Thursday, March 3, 2011

Wedding Ring (this is not the wedding prep's entry) =)

Curhat by I E Z S M Y at 3/03/2011 02:12:00 AM
nak kawin mesti kena ada cincin kan. untuk scene batal air sembahyang tu. hehe..

mula2, si dia nak belikan satu set barang kemas untuk saya nanti. tapi mulut gatal saya tiba2 cakap..

"tak nak emas, tak suka lah. nak emas putih. boleh?tak pun campur, kuning ngan putih. ok tak?"

lalu si dia pun balas..

"apsal pulak?orang dah nak beli tak nak pulak."

saya balas lagi..

"alah tak suka lah emas. tak minat..heee.."

si dia balas...

"pelik lah awak ni, pempuan lain kalau cakap emas, suka gila, cepat je suh beli. awak ni tak suka pulak. orang beli emas untuk pelaburan, simpanan masa depan tau tak. mana tau nanti waktu2 terdesak ke hape ke, boleh la jugak guna. eee apa ah!"

amik kau, kene bebel sedas. hishh..!

saya...?

"aaaa yeloh yeloh..beli lah.. =/"

si dia merengus dan merungut.

"hishhh! nak belikan tak nak pulak. pelik!"


T___T


sejak hari tu, setiap kali pegi kedai jewelry, mata akan terus tengok emas kuning, tak tengok dah emas putih. uhu uhu.

##################################################################

buat masa ni, si dia tak decide lagi nak beli satu set or cincin saja or gelang saja or...eh cop2, cincin tetap kena ada okeh. tak tau napa tamak sangat nak pakai cincin. heee =) eh kata untuk pelaburan masa depan kan. ha ok lah tu. haha =D


sebab cincin lamar n tunang dah ada batu so saya mau yang ini, kosong n tebal. bukan macam jenis cincin risik yang ada corak2 n nipis tu. saya ganas, kalau kemek, si dia akan membebel panjang. T____T

buat masa ni saya dah jumpa kat Poh Kong. macam dah jatuh cinta pulak kat cincin tu. eehe.

si dia punya, saya ingat nak belikan platinum, tapi kat Kuantan ni macam tak ada je. yang ada suasa dengan silver. lelaki tak boleh pakai suasa, sebab ada campuran emas. jadinya, silver je lah. kesian lelaki. hehe. pun sama, dah jumpa kat Poh Kong.

tapi semua tu belum tengok betul2 lagi, just tengok gitu2 aja. lagi pun lambat lagi, still ada masa nak decide, and survey.

eh yaww 8 bulan tu lambat lagi ke tak lama dah? (0,O) tetiba rasa macam neves je. =O

notatambahan: tadok

2 curhat:

ღ♥.:Nazzy:.♥ღ on Saturday, March 05, 2011 12:34:00 AM said...

hehe betul kata alif...ko nk beli emas putih mmg cntk n harga pun boleh tahan mahalnye..tp bila dh terdesak ko jual xde value la....hehehe..emas kuning gk yg laku...

I AM ME on Monday, March 07, 2011 3:21:00 PM said...

ho lah..dulu aku xsedo lg..
skang sedo dah...hahaha

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting