Saturday, October 23, 2010

preparation #5

Curhat by I E Z S M Y at 10/23/2010 11:17:00 PM
update!update!

semalam kakak saya suruh telefon, saya dah bagitau tentang hal pertunangan ni pada dia kelmarin.

dia tanya, bila bertunang?
18.12.
hantaran berapa?
7-5.
apa nak bagi?
sirih, kek, bla bla kasut...
ha?kasut?tu nanti nak kawin baru bagi.

laa aku dah kira bajet dah. huh, berubah lagi. *cakap dalam hati.

saya balas, dah tu nak bagi apa?
letak la benda lain, ha bunga rampai, tu kena letak tu.
oh yeke?takpe2, letak potpori je la eh, mak kata bunga kering ada lagi, beli bekas n perfume je. ha ok lah tu, beli bekas lawa2 sikit. ha ye lah. *dalam hati lagi. =D
nak buat kale ape?
biru. tetap dalam hati. baju pink, hantaran biru. ok tak color scheme tu?haha!
tempat alas dulang tu ada tak?
mendape?alas huda dah buat kale putih.
bukan, yang keras tu.
oh polistrene, alah boleh beli je. yang dah siap kerat2 tu.
berapa ringgit tu. murah ke?
entah, kena tengok la nanti. murah kot.
tak pe, akak boleh tolong buat kan, dah biasa buat kat orang2 kawin sini.

ehem iklan jap, kakak saya boleh menggubah hantaran, so dah biasa lah tolong orang2 kawin punya hantaran. tapi dia duduk kat johor. hihi. =) ok sambung lagi.

nak buat kale ape?alas kale putih, tak kan nak buat kale putih.
lahh kata nak buat biru, beli kain net ke tutup atas je, tepi2 letak kain ropol2.
ha boleh lah.
nanti nak sarung cincin kat mana?dalam bilik ke?

oh tidak! bilik adalah sarang peribadi saya, ambik masa saaaangggaattt lama nak ubah jadi bilik yang cantik. =D

tak mau la bilik, bersepah. kat luar je.
nanti akak beli kain buat background belakang.
kat tempat tv tu ke?
kat situ la, mana lagi nak buat. tak pe lah, nanti akak balik awal, beli kain, tolong buat.

dalam hati dah menjerit suka. =D dapat pelamin diy. hihi. saya nak hias cantik2. nanti boleh guna lagi untuk nikah pulak. jimat2. hehe. time kaseh kakak ku. suka2! sampai ke telinga dah ni. =)

ahad ni hari keputeraan sultan pahang. jadi rakyat2 pahang hari isnin bercuti ganti. seronok!rakyat2 pahang aja ye..!!haha =D so hari isnin, saya dan si dia akan keluar membeli barang untuk hantaran. ha baru ada masa untuk itu. *sigh.

notasajatambah: bila mak nak balik ni..rindu ni... =/

0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting