Saturday, August 13, 2011

Dulu ok, tapi sekarang dah nyampah ok!

Curhat by I E Z S M Y at 8/13/2011 07:09:00 PM
.


1. "Bila nak kawin???"

2. "Bila nak langsung??"

3. "Bila nak makan nasik minyak??"

4. "nanti kawin jangan lupa jemput okeh!"



ok meh aku jawab dengan tulus ikhlas dari hati yang ikhlas dan sedikit tangan ke dada mata ke atas ye awok2 seme..


1. bila2 je terasa nak kawin, kenapa? ada masalah? nak sponsor? nak bagi hadiah beso?
* serius ni lah soalan famous amous yang aku kena dengar hampir setiap hari. tak ada soalan lain ke nak jadi pembuka bicara ha? tanya lah dah makan ke - dah mandi ke - dah gosok gigi ke.. tak boleh? yang tak boleh blah orang yang sama pulak tuh tanya. baru semalam tanya arini tanya lagi. ada short memory problem ke kau nih? hushh.. aku tau la bila nak kawin, tak payah la amik berat sangat. adoiiii..

2. langsung apa? siaran langsung? cite ape?
* buat2 tak paham. lalalalaaaa....

3. baru tadi makan. eh jap, puase2. haha.
* maksudnya bila aku nak makan nasik minyak or korang yang nak makan nasik minyak? kalau korang nak makan pegi la beli sendiri. kenapa tanya aku pulak??

4. ye aku jemput. nanti aku buat press conference jemput satu malaysia datang. jangan risau lah.. aku buat kat dataran merdeka..
* kalau korang still in touch dengan aku, memang la dijemput. tapi kalau dah jarang sangat berhubung, celah mana aku nak jemput. tag kat fb ramai2 je lah. tu pun bukan semua dapat datang kan..




bila usia dah semakin meningkat, bila dah berpunya, bila dah bertunang, bila dah layak sangat berkahwin, bila rakan2 sebaya dah mula kahwin, bila rakan2 sebaya dah ada anak, maka kita yang belum ada apa2 ni, akan selalu dengar soalan2 macam ni. benci ke tak benci, malas nak jawab, atau apa2, kita tetap tak boleh elak soalan macam ni.. bagi aku, aku tak benci, tapi kadang2 aku tak tau nak jawab macamana lagi. macam tak puas hati je dengan apa yang aku dah jawab sebelum ni.. haih. buat2 tak dengar je lah lepas nih..






ok bai!




nanti dah kawin dengar soalan lain pulak. sod ba ro....


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting