Monday, January 17, 2011

Bahasa dulu, bahasa sekarang

Curhat by I E Z S M Y at 1/17/2011 10:38:00 PM 0 curhat Links to this post
ohh saje nak mengomel pasal bahasa pulak. bukan apa, saya tengok bahasa2 budak remaja sekarang ni macam2. macam kena masuk kelas mengeja semula pulak. peredaran dan perubahan masa dah ubah macam2 benda..

jom kita tengok sikit revolusi bahasa dari dulu hingga sekarang. eceh revolusi la pulak.. poyo. T__T

bahasa zaman istana dulu/zaman hang tuah

sungguh besarlah hajat kami datang bertandang, andai besar si gunung tahan, besar lagi hajat di hati kami. sudilah kiranya kami ingin menyunting bunga yg sedang mekar berseri di jambanga n taman tuan hamba. bagaimana pandangan tuan hamba?

dinda sudikah dinda menjadi pemaisuri kanda?

penuh kiasan. cuba bayangkan kalau saya dan si dia berdialog macam ni...


T___T

bahasa zaman arwah tan sri p ramlee

pakcik, saya ni datang nak meminang anak pakcik untuk bos saya. aaa... tak payah cakap banyak pakcik, terima jelah. pakcik senang, saya pun tak payah nak berulang-alik 3,4 kali ke rumah pakcik. setuju?

straight to the point, tak payah bunga2 kias2 bagai. janji paham. saya suka bahasa zaman ni, tak tau kenapa, tapi penggunaan bahasa baku yang best. dan saya suka filem2 p ramlee. bahasa baku tapi tetap kelakar. (^_^) dalam drama sekarang ada yang guna bahasa baku? confirm kena gelak kaw2 even tu cerita serius. -_-

bahasa sekarang

sebelum perut anak awak nampak membonjol, elok je la kita satukan anak kita cepat-cepat. orang pun tak mengata kalau naik pelamin. nanti kalau dah memboyot, anak awak, dengan awak sekeluarga semua malu. anak saya dah janji nak bertanggungjawab.

lagi la straight to the point! haha =D

bahasa bebudak sekolah sekarang.

awak tgh watpew? sayew rinduw kat awk taww...bilew kitew nak jumpew? arituw sayew ada jmpew baju kat mall taw, santek n comey sgt. bilew awk nk blnjew sayew?

macam bahasa baru pulak. haha. emm nak saya terjemah ke? hehe.

kalau korang rajin jalan2 kat fb, korang akan jumpa bahasa ni kat komen2. atau kalau korang ada adik2 sepupu2 cucu cicit yang tengah sekolah, gi sekodeng fb diorang, mesti jumpa bahasa ni. serius.

kalau bukan budak sekolah yang memang pengguna bahasa ni, saya bukan nak kondem anda, tapi saya kurang suka dengan bahasa macam ni. huhu. dah elok2 bahasa melayu tu senang di faham, perlu ke tambah w kat belakang perkataan tu? ish ish geleng kepala.

Bahasa Istana Dulu
Eh! dinda ni, kalau nak mencemar udara, biarlah kanda tambatkan sang
Dewata kuda kesayangan hamba ini, tak manis kalau didengar dayang istana..
Bahasa Padang Kota, Penang

Chessss .. mangggkok hayon dongga ghopla jigga punya marka, kalau nak
kentut pun biaq la aku tongkat moto dulu, sambai petai kurang asam jawa punya budak.. chessss hang cirit ka..?!


ahak..iklan jap kat atas tu. hehe.

notasajatambah: pernah dengar bahasa F tak? =)


Friday, January 14, 2011

A Nite with Mr. Cousin

Curhat by I E Z S M Y at 1/14/2011 11:37:00 PM 0 curhat Links to this post
ajakan last minit..tengah2 buat keje kat ofis, ceh buat keja la sangat padahal mengelamun lebih sebab malas. huh malas aje. ha..tiba2 mamat ni ym, huh kacau betul. "tolong teman beli hadiah untuk si dia malam ni.." oh si dia merujuk kepada orang special mr. cousin nih. hah?adoihh baru konon nak tengok ajl online malam nih. potong stim betul lah. tak tolong kang ngungkit pulak nanti. ha ye lah malam ni.. siap warning lagi mintak izin tunang sebelum keluar tau. ha yelah yelah. ish.

so lebih kurang 7lebih keluar la ke ECM. nak carik bantal je. semua kedai gift masuk. nasib masa terhad sebab keluar malam, kena beli sebelum 9.30, masa tu kebanyakan kedai dah tutup. kalau siang, confirm kepenatan la kot. dapat lah barang nya, then pegi makan kat Noodle Station. makan free okeh. masa yang di tunggu2. senyum sampai telinga. (^____^) I LIKEEEE..!!! =D

french fries yang gebu. tempura prawn yang tawar. *tempura prawn tak de sebab dah selamat masuk dalam perut masing2. haha =D

aci tak dah habis makan baru nak amik gambar. huhu. sebab masing2 dah lapar tak hengat. T__T

pinggan yang tak habis makan tu mr.cousin punya. tak senonoh, membazir. kan? ish ish ish. geleng kepala. nasib baik dia yang bayar. buat dek je. (-_-)

haa yang ni terbaik. licin. saya punya. hehehe. tinggal limau nipis je untuk dessert. pastu balik rumah sakit perut. haha.tak tipu je. oh ye, itu hot chocolate. bukan kopi. eh ada rupa kopi ke?entah.


terima kasih untuk makan makan. ha lepas ni belanja lah lagi ye encik kazen. hehe.


notasajatambah: entah



Monday, January 10, 2011

Entah

Curhat by I E Z S M Y at 1/10/2011 10:33:00 PM 0 curhat Links to this post
entah...



sesuai tak title tu? dah bukak 'new post' tapi tak tau nak post apa.



review AJL25? nanti nanti lah. itu mud juga aa tada mari lagi..



saya tengah memburu kerja baru. sapa2 ada tau keja kosong sekitar kuantan, please tell me. sangat sangat perlukan nya. T__T



dah. tu je lah. rajin datang kejap je. sekarang malas balik. bai.

(-_-)

notasajatambah: jiwa kacau

Sunday, January 9, 2011

Hari Bermalasan ..hari ni je la...

Curhat by I E Z S M Y at 1/09/2011 12:21:00 PM 0 curhat Links to this post
hari ni je la boleh melepek kat rumah, tanpa perlu hadap ketas2 meja komputer orang2 ofis dan bos yang bossy, boring ok. huh.


hari ni je lah boleh bangun lambat sikit, sikit je ok. dari hari2 lain.


hari ni je lah boleh tengok tv. hari lain jangan harap lah, balik keja dah penat, terus terkam bantal ngn selimut. eh cop mandi dulu ye.. heee (^_^)


hari ni je la boleh hadap laptop seharian sampai tak tau nak buat apa dah.


hari ni je la boleh tido banyak kali tanpa perlu malu2. =D


hari ni je la boleh search apa2 yang patut untuk diy hari besar saya nanti. uh nak jugak.


perempuan ni memang banyak cengkadak lah. ish ish ish. geleng kepala ramai2. (-_-')


oh ye satu lagi... hari ni je la boleh tengok ANUGERAH JUARA LAGU KE 25. haha promot jap. meh tengok FAIZAL TAHIR perform. hari2 kat ofis dok dengor lagu Hanyut tu. Yuna, Ana Rafalli, Momok, eh bukan Tomok lah, Bunkface, Hujan etc...lupa dah..hehe. jangan lupa malam ni, pukul 9 ke 830? cehh apa daa..
sapa lah yang dapat grand prize nanti ek..abang superman tu kot...iihhhii..


huaarrghhhh!!

nak bangun ke tido balik..??hmm...haha.


notasajatambah: hari ni je laaa..... =/


Bertukar!!!

Curhat by I E Z S M Y at 1/09/2011 01:52:00 AM 0 curhat Links to this post
fuhhhhh huuhhh (-_-')




penat





banyak kali bertukar





akhirnya






jumpa jugak yang cocok sekali. haha =D





tahun dah baru, blog pun baru la jugak.....gitu.. =p



notasajatambah: tak larat nak membebel

Thursday, January 6, 2011

E-day > The moment of Engagement

Curhat by I E Z S M Y at 1/06/2011 09:52:00 PM 0 curhat Links to this post
(^_^)

apa2 hal, senyum sampai sepet mata dulu..haha. SELAMAT TAHUN BARU! belum lambat lagi kan?hehe..azam korang?tahun lepas punya belum setel?ok.. saya pun sama.. hehe. ok cukup.

sori for the late update, saya bukan jenis yang kaki belog tak hengat. saya perlu ada mud untuk buat benda ni semua. hehe. so maknanya hari ni saya rajin, dan hari2 lain saya malas. haha. teruk pempuan nih. ish ish. geleng kepala. (-_-)

this is moment of engagement yang dah basi tu..tengok gambar ok. picture speaks louder than words.hihi =)

18.12.2010 - our engagement and his birthday
color theme - his side blue, my side pink (baru perasan combination kale ni cantik jugak iihhii)

sesi diskusi

pengantin keluar dari bilik, terus ke pelamin. eh pengantin? tolong jangan perasan ok. huh. =p tapi kawan saya sengaja panggil macam tu terus saya pandang. ok memang perasan!haha.
gambar nombor 3 dari kiri, tiba2 semut masuk dalam veil. ok tau la tengah sweet blood. huh. =D

sesi sarung cincin, salam dan peluk cium
dah jadi tunang orang. serius? T__T

yup serius. se-ri-usssss (e_e)

ok setel sudah. =) i love the bunga tangan sekilo tu. berat ok. T__T . oh ye love the bunga tangan maker also (^_^) love yuu huda!

done! jumpa di hari besar kami ya. insyaAllah.
(^,^)

notasajatambah: hari besar belum prepare apa2 lagi. haha.



 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting