Friday, May 27, 2011

K A R A K

Curhat by I E Z S M Y at 5/27/2011 05:05:00 PM 2 curhat Links to this post
.

dah lama tak tengok wayang.. kononnya nak tengok Fast 5, tapi si dia macam tak berkenan pulak.. pesal entah. hmm.. so, usha2 tertengok trailer KARAK kat tv, ouh macam best. sebab si dia suka noo nengok cite antu2 ni, so suggest kat dia, haa terus ok. jadi kami pun tengok lah pada hari 1st tayangan dia. ramai jugaklah kan manusia2..hehe.














tapi...















it's only a typical malay ghost story. it's based on my personal opinion ok! it's not so much about KARAK, as on early of the story, memang pasal jalan Karak yang scary tu kan, tapi bila dah tengah2, kereta terbabas dalam gaung, lepas tu terjumpa sorang orang asli, terperangkap kat rumah orang asli tu, dan benda2 pelek jadi sampai abih cite. bukan cite pasal jalan Karak ke? aku tak pandai nak menilai sangat filem2 ni, tapi ni dari pandangan peribadi aku, aku boleh bagi 3/5 je. sebab, aaa macam boleh tido je bila tengok cite ni. scene yang suspen tetap ada, tersentak jugak la si dia tetiba hantu keluar, nasib popcorn tak tercampak. haha. tapi lepas2 tu, biasa je. bagi yang kebal ngan cite spesis ni, dinasihatkan jangan la tengok, kalau tak nak kuar wayang main sumpah seranah rugi duit je. baik korang gi tengok Transformer lah. tak pun NurKasih. hehe.

tapi satu je yang bagus, dia suruh kita menghayati, memahami maksud ayat Kursi. bukan main hafal je. tu je nilai murni yang aku nampak. pehh dah lama tak guna perkataan 'nilai murni' ni. last masa sekolah je, waktu subjek sastera tu.. apakah nilai murni untuk babak ni, apakah nilai murni untuk itu ini..gitu je main soalan dia, muak aku. huhu. ok dah melalut.

sapa2 yang suka tengok cite spesis ni, dan nak tengok sejauh mana cite hantu pertama karya adik beradik KRU ni, gi je. aku tak ada kuasa nak halang kan. tapi bagi aku, baik korang tunggu DVD, tak pun kalau tak nak membazir duit, tunggu je kat Youtube. hehe.







ok bai! sori gambo tak ada, sebab update kat ofis, kena cepat2. hihi.





Tuesday, May 24, 2011

Rindu lahh!!! T____T

Curhat by I E Z S M Y at 5/24/2011 01:41:00 PM 0 curhat Links to this post
.


rindu pada si dia.. kami dah tak kerja sebumbung lagi, jadi jarang dapat jumpa. but at least seminggu 2,3 kali jugak jumpa..hehe. mengada lebih ni. tapi tak tau kenapa perasaan tiba2 jadi macam ni, sebelum ni ok je. 5, 6 hari tak jumpa, no hal. entah lah, kadang2 kita tak boleh nak agak perasaan yang datang tiba2 je ni kan. so, ikut je lah. =/

rindu pada kawan baik selamanya (BFF).. BFF aku masa sekolah dulu. sekarang masing2 ada life sendiri, jadi memang jarang kami dapat jumpa. kerja, belajar, praktikal macam2 lah. nasib semua orang Kuantan, harap sangat satu masa, bila semua ada, boleh jumpa dan gosip2, makan2, gosip2. hihi. =}

rindu pada bekas rakan sekerja.. Kuantan Specialist Hospital, 2 tahun aku kat sana, macam2 aku belajar. sebab tu kerja pertama aku. rindu nak borak2 waktu dah boring buat kerja, rindu nak bergosip waktu makan tengahari, rindu nak makan Nini Cokolat Celup, Aiskrim, Mamee Monster dan Nyum2 waktu petang2 beli kat kedai Puspa, ye aku suka makanan budak2. AAK? (Ada Aku Kesah?) haha. diorang kat sana dah sedia maklum aku memang suka jajan macam tu. dan terutama sekali rindu kat team HR. rindu kat meja kerja aku. dan semua lah yang ada kat hospital tu. sob sob T_____________T

rindu pada Sepupu Sehidup Semati.. lama tak jumpa dia, terakhir masa aku bertunang tahun lepas. dan lepas tu mesej2 je yang jadi penghubung, at least aku tau apa yang jadi kat dia, kami memang macam adik beradik. even sepupu je. but she's the one who care for me and so close with me since I was a baby till now. tak tau bila dapat jumpa. wei update le blog wehh!! huhu.




korang ada rindu kat sapa2 tak? hihi.














haishh bila ada mood, mengomel je pulak. ok bai!!!





Sunday, May 22, 2011

L O V E

Curhat by I E Z S M Y at 5/22/2011 02:27:00 PM 0 curhat Links to this post
.




I LOVE hiM juSt ThE wAy hE is.

















tapi kadang kadang menyakitkan hati jugak! hish!







Saturday, May 21, 2011

Ber-boling tak hengat!

Curhat by I E Z S M Y at 5/21/2011 11:34:00 PM 0 curhat Links to this post
.


20 Mei 2011

balik keje, si dia mesej, ajak main boling. masa tu aku tengah kesakitan kepala, apsal entah. makan panadol 2 bijik pun macam tak payah makan je, makan sepapan kang terus out pulak dah. haha. aku tanya sapa lagi yang main, Cik Hana, dan Cik Iera, dan ada lagi beberapa orang. sangat merindui korang! dan staff KSH yang lain. hihi. actually, diorang ni bekas officemate aku masa keje kat hospital dulu, dan nak training untuk friendly tournament 12 Jun nanti. tapi apa kes ngan aku? terjebak sekali pulak. ahaha. saje je, suka2, dah lama tak hentam pin2 tu. jadi, aku pun ok.

pukul 7 lebih keluar lah kami. amik Cik Hana, dan Cik Iera dulu, then terus ke Berjaya Megamall. yang beberapa orang tu tak jadi main. sampai lebih kurang 8.45, ok full house. siap ada senarai menunggu. amik kau. ramai noo nak training boling yek. haha. tulis nama, ada lebih kurang 7 ke 8 orang lagi tengah queue. dan lebih kurang setengah jam lagi untuk sampai turn kitorang. so, pegi makan, sebab lapau tahap rimau dah. aku je, yang lain tak. hwahwa!

lebih kurang 9.30 baru dapat main. 2 frame. dapat lane hujung sekali dan licin. ah lantakkan. aku bukan terer tahap Shalin Zulkifli pun, baling pun ketepi, ke longkang, elok2 bola lurus boleh pulak ngelak ke tepi. cinabeng. melawan arahan pulak bola nih. tapi aku ada gak strike 2,3 kali. bukan lah teruk bebeno pun. hehe.

tapi yang bestnya, kitorang dapat 2 frame free. terima kasih kepada pemain lane sebelah yang tak habis main, blah macam tu je. so si dak Iera ni pandai terlebih, di godek2 skrin lane sebelah, tukar nama semua, then Hana buat balingan, pin jatuh. and the game is still on bebeh! hahaha. so kami main 2 lane sekali. tamak? tak. kami cuma habis kan game yang di tinggalkan je. kami tak rugi apa2, lagi best ada lah. hahaha gelak jahat!



tapi tengah main frame ke2, tetiba lampu lane kitorang dipadamkan. aaa..diorang tau ke kitorang amik game orang? ihhii.. masing2 buat muka selamba tengah tukar kasut. pekerja dia datang, tapi bagitau kat pemain lane sebelah mintak tukar lane lain. ok bukan. lega. takut je kot2 kena bayar ke hape kan. hehe. kami terus jalan letak kasut kat kaunter dan blah tanpa rasa bersalah langsung. lalala.. and the game is off on 12 midnight with Iera is the highest. balik jalan terhincut2 sakit kaki woo...sabo je lah. selesai hari semalam punya boling.

hari ini, 21 Mei 2011.

pukul 4 suku, aku tengah tidur, Hana call, tapi tak sempat angkat. hmm sambung tidur. tak lama si dia pulak call. ok yang ni kena angkat lah kan. ajak main boling lagi. woii sakit kaki semalam tak kebah lagi tau. tapi ni, Kak Muni yang ajak. my other former officemate jugak. ha baiklah. pukul 6.

lebih kurang pukul 7 sampai Megamall, start main dalam 7.30. tak ramai sangat lah. sekali lagi dapat lane hujung sekali. aa main je lah. kali ni ada 6 orang, so 3 orang satu lane. 2 frame. main sampai lebam. tambah sakit kaki tangan aku. wuwuwuwuu..tapi best lah kan. bukan selalu. dalam pukul 9 dah habis main, pegi makan kat KFC. lapau woo lapau. kentang goreng KFC macam biskut! mungkin diorang expert on ayam, so kentang2 ni main ikut dan je goreng. cehh..tapi dah lapau, macam biskut pun bedal aja. haha!

dah makan, balik, hantar cik Hana dulu. tak penat tapi lenguh. huhu. tapi seronok.sangat2. nanti seminggu lagi boleh main balik ye. bagi kaki tangan ni baik dulu okeh.

tengok, siap pakai tongkat dah ni ha.... T_____T
(nampok sangat menipunyee.....)




maaf. tak ada gambar sebab semua ada pada dak Iera.



Thursday, May 19, 2011

Tora datang lagi..eh jap..bukan..Nur Kasih datang lagi!!

Curhat by I E Z S M Y at 5/19/2011 01:11:00 AM 0 curhat Links to this post
.
.

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia meninggal dunia.

sinopsis dari sini


fenomena Nur Kasih kembali lagi.. kali ni filem pulak. kalau dulu drama dah 19 juta penonton, filem nya, tak pasti lah berapa juta kan. promosi kat tv pun boleh tahan gempak. tak cukup trailer filem, macam2 lagi ada. harap2 box ofis la kan, kalahkan terus cite si David Teo tu. hehe. ok jugak kan. bukan selalu. sebab cite Khabir Bhatia ni boleh tahan bagus. kalau menjadi, lepas ni mesti pengarah hok lain nok buat cite cam Khabir ni jugak. bese lah aksi tiru meniru ni harus ada kan. pastu kuar statement eh tak lah, tak de niat nak tiru pun bla bla bla.. huh ayat artis... =p


aku google, baca blog gosip, katanya sedeh, dan ending mengejutkan. tengok trailer kat tv pun macam suspen je citenye. huhu. entah lah. aku tak dapat tengok pun, sebab si dia bukan jenis suka tengok cite tangkap leleh macam ni. tunggu dvd je lah. oh sedeh pulak haku. T__T

tunggu review orang2 yang dah tengok je lah yek. beh ke dok. wuwuwu.




ok dah bai!



notatambahan: tengah dengar mp3, tengah nyanyi2 tetiba tersedut kumbang kecik dan tertelan pulak. woi cinabeng betul. nasib kau kecik. hish.


Monday, May 16, 2011

Akasia > Nora Elena

Curhat by I E Z S M Y at 5/16/2011 02:38:00 PM 2 curhat Links to this post
.
.

mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

sinopsis dari sini

#####################################

I'm currently never miss this drama, Nora Elena. setiap isnin - khamis, pukul 7 kat tv3. sebenarnya aku tertengok drama ni masa episod berapa entah, dan tertengok dalam drama ni ada Aaron Aziz yang oh kacaknya tu. hehe. terus terasa cite ni macam best je. salah satu sebab besar sebab si Aaron lah kan. sebelum ni aku bukan layan sangat Akasia ni, cite yang sebelum ni, macam entah apa2 je. especially 2 drama sebelum Nora Elena ni, plot lebih kurang sama je. boring.

tapi cite ni lain. so aku google, rupanya drama ni adaptasi longgar dari Novel 'Kasih yang Suci - Meen Zulaikha'.


Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis novel dari sini


oooo k. well, kalau drama adaptasi, selalunya best. sebab novel bukan cliche. bukan macam drama2 yang kat tv sekarang, asik2 ada dato' datin, kaya raya, rumah nak besau, kereta kalau bukan mercedes bukan kaya lah, anak kawin ngan orang miskin, kawin tak direstu, hidup melarat miskin, last episod bersama semula. entah apa2.

bila aku tengok drama ni, yup, it's different, hari2 macam tak sabar nak tunggu next episode. sama macam baca novel la kan, bila sampai part yang best tu, oh terus tak jadi nak berenti, terus baca sampai habis. hehe. tapi aku carik novel ni kat kedai2 buku, tak ada dah. yelah, novel ni tahun 2009 kot. tapi kalau drama ni hits n popular, mesti novel dia di cetak semula. sama macam filem Lagenda Budak Setan dulu tu. novel yang tebal tu pun di cetak semula.

kalau ada, aku nak beli. baca novel lagi best sebab no limit. you know, bab2 yang privasi tu. hihi. sebab kat drama kena tapis, nama pun adaptasi longgar, memang takkan ada babak romantik atas katil ke hape ke. haha. imaginasi melampau pulak.

tapi, kenapa lah namanya Seth Tan. ce sebut cepat2, kan jadi lain bunyinya. huhu.




ok lah bai!



Saturday, May 14, 2011

The weekenders with the BESTEST GIRLFRIENDS!

Curhat by I E Z S M Y at 5/14/2011 11:37:00 PM 2 curhat Links to this post
.
.

hari ni, aku keluar berseronok dengan teman2 perempuan aku. ehe. yes, i have boyfriends and so do girlfriends. haha. sebenarnya, plan nak keluar ramai2, tapi ada yang busy, tak dapat balik kuantan, pegi kenduri kawin dan lain2, so kami bertiga je yang tak ada apa2 komitmen. semakin besar, semakin kurang dapat berjumpa. T___T takpe, yang lain2 tu lain kali boleh jumpa lagi.

aku keluar dengan cik Naz Syed + adik dia, dan BFF aku dari form 2, cik Fyera. wei nama korang nak gempak kan. panggilnya bukan nama tu pun. sekadar sedapkan membaca je. hehe. kami berjumpa dekat ECM, jalan2 sikit, perut lapar, pegi makan, KFC je, murah sebab ada Lunch Treats. haha.

jalan2-borak2-gosip2-borak2-jalan2-cakap2......tanpa henti. hebat!

seterusnya, dah tak tau nak jalan mana lagi, kami pun ke Xanax untuk karaoke. 2 jam untuk RM22, murah ye. dan kami menyanyi sebanyak yang boleh. memang tak sedar langsung 2 jam tu kejapnya lah. nyanyi2 sampai suara lari-tekak perit-tak boleh tarik suara tinggi-serak. ha amik kau. baru 2 jam. cik Naz oii lepas ni kalau keluar karaoke lagi kau kena nyanyi tau! haha.













dan...













WE'RE.NOT.TAKE.ANY.PICTURE.AT.ALL!













memang masing2 hp ada kamera, tapi kualiti tak sama dengan kamera betul. huhu. tak pe lah, kami bertiga je lagipun. kalau keluar ramai2 nanti harus lah bergambar tak hengat. bila lah tu agoknye.. rindu pulak kat kawan2 sesengal sehingus segila masa zaman sekolah dulu, sekarang dah beso nak jadi mak budak dah. ish ish ish. cepat nya masa...








nak balik zaman sekolah lah!!! T_____________T








bai. nak sambung emo jap. huhu.




Tuesday, May 10, 2011

TERIMA KASIH TECHNICIAN MUKA KETAT.. =D

Curhat by I E Z S M Y at 5/10/2011 01:39:00 PM 0 curhat Links to this post
.
.

Line telefon rumah aku dah ok semalam. lega sikit kalau aku keluar, tak risau sangat mak ayah kat rumah. boleh telefon kalau ada apa2.

Line internet Streamyx aku pun dah ok. baru tadi moleknya. modem rosak, so ditukarkan yang baru. laju gila, tak nyempat2 nak loading. haha.

aku nak ucapkan terima kasih pada technician yang bermuka ketat sebab tolong repair streamyx aku. dah memang keje dia kot. harus lah kan. tapi ce muka tu kasi senyum sikit ke, friendly sikit ke kan.hehe. ceh cakap orang, dia pun sama muka ketat. aaaaa.. no komen!

mungkin masa tu dia tension sebab carik rumah tak jumpa, terus muka cam "pesal la umah kau ceruk hulu sangat, abih minyak aku dok pusing2! cisss.kek.betol!!!" mungkin la kan. tapi takpe, janji internet aku dah ok.

walaupun dia mungkin tak baca blog buruk aku ni, tapi terima kasih le bebanyok yee.. kalau awok takdok, tok tahu le cemane saye ni nok cek emel nok nengok pesbuk, nok tgk itu ini.. mekaseh le yek..




ok tu je nak kabo. bai!




Sunday, May 8, 2011

Nak nanges.. wuwuwuwu T___T

Curhat by I E Z S M Y at 5/08/2011 10:02:00 PM 2 curhat Links to this post
update blog dari laptop pinjam dan broadband pinjam. wargghh!!


laptop aku rosak kena panah petir. menyesal gila tak cabut plug elektrik dari laptop.

sebab dah jadi kebiasaan, aku jarang guna bateri, pakai elektrik je, dan dah biasa lepas guna tutup suis je, tak cabut plug. mungkin aritu malang tak berbau kan, memang le sangat tak ada bau, hujan lebat dengan ribut petir, sekali satu petir memang kuat sangat, shot kan elektrik dalam rumah aku, semua padam! sampai telefon rumah pun padam jugak. dan streamyx aku pun tak boleh digunakan selagi line telefon rumah aku belum dibetulkan. TM kau memang lambat repair line lah! huh! emo jap. huhu.

paling haru, laptop aku pun padam jugak. waaaa! sayang ok dia. walaupun baru 2 tahun lebih pakai, tapi dia comel! T__________T ceh bajet dia tu orang la nak comel2. uuhuhu.

kesian dia, nasib semua dokumen aku simpan dalam D (hardisk), at least boleh di selamat kan lagi segala gambo movie game aku. kalau tak, memang aku...aaa...tak tau nak kata apa dah. redha.

lepas ni kena beli laptop baru. dan janji takkan buat balik macam dulu. sob sob sob. lepas ni dah guna terus cabut plug. sob sob. lepas ni kalau bunyi2 petir, terus tutup laptop. sob sob. janji ni, JANJI!














T_____T














abang, pinjam laptop ni sampai saya beli yang lain ok. time kaseh. sob sob.



bai!


SELAMAT HARI IBU! > ni untuk mak...

Curhat by I E Z S M Y at 5/08/2011 06:57:00 PM 0 curhat Links to this post
aku tak tau apa nama benda ni, tapi macam ala2 frame gambo..abang aku bagi idea suruh bagi benda macam ni. dan 1 setengah hari aku dok mencarik benda ni. nasib jumpa. fuhh... *lap peluh kat dahi...



dan kek, nama tak ingat, tapi yang pasti ada oreo. tu je aku ingat. haha.


walaupun mak suka membebel, marah2, tak suka itu ini, suka mengomen macam2, tapi.... aku tetap sayang sangat2 beliau, orang yang telah kandungkan aku 9 bulan, dan lahirkan, dan susukan, dan besarkan, dan semua lah. sedikit sebanyak perangai beliau turun kat aku, suka membebel..... aaaaaaaaa.... ok...

"SELAMAT HARI IBU!! adik sayang mak sangat sangat sangat..!!!"


oh tak lupa juga pada bakal mak mertua aku. hehe.


bai!


Thursday, May 5, 2011

Wajah KEJUJURAN ketika tidur

Curhat by I E Z S M Y at 5/05/2011 01:45:00 AM 4 curhat Links to this post
.
.



Renung dan tataplah wajah orang-orang yang kita sayang, ia dapat memberikan getaran perasaan pada diri kita. Seolah olah mereka memberikan mesej terpendam mereka kepada kita yang selama ini mereka pendam dan diamkan untuk menjaga hati kita.

Wajah wajah mereka yang tersayang ketika tidur memberitahu kejujuran pengorbanan mereka berikan demi kebahagiaan kita dan mengingatkan tentang kenangan kenangan kita bersama mereka.

Dan akhirnya, ingatlah bagaimana rasanya jika kita tidak dapat lagi melihat wajah-wajah mereka di hari yang mendatang. Kita tidak lagi mampu menatap wajah yang mengungkapkan perasaan dengan penuh kejujuran.

artikel dari sini.

#######################

jadi, tataplah wajah kesayangan kita ketika tidur, mak, ayah, suami/isteri, anak2. Wajah yang boleh membuatkan kita sebak sedih gembira seronok dan macam macam perasaan lagi.

yang belum kawin jangan nak tatap wajah tidur pakwe/makwe pulak ok. babap kang =p


bai!!

gambar google.

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting