Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Terlupa ke pelupa..?

Curhat by I E Z S M Y at 8/26/2011 09:56:00 AM 0 curhat
.

semalam punya cerita.....


semalam gosok baju, dan lepas tu.................. tidurrr............


pagi tadi, bangun cam biasa, mak aku cakap, 'ko gosok baju tak tutup suis ke?' aku macam.. haaa??? (*,*) baru bangun tidur pulak, otak belum betul bergerak lagi.. huhu. tapi aku rasa dah tutup dah, ke aku ingat tu yang kelmarin punya? ohhh kepanasan seterika tuh.. kesiaannn..


yelah aku gosok pukul 1130 mlm camtu, baru sedar pukul 7 pagi tadi. 7 jam dia kepanasan. ohhh maafkan sayaaaa... saya terlupaaaaa.. uhuhu..janji tak buat lagi....


T__________T





ok bai!





raya oiii raya!!!






Wednesday, August 24, 2011

Lessword Wednesday

Curhat by I E Z S M Y at 8/24/2011 12:36:00 PM 0 curhat
.

tweet tweet.... tweet tweet......

















handphone berbuuunyiiii... *ikut lagu wonderpets.














sender : unknown number (tailor)


salam. baju dah siap






me reply


ok. time kaseh, petang ni sy datang amik boleh?











the tailor reply


ok blh









*the message ends*








there it goes.. my money will fly to her this evening.... fly..... fly away from meeee.... * waving to the money with i-dont-know-what-i-should-feel-now ehh ape daaa panjang sangat monolog.









ok bai!









money flows like water nowadays. T____T






suka2 hati je letak title Lessword Wednesday. ada ke? haha!






Tuesday, August 23, 2011

Ada apa dengan Facebook...

Curhat by I E Z S M Y at 8/23/2011 08:47:00 AM 0 curhat
.


Facebook (FB) - adalah laman sosial yang penting sekarang. dari budak2 kecik sekolah rendah sampai ke mak ayah kita semua ada fb. kira pada yang tak ada, dia adalah sangat out-to-date atau kau sangat peleekkk dowwhh.. * buat muka annoying.

Thanks to Mark Zuckerberg, people now get their own social life. non-reality social life. so not real life dude! =D

rata2 benda pertama yang diorang bukak bila on laptop/pc adalah FB, aku pun sama. ehee.. tapi tu kalau kat rumah, kalau kat ofis tak ada maknanya, bukak emel je. aku bukan lah penagih FB tak hingat. masih boleh di kawal. yang aku suka bila bukak FB adalah, membaca News Feed atau dalam bahasa melayu nya - pegi google translate sekarang. aku tak tau. ahaha! kat situ aku tengok macam2 ragam orang. antaranya :


1. suka update status setiap masa, setiap waktu, setiap saat. ni mesti BFF dia adalah FB. pehh..

2. setiap apa yang dia buat mesti akan di update kat FB. pegi makan, pegi kelas, pegi kerja, dah sampai ofis, pegi lunch, pegi toilet, pegi shopping bla bla bla.. gila ah. apa FB tu mak dia ke apa..

3. suka post lagu2 pastu dedicate kat centa hati dia.. =p

4. suka update status guna lirik lagu yang jiwang giler.. eee..

5. gaduh ngan bf/gf.. boleh dibaca oleh beratus2 friend fb dia..bese le tewww..

6. upload gambar comel2 lawo2 cantik2 kat fb, orang puji, kembang kempis hidung, pastu bagitau balik orang yang puji tu, dia pun cantik lawo cun comel, oh please just say thank you je lah..!

7. update status untuk bertanyakan atau berkongsi pendapat sahaja. yang ni biasa lah kan..

8. update status guna ayat yang kurang di fahami. iaitu bahasa ewww.. biasanya digunakan oleh budak2 sekolah atau student.. geliewww laaawwhhh..

9. sebulan sekali baru bukak fb. ok bagus sebab dia memang bukan penagih tegar fb.

10. tag gambar2 yang tak ada kena mengena dengan kita.

11. dah masuk contest, pastu gi spam kan dalam inbox suruh kita like gambar dia.. oihh malas haku!

12. terlalu menyayangi bf/gf sampai update status pun pasal sayang, rindu, cinta kat bf/gf dia.. aaa hp ada kan, bagitau kat dalam hp je boleh tak? bukan korang je yang ada bf/gf..

13. update status tapi tak ada orang komen or like. eh kesian pulak dahh.. hihi..

14. status 'nak makan megi kari cup' atau 'bai nak tido dah' tapi yang like sampai 20,30 orang atau lebih. apekaahh?? takpe, die retisss....



tu je kot yang aku perasan.. kalau ada lagi, sila2 la tambah..hehe.


nak dekat raya ni, maka ramai la yang bagi kad raya pulak.. kalau dulu kad raya tampal kat dinding rumah, tapi sekarang dapat kad raya tepek kat dinding fb pulak. teknologi wooo teknologi.... tapi ianya sangat tak nostalgia.. aku rindu nak tampal kad raya sampai penuh dinding rumah, tak cukup dinding, amik dahan pokok, buang daun2, gantung kat situ pulak. meriah wooo!






ok bai!





counting days for raya?? nope.. counting budget for raya.. oohooo pokai!!




Monday, August 22, 2011

Kek Batik dan Kalendar 2012

Curhat by I E Z S M Y at 8/22/2011 10:44:00 PM 2 curhat
.


KEK BATIK @ KEK BISKUT MERI @ apa2 nama je pun versi korang


1st time buat sendiri, sebab sebelum ni just tolong kakak buat.. carik2 resipi yang simple kat internet, cuba buat. dan jadi!! oohoo.. bangga terhadap diri sendiri. *hidung kembang kempis dan minggu lepas buat lagi. mak aku mintak suruh buat. mak suka yehhh?? ahahaha..

korang nak? meh datang beraya rumah aku mehh.. (^_^)




KALENDAR 2012

apa jadah dengan kalendar tahun depan pulak? nak tanda cuti umum tahun depan ke? apa ke hal gelojoh sangat nya? memang kena gelojoh pun. nak carik masa yang sesuai untuk hari besar aku nanti. kadang2 pikir nak kawin pun susah. adoiiii...!


tengok, siap bulat2 kan public holiday awal tahun. hehe. kepada kakak2 dan abang2 ku, adik mu ini nak buat majlis pada awal tahun sahaja okeh! bulan 4 ke atas tidak akan di layan. sila boleh kan diri anda untuk bercuti harap maklum. kadang2 terasa nak pentingkan diri sendiri jek. haishh!



dah lah. aku agak emo kalau orang sentuh bab2 kawin nih. lagi2 kalau family tak bagi kerjasama langsung. fine!






ok bai!





hari ni aku MC.




Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday - FOOODDDDDSSSS

Curhat by I E Z S M Y at 8/17/2011 09:37:00 AM 0 curhat
.
















fat+cholesterol food is heaven!
just cant stop thinking about it...haishhh!











ok bai!







maaf sebab letak banyak gambar makanan. bukan nak suruh korang gi bukak puase sekarang ok. sila tahan godaan. maghrib nanti baru boleh berbuka ok.



Monday, August 15, 2011

Soalan Berantai / Berangkai

Curhat by I E Z S M Y at 8/15/2011 04:15:00 PM 0 curhat
.




e'eh anak kau? berapa tahun ni?



**



e'eh dah beso, bila nak sekolah?



**



upsr berapa A?



**



pmr berapa A?



**



spm berapa A?



**



sambung belajar kat mana?



**


oo dah abis belajar.. dah keje ke belum?


**


keje kat mana?



**



sebagai apa? gaji berapa?



**



dah berpunya ke?



**



bila nak kawin?



**



bulan madu kat mana?



**



dah berisi ke belum?



**


abangnya dah beso, bila nak tambah lagi?



**



takkan dua je anak? taknak tambah lagi?


**



dan lagi, lagi, lagi.. kalau korang ada idea tambah la sendiri yek..haha.




******************************



soalan berantai yang biasa di tanya oleh orang2 jiran2 sedara mara atau makcik2 yang kononnya sangat rapat iaitu yang kepochi dan terlalu mengambil berat mengalahkan kaum keluarga kita sendiri.

sedikit tips: kalau taknak jawab soalan2 macam ni, cuba2 elakkan diri dari berjumpa dengan makcik2 ni. kalau terjumpa jugak, cakap je tiba2 sakit perut dan nak gi jamban.




ok bai!




sekadar berkongsi. tak ada kena mengena dengan makcik2 jiran2 sedara mara sesiapa pun. harap maklum. (^_^)



Saturday, August 13, 2011

Dulu ok, tapi sekarang dah nyampah ok!

Curhat by I E Z S M Y at 8/13/2011 07:09:00 PM 0 curhat
.


1. "Bila nak kawin???"

2. "Bila nak langsung??"

3. "Bila nak makan nasik minyak??"

4. "nanti kawin jangan lupa jemput okeh!"



ok meh aku jawab dengan tulus ikhlas dari hati yang ikhlas dan sedikit tangan ke dada mata ke atas ye awok2 seme..


1. bila2 je terasa nak kawin, kenapa? ada masalah? nak sponsor? nak bagi hadiah beso?
* serius ni lah soalan famous amous yang aku kena dengar hampir setiap hari. tak ada soalan lain ke nak jadi pembuka bicara ha? tanya lah dah makan ke - dah mandi ke - dah gosok gigi ke.. tak boleh? yang tak boleh blah orang yang sama pulak tuh tanya. baru semalam tanya arini tanya lagi. ada short memory problem ke kau nih? hushh.. aku tau la bila nak kawin, tak payah la amik berat sangat. adoiiii..

2. langsung apa? siaran langsung? cite ape?
* buat2 tak paham. lalalalaaaa....

3. baru tadi makan. eh jap, puase2. haha.
* maksudnya bila aku nak makan nasik minyak or korang yang nak makan nasik minyak? kalau korang nak makan pegi la beli sendiri. kenapa tanya aku pulak??

4. ye aku jemput. nanti aku buat press conference jemput satu malaysia datang. jangan risau lah.. aku buat kat dataran merdeka..
* kalau korang still in touch dengan aku, memang la dijemput. tapi kalau dah jarang sangat berhubung, celah mana aku nak jemput. tag kat fb ramai2 je lah. tu pun bukan semua dapat datang kan..




bila usia dah semakin meningkat, bila dah berpunya, bila dah bertunang, bila dah layak sangat berkahwin, bila rakan2 sebaya dah mula kahwin, bila rakan2 sebaya dah ada anak, maka kita yang belum ada apa2 ni, akan selalu dengar soalan2 macam ni. benci ke tak benci, malas nak jawab, atau apa2, kita tetap tak boleh elak soalan macam ni.. bagi aku, aku tak benci, tapi kadang2 aku tak tau nak jawab macamana lagi. macam tak puas hati je dengan apa yang aku dah jawab sebelum ni.. haih. buat2 tak dengar je lah lepas nih..






ok bai!




nanti dah kawin dengar soalan lain pulak. sod ba ro....


Monday, August 8, 2011

Miss Maddi Jane

Curhat by I E Z S M Y at 8/08/2011 11:57:00 AM 0 curhat
.



Maddi Jane is a 13 year old singer, known for her cover performances on YouTube, which have millions of views. As of June 3, 2011, she was ranked fourth on Billboard's "Uncharted" list of artists. Her most viewed video is her cover of "Price Tag" by [Jessie J). She appeared on The Ellen DeGeneres Show on May 12, 2010, where she sang "Breakeven" by The Script, when she entered Ellen's Wonderful Web of Wonderment.


source


tapi aku keliru dengan umur dia, ada kata 11, 12, 13.. mana satu entah. eh lantakkan janji berjuta viewers kat youtube ok. yang first aku tengok lagu Shontelle - Imposibble. sebab ada makhluk Allah ni post kat FB. tergerak hati nak tengok. ok best jugak. at least her voice lebih bagus lah dari Rebbeca 'Friday' Black tu, even banyak buat cover je, bukan buat lagu sendiri. and she's cute too. nak tengok lagi sila ke youtube search - Maddijanemusic.










aku suka video Rolling in The Deep ni. cam misteri2 je rupanya. hehe. siap ada asap2 tuh.. ha kau ada?? =p






ok bai! enjoy her voiceeeee....







Isnin tak boleh banyak taip sangat, sebab tengah demam biru lagi.. pagi2 masuk ofis dah ngantuk. haishhh!!





Thursday, August 4, 2011

Frutti Tutti

Curhat by I E Z S M Y at 8/04/2011 11:24:00 PM 0 curhat
.
semalam aku ke Carrefour, sebab si dia nak beli aiskrim Walls Selection perisa baru yang buah2 tu.. aku pun eh nak jugak lah. saja nak rasa. ehee.. nak beli Haagen Dasz tak mampu kan.. tak sampai 500gram tapi harga macam beras 5 kg. gi.le. ada serpihan emas ke dalam tuh? ke berlian? maka Walls Selection je lah yang jadi pilihan. harga pun tak la mencekik sangat. sekadar nak makan sekali sekala kann.. bukan kau makan hari2 poonnnn...


sedappp!! alah semua aiskrim sedap kann..heh

aiskrim yang ada serpihan emas.



si dia bagitau, "kalau makan aiskrim ni kan rasa dia lebih kurang cam Frutti Tutti.." cakap dengan super confident.
aku pun.. "oh yeh? frutti tutti yeh?" tak perasan susunan dia terbalik. dah pung pang pung pang baru perasan kepelikan sebutan nya. "abang, Tutti Frutti lah!" "ahh lantak lah hape pun..!" padahal nak cover malu.. muahaha!


si dia memang pakar dalam menterbalikkan perkataan atau ayat yang dah memang susunan dia macam tu.. contohnya peribahasa, 'buang yang keruh, ambil yang jernih..' tapi versi si dia, 'buang yang jernih, ambil yang keruh..' cakap sambil buat muka confident sesangat. aku pulak lambat pick up, dah 5 minit baru aku sedar peribahasa tu terbalik. haha! bila aku betulkan, "oh yeh? ha tu lah yang abang nak cakap tadi..alahhh.." ahh sudah lahh.. macamtu je lah kalau dah salah tuuu.. huh.


Tutti Frutti okeh!




ok dah bai!












kalau baca siang, jangan tenung aiskrim lelama tau. kang meleleh air liur... eeee!! haha.



mintak maaffff!! hihi.



Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday - Black

Curhat by I E Z S M Y at 8/03/2011 03:07:00 PM 0 curhat
.


















































































apa? tak ada apa2? serius?


















dah tu, nama pun wordless wednesday kan..? memang lah tak ada perkataan. ni pun sebab kena taip jugak sikit, kalau tak kang korang banned blog aku tamau baca dah. hakhakhak!
















black? sebab arini aku pakai baju kale itam. hehe.

















tu je bai!


















ada rasa nak tampar tak sebab buat entry super ngarut camni? muehehehe!






tak elok, pose nih..makruhhh... =D


Tuesday, August 2, 2011

aaaaa.....

Curhat by I E Z S M Y at 8/02/2011 09:31:00 PM 6 curhat
.

dah dua hari kita berpuasa, nak masuk hari ketiga dah. 1st day, aku ok. sebab aku cuti, sibuk buat dessert untuk berbuka, tak sedar dah petang..

masuk hari kedua, dah kerja semula. ok.. lemauuuuu sesangat!

ME.NGAN.TUK.. itu lah yang dalam toplist carta hari puasa aku. orang lain mungkin dok pikir, nak gi bazar ramadhan mana yek harini..? nak beli kuih apa yek hari ni..? nak beli air apa yek hari ni..? nak gi terawih ke tak hari ni..? huahua..

tapi aku.. tak sabar nak balik rumah, dan baring rehatkan badan! ok sila sedar sekarang, kau kena bersyukur sebab kerja dalam ofis bawah aircond terlindung dari panas terik hujan tu pun penat ke?? *emo kat diri sendiri. hakhak!

aku tak tau la kenapa Ramadhan kali ni aku jadi lemauuu je.. macam kalau aku jadi otromen kan, lampu dia sentiasa berkelip2, menandakan yang ia perlu di caj semula. merepek jap. ehee.. mungkin habit aku hari2 bawak air masak sebotol, dan bila ngantuk aku minum air, so less sleepy. see air masak bagus ok! bukan minum sebab nak diet. tu fikiran orang yang narrow minded je tu.. serius emo dengan orang macam tu. ok dah.

dalam kepala aku ada macam2 nak update, tapi di sebabkan kelemauan dan kemengantukan aku jadi tak larat nak update. aku kena cergaskan badan aku semula, baru boleh update macam2. ehehe.

tahun ni, aku malas nak gi bazar sangat. baru aku sedar, ia membazir. elehh baru tahun ni nak sedar, tahun2 dulu selamba je tunjuk2 himpit2 ngan orang ramai kat bazar tuu.. tahun ni aku agak kerajinan. aku nak buat sendiri hoyeahh!! masak juadah sendiri lagi puas dari membeli. kau boleh makan sampai muntah! hehe.


dan semalam aku buat Puding Diraja. dessert wajib Sultan Pahang. ni diaaa..



puding ni berkuah



sumber google





LULUS! dah boleh kawin dah.. muahaha! dan si dia suruh buat lagi. okeh!!






ok bai!







nanti nak buat roti jala dengan kari ayam pulak.. (^_^)





Monday, August 1, 2011

Setahun yang lalu...

Curhat by I E Z S M Y at 8/01/2011 11:03:00 PM 0 curhat
.

Setahun yang lalu..
I became a Maid of Honor..

Setahun yang lalu..
Kemana2 mesti bersama. yelah kena jaga orang darah manis kannn..

Setahun yang lalu..
Aku berkejar sana sini cam orang gila cam aku yang nak kahwin..

Setahun yang lalu..
Selama 3 malam aku tak cukup tidur..

Setahun yang lalu..
Aku siapkan bilik pengantin sorang2, and the result is awesome! Dan tidur kat atas lantai+kesejukan sebab tak nak kotor dan kedutkan cadar putih.. haha!

Setahun yang lalu..
Malam sebelum akad nikah, tiba2 gelang kahwin 'hilang'! cam orang gila aku geledah bilik carik.. rupa2 nya ada dalam paper bag. ok fine! padahal aku jugak yang letak dalam tuh. fine! Cuak gila tau tak!

Setahun yang lalu..
The Big Day was perfect!! pergi outdoor sama2 sebab kena pegang barang prop.. tapi tak boring, sebab dapat 'pasangan baru'.. muahaha!

Setahun yang lalu..
After the big day settled, we'd run in relief and fun in the 'Runaway Bride' at Pavilion.. pukul 10 malam lebih baru balik rumah. huhu.

Setahun yang lalu..
Kena tidur bawah sebab my place had been replaced.. wawawaa T_____T

Setahun yang lalu..
Masa aku dah nak balik, we hugged each other so tight and cried!! but yet still cam-whoring. muka selebet ok.





And today, it's your 1st ANNIVERSARY my loveee!!! Hope your family will live happily ever after. oh plus Milo also. ehee..


And I thanks to you, after your 4 months married, I get engaged. badi dok atas pelamin ok. hehe.







Miss you so muchos!!


Pavilion's runaway bride..







haisshh..mata merah masuk habuk pulakk...T____T






update belog cepat2 pleaaaseee....




bai!




 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting