salah satu kegemaran kami. tapi lebih pada aku lah. ehe. kebetulan pergi jumpa OP kat area2 Megamall sana, ada pulak restoran mamak, jadi singgah la makan. molek sangat lah dengan aku yang perut tengah bergendang kelaparan. bagus suamiku bagusss..
Horlick suam aku. waiter tak pekak dah. dia tak bagi air barli dah. bagus.
aku punya maggi goreng. mengidam. huehue. yang blur tu sebab si dia gelojoh.
epal susu, roti telur. si dia punya.
tengah2 makan, tiba-tiba....
si dia: hmm terasa nak makan rojak lah. aku: nom nom nom.. haa? order lah. kite share, kite shareeee... si dia: boss, rojak ayam satu!
ayamnya guna ayam masak kicap. harus lah hitam kan, patah selera. tapi makan jugak lah. tak makan membazir, tak baik nanti rojak tu nangis. sobsssss..
***************************************
lagi satu, si dia suka sangat tengok Boboiboy. aku pun suka gop, kartun kan. ehe nak jugak. pergi Giant, tiba2 kedai CD kat situ pasang cerita tu, dan si dia pun tercongok depan tv sekali ngan budak kecik yang duduk dalam troli sambil mak dia pilih baju. ehh?? laki akuuuu.. aku cuit2 dia sebab nak beli barang, nak cepat balik la bang oii, tapiiiiii... ikut aku kejap, aku toleh belakang, tengok dah hilang, rupanya tercongok kat kedai cd tu semula. ehhh laki akuuuu..
takpe lah bang, saya download Boboiboy untuk abang yepp.. nanti kita tengok sesama yepp..
Boboiboy kuasa tigaaa!!!!!!
suka sangat jerit camni kat aku. obses laki aku nih.
Happy Monday Blues guys. aku tau korang masih terbayang katil empuk bantal busuk kan. mata pulak stim macam garfield.... aku tau aku tauuuuuu..
pagi ni aku dok baca Nara, review pasal pengacara baru Jalan Jalan Cari Makan yang dikatakan hampeh. and I was wondering, hampeh sangat ke? just because dah 3 minggu musim baru tu bersiaran, aku tak sempat2 nak tengok. aku ketinggalan aku tau.
I love cooking/food shows. the most! sebab aku suka makan. tapi JJCM ni selalu tak sempat tengok, dah buat tengahari, biasa tengahari kan suri rumah tangga tengah masak kottt.. eceh masak le sangat kan. duhhh.. well fyi, at least masa tu aku kat dapur =D
dan rata2 semua nak QI jadi pengacara semula. dia memang best, kalau aku tertengok dari mula show sampai habis, asyik sedapnya sedapnya aje mulut ni cakap. dia pun agak hensem. jadi kombinasi beliau dan makanan tu menjadi. sebab tu orang suka tengok. nampak tak ayat aku gaya merepek. lantaklah.
kalau tengok JJCM baru kat iklan, nampak cam dah tak ada yang best. makanan ikut tema. minggu ni tema lain, minggu depan tema lain. oh rupanya makanan ada tema yek. tema balada ada? rock ke? gituu... pengacara lelaki gaya jambu. eee.. perempuan pulak.. emm no komen.
kalau pengacara tak best, kau review makanan sedap tahap air liur meleleh sebaldi pun orang tengok tak sedap jugakkk... kesian... TV3 nak buat perubahan, tapi nampak gayanya orang tak suka. sobs sobs. tetiba.
perkhabaran baru..
aku dah berisi.................................. =)
dengan lemak2 kolestrol2 makanan. huehue. suspen dok? haha. kbai!
last week, nothing happened. si dia terpaksa bekerja sabtu ahad lepas. sabtu memang kerja, tapi ahad ada event. jadi aku duduk di rumah PIL dengan tengok tv dan makan.makan.makan. ok tak senonoh perangai tu. aku tolong MIL masak jugew. huehue.
malam ahad, teman si dia main boling, ingat nak supper sikit, tapi dah agak lewat, so balik rumah tidur sebab esok kerja. we do have a lot of makan lately compare to sebelum kawin. maybe dulu berlainan rumah, so nak makan sendiri2 aje. masak megi makan depan tv, syok oooo. haha.
tapi sekarang, nak makan just cakap, teringin nak makan itu ini, zupp terus pegi. ok tipu, amik masa jugak lah nak makan kat mana, dan masa tu pukul berapa. tak ada lah pukul 2,3 pagi teringin nasik lemak terus pegi. merepek.
minggu ni, si dia tak kerja, belum ada plan apa2. mungkin main masak2 kot. making our version of Hot n' Roll perhaps. =)
last week, kami ke PC Fair di East Coast Mall. ok sekarang lebih banyak guna kata ganti 'kami' harap maklum. haha. menemani dan menolong si dia carik pendrive. well PC Fair kadang2 ada gadget comel2 kan, jadinya aku tahan nafsu dari membeli benda2 comel itu. gambar tak ada sori orang terlalu ramai macam semut hurung gula tumpah dari plastiknya. di samping pendrive, kami juga ber-shopping sedikit iaitu membeli keperluan kerja si dia seperti baju kemeja, tali pinggang, dan sling bag. jadi kenapa ayat aku sangat sastera hari ini? maaf tiada jawapan. aku dah sarapan tadi. tiba2. (-_-')
bila dah siap membeli semua itu, tekak terasa nak makan sesuatu yang sejuk. sejak kawen pegi mana2 mesti carik makanan atau minuman atau aiskrim. mungkin ni maknanya perubahan selepas kawen. yeke? entah.
dan kami terjumpa ini, another version of froyo???
100 gram adalah 58 sen. kami ambik vanilla dan coklat. topping nya kami letak macam2. harga agak berpatutan. not bad for this another version of froyo. kedai nya di luar East Coast Mall. untuk orang2 Kuantan mencuba sila lahhhhh..
hari ni birthday anak sedara aku. SELAMAT HARI JADI KAKAK!! link tu terus ke blog mama nya.
ok bai!
this is not wordless. this is overwordless. eh mengarut.
This is my place, to tell anything to readers. My blog is about my self, family, surroundings, current issues, or anything that I feel want to post in. But I will not touch any sensitive issues. If you think, my blog is interesting, please keep on reading, leave a comment to shared, and do follow me. But if you feel it is bored, 'ntah apa2' or 'syok sendiri' please leave immediately.