Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label preparation. Show all posts
Showing posts with label preparation. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Preparation #7

Curhat by I E Z S M Y at 11/19/2010 10:49:00 PM 0 curhat
jam sudah pukul 3 pagi. dan saya masih belum tidur. walaupun mata sudah separuh seksi seperti garfield. comel gebu gila ok! tiba2. haha =

mari update di pagi hari. macam tak boleh tunggu esok pulak kau ni kan. haihhh...

ok teruskan.

ini adalah update yang dah confirm ok. di ulangi confirm. yang sebelum2 ni banyak betul perubahan, especially tang hantaran tu. huishh pening den.

1. hantaran, kebanyakan nya barang makanan. setel, 1,2 minggu sebelum boleh di beli. no kain sampin, no kasut/capal, no men's product bla bla. huh hampeh. gubahan, kakak saya buatkan.
2. kanopi, tak jadi. mak kata jangan membazir, makan kat atas rumah aja. tetamu bukan beribu2 lemon hatta beratus2 pon. tak sampai 50 pun. hahaha. =D baiklah mak.
3. makan tengahari, masak sendiri. senarai lauk, perlu bagitau ke?hihi. yang simple aja.
4. souvenir, surprise!! =) plus gula2 sikit.
5. pelamin mini, diy. kakak saya akan buatkan jugak, barang2 hiasan separuh beli, separuh pinjam.
6. make up, my beloved bestie.
7. baju, hujung bulan ni akan di ambik dari butik.
8. veil, my beloved cousin buatkan. thank you!
9. dulang hantaran, hmmm tengok la minggu depan or minggu lagi satu baru ambik. hihi.
10. last but not least..... CINCIN. yey sudah di booking. sebab cincin tu adalah satu2 nya kat kedai emas tu. so sudah di booking, dan di simpan. tunggu masa bayar penuh, dan ambik. dan di sarung ke jari, dan di pakai sampai bila2. heee.. >_<

tamat menaip jam, lebih kurang 345 am. dah pegi tidur sekarang!!!!! eh jap2 ada satu lagi...

notasajatambah: hari ni dapat gi telok chempedak, tebus photoshoot tak jadi hari tu. yey!

Tuesday, November 2, 2010

Room Preparation

Curhat by I E Z S M Y at 11/02/2010 10:04:00 PM 0 curhat
bukan hantaran or apa2 yang berkaitan dengan pertunangan aja. bilik pun kena ambik kira jugak, even saya tak sarung cincin dalam bilik.


dan


perlahan-lahan bilik saya menjadi



teratur




dan




kemas






sedikit.......aja buat masa ni........ hehe -_-



nanti ada masa saya kemas lagi. hihi. time kaseh mak!! tolong kemas bilik semasa saya bekerja. (^_^)


Monday, October 25, 2010

Preparation #6

Curhat by I E Z S M Y at 10/25/2010 12:46:00 AM 0 curhat
update lagi. hehe. hari ni saya rajin sikit nak menaip. sebab tak keluar ke mana, jadi nya menatap my crazy lappy je lah hari ni. and munching, munching.... =)

mari makan megi sambil menaip. hihi. tengah2 malam makan lagi. ish ish ish. eh cukup.

ok tadi malam dalam jam 8 lebih, kakak saya telepon, nak cakap dengan mak, tapi mak tak balik lagi dari kl, selasa baru balik. ceh lama betul dok sana. so dah confirm beberapa benda dengan dia.

1. makan tengahari ~ masak sendiri. no catering. expensive.
2. gift untuk tetamu ~ cupcakes. dah tanya, 3 hari sebelum boleh tempah lagi. beres. ha sapa nak cupcake datang la majlis saya. heee =)
3. canopi ~ harus ada. kakak suruh tanya abah. ok nanti di tanya.
4. barang hantaran ~ dah confirm, tak ada ubah2 lagi. fuhh lega.

lagi, lagi. tu aja buat masa ni. dah. nak sambung makan megi. daaaaa

notasajatambah:mak balik selasa. eee lama nya!

Saturday, October 23, 2010

preparation #5

Curhat by I E Z S M Y at 10/23/2010 11:17:00 PM 0 curhat
update!update!

semalam kakak saya suruh telefon, saya dah bagitau tentang hal pertunangan ni pada dia kelmarin.

dia tanya, bila bertunang?
18.12.
hantaran berapa?
7-5.
apa nak bagi?
sirih, kek, bla bla kasut...
ha?kasut?tu nanti nak kawin baru bagi.

laa aku dah kira bajet dah. huh, berubah lagi. *cakap dalam hati.

saya balas, dah tu nak bagi apa?
letak la benda lain, ha bunga rampai, tu kena letak tu.
oh yeke?takpe2, letak potpori je la eh, mak kata bunga kering ada lagi, beli bekas n perfume je. ha ok lah tu, beli bekas lawa2 sikit. ha ye lah. *dalam hati lagi. =D
nak buat kale ape?
biru. tetap dalam hati. baju pink, hantaran biru. ok tak color scheme tu?haha!
tempat alas dulang tu ada tak?
mendape?alas huda dah buat kale putih.
bukan, yang keras tu.
oh polistrene, alah boleh beli je. yang dah siap kerat2 tu.
berapa ringgit tu. murah ke?
entah, kena tengok la nanti. murah kot.
tak pe, akak boleh tolong buat kan, dah biasa buat kat orang2 kawin sini.

ehem iklan jap, kakak saya boleh menggubah hantaran, so dah biasa lah tolong orang2 kawin punya hantaran. tapi dia duduk kat johor. hihi. =) ok sambung lagi.

nak buat kale ape?alas kale putih, tak kan nak buat kale putih.
lahh kata nak buat biru, beli kain net ke tutup atas je, tepi2 letak kain ropol2.
ha boleh lah.
nanti nak sarung cincin kat mana?dalam bilik ke?

oh tidak! bilik adalah sarang peribadi saya, ambik masa saaaangggaattt lama nak ubah jadi bilik yang cantik. =D

tak mau la bilik, bersepah. kat luar je.
nanti akak beli kain buat background belakang.
kat tempat tv tu ke?
kat situ la, mana lagi nak buat. tak pe lah, nanti akak balik awal, beli kain, tolong buat.

dalam hati dah menjerit suka. =D dapat pelamin diy. hihi. saya nak hias cantik2. nanti boleh guna lagi untuk nikah pulak. jimat2. hehe. time kaseh kakak ku. suka2! sampai ke telinga dah ni. =)

ahad ni hari keputeraan sultan pahang. jadi rakyat2 pahang hari isnin bercuti ganti. seronok!rakyat2 pahang aja ye..!!haha =D so hari isnin, saya dan si dia akan keluar membeli barang untuk hantaran. ha baru ada masa untuk itu. *sigh.

notasajatambah: bila mak nak balik ni..rindu ni... =/

Monday, October 18, 2010

preparation #4

Curhat by I E Z S M Y at 10/18/2010 09:48:00 PM 0 curhat
hantaran saya
1. sirih junjung
2. kek
3. kain songket
4. handmade capal / kasut
5. buah2
6. coklat / gula2
7. surprise!! haha =D

hantaran si dia
1. sirih junjung
2. cincin & kain pasang untuk merisik
3. kek
4. buah2
5. coklat

dulang hantaran dah dapat sekali dengan alas. nanti nak ke rumah penyewa dulang untuk pilih alas. alhamdulillah selesai bab dulang2 tu. eh huda, awok still buat alas saya ye, sebab ni alas untuk si dia tu. hihi.

barang2 akan start beli minggu depan. gila asyik delay je. hish. si dia punya pasal la ni sibuk memanjang. nak membebel panjang2 kang tak pasal2 jadi lain pulak. better diam dan lihat dan tunggu. (-_-)

dah tu je nak update. daaaa!

notasajatambah: sebulan lebih lagi. ngeee!!!

Sunday, October 10, 2010

Preparation #3

Curhat by I E Z S M Y at 10/10/2010 07:14:00 PM 2 curhat
sebelum ni kami dah setuju untuk letak hantaran 5 berbalas 3. dalam hati korang mesti kata "sikitnyeee...." kan?kan? sila angguk sekarang. same goes kalau ada orang yang bertanya perihal ini, bila tunang, hantaran berapa? ohhh 5-3 je. tiba2 buat muka terkejut. sikitnya, napa tak buat 5-7? hmm suka hati la nak buat berapa pun, aku yang bertunang, pakai duit kau ke. ngomelan dalam hati. hehe =) realiti nya saya senyum je. =D

tapi bila di pikir balik, memang sikit pun. haha =D untung pihak lelaki lah sebab dapat banyak, pihak perempuan just dapat 3 barang je. oh tak aci tak aci. so tadi, we decide to go with 5-7. yup, tambah lagi 2 bekas each. tambah lagi bajet. huh. cinabeng. tak pe lah, bukan selalu. tu je lah alasan nak sedap kan hati. T__T

one more thing, maybe we rent a canopy, to jamu orang makan. sebab, berkemungkinan jemputan itu akan jadi ramai, actually sedara mara saya je nanti.abang kakak anak2 buah semua. ambik catering plus canopy. belum survey lagi. nak satu kanopi, satu meja, tapi kerusi nak banyak. ok tak?haha. dishes yang biasa2 sudah. janji makan. =D

hmm apa lagi ye, tu je kot. daaaa

notasajatambah: pening @_@

Saturday, October 9, 2010

hangout with my bestie!

Curhat by I E Z S M Y at 10/09/2010 06:15:00 PM 2 curhat
akhirnya dapat betul2 bersama dengan my best girl saya ni. aina and dila. (^_^) kebetulan saya ambik cuti hari ni, so dapat berjumpa. agak susah nak hangout sekarang due to their marriage that will be come soon. pandai korang amik tarikh dekat2 selang seminggu ye. -_-

kami keluar lebih kurang 123o, terus ke Premium Lane Kuantan Plaza utnuk bermain boling. sampai2 tengok sunyi aja tempat tu, maklum lah, first time bermain kat sini, selalu nya kat Berjaya Megamall, tapi confirm kat situ penuh, so kami pilih tempat ni, tak ramai orang. belum main lagi dah buat lawak lif. lif kat situ dah usang, kesian tak de orang nak repair ke apa, tapi bergerak lagi. hehe. dalam lif kami 3 orang, sambil2 tu berborak la, dah sampai tingkatnya, saya n aina keluar dulu, tiba2... "eh eh korang..." saya n aina pusing belakang, nampak pintu lif dah tutup dah.. aina cakap.. "eh dila tertinggal dalam lif lah!" saya balas, "ha yeke?laaa....macamana boleh tertinggal..!" kami pun tekan2 punat lif tu, ok tak berfungsi. T__T dan lif pun terus turun ke bawah. kami 2 orang ni dah terkekeh2 gelak sampai sakit perut. macamana la dia boleh tertinggal kat dalam tu. =D kami pun tunggu lif naik, bukak je pintu lif, dila nak stat membebel, muka sebek je. haha. sori geng, tak tau macamana awak boleh tertinggal. =D ok dah habis. (sekarang still gelak bila teringat masa tu)


let the competition begin!! sambil2 tu ber-camwhore. harus ye itu. =)

pemenangnya..cik dila. hampeh tul. baling macam gengster, tapi pin jatuh banyak. jeles2. huh. =p nanti kita main lagi yeee...(skill ayat nak balas dendam hahaha)


ada satu kasut buruk situ. sian. haha. =D

then, ke kedai, konon dila nak beli air je, last2 semua kelaparan, makan terus kat situ. mi kari aja. "kak, saya nak mi kari tapi tak nak taugeh." aina punya stail. haha =D


CANDID!! maaf dila.saya tak bersalah. haha =D

then, ke Kompleks Teruntum. memecahkan suara untuk berkaraoke. 1jam lebih sikit aje. ok lah tu, masing2 dah kepenatan. then ikut mereka2 pergi tengok butik kahwin. saja2. untuk saya boleh lah usha2 butik mana yang ok untuk di booking nanti. hehe.

oh ya, gambar tengah buat konsert karaoke saya belum transfer ke lappy lagi. nanti saya tambah ok.

DEDICATED TO BOTH OF YOU>>> i love you friends. even korang dah nak kawin, tapi kita tetap kawan sampai2 bila2. for my big day nanti, saya akan contact korang for reference ok. tolong jangan off hp or tak angkat hp. haha =D love you love you love you!!! muah muah! sakit pipi ok keluar dengan korang, gelak tak hengat. T__T

pulang rumah dalam jam 5 setengah. si dia mesej, ajak keluar pergi rumah kawan si dia nak bertunang esok. dalam jam 830 katanya nak keluar, tapi tiba2 hujan, saya tak dibenarkan keluar. pantang larang mak saya, kalau hujan jangan keluar. baik mak. =)

esok keluar dengan si dia ke pertunangan kawan. 10.10.10. tarikh famous. sesiapa yang dapat jemputan kawin tarikh ni, mesti best, tak payah masak kat rumah. kalau lagi kenal tuan rumah mintak tapau aja. haha =D gila la minggu ni saya tak berehat, keluar aja. huhu. T__T

notasajatambah: kepenatan+gembira+seronok.. thanks my best girlfriends!

Tuesday, September 28, 2010

Preparation #2

Curhat by I E Z S M Y at 9/28/2010 08:44:00 PM 0 curhat
a bit checklist for my engagement nanti. yang belum siap, separuh siap, dan dah siap.

1. Baju Tunang: sudah di hantar ke butik untuk tambah beading, hujung bulan 11 baru ambik.
Separuh siap.

2. Cincin. sedang berfikir pattern mana yang berkenan. mungkin minggu depan baru boleh booking.
Belum siap.

3. Hantaran.
> Sirih junjung.
> Kek
> Buah buahan
> Kain Pelekat
> Handmade Capal
semua belum siap! haha =D

4. Alas dulang dan aksesori hantaran. Puan Huda will diy it. aksesori saya akan beli nanti.
Belum siap.

5. Veil. rasanya kena beli. yang simple aja. tapi harus ada beading kilat2. harus!
Belum siap.

6. Menu makan tengahari. hmm menu simple. bisa di atur itu.
SIAP!
sapa nak masak?aaaaaaa.....hmmm.....si tukang masak dari kalangan keluarga kot. hehe. =)

mostly semua belum siap lah.huhu. =/

*SIGH


actually my office will have a big event this weekend. so im a bit tired because of that. not in the mood to think about this engage bla bla bla thing. i hate big event!huh. after this event, feel relief, and will start thinking on this engagement matter. YEAH!! sila sebut yeah dengan perasaan terlalu gembira.

huh!?!?!what the ***?!?!?!?
iklan jap.hehe.

ok dah daaa

notasajatambah: kepenantan+kemengantokan

Monday, September 27, 2010

Preparation #1

Curhat by I E Z S M Y at 9/27/2010 09:07:00 PM 0 curhat
kawan saya ada bertanya, "kau dah buat preparation ke?"

saya jawab, "alah tunggu lah tinggal lagi sebulan tu, baru aku prepare, kelam kabut sikit, baru adventure. hahaha"

so sekarang ada lagi 2 bulan ke tarikh itu. so relaks la beb. banyak masa lagi. hehe. tapi pejam celik pejam celik sekejap je tu. huhu. poyo. =) saya masih lagi blur, i know what to do, but dont know how. nak mulakan yang mana, nak buat macamana, nak beli apa, itu ke ini ke. =0 crazzzyyyy blur right now! tak pa, biarkan part tu.

saya dan si dia sedang survey cincin. jelajah kedai2 emas, tanya itu ini, cuba cincin itu ini. tapi saya belum ada yang berkenan, nak yang jenis besar ke kecik ke, ohhhh baru saya tahu perasaan nak jadi tunangan orang or bride to be macamana. memang confiusing amat! mula2 ke poh kong, nice dah ada yang berkenan satu, then, ke kedai emas lain pulak, hmm ada jugak lah yang berkenan. saya tak mau yang terlalu mahal, sebab tak nak membebankan si dia. then tak apa lah, next month tengok lagi, sebab if nak beli cincin saya harus di tempah. hehe. sebab?
ok explaination: kebanyakan saiz cincin di kedai2 itu dari saiz 11 ke 17 or 18 agaknya. dan saiz saya just 10 aja. ohh apakaahhh!?!!baru tahu, ingatkan 11 dah boleh muat, tapi still longgar lagi, takut buat kerja tiba2 hilang. ha siap la si dia pot pet pot pet. huh. so bila pakai saiz 10, muat cantik aja. cinabeng, keciknya jari aku nih? =0 si dia kata ni bukan jari, tapi lidi. cinabeng lagi. huh. dah explaination habis.
so harus tempah seawal bulan 10, bulan 11 dah boleh amik dah. tapi saya belum ada yang berkenan betul2 lagi. waaaaahhh!!!!

halp me please =/

cukup pasal cincin. hantaran, saya sedang study majalah, google image, blog2 kahwin for hantaran inspiration, diy aja. malas nak tempah2. just campak tepek apa2 yang patut pada hantaran tu, done! tak payah susah2 nak guna sentuhan pakar, kadang2 sentuhan tak pakar n first time ni pun cantik+kreatif+amat cantik lawa. ok angkat bakul sendiri sekejap. =) give me time to study first. ohh barang hantaran pun belum beli lagi. hmmm (-_-)

baju. sudah ada dalam ghobok (almari) tinggal nak hias2 bagi cantik aja. mau hantar ke kedai untuk tambah beading. pun kena hantar awal, untuk mengelakkan terpaksa pakai baju lain masa harinya tu. huh. tak nak lari tema. =0

veil. nak pakai ke tak?nak pakai ke tak?tak mau beli. ada siapa2 nak bagi pinjam or nak tanya kakak2 ada simpan veil masa korang tunang or kawin dulu tak?hehe.

i want a simple engagement day yet memorable. macam yang si dia buat masa propose, still ingat sampai sekarang. love it. (^_^)

ok dah daaaaaa

notasajatambah: mood relaks lagi. kihkih. =)

Sunday, September 19, 2010

Tiba-tiba tukar plan

Curhat by I E Z S M Y at 9/19/2010 01:47:00 AM 2 curhat
lepas 4 hari si dia melamar saya, dan kami sah menjadi tunangan dalam Islam, tiba2 kami tukar plan nak buat majlis merisik n bertunang. pulak.

Jumaat, 17092010

ikut plan asal, kami tak mau buat majlis tu, fyi that ring is belong to his mother, dan kami dah rancang nak buat majlis tunang n nikah hari yang sama, that means, sebelum nikah mak si dia akan tanggal kan cincin yang saya pakai sekarang to replace yang baru for tunang. and after that nikah. tapi mungkin sebab saya yang gedik cakap ni..

abang, ingat nak suruh jumpa mak abah bagitau yang abang dah bagi cincin tanda ni, kalau saya yang bagitau takut diorang tak percaya pulak.

hmm..alamak yang tu tak ada keberanian lagi nak cakap kat abah awak macam tu.

kalau macam tu tak apa lah. nanti saya cakap la kat diorang tu. kecewa =*

lepas tu, si dia balik rumah untuk solat jumaat. balik dari solat, masuk ofis, si dia bagitau..

tadi dah bincang dengan mak, mungkin hujung bulan ni family abang masuk meminang.

ha?kata tak nak buat majlis.

ye lah, yang kita buat tu cara kita, ikut islam memang sah, tapi ni antara family, then boleh tetapkan hantaran semua.

terkejut+tergamam+termenung sekejap.

so malam ni abang bincang dengan ayah, awak bagitau mak abah awak.

hmm baik lah.

then masa balik, kami bincang tentang tarikh. finally si dia nak 18.12.2010, huh hari jadi dia, ngada betul. tapi saya nak 05.11.2010, tarikh ulangtahun kami. kihkih. ok tergantung di situ. belum tentu tarikh mana lagi. tunggu perbincangan antara mak n ayah kami dulu.

malamnya, si dia telefon, pihak dia dah ok. tunggu saya aja yang belum bagitau lagi. sabar ye. hihi. saya tanya, cincin ni macamana? si dia kata bagi esok. tapi cincin ni dah pudar. ye lah cincin turun temurun kot, dah lama simpan, so kale nye jadi pudar. so si dia kata, oh yeke?hmm tengok lah mungkin beli yang baru nanti.

ok jadinya, saya dah tak dapat pakai cincin vintage tu lagi, dapat pakai 3 hari je T__T . then tak ada majlis tunang masa hari nikah nanti. cehh..yang dah di plan lama dulu jadi lain pulak..hmm tak apa lah, at least si dia ada rasa nak kawin bila dah bertunang ni. bukan lagi boleh berpoya2 hu ha sana sini. kita dah kena buat preparation dari sekarang dah tau sayanggg??bagus. ok dah.

sabtu, 18092010

saya bagitau mak, fyi apa2 mesti saya bagitau mak dulu, then mak akan jadi orang tengah bagitau kat abah. hehe. Alhamdulillah, mak tak terkejut, siap bagitau pihak lelaki kena bawak apa, then pihak saya kena balas apa. lega sudah. hihi =) so si dia 3 bekas, saya 5 bekas. ish apsal perempuan kena bagi lelaki banyak eh?padahal barang perempuan yang lagi banyak dari lelaki. hmm lantak lah.

then saya terus mesej si dia, bagitau itu semua. dan saya tanya bila nak buat, si dia tetap dgn tarikh itu, 18.12.2010. huh ngada!! baik lah. (-,-) mesej sepupu sayang2 saya, huda, bagitau tarikh itu yang dia harus cuti dan tolong+support saya, dan dia rela hati nak diy alas dulang hantaran. i lap u so muchos!!!

tiba2 tema jadi pink pulak. bak kata huda, awak kan power ranger biru tiba2 tukar pink pulak?haha. ok baju dah ada, pakai aja, saya malas nak buat baju lain. so terpaksa pakai pink for that day. huhu. lagi lagi....oh ya, hujung bulan memburu cincin dan barang hantaran si dia. ok cukup ye kali ni. dah panjang dah membebel.

daaaaa!!!

notasajatambah: still feel dreaming =D

Sunday, September 12, 2010

Si dia tanya saiz cincin??

Curhat by I E Z S M Y at 9/12/2010 03:36:00 PM 0 curhat
hari ni saya bermalas malasan atas katil..biasalah hari cuti kan, nak bangun lambat sikit.ihikhik. tiba2 kawan kolej saya datang rumah..Ya Allah! dah serabai nih..sabau je lah. ok layan aja..borak2 gosip2..yup tu mesti, tak wajib, tapi akan terkeluar sendiri dari mulut tanpa di paksa. dan telinga yang mendengar pun suka je. =D borak punya borak, ok kitorang nak balik dah. petang ni nak kuar, nak ikut? ok jugak, sila mesej 1 jam awal ye..hehe. sindrom bersiap lambat. normal ok bagi perempuan..lalalaaa...

then si dia mesej, dah sampai gemas. oh lupa, si dia pergi gemas hari ni, dengan maknya pergi rumah sedara kot..

ohh dah banyak melalut. pasal tajuk entry, macam ni ceritanya. sedang2 saya bermesej dengan si dia, tiba2 si dia tanya...

si dia: saiz cincin sayang 13 kan?
saya: (atas kepala dah banyak tanda soal, dalam hati cakap apsal tiba2 tanya pasal cincin2 nih, ok saya reply..) ikut jenis cincin lah, kadang2 13 tu longgar.nape?
si dia: oh ok..tak ada apa saja tanya.
saya: (mode tak puas hati) apsal tiba2 tanya pasal cincin ni?macam pelek je.
si dia: tak de lah, senang nanti abang nak carik cincin dah tau saiz.
saya: ohhh...tapi kadang2 saiz 11 pun muat jugak.
si dia: tu jari ke lidi?
saya: (cinabeng lidi dia kata huhu) tengah2.heh. antara 11,12,13. kalau nak tau abang ukur jari kelingking abang, tapi paras tulang tengah tu je.paham kan?
si dia: ohhhh ok paham..ok lah, abang nak lelapkan mata jap..

ok..tapi dalam kepala still tak puas hati kenapa tiba2 tanya saiz cincin..hmmm.....tiba2 teringat pasal ni, orang dulu2 kan kawin mak ayah yang tentukan. so nak beli cincin diorang akan ukur kat jari kelingking si lelaki tu, sebab saiz jari kelingking si lelaki lebih kurang sama dengan saiz jari manis si perempuan. so kalau nak beli cincin tanpa si perempuan, macam tu la diorang nak agak. tapi sekarang, nak beli cincin dah kena bawak si perempuan, bukan sebab ngam kat jari ke tak, tapi sebab berkenan ke tak.. ye lah perempuan kan cerewet, nak mata diamond la, nak bentuk macam ni lah, kale macamtu lah, batu zamrud lah sapphire lah..besar gedabak nak bagi orang silau dari jauh. =D macam2.

perasan tak saya mintak si dia ukur cincin kat jari kelingking tapi paras tulang tengah tu je. haha. sebab, jari si dia tu debab2, cincin yang saya pakai sekarang kalau di ukur, sampai paras situ je. tak boleh nak sampai bawah. hihi..

sekarang, biar si dia yang mulakan dulu, saya tunggu aja.. macam princess tunggu ciuman prince charming tu..hihi..ok dah mula berfantasi pulak dia nih.cukup2..

ok dah..daaaa

notasajatambah: nothingtoadd =)
 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting