Saturday, March 26, 2011

aku macam ni ke??

Curhat by I E Z S M Y at 3/26/2011 11:53:00 PM

  • sombong
  • susah nak senyum

apa tu? ciri2 lelaki idaman lagi ke? haha. bukan bukan. tu ciri2 yang orang dok kata ada kat aku. yeh?


sombong
ni biasa jadi kalau kawan baru nak kenal aku. ok. ni situasi, berdasarkan pengalaman sebenar. cewah..haha. masa kat kolej, masuk sem 2, kelas berubah, so kawan2 pun ada yang baru jumpa. so ada sorang ni, masa sem 1 kelas lain, tapi sem 2 kelas sama, dia pun tegur aku, macam sesi berkenalan gitu. hehe. so borak2 dia pun cakap, "masa aku sem 1 dulu, pernah nampak kau, tapi muka macam sombong je, takut nak tegur.hehe." uik? sombong? ahaha. aku gelak. sebenarnya tak tau nak kata apa. ada jugak lah berapa kali kena macam ni, kat sekolah, kolej, dan tempat2 lain tak ingat dah. haihhh...

lebih kurang macam tu lah orang kata aku sombong. hmm bukan apa, sebab air muka normal aku agak masam, so hari2 biasa aku buat muka normal je lah. tak kan nak senyum sentiasa. lagi pun, kalau orang yang aku tak kenal, tak kan aku nak jadi peramah terlebih pulak pegi sapa semua orang. hai buat apa? hai dah makan ke? hai cantik baju. hai banyak cantik muka kau..? that's not me okeh. it's a first impression yaww, agak normal la orang akan kata sombong, but once you already know me, u will never claim me as sombong. tak caya, tanya kawan2 aku kat 'bestest friend forever' tepi kanan ni haa. haha.

susah nak senyum
ni lagi satu, lebih kurang macam sombong jugak lah. lagi best, first time meeting ngan mother in law aku, laammaaa dulu, 4,5 tahun yang lepas kot, dia dah claim cakap aku susah nak senyum. ni si dia yang cite kat aku. fine! muka aku ni kena curah ngan cuka, nak buat cemane. haha. lagi satu, masa aku jadi pengapit beloved cousin aku, huda, official photog dia tegur aku, "muka tu kasi senyuummm sikit la baru cantikkk.." hoh? bukan aku yang pengantin kot. lagi satu, kau amik gambar aku ke? =/ ni yang aku ingat, kejadian2 lain, aku tak berapa ingat dah.

well, first time meeting dengan orang, aku memang pendiam, tak tau nak cakap apa. sebab tu my MIL claim aku susah nak senyum. yelah first time kan, aku tak kenal lagi dia macamana, ok ke tak ke, tapi aku ingat lagi aku senyum lahhh. tak nampak aku senyum ke? ish ish. kalau aku berselisih dengan orang, dan dia senyum, aku akan senyum balik. tapi kalau aku senyum kat orang, dan dia tak senyum balik, ok lepas dari tu memang aku takkan senyum kat orang tu dah. kejam. tak? =/ tapi yang ni memang aku mengaku n sedar, aku agak susah nak senyum. tak tau kenapa, sejak azali begini. haha. tapi korang jangan ingat aku ni ada masalah bibir tak boleh senyum. taaakkkk!!! T_____T aku tau yang senyum banyak faedah, dan manfaat pada diri sendiri n pada orang lain. nak tau? gi google sendiri. haha. sori2 malas nak tepek sebenarnya.
*ce kira ada berapa perkataan senyum kat atas ni? haha.


################################


people around us are the judges for ourself. so kalau orang kata apa2 berkenaan ngan diri kita, itu lah yang sebenarnya yang kita ada walaupun kita nafikan. tapi mungkin ada yang betul, mungkin ada yang tak.

jadi lepas ni, banyakkan senyum okeh? tapi jangan sampai orang claim kau budak-gila-suka-senyum-memanjang. haha. 'tambahkan gula dalam senyuman' okeh, nak gi curah gula kat muka. =D

comelnya la awok ni..... =)


ok dah bai!




0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting