saya tamau jauh2 dari rumah. so dewan tu lah yang paling dekat selain wisma belia. sebelum ni nak buat kat dewan sekolah, sangat dekat. tapi si dia bagitau, dewan tu orang2 politik @ adun je boleh pakai. oihh apa cer?? bukan nya nak pakai free pun. ingat kami yang bukan orang politik ni takde duit ke? huh. tak adil! sangat tidak adil!

sudah lah, janji dah dapat dewan. lega sudah. =)

eh comel la pulak dia ni (^_^)


oh satu lagi, SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL pada semua pembaca ye.



notasajatambah: lepas ni apa lagi nak survey. oh ye official photographer. any suggestion???

Wedding Prep # 2

Curhat by I E Z S M Y at 2/14/2011 12:33:00 AM 2 curhat Links to this post
today's to do list ~ i mean bukan sekarang la kan, siang nanti, saya dan si dia akan keluar untuk men-survey dewan2.

1. dewan wisma belia
2. kompleks dagangan mahkota
3. dewan yang berdekatan dengan rumah
4. ada tambahan? sila tambah kat komen. haha =D

harap2 jumpa yang berkenan. kalau boleh tak mau jauh2 susah nak hangkut barang keperluan nanti.

oh ye, saya perlu beli bateri jugak. sebab jam2 dalam bilik perlukan life support. kesian, dah lama tak hidup. asyik lupa je nak beli bateri. T___T


ok dah babai!!!!



notasajatambah: yaww it's valentines day. so, ada aku kessahhh??







Sunday, February 13, 2011

edisi mari membesarkan badan (^_^)

Curhat by I E Z S M Y at 2/13/2011 02:36:00 AM 3 curhat Links to this post
jam pukul 2.37 pagi.

saya ke dapur, lalu membuka peti ais, dan mengambil 2biji telur, dan sebuku butter cup. kemudian, ambil mangkuk, pecahkan dua2 telur dan pukul hingga sebati ye puan2..*suara sengau ala2 chef wan. terus ke dapur gas, ambil kuali, dan memotong sedikit butter cup, buka kan api gas, campakkan potongan buttercup di dalam kuali. kacau hingga cair, dan masukkan pukulan sebati telur tadi ye puan2..*sekali lagi suara sengau ala2 chef wan. kacau telur hingga jadi hancur, dan pastikan tidak hangus.

pada masa yang sama bakar roti, dan buat air milo 3 in 1 supaya tidak tercekik.




maka dengan itu......





terjadi lah makanan ini......




3keping roti bakar dengan telur hancur dan air milo.




dimakan di waktu orang tengah sedap tidur.....





tak senonoh kan. orang tidur kau melantak. T____T




ahh lantak lah. sapa suh kata orang kurus?huh.




ni kategori supper ke makan awal pagi? iiihhihii... (^_^)



babai.nak melantak. =p


Friday, February 11, 2011

nak kerja cepat, isi borang macam ni ye. =D

Curhat by I E Z S M Y at 2/11/2011 05:04:00 PM 0 curhat Links to this post
Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

confirm dapat punya lah! haha. =D


enjoy!! babai!!


notasajatambah: boring T___T


kolot atau sempit?

Curhat by I E Z S M Y at 2/11/2011 12:56:00 AM 4 curhat Links to this post
situasi 1

ofis, waktu makan tengahari.

kawan: weh tak gi makan ke?
saya: tak. (ngantuk, nak tido)
kawan: alah diet la tu.
saya: hish *#&*($#&!!!#

situasi 2

ofis, area jam 330 ke 5 petang, saya sedang mengunyah cekedis, nak bagi kurang ngantok. maklum lah dah petang2 slow sikit. hehe =)

kawan: weh makan ni je ke?
saya: (sedang kunyah mamee monster) apsal tak boleh? nak cakap je lah.
kawan: patut la kau kurus. makan benda ni je.
saya: (muka ketat) **#^!(*@*#&!!

situasi 3

gerai tepi jalan. masa ni tengah training interview ke2 yang hampeh tu. 1st gerai minum air suam, 2nd gerai pun sama.

makcik amik order: air apa?
saya: air suam
makcik amik order: ok
kawan: air apa tadi?
saya: air suam... =/
kawan: apsal sakit tekak ke?
saya: ????? *&$@*&@)

okeh meh sini nak buat penjelasan sikit ye awok2 seme.

situasi 1 : ada masalah ke kalau tak nak makan. bukan pakai duit korang pun. saya tau fizikal saya ni kurus, tapi takkan tak makan sekali or sehari korang dah kata 'diet ke?' weii please wake up lah. tolong jangan letak persamaan yang orang kurus kalau tak makan sama dengan diet. macam ni, orang kurus+tak makan= diet. my metabolisme is high ok. makan banyak mana pun susah nak tengok perubahan dalam masa yang cepat. korang nak tengok aku makan macam gajah ke? huh. tunggu lah 3,4,5 tahun lagi ada la perubahan..sikit...sikit je.. (-_-')

situasi 2 : makan cekedis tak ada kena mengena seseorang tu jadi kurus or gemuk. kalau ye pun makan cekedis boleh jadi kurus, tak payah lah orang2 yang berbadan besar tu beli pil2 diet ke pelangsing ke semata mata nak kurus kan. beli cekedis banyak2, ha makan puas2 sampai kurus. tinggal tulang pun lantak lah. lagipun cekedis jauh lagi murah dari pil2 diet tu. betul tak? haha =D oh ye, cekedis tak elok untuk kesihatan jika di ambik dalam kuantiti macam makan nasik. sebab terlalu banyak bahan pengawet, garam, ajinomoto, lemak etc. saya? saya makan kadang2 aja. time betul2 teringin baru beli. jangan ingat saya beli cekedis banyak2 buat stok. tampar kang. huh.

situasi 3 : pernah dengar dalam tb, ke radio ke suruh minum 7-8 gelas air sehari? tipu ok kalau tak pernah dengar. nah baca ni fakta tentang air suam/masak. BACA!!

Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum lebih banyak air. Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah diet makanan yang seimbang, senaman yang kerap, rehat, sentiasa gembira dan ketawa.

Pengambilan air juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Fakta-fakta di bawah mungkin membuatkan anda mula memikirkannya.

Mengapa tubuh memerlukan ‘bekalan’ air baru setiap hari?

Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.

-Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.

-Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.

-Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7

-Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran

-Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.

-Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari)

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.

Senarai di bawah menunjukkan bagaimana tubuh boleh kehilangan air.

-Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.

-Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu bandan dan menjadikan anda berasa selesa.

-Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.

-Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.

-Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.

Tahukah anda?

Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan keran itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.

Ramai yang tidak menyedari tubuh sedang mengalami penyahhidratan dan.

Di bawah adalah simptom-simptom menunjukkan tubuh sedang ‘dahagakan’ air. (Dehydration)

-Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75 peratus air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.

- Letih/Lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.

-Sembelit - Aiar melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.

-Mengurangkan pengeluaran air kencing/Airkencing kotor - Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

-Mulut berbau - Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.

-Mulut kering - Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur.

Penyahhidratan yang teruk juga menyebabbkan:

-Ketegangan otot - Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.

-Kulit - Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta.

-Mata - Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk.

Jadikan pengambilan air sebagai habit..

Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secara kerap sepanjang hari. Bagi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kerap ke tandas, ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. Anda juga akan berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur anda melepaskannya.

sumber dari Mymesra

sebab apa saya buat ni? sebab saya dah penat mendengar orang2 keliling especially yang selalu tanya soalan2 kat atas tu. m.e.n.y.a.m.p.a.h!! >( please be more open minded in this kind of case okeh.


dah. baiii!!!


notasajatambah: geram!


Thursday, February 10, 2011

Marimar Auuwwww!!

Curhat by I E Z S M Y at 2/10/2011 12:21:00 AM 0 curhat Links to this post


suka tengok diorang miming lagu. sangat bersungguh2!! huhu. sapa2 yang stress tu boleh tengok video ni, terhibur la sikit jiwa dan raga. hehe =)

ada banyak lagi video lain, nak tengok diorang miming, gi kat Youtube, search 'moymoy palaboy'.

babai!!!!!!!!! =)


Wednesday, February 9, 2011

hampir hampir jadi orang jakarta.. (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 2/09/2011 12:00:00 PM 2 curhat Links to this post
ibuk, bapak..Selamat Datang ke JAKARTA..


= O


tidakkk, tamau!!!


ok. tu intro je. hihi (^_^) semalam, lepas setel interview hampeh tu, si dia ambik saya. tak, saya suruh si dia ambik saya. tanggungjawab seorang suami perlu dimulakan sekarang. haha =D tiba tiba.

dah masuk kereta, tiba tiba si dia berkias pada saya..


mahukah anda menjadi puan?

ha? =O

mahukah anda menjadi ibu?

haa? = O

tak de apa lah.

haaa? = O
bagitau la apa benda ni.

tak, encik K (nama perlu dirahsiakan) offer abang keja kat Jakarta. jadi pengarah urusan.

HAAAA??? = O


ok cukup. sepanjang perbualan saya banyak haaa aja. bukan pekak, tapi tegezut. its jakarta ok. bukan raub ke bentong ke apatah lagi kedah. pegi sana kena naik kapal terbang. bukan naik kereta. (-_-')

si dia kata kena bagitau keputusan kat encik K malam tu jugak, that means malam semalam la, that means kami kena nikah/kawin, dan si dia akan bawak saya pindah ke sana. kalau tak, kena tangguh kawin lagi setahun. woii gila apa! lamanya. huh tamau tamau. macam2 saya pikir, mak abah macamana, kalau ada emergency macamana, kalau jadi apa2 masa tengah jalan macamana. ish!

sampai rumah, mandi, relax sikit, tapi kepala dok pikir jugak. cettt. si dia mesej, tak terima offer tu. YEEEEAAAYYYY!!!!! lega gilak!! haha =D

agak banyak keburukan dok kat sana. hmmm antaranya, masih ingat masa rusuhan 'sweeping orang malaysia' kalau tak salah, tahun lepas


sekarang memang dah senyap, tapi mana tau akan datang jadi lagi. tu salah satu sebab, yang lain tak payah la cerita kat sini, kang tak pasal2 kena block pulak blog ni. T___T

ok dah. babaiiii!!!!


notasajatambah: dok kat malaysia lagi best =)


Tuesday, February 8, 2011

Foods Heaven > A dinner with Mr. Fiance

Curhat by I E Z S M Y at 2/08/2011 09:41:00 PM 2 curhat Links to this post
perasan tak 2,3 hari ni saya post pasal makanan je? ok foods love me! haha. =D layaannn...

as in the previous post, kat ruangan bawah sekali kale oren tu, saya ada bagitau teringin nak makan western kan. so semalam, 7hb 2, saya dan si dia keluar untuk dinner.

kononnya nak makan kat LemonGrass, tapi macam mahal pulak. so si dia suggest apa kata kita makan kat sini.

saya cakap, eee kat sini ramai cina lah, tak nampak melayu makan pun, lagipun ada western ke. tapi masa sampai tu, tak ada orang sangat pun. lengang sangat. so, tak apa lah, kita cuba ok. so amik tempat kat luar, dan order. lepastu baru perasan ada melayu makan situ. heee =)

appetizer: chicky pops. dalam menu tulis gini. rupenye chicken popcorn. haha. cehh

menu si dia: nasi goreng kampung ayam kot. ingat2 lupa dah. oh ye, dalam bulatan tu garpu, saya cuba musnahkan kuning telur tu. sangat dengki!! =D
air si dia: jasmine tea with honey. tak sedap! pahit. tapi si dia kata sedap. ha = o ?

ok ni gambar menu si dia dari atas. telur kuning yang subur. hahaha =D

air saya: hot chocolate. sedap2!!

menu saya: chicken grill with black pepper sauce

ini dessert. aiskrim. tapi saya tak order. =)

si dia cuba habiskan chicken pops yang banyak. sangat bersungguh sungguh. kesian T__T

muka kenyang. =D

so, sesiapa yang berminat nak mencuba boleh ke sini ya

Address:
Red Flora Cafe
40, 42 & 42A, Jalan Putra Square 3. Kuantan

kat sini selain western, nasi goreng, mee goreng/sup, breakfast pun ada. selamat mencuba. belum cuba belum tau. heeee (^_^)


babai!!!!


notasajatambah: 2nd interview yang hampeh! huh


Monday, February 7, 2011

Mix-cacar marba-campur campur-kelam kabut-bla bla

Curhat by I E Z S M Y at 2/07/2011 03:38:00 PM 4 curhat Links to this post
sesi mari mengomel.. tiba tiba terasa yang blog ni sangat cacar marba. tau kan apa tu? bercampur2. macam rojak atau makanan kat bawah ni. semua nak letak. janji boleh makan. layannn...







kadang kadang terasa blog ni macam tak ada motif. yelah kalau saya jalan blog orang lain, ada jugak motif dia, pasal kawin ke, pasal makanan ke hobi ke apa2 aja. dan terus terasa down tengok blog orang lain macam beh je. tapi blog kita macam hampeh je. ye tak? kalau ye sila geleng. haha =D

anyway, blog saya adalah blog peribadi, so apa yang saya post adalah mengikut kehendak dan perasaan saya masa tu.sebab tu macam rojak. B-)

jadi sapa2 yang baca tu boring, tak payah la baca ye, kalau rasa beh n nak share apa2 komen2 la sikit. lepas tu follow lah saya ye, kalau nak berkawan pun boleh..semua tu tak kena bayar pun kan.

ok jom makan. air liur dah meleleh leleh dah ni.

babai!!!!!


credit picture from Google


notasajatambah: lega dah dapat 2nd interview esok. insyaallah akan dapat kerja

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting