Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Nafsu perempuan.

Curhat by I E Z S M Y at 3/30/2012 03:16:00 PM 2 curhat

hujung bulan ni dan awal bulan depan banyak sales. gila aku. nak2 pulak gaji dah keluar. lagi gila. mall sana sale 70%, mall sini pun 70% jugak. @_@


semalam, masa lunch keluar ke Megamall dengan colleague, niat memang nak beli baju, sebab haritu dah usha dengan si dia. baju t-shirt. ok lah buat koleksi baru. ehe.


lepas tu, balik kerja singgah la mall sini yang namanya Kuantan Parade sebab ada jualan gudang. konon nak usha2 je lah kan. saja tengok2 apa yang ada. tapi jangan la guna perkataan usha kalau ko nampak baju seluar dan lain2 yang ada less 70% tu. tak ada makna terus. jadi yang shopping sakan kat sini adalah suami ku. sakan ye anda.. mentang2 bini dapat gaji dulu, ngepau la dia yek. "alahhh nanti dapat gaji abang ganti balik yeeeeee..." sambil buat muka gedik. ha yelah yelah. nasib dikau ni suamiku..


tadi pulak masa lunch, pegi lagi ke Kuantan Parade, hari jumaat kan lunch lama, jadi kemana lagi lah kan. ehe. teman colleague jugak, dan terbeli kemeja loose satu. yeeee TERbeli, niat nak carik cardigan. tapi TERbeli benda lain. haihh nafsu gajah betul. semalam beli tshirt si dia tahu, tapi yang ini beli senyap2. lepastu rasa bersalah pulak. padan muka kau.


jadi balik kang pandai2 la cover dengan si dia tak nak bagi dia nampak. sebab harga baju agak mahal. sumbat dalam handbag, sampai rumah, masa si dia baring2, cepat2 bawak keluar dan hang terus dalam almari. konon baju tu dah lama di beli, lepas tu kalau si dia tanya, bila beli, dah lama dahhhh..jarang pakai. *buat muka selamba cool bagus strategi si isteri. lepas ni boleh buat lagi. tapi tak boleh buat selalu nanti telur tembelang pecah. haha.


esok pulak keluar dengan kawan baik forever =p , entah hape lagi agaknya yang TERbeli nanti. aduhaii.. T_____T


ok bai!










Thursday, March 29, 2012

makan lewat petang #2

Curhat by I E Z S M Y at 3/29/2012 11:26:00 AM 0 curhat
ni semalam punya hal.

salah satu kegemaran kami. tapi lebih pada aku lah. ehe. kebetulan pergi jumpa OP kat area2 Megamall sana, ada pulak restoran mamak, jadi singgah la makan. molek sangat lah dengan aku yang perut tengah bergendang kelaparan. bagus suamiku bagusss..


Horlick suam aku.
waiter tak pekak dah. dia tak bagi air barli dah. bagus.


aku punya maggi goreng. mengidam. huehue. yang blur tu sebab si dia gelojoh.


epal susu, roti telur. si dia punya.



tengah2 makan, tiba-tiba....

si dia: hmm terasa nak makan rojak lah.
aku: nom nom nom.. haa? order lah. kite share, kite shareeee...
si dia: boss, rojak ayam satu!


ayamnya guna ayam masak kicap. harus lah hitam kan, patah selera. tapi makan jugak lah. tak makan membazir, tak baik nanti rojak tu nangis. sobsssss..


***************************************


lagi satu, si dia suka sangat tengok Boboiboy. aku pun suka gop, kartun kan. ehe nak jugak. pergi Giant, tiba2 kedai CD kat situ pasang cerita tu, dan si dia pun tercongok depan tv sekali ngan budak kecik yang duduk dalam troli sambil mak dia pilih baju. ehh?? laki akuuuu.. aku cuit2 dia sebab nak beli barang, nak cepat balik la bang oii, tapiiiiii... ikut aku kejap, aku toleh belakang, tengok dah hilang, rupanya tercongok kat kedai cd tu semula. ehhh laki akuuuu..

takpe lah bang, saya download Boboiboy untuk abang yepp.. nanti kita tengok sesama yepp..


Boboiboy kuasa tigaaa!!!!!!

suka sangat jerit camni kat aku. obses laki aku nih.





ok bai.











Tuesday, March 27, 2012

Old memory.

Curhat by I E Z S M Y at 3/27/2012 04:18:00 PM 0 curhat
dedicated to the 80's baby. I know you'd done this. huehue.



totally miss this moment.















just before, tertekan upgrade new version of blogger dashboard. it's weirddddd dooo.. and now..

yey. fixed to old blogger dashboard interface! fuhhhh.. kbai!










Weight Gain & Baby

Curhat by I E Z S M Y at 3/27/2012 12:36:00 PM 0 curhat
"dah ada isi belum???"

"best tau ada baby ni...cepat2 la sikit..hewhew"


biasa lah lepas kawen. soalan dan ayat penyata tu mesti kena dengar. jawapan aku, rezeki tak ada lagi.

betul la kan, Allah belum bagi rezeki lagi nak buat macamana. nak suruh cepat2, ingat macam order pizza ke? ok pizza lagi. (-_-') kalau ada yang baru kawen terus pregnant, itu dah rezeki dia cepat. hormon perempuan bukan semua sama. lain orang lain hormon. lain orang lain nasib. lain orang lain rezeki.

aku tak marah kalau ada orang kata cepat2 la dapat baby, tapi kadang2 geram jugak. macam baby tu boleh beli je gayanya. haihh.. sabau je lah. kalau orang yang dah kawen 5 tahun, cakap macam tu, kena makan penampar agaknya. haha.


*********************************************


sekarang berat dah naik sikit. sikit je la kot. gara2 makan banyak. gara2 si dia. *tak pasal2 pulak. metabolisme aku tinggi jadi nak naik berat badan tu makan masa.

dan sekarang agak terasa bila seluar dah ketat, dan baju2 pun agak mencekik. bila nak beli baju saiz s dan macam baju sarung nangka, maka terpaksa try saiz m baru nampak molek. T____T dari mata kasar aku nampak cekeding lagi, tapi tuan badan je rasa kelainan itu. sobs sobs.

sebenarnya aku suka, dari nampak cekeding sangat kena tiup angin boleh melayang kan. ehe.



ok bai. lapo. nak makan. bai.






Thursday, March 22, 2012

makan lewat petang

Curhat by I E Z S M Y at 3/22/2012 10:12:00 PM 0 curhat
balik kerja tadi tetiba teringin nak makan pizza. hmm lagi2 pizza. jadi terus ke Pizza Hut Delivery.


beli yang dalam satu kotak ada banyak jenis. tamak. (-_-')


aku tak tau apa nama dia, tapi ayam itu sedap.

dan sup cendawan tetap ada. gambo tak payah la kan.



si dia pulak teringin nak makan paratha wrap. ok, abang pegi buat sendiri. saya nak makan pizza.


susunan dari bawah:
roti paratha-chicken meatloaf-scramble egg-mozarella cheese-blackpaper



buat sendiri jew. senang la jugak. tak payah beli kat kiosk Hot n' Roll. mahal. eceh kalau teringin beli jugak. hmmm..


chef amatur yang parkinson. bukan salah tukang amik gambo.


siappppp.. sedia untuk di isi dalam perut.




sekian jalan jalan cari makan untuk kali ni. kbai! =D






ohh esok sabtu.. bestnyewww..





Lost not found. Hilang tak jumpa.

Curhat by I E Z S M Y at 3/22/2012 03:28:00 PM 0 curhat
baru-baru ni aku kehilangan 2 benda penting. satu benda untuk bulan madu kedua. satu lagi sijil bukti aku dah kawen. gila macamana boleh hilang/salah letak entah. puas geledah bilik & kereta. mana tau kot2 terselit. tapi hampeh. tak pepasal mood aku down pasal benda ni. aku tak tau kenapa sejak akhir2 ni cepat lupa. earphone hp pun hilang. termakan semut ke hape. haishh..


mummy, i want fuudddd... sobssss



aku benci bila part hilang2 barang ni. buang masa kena cari serata pelusuk tempat. celah situ celah sana bawah katil lemari. tempat yang tak sepatutnya pun cari jugak kot2 ter-ada. memang kes ni boleh menaikkan marah aku. nasib tak marah si dia, kalau tak perang dingin pulak dah kang. si dia dok cakap "sudah2 la tuuuu...dah la tuuuu..." pehh wa tengah marah dowh.. wa marah kat diri sendiri sebab cuai. kenapa la wa tak leh ingat semula last bila wa tengok benda tu kat mana. bencik! tiba2 tukar jadi ayat adnan sempit 2 pulak.

nasib untuk bulan madu punya hal tu dapat ganti semula. half energy boost. hehe. tapi yang hal satu lagi tu, kena pergi mintak yang baru semula la. sobsss..


ada orang kata, kalau benda hilang, jangan cari beria, nanti benda tu muncul sendiri bila kita dah lupa.


dah macam misteri pulak gayanya haha. tapi kadang2 betul jugak. pernah jugak la jadi kat aku. tapi benda yang kurang penting. benda penting tak nak pulak muncul sendiri nya haaa.. adoihh.. sedeh. maka boleh la guna caption popular untuk kes ni, redha itu pasrah, pasrah itu menyerah. yedak? ke terbalik? aku lupa. ha tengok lupa lagi kbai!






budak2 sekarang boleh ber-drama swasta culik2 diri sendiri pulak dah. gila.



Wednesday, March 21, 2012

ia agak menakutkan.

Curhat by I E Z S M Y at 3/21/2012 11:40:00 AM 2 curhat


zaman kanak-kanak sekarang agak membahayakan dari zaman kanak-kanak dulu.



poor them. nak pegi kedai depan rumah pun bahaya. yang menculik, membunuh, membakar pun dah tak ada kerja lain agaknya. apa kejadah entah culik anak orang lepastu hapuskan terus konon hilang bukti macam boleh terlepas dari kena tangkap. gila. mereng. sengal. get a life la oi! dari kau culik budak baik ko gi meniaga goreng pisang tak pun eskrem kat tepi jalan. budak2 kan suka eksrem. tak paham aku ada kerjaya menculik orang ni.


it's so different compared to my age. masa sekolah rendah, aku siap boleh lepak rumah kawan petang2, pegi sorang2 naik basikal with no worries. see? no worries. siap kena kejar ngan lembu lagi. see? no worries at all. lembu tu meroyan kejar aku pulak. panjat pokok rambutan tu perkara biasa. baru ada life camtu bro! hehe. zaman kanak-kanak aku yang sangat meninggalkan memori sampai sekarang. kalau boleh nak undur balik. haih..


tapi zaman sekarang? sikit2 hilang. sikit2 culik. who's fault is that? everybody I guess. aku rasa budak2 sekarang kena belajar silat or taekwando. tapi anak kecik 1,2,3 tahun macamana? kena kurung dalam rumah main Ipad 3 je. tapi dalam rumah pun kadang2 bahaya jugak. haihh.. sedeh.












zaman anak aku nanti macamana? eh? hehe.







jadinya sekarang tak boleh minum teh pulak adohainye punnn..


Monday, March 19, 2012

Makan.makan.makan yeah

Curhat by I E Z S M Y at 3/19/2012 10:31:00 AM 0 curhat
Happy Monday Blues guys. aku tau korang masih terbayang katil empuk bantal busuk kan. mata pulak stim macam garfield.... aku tau aku tauuuuuu..


pagi ni aku dok baca Nara, review pasal pengacara baru Jalan Jalan Cari Makan yang dikatakan hampeh. and I was wondering, hampeh sangat ke? just because dah 3 minggu musim baru tu bersiaran, aku tak sempat2 nak tengok. aku ketinggalan aku tau.

I love cooking/food shows. the most! sebab aku suka makan. tapi JJCM ni selalu tak sempat tengok, dah buat tengahari, biasa tengahari kan suri rumah tangga tengah masak kottt.. eceh masak le sangat kan. duhhh.. well fyi, at least masa tu aku kat dapur =D

dan rata2 semua nak QI jadi pengacara semula. dia memang best, kalau aku tertengok dari mula show sampai habis, asyik sedapnya sedapnya aje mulut ni cakap. dia pun agak hensem. jadi kombinasi beliau dan makanan tu menjadi. sebab tu orang suka tengok. nampak tak ayat aku gaya merepek. lantaklah.

kalau tengok JJCM baru kat iklan, nampak cam dah tak ada yang best. makanan ikut tema. minggu ni tema lain, minggu depan tema lain. oh rupanya makanan ada tema yek. tema balada ada? rock ke? gituu... pengacara lelaki gaya jambu. eee.. perempuan pulak.. emm no komen.

kalau pengacara tak best, kau review makanan sedap tahap air liur meleleh sebaldi pun orang tengok tak sedap jugakkk... kesian... TV3 nak buat perubahan, tapi nampak gayanya orang tak suka. sobs sobs. tetiba.










perkhabaran baru..

aku dah berisi.................................. =)





















dengan lemak2 kolestrol2 makanan. huehue. suspen dok? haha. kbai!




 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting