Friday, March 25, 2011

Bila sudah di takdir kan.....

Curhat by I E Z S M Y at 3/25/2011 10:42:00 PM
tall
dark

handsome

ciri2 lelaki/prince charming yang sinonim dengan cerita kartun fairy tale cinderella snow white beauty and the beast etc etc..dan lelaki ni jugak yang aku suka masa zaman sekolah rendah dulu. kekecik dah gatal ye. tak pe suka lelaki kartun je. tak de hal punya. mereka tak wujud pun. haha.

kurus
tinggi

tak perlu hensem sangat tapi good looking

beriman


ciri2 lelaki idaman aku masa zaman sekolah menengah pulak. hampeh kan 'beriman' yang paling bawah sekali. haha. ok masa ni jiwa tengah hingusan lagi. otak bebudak lagi. huhu. dan aku tak ada penjelasan kenapa aku minat lelaki yang cekeding masa ni. tak sedar kot diri sendiri pun kurus kalau ditiup angin boleh melayang. oh tipu. tapi betul rasa nak melayang kalau sekali angin kuat tiba2 datang. hahaha! 0,O

beriman
penyayang

tinggi

bertanggungjawab

hormat orang tua
badan tough macam fahrin ahmad
tak perlu hensem tapi good looking


yang ni masa zaman kolej, masa ni dah matang sikiittt...sikit okeh..sebab 'beriman' paling atas sekali. kira dah matang la tu. haha! dan list pun jadi panjang sikit. lelaki kurus dah out from the list. sebab baru perasan kurus dengan kurus adalah kurang molek. bagi aku lah. hehe. so mencari yang agak besar supaya boleh melindungi aku yang kecik nih. bukan gemuk ok.

aku suka tengok lelaki bila pakai

1. suit/kemeja - mereka sangat sangat sangat seksi bila pakai macam ni. serius!bagi aku lah.
2. baju melayu - mereka jadi hensem bila pakai baju ni. terserlah lelaki melayu terakhir nya. haha.


apsal lah pakai baju melayu pink pulak nih?adoiii....
i just adore his body. mantap! heee =)

###################################

beriman
bertanggungjawab

penyayang (yeke?)

hormat orang tua+berkawan dengan orang tua haha
matang
suka buat lawak/buli/kelentong
(sebab aku blur, suka amik kesempatan)
badan yang ala2 fahrin ahmad

hensem...?hmm hidungnya mancung. ok lah not bad. haha

tinggi lebih kurang


dan ini yang aku dapat sekarang. banyak pulak ciri2 nya. haha. walaupun bukan semua ciri2 lelaki idaman aku dulu ada pada si dia, tapi aku bahagia. 6 tahun yang sangat bahagia. macam2 yang kami dah tempuh bersama. aku dan si dia sangat kontra. macam kutub utara dan kutub selatan. si dia suka A aku suka B. kami bukan lah sehati sejiwa. kalau kawan2 pernah terserempak dengan kami yang masa tu pakai baju sama kale, kami tak plan, tapi itu kebetulan. sumpah kebetulan je. huhu. aku boleh ingat berapa kali je aku suruh si dia pakai baju yang aku nak. 2 kali, dan sekali masa kami bertunang dulu, tapi tak jadi jugak. suruh pakai baju putih tapi pakai biru. sebab baju putih dah ketat. haha. hampeh!

dan aku tak kisah tu semua sebab ALLAH dah tentukan dengan siapa aku patut bersama. dan ALLAH berikan si dia pada aku. terima kasih.

##################################

jadi, mana lelaki idaman tu? haha. tak ada. tu hanya angan2 zaman remaja je ok. tak perlu lah kita tunggu lelaki idaman yang konon sangat perfect tu, memang tak akan dapat, kalau dapat, mungkin 2, 3 dari ciri2 yang kita nak. jangan terlalu memilih, semua orang tak perfect ye. kita sendiri pun banyak kekurangan. siapa kita yang nak melawan takdir ALLAH? bila DIA dah takdirkan atau tentukan kita dengan apa2 kita tak boleh nak buat apa. terima aja. (^_^)


tapi aku tetap berangan jugak. haha! berangan tak salah kan. janji jangan obses sangat sudah. hihi.



ok dah bai!


2 curhat:

ღ♥.:Nazzy:.♥ღ on Saturday, March 26, 2011 6:04:00 PM said...

setuju sgt2.....

I AM ME on Saturday, March 26, 2011 11:43:00 PM said...

maceh..hihi.. =)

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting