Sunday, March 27, 2011

BoredSunday

Curhat by I E Z S M Y at 3/27/2011 04:22:00 PM 2 curhat Links to this post



hasil keboringan.







ok bai!



Saturday, March 26, 2011

aku macam ni ke??

Curhat by I E Z S M Y at 3/26/2011 11:53:00 PM 0 curhat Links to this post

  • sombong
  • susah nak senyum

apa tu? ciri2 lelaki idaman lagi ke? haha. bukan bukan. tu ciri2 yang orang dok kata ada kat aku. yeh?


sombong
ni biasa jadi kalau kawan baru nak kenal aku. ok. ni situasi, berdasarkan pengalaman sebenar. cewah..haha. masa kat kolej, masuk sem 2, kelas berubah, so kawan2 pun ada yang baru jumpa. so ada sorang ni, masa sem 1 kelas lain, tapi sem 2 kelas sama, dia pun tegur aku, macam sesi berkenalan gitu. hehe. so borak2 dia pun cakap, "masa aku sem 1 dulu, pernah nampak kau, tapi muka macam sombong je, takut nak tegur.hehe." uik? sombong? ahaha. aku gelak. sebenarnya tak tau nak kata apa. ada jugak lah berapa kali kena macam ni, kat sekolah, kolej, dan tempat2 lain tak ingat dah. haihhh...

lebih kurang macam tu lah orang kata aku sombong. hmm bukan apa, sebab air muka normal aku agak masam, so hari2 biasa aku buat muka normal je lah. tak kan nak senyum sentiasa. lagi pun, kalau orang yang aku tak kenal, tak kan aku nak jadi peramah terlebih pulak pegi sapa semua orang. hai buat apa? hai dah makan ke? hai cantik baju. hai banyak cantik muka kau..? that's not me okeh. it's a first impression yaww, agak normal la orang akan kata sombong, but once you already know me, u will never claim me as sombong. tak caya, tanya kawan2 aku kat 'bestest friend forever' tepi kanan ni haa. haha.

susah nak senyum
ni lagi satu, lebih kurang macam sombong jugak lah. lagi best, first time meeting ngan mother in law aku, laammaaa dulu, 4,5 tahun yang lepas kot, dia dah claim cakap aku susah nak senyum. ni si dia yang cite kat aku. fine! muka aku ni kena curah ngan cuka, nak buat cemane. haha. lagi satu, masa aku jadi pengapit beloved cousin aku, huda, official photog dia tegur aku, "muka tu kasi senyuummm sikit la baru cantikkk.." hoh? bukan aku yang pengantin kot. lagi satu, kau amik gambar aku ke? =/ ni yang aku ingat, kejadian2 lain, aku tak berapa ingat dah.

well, first time meeting dengan orang, aku memang pendiam, tak tau nak cakap apa. sebab tu my MIL claim aku susah nak senyum. yelah first time kan, aku tak kenal lagi dia macamana, ok ke tak ke, tapi aku ingat lagi aku senyum lahhh. tak nampak aku senyum ke? ish ish. kalau aku berselisih dengan orang, dan dia senyum, aku akan senyum balik. tapi kalau aku senyum kat orang, dan dia tak senyum balik, ok lepas dari tu memang aku takkan senyum kat orang tu dah. kejam. tak? =/ tapi yang ni memang aku mengaku n sedar, aku agak susah nak senyum. tak tau kenapa, sejak azali begini. haha. tapi korang jangan ingat aku ni ada masalah bibir tak boleh senyum. taaakkkk!!! T_____T aku tau yang senyum banyak faedah, dan manfaat pada diri sendiri n pada orang lain. nak tau? gi google sendiri. haha. sori2 malas nak tepek sebenarnya.
*ce kira ada berapa perkataan senyum kat atas ni? haha.


################################


people around us are the judges for ourself. so kalau orang kata apa2 berkenaan ngan diri kita, itu lah yang sebenarnya yang kita ada walaupun kita nafikan. tapi mungkin ada yang betul, mungkin ada yang tak.

jadi lepas ni, banyakkan senyum okeh? tapi jangan sampai orang claim kau budak-gila-suka-senyum-memanjang. haha. 'tambahkan gula dalam senyuman' okeh, nak gi curah gula kat muka. =D

comelnya la awok ni..... =)


ok dah bai!




Friday, March 25, 2011

Bila sudah di takdir kan.....

Curhat by I E Z S M Y at 3/25/2011 10:42:00 PM 2 curhat Links to this post
tall
dark

handsome

ciri2 lelaki/prince charming yang sinonim dengan cerita kartun fairy tale cinderella snow white beauty and the beast etc etc..dan lelaki ni jugak yang aku suka masa zaman sekolah rendah dulu. kekecik dah gatal ye. tak pe suka lelaki kartun je. tak de hal punya. mereka tak wujud pun. haha.

kurus
tinggi

tak perlu hensem sangat tapi good looking

beriman


ciri2 lelaki idaman aku masa zaman sekolah menengah pulak. hampeh kan 'beriman' yang paling bawah sekali. haha. ok masa ni jiwa tengah hingusan lagi. otak bebudak lagi. huhu. dan aku tak ada penjelasan kenapa aku minat lelaki yang cekeding masa ni. tak sedar kot diri sendiri pun kurus kalau ditiup angin boleh melayang. oh tipu. tapi betul rasa nak melayang kalau sekali angin kuat tiba2 datang. hahaha! 0,O

beriman
penyayang

tinggi

bertanggungjawab

hormat orang tua
badan tough macam fahrin ahmad
tak perlu hensem tapi good looking


yang ni masa zaman kolej, masa ni dah matang sikiittt...sikit okeh..sebab 'beriman' paling atas sekali. kira dah matang la tu. haha! dan list pun jadi panjang sikit. lelaki kurus dah out from the list. sebab baru perasan kurus dengan kurus adalah kurang molek. bagi aku lah. hehe. so mencari yang agak besar supaya boleh melindungi aku yang kecik nih. bukan gemuk ok.

aku suka tengok lelaki bila pakai

1. suit/kemeja - mereka sangat sangat sangat seksi bila pakai macam ni. serius!bagi aku lah.
2. baju melayu - mereka jadi hensem bila pakai baju ni. terserlah lelaki melayu terakhir nya. haha.


apsal lah pakai baju melayu pink pulak nih?adoiii....
i just adore his body. mantap! heee =)

###################################

beriman
bertanggungjawab

penyayang (yeke?)

hormat orang tua+berkawan dengan orang tua haha
matang
suka buat lawak/buli/kelentong
(sebab aku blur, suka amik kesempatan)
badan yang ala2 fahrin ahmad

hensem...?hmm hidungnya mancung. ok lah not bad. haha

tinggi lebih kurang


dan ini yang aku dapat sekarang. banyak pulak ciri2 nya. haha. walaupun bukan semua ciri2 lelaki idaman aku dulu ada pada si dia, tapi aku bahagia. 6 tahun yang sangat bahagia. macam2 yang kami dah tempuh bersama. aku dan si dia sangat kontra. macam kutub utara dan kutub selatan. si dia suka A aku suka B. kami bukan lah sehati sejiwa. kalau kawan2 pernah terserempak dengan kami yang masa tu pakai baju sama kale, kami tak plan, tapi itu kebetulan. sumpah kebetulan je. huhu. aku boleh ingat berapa kali je aku suruh si dia pakai baju yang aku nak. 2 kali, dan sekali masa kami bertunang dulu, tapi tak jadi jugak. suruh pakai baju putih tapi pakai biru. sebab baju putih dah ketat. haha. hampeh!

dan aku tak kisah tu semua sebab ALLAH dah tentukan dengan siapa aku patut bersama. dan ALLAH berikan si dia pada aku. terima kasih.

##################################

jadi, mana lelaki idaman tu? haha. tak ada. tu hanya angan2 zaman remaja je ok. tak perlu lah kita tunggu lelaki idaman yang konon sangat perfect tu, memang tak akan dapat, kalau dapat, mungkin 2, 3 dari ciri2 yang kita nak. jangan terlalu memilih, semua orang tak perfect ye. kita sendiri pun banyak kekurangan. siapa kita yang nak melawan takdir ALLAH? bila DIA dah takdirkan atau tentukan kita dengan apa2 kita tak boleh nak buat apa. terima aja. (^_^)


tapi aku tetap berangan jugak. haha! berangan tak salah kan. janji jangan obses sangat sudah. hihi.



ok dah bai!


Thursday, March 24, 2011

Nak gelak ke kesian..?? =D

Curhat by I E Z S M Y at 3/24/2011 06:28:00 PM 0 curhat Links to this post
kejadian ni dah lama terjadi. tahun lepas mungkin. tapi di sebabkan kesengalan n kemamaian aku, sampai sekarang aku dok ingat lagi insiden nih..

pada suatu hari........burung burung berkicauan di sawah...... intro ala2 cite antu kak limah balik rumah sikiiittt.haha =D

ok sudah!

ok, gini citenye. hari tu adalah hari sabtu. hari sabtu adalah hari pasar malam. kebetulan hari tu aku dan si dia keluar, tak ingat gi mana. beli barang mungkin, so petangnya terus ke pasar malam. beselah kalau dah kawan karib dengan makanan macam gini ah. haha. keadaan aku masa tu sangat mamai, dan pening2 sikit. mungkin sebab pagi kerja, balik rumah kejap, mandi salin baju, keluar semula, banyak berjalan, so otak aku jadi agak kurang center sikit. eh ada kena mengena ke? entah.

jadi sesampainya kat pasar malam tu, si dia parking kereta depan surau. situ je yang kosong. aku pun keluar, masa jalan perasan ada kereta SAGA parking berhampiran kereta saga si dia. saja caps lock saga sebab ada kene mengena dengan cite ni. hehe. maknanya aku keluar dari kereta, kena jalan melalui SAGA tu tadi untuk sampai ke pasar malam. paham tak? buat2 jelah. jadi membeli belah la aku kat situ barang 15 minit ke setengah jam. tak boleh lelama, orang ramai, boleh menyumbangkan kepada kepeningan yang agak maksimum.

dah selesai membeli, kami pun nak balik, jalan ke kereta, masa ni memang kepala dah ting tong dah. aku kalau dah ting tong memang main jalan je tak pandang kiri kanan dah. bahaya betul budak nih. si dia dah jalan kat depan, tinggalkan aku kat belakang. how dare u! macam aku bagitau tadi, ada kereta SAGA yang dekat dengan kereta si dia. jalan punya jalan, aku stop kat kereta SAGA tu, sebab aku curious kenapa ada calar kat kereta tu, tadi tak ada pun. aku pun belek la calar tu. masa tu tak perasan kenapa si dia jalan terus ke depan padahal aku dah stop kat kereta dah. sumpah tak perasan kenapa. lepas tu aku panggil si dia...

aku: eh abang apsal ada calar ni? (masa ni si dia kat kereta saga kami yang betul)

si dia: ???????? wei sini lah apa buat kat kereta orang tu?

aku: ha? eh? AAAAA!!!!

terus berlari lari anak ke kereta saga yang betul. si dia dah bantai gelak tak hengat. FINE!

si dia: mamai dah? kereta sendiri dengan orang punya pon tak reti beze ke?

aku: tak perasan lah. tak nampak.

si dia: wei kereta ni punya lah modified dengan spoiler skirt hape semua, kereta tu mana ada modified. tak nampak lagi? ish ish awok ni...

aku: diam tak terkata. sambil memuncungkan mulut macam itik.

FINE! aku silap kereta. mujur kereta SAGA tu tak ada orang, kalau tak kebarangkalian yang aku akan buat adalah...

1. bukak pintu belakang untuk letak makanan yang dah di beli.
2. bukak pintu depan dan terus duduk tanpa toleh kiri kanan sambil betulkan lubang aircond.
3. terus mengunyah makanan.

bayangkan kalau aku buat macam ni, dan masa tu ada orang lain kat tempat driver. mesti dia terlopong tengok aku yang dengan selamba nya masuk kereta dia. dan aku.. ok tak nak bayangkan, nak tergelak. =D please dont try this at home.

tapi nak buat macamana, aku dah mamai memang macam ni, memang mengundang kemaluan orang. eh bukan..mengundang rasa malu orang. dan diri sendiri jugak. sob sob.


ini saga si dia, siap modified jadi sporty.

ini pulak saga standard, tak ada modified, aku kutip kat google. ni lah rupa kereta yang aku silap tu tadi.




well, ada beza tak?





kalau ada, tak pe lah, korang gelak lah puas2. T__T tapi kale sama okeh!!














T________T rasa pathetic gila. sob sob.








ok dah bai!



Friday, March 18, 2011

Suka BUKU, tapi aku bukan ulat buku 8-)

Curhat by I E Z S M Y at 3/18/2011 11:39:00 PM 4 curhat Links to this post
siang tadi, aku pegi sini....


pameran ni sepanjang cuti sekolah. hari ahad ni habis. walaupun tak besar mana macam pesta buku yang selalu buat kat KL sana nuu, at least ada lah jugak kan..


banyak gila buku, murah2 sebab ada potongan harga. teruja okeh. =O



berjalan dari lorong ke lorong mencari buku2 yang menarik. rambang mata pulak. huhu.













tapi.......













aku tak beli satu pun........













rasa macam pathetic gila. T_____T












sapa suruh buat time orang tak ada duit..? huh. (-,-) *mumbling sorang2.






bai!


eh jap..pesanan penaja : membaca adalah amalan yang mulia, bagus, baik, murni, dan semua yang elok2 lah.. >_<




ok bai!

Thursday, March 17, 2011

Adakah aku ok??

Curhat by I E Z S M Y at 3/17/2011 11:21:00 PM 4 curhat Links to this post


the answer is













NO!













I am now



























crying out loud




feel like a loser. bai!



Friday, March 11, 2011

Hidup adalah susah..?

Curhat by I E Z S M Y at 3/11/2011 12:17:00 AM 0 curhat Links to this post
bila kita susah atau tak dapat sesuatu, kita akan menyalah semua orang. semua pihak. yang tak salah, kita salahkan. yang tak tau apa2, kita salahkan jugak. dan menganggap yang kehidupan ni adalah susah.

entah lah..bila aku dalam keadaan macam ni, macam2 aku pikir, orang yang bagi support pun, terasa macam tak bagi apa2 support langsung. kesian si dia... maaf kan saya. T____T buat masa ni, aku terasa sangat putus asa. sangat!

what to do?what to do? jom tengok cite korea 'You're Beautiful' sambil makan Cadbury kesayangan. =D









well.... is it life is hard??




notatambahan: please give me strength, i need to find a job!




Thursday, March 10, 2011

Berbaloi-baloi !!!!!

Curhat by I E Z S M Y at 3/10/2011 12:20:00 AM 3 curhat Links to this post
semalam date dengan si dia. tapi tak tau nak ke mana, aku suruh dia yang decide. si dia kata nak tengok wayang. ok, kebetulan hari rabu, tiket wayang murah. kebetulan lagi, masa tu aku tengah hadap internet, sempat review jadual wayang pukul berapa. tapi tak tau nak tengok cite apa.

tetiba teringat kawan2 aku komen tentang cerita ni, best. so, aku suggest kat si dia cite ni, n kata ok. tengok jadual, ada pukul 9malam, kat Big Cinema Teruntum Kuantan. okeh!

pukul 8 kami keluar, sampai sana, terus gi kaunter tiket. terus beli. dan nak tunggu ke pukul 9 tu, huh. boring betul. dah la Teruntum ni tak ada hape2. pusing sana, pusing sini, tunggu si dia mengurut kat kerusi urut Gintell 'Rest n Go' tu.3 minit je pun. eh makin banyak pulak kerusi tu, aritu ada 2 bijik je. ahh lantak lah..

nak dekat pukul 9, lepak jap kat luar cinema tu, tengok kaunter pop corn, adoii teringin la pulak. si dia bagi duit, dan aku macam budak kecik pulak terus gi beli. haha. pukul 9 tepat masuk wayang, orang tak ramai, so aman sikit. pop corn si dia conquer sorang2. ciss aku yang teringin kot, dia pulak yang lebih2. oh lupa, aku beli pakai duit dia. hehe. dah nak habis baru si dia bagi. cettt!

eh aku tak bagitau tengok cite apa yeh? lupa2. hehe. jap eh..















yup, kawan2 saya betul, cite ni best. serius best. memang tak tidur tengok cite ni. sebab heronya agak hensem. yes hensem. so what?dia bukan kenal aku pun. aku je kenal dia. haha. I love when he's using his power and fighting with the ugly aliens. alien yang besar gabak tu. sangat buruk!! eeee!

oh ya, cite ni based on novel. boleh carik kat kedai buku nanti. hehe.


aku baca kat wikipedia. mungkin ada sambungan. nak tengok lagi! huhu. mungkin okeh.

yang belum tengok, pegi tengok, anda tak rugi. yang tak minat cite sci-fiction action ni, tak payah tengok, anda rugi. =D

untuk sinopsis dan lain2, klik sini.



ok dah bai!


Monday, March 7, 2011

Beh sangat ke aku nih? =o

Curhat by I E Z S M Y at 3/07/2011 11:58:00 PM 0 curhat Links to this post
situasi : apabila berjumpa dengan orang baru, rakan sekerja, rakan sekumpulan or whatsoever, terutama lelaki..wehh bukan curang okeh..maka sesi suai kenal, borak2 kosong pun bermula...

sedang rancak berbual tentang isu semasa, gosipan, ngumpatan, kutukan dan an an yang lain...tiba2 si lelaki itu bertanya...


" adik beradik berapa orang?" atau "awak anak keberapa?" atau "awak anak bongsu eh?"

biasanya aku ditanya soalan yang ke3 tu...

terus aku pause. senyap. speechless sekejap. tergamam. terkedu. =O

" aaa macamana boleh tau?"

" alah tau, cara awak cakap tu macam manja2 gitu.."

ciss! manja??abih maskulin dah cara aku cakap tu tau..

" oh yeh?"

"a'ah..saya tau lah bongsu memang gitu.." * cett penilik nasib ke hape..

" oh yeh? so kenapa kalau anak bongsu pun..?"

" tak ada apa, tapi mesti best kan jadi bongsu..?" =)


FINE! aku terpaksa pikir untuk jawapan yang sesuai dan logik..





jadi.....





" alah biasa je..best dulu2, masa kecik..sekarang dah kurang, sebab dah beso. "

" mesti budak manja kan..? tengok gaya pun dah tau.."

huh..lomah botul eden dongan soalan gini..

" alah biasa je lah.."

" hehe..ok..jangan la marah..hihi"


###############################


sebenarnya, semua anak dalam keluarga ada ke-best-an yang tersendiri. anak sulung-ada sifat kepimpinan,berdikari.. anak tengah- ada sifat si sulung sikit, dan manja sikit. terpulang pada individu tu lah..tapi aku tak nafikan yang menjadi centre of attention is the last child in the family. masa kecik ok fine, sangat menjadi perhatian, sebab aku yang paling baby di kalangan abang kakak aku yang dah besar panjang. aku lah yang jadi tempat eksperimen diorang. kejam ok! eh cop, bukan macam eksperimen bedah katak dalam lab tu..hehe. aku jugak dipaksa jadi model untuk test kamera baru diorang. huh! dari segi lain, aku agak mewah dalam bab baju, aksesori dan lain2. tiap2 tahun dapat baju baru 2,3 pasang juga kasut baru. hehe. dan tak lupa masa raya, aku lah yang paling kaya. hahaha!



tapi tu masa kecik....



sekarang, takde eksperimen dah, tak ada baju free 2,3 pasang dah. semua beli sendiri. lagi haru, duit raya dah tak dapat dah!! kena bagi ada lah. waaaaa!!! T_______T


###################################


jadi, saye ni nok tanye ke awok2 seme, beh sangat ke anak bongsu nih?

ce cite ce cite...

setiap kali aku ditanya tentang adik beradik, anak ke berapa, mesti terkejut bila cakap anak last. bukan terkejut beruk mak yeh, tapi macam..

wooo anak bongsu, mesti best kan??? sambil merenung ke muka aku...


















HAA best gile!!!


huh!




manusia dengan soalan tipikalnya, memang tak boleh di pisahkan...



cop2..aku buat entry ni bukan sebab bangga dengan status aku ni, tapi nak menjelas kan keadaan sebenar, dan apa yang aku rasa..ok? peace yaw! =)




notatambahan: dapat job offer, tapi HR yang buat gaji.tamau!!!


Buang tebiat lah tu. (-_-)

Curhat by I E Z S M Y at 3/07/2011 03:19:00 PM 2 curhat Links to this post
lokasi : Giant Kuantan

waktu : petang Sabtu

tujuan : nak beli barang le weii...

situasi : saya sedang membelek2 barang...


############################


tiba2 si dia berkata.......

si dia : abang rasa macam nak buat sesuatu lah.

saya : amende?

si dia : rasa nak buat sesuatu kat awak..

saya : nak buat mende abang ni..!

si dia : entah lah..abang rasa nak tampar pipi awak.. boleh tak?

saya : hoh? amendeee la abang nih..hish! (-_-)

si dia : rasa geram jeee..boleh tak nak tampar pipi tu.. *sambil gosok2 tapak tangan

saya : merepek lah! *dalam hati, "buang tebiat ke apa dia nih."

keputusan : si dia tak tampar pun.... anggap saja si dia dah hilang akal untuk sementara waktu. entah apa apa.


ok dah bai!!


notatambahan : please stop eating


Thursday, March 3, 2011

Wedding Ring (this is not the wedding prep's entry) =)

Curhat by I E Z S M Y at 3/03/2011 02:12:00 AM 2 curhat Links to this post
nak kawin mesti kena ada cincin kan. untuk scene batal air sembahyang tu. hehe..

mula2, si dia nak belikan satu set barang kemas untuk saya nanti. tapi mulut gatal saya tiba2 cakap..

"tak nak emas, tak suka lah. nak emas putih. boleh?tak pun campur, kuning ngan putih. ok tak?"

lalu si dia pun balas..

"apsal pulak?orang dah nak beli tak nak pulak."

saya balas lagi..

"alah tak suka lah emas. tak minat..heee.."

si dia balas...

"pelik lah awak ni, pempuan lain kalau cakap emas, suka gila, cepat je suh beli. awak ni tak suka pulak. orang beli emas untuk pelaburan, simpanan masa depan tau tak. mana tau nanti waktu2 terdesak ke hape ke, boleh la jugak guna. eee apa ah!"

amik kau, kene bebel sedas. hishh..!

saya...?

"aaaa yeloh yeloh..beli lah.. =/"

si dia merengus dan merungut.

"hishhh! nak belikan tak nak pulak. pelik!"


T___T


sejak hari tu, setiap kali pegi kedai jewelry, mata akan terus tengok emas kuning, tak tengok dah emas putih. uhu uhu.

##################################################################

buat masa ni, si dia tak decide lagi nak beli satu set or cincin saja or gelang saja or...eh cop2, cincin tetap kena ada okeh. tak tau napa tamak sangat nak pakai cincin. heee =) eh kata untuk pelaburan masa depan kan. ha ok lah tu. haha =D


sebab cincin lamar n tunang dah ada batu so saya mau yang ini, kosong n tebal. bukan macam jenis cincin risik yang ada corak2 n nipis tu. saya ganas, kalau kemek, si dia akan membebel panjang. T____T

buat masa ni saya dah jumpa kat Poh Kong. macam dah jatuh cinta pulak kat cincin tu. eehe.

si dia punya, saya ingat nak belikan platinum, tapi kat Kuantan ni macam tak ada je. yang ada suasa dengan silver. lelaki tak boleh pakai suasa, sebab ada campuran emas. jadinya, silver je lah. kesian lelaki. hehe. pun sama, dah jumpa kat Poh Kong.

tapi semua tu belum tengok betul2 lagi, just tengok gitu2 aja. lagi pun lambat lagi, still ada masa nak decide, and survey.

eh yaww 8 bulan tu lambat lagi ke tak lama dah? (0,O) tetiba rasa macam neves je. =O

notatambahan: tadok

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting