Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label T E R U J A. Show all posts
Showing posts with label T E R U J A. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Perkhabaran baru.. gituu..

Curhat by I E Z S M Y at 4/13/2012 04:18:00 PM 4 curhat
agak lama tak update. kurang sihat. dah terkena buatan orang. iaitu suami sendiri. sobssss..

baca lah explanation & kronologi yang panjang ni. *bajet crime scene konon ada kronologi.


minggu 1 - 8hb 4 hari tu aku mengalami simptom yang pelik, mengantuk amat, mual2, cepat penat, agak grumpy. huh pelik tu. tapi aku buat bodo je. kadang2 je rasa macam tu. makan benda masam hilang la kejap. sebab tu beli le apple hijau. ehe. sampai lah malam ahad 8hb 4, ada dinner dengan famili si dia dekat New Horizon, aku rasa kurang selera sangat. makan pun slow motion. setiap kali suap, rasa nak muntah. tengok udang tekak geli. eh apahal? padahal udang tu lah favorite sekali. tapi aku makan jugak, even slow, si dia pun pelik kenapa aku makan slow sangat, kenapa aku tak makan udang, sebab biasa bab makan aku paling laju. dan malam tu aku rasa lauk2 dia tak sedap. gara2 kemualan melampau. eeeee...


esok pagi subuhnya, hari Isnin, sebelum pergi kerja, tergerak hati nak buat UPT, jadi sementara tunggu result, aku mandi, dah sudah mandi, tengok test kit..........





ada dua line! ok.. ok... rahang jatuh. ok... UPT tak tipu.. 99.99% ketepatan nya. lagi 0.01% dari doktor. aku gelabah sorang2 dalam bilik air. kahkah.






jadi, cepat2 keluar, kejut si dia suruh mandi, cakap ada benda nak bagitau niii cepat mandiiii. dengan mamai si dia pun pegi. dah sudah, aku pun tunjuk test kit tu, si dia bengong2, harus lah mana la laki paham line2 tu ada 2 ke 3 ke.. aku pun bagi kotak test kit tu,


"oooookkkk.. jadi?" si dia tanya.. ehh lembap pulak dia ni.
"tengok la dua line tu maknanya apeeee??" aku balas.
"pregnant?" si dia tanya.
"haa lah.." aku balas.
"boleh caya ke benda ni?" si dia bidas. e'ehh?
"boleh.. upt selalu betul. nak lagi betul cek ngan doktor la berape minggu.." aku cakap.
"hmmm ok.. jap lagi gi hospital.." tak nyempat2 pulak dah kan. hmm yelah..


pagi tu, masuk ofis jap, lepas tu excuse nak gi hospital, tempat si dia bekerja. jumpa doktor, buat ultrasound, bla bla bla.. doc kata dah 6 minggu. Alhamdulillah. seronok tengok si dia yang tak habis2 menyengeh sepanjang hari. seronok sangat le awok yek..

dalam kereta on the way balik ke ofis, tiba2 teringat, sabtu sebelum tu, 7hb 4, aku pegi Gambang Waterpark, sempat main air debush debush terjerit-jerit takut jatuh dari pelampung. even masa memula sampai, naik tangga dah semput sesangat. tapi lepas tu haa berkali2 dok ulang naik gelongsor je kejenya. sampai si dia dah tak larat, eh aku larat lagi. nasib tak jadi apa2 yek. haha. last la kot, pasni tak leh main dah. sobs sobs..






tak sangka, ada budak kecik yang membesar dalam perut aku nanti. huuu. dok baik2 dalam rahim mummy ok baby..*touching sobs..




bai.










Tuesday, November 29, 2011

He's hot.

Curhat by I E Z S M Y at 11/29/2011 01:56:00 PM 0 curhat
.


Mr. Zac Efron.

or Troy Bolton. this is him back in the High School Musical movie chain. with the Justin Bieber kid hairstyle. naaa..he still a teenager at this moment.



















but now


























he's a grow up man. messy? no. I like this. with the mustache and beard, he's a man. a hot man with sexy eyes. I am meltinggggg.....























ok u already have a man beside you. jangan mengada2 lagi.








ok bai! back to work!





Monday, July 25, 2011

O M Gucci ! ! !

Curhat by I E Z S M Y at 7/25/2011 03:22:00 PM 0 curhat
.

selalu tengok artis lawo2 kacak2 je kan.. jom tengok klon artis pulak jom..


















jeng jeng jeng ! ! !























cik Katty Perry

rambut biruuuuu...!! hehe.





Encik Captain Jack Sparrow.

kacak kannnn????






aku paling suka yang ni.. cantik sangat!!

tapi aku tak tau sapa yang cuba di tiru nihh.. cam Grace Kelly jek..



sumber


petang2 isnin cam ngantok pulak...



ok bai!



Sunday, February 6, 2011

T E R U J A = O

Curhat by I E Z S M Y at 2/06/2011 12:10:00 AM 0 curhat
even wedding diorang ni dah agak basi.. hmm tak la basi sangat baru berapa bulan lepas je kan.. saya agak teruja dengan wedding diorang ni.. dari segi baju, mekap, pelamin, walkway, semua semua, sangat woww! sumpah teringin nak macam tu.. tapi, kau artis ke??? jangan berangan okehhh...sudah!

T E R U J A = O satu


ok.. cuba korang kira berapa pasang baju yang ayu pakai? cepat kira!

banyak kan.. nganga = O

dalam banyak2 kat atas tu, saya suka baju ni, aaa tak pasti baju ni untuk reception mana.. but i like it! sebab saya memang mahukan baju reception yang macam ni, chiffon wedding dress, except yang senggat2 kat dress tu. kalau tak ada lagi cantik kot... =)

T E R U J A = O dua


marion counter wedds.. aaa tak, bukan saya nak pelamin macam ni. saya tepek gambar ni sebab mengagumi kegigihan wedding planner membuat memintal mendeco bunga2 yang besar gabak tu. sumpah nganga tengok walkway n pelamin tu. = O

T E R U J A = O tiga

sengaja wajah marion tak nampak sangat. sebab saya fokus kat veil tu aja. haha =D yup, veil cantik. and im looking for that too. veil nikah chiffon yang panjang dan biru, tapi bukan details kat hujung, saya mau details kat atas kepala, sebab saya tak mau pakai any crown kerawang tiara segala. less is more.. ecceehh... =p

ok itu aja. mungkin ada lagi gambar yang lagi T E R U J A = O , tapi buat waktu ni, ini je yang saya sempat tepek. heeee =B


notasajatambah: si dia nak wedding english version. a what? nganga = O

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting