Thursday, June 30, 2011

Back to the normal working daysss......

Curhat by I E Z S M Y at 6/30/2011 10:23:00 AM 2 curhat Links to this post
.

blog dah jarang update...















sebab....















balik kerja, mandi, makan, baring, terus............ tertidur... zzzzzzzz















walaupun niat cuma nak rehatkan mata lepas 8 jam bekerja, tapi akhirnya tertewas juga.....













haish... maka itu lah sebab blog dah jarang di update.. tambah lagi, takde idea, tak tau nak mengomel apa. sebab kehidupan dah jadi macam dulu... balik kerja 5.30pm, kalau tak ke mana2 sebelum pukul 6 dah sampai rumah... tapi kalau menyinggah ke mana2 pukul 8 baru sampai rumah. kadang2 aktiviti menyinggah ni saje je.. dalam ofis punya lah lemau macam hape, dalam kepala pikir tilam empuk bantal lembut ohhh bestnyeee.. tapi keluar dari ofis, terus segar, terus pikir nak gi ECM.. ape ke hal entah.. (-_-') lepas ni, aku kena bertegas pada diri sendiri..



ok bai!




entry merepek update dari ofis time lunch hour. mata stim macam garfield. arrggghhh!!






Wednesday, June 29, 2011

Rabu tanpa perkataan (wordless wednesday)

Curhat by I E Z S M Y at 6/29/2011 01:43:00 PM 1 curhat Links to this post
.


need vacation . .







I'm daydreaming . . sigh . .


(-_-')






Sunday, June 26, 2011

Bila hidung tersumbat....... T______T

Curhat by I E Z S M Y at 6/26/2011 11:00:00 PM 0 curhat Links to this post
.

currently officially having a flu. best bro! alala shukenye! * mata ke atas, tangan ke dada. huh!

boling tetap main jugak. haha! selsema la sangat. tapi hampeh la main. bersimpang siur bola. kejap ke kiri kejap ke kanan. game hari ni macam entah hapa2 je. hape pun tak boleh! >(

dah sudah ber-boling, nak balik ke rumah singgah 7-E kat area rumah aku. sebab nak carik Milidon 650. tu ubat semua boleh. demam, selsema, pening, pening tension kecuali sakit perut sakit gigi. hehe.


masuk 7-E, melilau mata carik ubat tu, nasib jumpa, pergi cashier nak bayar, cashier perempuan. letak atas counter, tetiba dia tanya..

cik cashier: ni ubat untuk apa ye?
aku: aaa untuk demam lah.. *tetiba aku jadi blur sebab dia tanya soalan macamtu.
cik cashier: ooo bukan actifast yeh?
aku: ha? aaa yang ni pun boleh. lagi ok, cepat sikit.
cik cashier: oh lagi cepat ye? hmm..
aku: ?????????


serius aku tak boleh pikir apsal dia tanya soalan macamtu. bukan ke dia kerja kat 7-E patut tau kan produk2 barang2 yang di jual. buatnya ada orang tanya ubat untuk sakit ni sakit tu? tak kan segala sakit nak bagi actifast je kot. sakit sendi makan actifast? uhu. aku pun cerita kat si dia pasal ni. dan si dia kata.. "bengongnya..."

straight to the point. no tapis2. haha.

takpe lah dik, akak tak amik kisah pun, mungkin adik baru kerja kat situ, tak khatam lagi nak hafal barang2 kat situ. takpe2. slow2 ye.. tapi nasib akak ni jenis blur2, selamat adik dari kena sound. kalau orang lain, akak rasa dah kena sound kot.. "you kerja sini, barang you jual pun tak tau ke? kena tanya customer ke?" malu tak dik kalau camtu? hihi.

lepas ni kalau aku gi 7-E dan jumpa budak tu lagi, aku beli roti, tiba2 dia tanya soalan, roti ni untuk apa kak? serius aku nganga. budak ni memang kesian.. hahaha!



ok dah bai!




esok mula tempat kerja baru. apsal rasa perasaan cam campur2 je. uhuhu.




*entry di update masa tengah tak sihat, macam hape je. huhu.


Saturday, June 25, 2011

Boring ok... (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/25/2011 09:49:00 PM 0 curhat Links to this post
.

semalam lepas belasah boling 3 frame, gi tengok cite ni...




Sinopsis filem Rasuk merupakan sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati.

Arman seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Setelah kejadian itu Melati sering berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Arman yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.

dan lepas tu, macam2 lah perkara pelik yang jadi. kena rasuk sampai lah ustaz datang tolong selamatkan Melati.

sumber



pemberitahuan: aku bukan peminat cite hantu. jadi ni bukan aku yang nak tengok. tapi si dia yang nak. gara2 terpengaruh dengan trailer yang cam best, si dia beria sangat nak tengok. jadi aku terpaksa teman si dia tengok. terpaksa ok! TERpaksa. jadi aku review lah sikit ye..sikit je..








it's a typical malay ghost story-boring-tak best-boleh tidur-ending cam hape entah-so lame-cliche










cukup lah tu. conclusion, korang tak payah tengok. rugi. aku? bukan duit aku pun. haha! lantak kan. baik korang gi tengok TRANSFORMER, lagi best.



ok dah bai!


Tuesday, June 21, 2011

Terima kasih ABAH!

Curhat by I E Z S M Y at 6/21/2011 09:19:00 PM 2 curhat Links to this post
.

rasanya belum lambat lagi kot nak wish..














SELAMAT HARI BAPA



DAN




SELAMAT HARI JADI














untuk abah.. adik sayang abah sangat2!!















aku belikan plak (plaque) untuk hari bapa, dan kek chocolate cheese dari secret recipe, kesukaan beliau. kami mempunyai minat yang sama, COKLAT dan KARTUN. apa2 aja yang namanya coklat dan kartun. kami makan dan tengok je. hehe.

beliau boleh habiskan satu coklat cadbury yang paling besar dalam masa satu hari, sambil tengok tv. hebat kan? aku pun tak boleh buat macam tu. satu bar besar tu, aku habiskan 3,4 hari la jugak. beliau juga tak pernah miss Upin dan Ipin yang tiap2 petang kat tv9 tu. gigih ok setiap 5.30 mesti bukak tv tengok.



minat beliau yang dua tu memang betul2 turun kat aku. that's why I love him so muchos!




ok bai!




sejak dua menjak ni, update entry takde gambo. malas nak tepek lah. haha. lagipun nak suruh otak korang bergerak, gunakan imaginasi. tapi jangan imagin yang melampau2 pulak. grrr!



My last week...

Curhat by I E Z S M Y at 6/21/2011 10:44:00 AM 2 curhat Links to this post
.


minggu akhir di tempat kerja sekarang. babai!
















minggu depan bermula di tempat kerja baru. dapat balik kerja yang dah 4 bulan lebih di tinggalkan. I miss you HR! haha.




















harap2 dah tak tukar kerja lain dah..penat lah pegi intebiu je..! lepas ni intebiu orang pulak.. =D
















ok bai!



Saturday, June 18, 2011

I'm already addicted to it.... (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/18/2011 10:38:00 PM 2 curhat Links to this post
.

terasa macam dah ketagih ber-boling pulak. terima kasih pada si dia sebab tak sudah2 main boling, sampai aku dah ter-jatuh cinta pada nya. NYA merujuk kepada boling bukan si dia. harap maklum.

boling adalah salah satu sukan, sukan dalaman atau indoor sport. sukan apa tak keluar peluh pun!? sapa kata tak keluar peluh? berpeluh kot main boling ni. sebab bila bola asyik ke longkang je, kita akan jadi hangen, hidung kembang kempis tahan marah n malu.. Hape pon tak boleh!! eh tetiba. hehe. bila hangen kelenjar2 adrenalin akan memproses peluh, maka keluar lah ia even dalam boling tu ada aircond. ok aku merepek.

boling ada kelebihan jugak tau.. setiap sukan ada kelebihan, kena lah rajin meng-google apa kelebihan sukan yang kita minat tu.. bukan sekadar tau main je kan.. ha ni yang aku jumpa..


1. 30 minit bermain boling boleh membantu membakar kira-kira 150 kalori (bagi wanita yang mempunyai berat di antara 50-55kg). Jumlah pembakaran kalori ini sama nilainya dengan melakukan aktiviti berbasikal dengan santai atau 30 minit berkayak. Semakin lama jangka waktu permainan anda, semakin banyak kalori yang dibakar dan sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan.

2. Keseronokan dan rasa santai semasa bermain boling juga dapat membantu kita lebih tenang dan bertenaga. Bermain boling sama serperti membuat senaman lain kerana aktiviti ini dapat membakar lemak bagi yang ingin menjaga kesihatan dan tubuh badan yang diinginkan.

sumber


People find many advantages when bowling. Playing the sport on a regular basis will enable a person to develop a fitness activity by learning how to balance and coordinate body movements. The bowling executions a person uses provides exercise through walking and swinging of the arms. It not only provides good body exercise for the arms and back, but the joints, fingers, hips, and legs as well. The muscles limber up when a person bowls on a regular basis, keeping the body in good condition.

sumber




haa kan best tu. boleh kurang kan berat badan lagi. di samping itu juga, boleh kurang kan duit dalam wallet anda. ye dak? hahaha! tak payah la main selalu, 1,2 kali seminggu ok lah. kalau hari2 memang kempis duit korang nanti. jangan salahkan aku pulak. aku tak suruh korang main hari2 pun.



ok lah tu je.





bai!!





Thursday, June 16, 2011

Alhamdulillah...

Curhat by I E Z S M Y at 6/16/2011 12:50:00 PM 0 curhat Links to this post
.

pagi tadi pergi interview. dengan mata yang BENGKAK! sebab apa? ok itu rahsia. kau jangan sebok nak amik tau. haha! interview pukul 9 pagi, keluar rumah pukul 8.30 pagi. tapi sesat la pulak kejap. company ni dalam kawasan perindustrian. ceruk sikit. tapi nasib jumpa. huh lega! takut je lambat. sampai sana, dah ada sorang candidate. sambil tulis borang, tengok jugak keadaan sekeliling pejabat. ramai lelaki. ye lah company oil and gas kan. mesti ramai lelaki. office pun macam best je. macam ye. hehe. first impression je tu. tak tau la nanti macamana kan.

first candidate tu masuk bilik interview dalam pukul 9, lama jugak. 9 lebih baru keluar. entah hape yang di gebang kat dalam tuh. haha. bila sampai giliran aku masuk, ada dua interviewer, sorang laki, sorang perempuan. belum duduk aku dah di tanya..

en.penemuduga : eh betul ke awak ni? apsal dalam resume lain, ni lain ni.
aku : tu gambar saya lepas SPM dulu, lain la sikit. *senyum.
en.penemuduga : oh ye ke? tapi betul yeh? bukan ada tukar2 ke apa ke..
aku : eh takkk.. tak de tukar2 pun. *senyum. (ak alah, dah nama gambar lepas SPM, 5, 6 tahun lepas kot. memang lah lain. lagi pulak, mata tengah macam bola golf, lagi lah lain. uhuhu. )

dan lepas tu, dia banyak bagitau tentang job scope, apa yang aku kena buat kalau aku dapat kerja ni.. so far, aku ok, sebab tu kerja aku dulu. dah biasa. bukan berlagak ye. tapi 2 tahun dalam HR, macam2 aku belajar, so bila dapat balik kerja yang melibat kan HR, aku tak kisah. nak jaga rahsia HR, no hal. hehe. HR adalah department yang sangat PnC. banyak rahsia yang tak boleh di bagitau sesuka hati.

dalam banyak2 interview yang aku pernah hadap, aku suka company swasta, sebab diorang tak tanya soalan2 luar alam macam, sapa nama menteri besar johor? sapa nama ketua menteri singapura, lepas tu nama bini dia apa? tu masa aku pegi interview KEMAS aritu, serius ada yang terkena soalan kena bagitau nama bini sekali. hoh? nak ingat nama menteri pun sikit punya payah, lagi nama bini dia jugak? lagi lah.. company swasta, diorang straight to the point, tanya background sikit2, working experience, bla bla, lepas tu diorang banyak brief tentang kerja yang kita apply. kan elok macamtu.


ok lah, ni curik2 update dari ofis. hehe. tak boleh mengomel panjang2 sangat. mata pun pedih2 lagi. adoii bencik betol lah!




ok bai!



Tuesday, June 14, 2011

Aku adalah tunang orang....

Curhat by I E Z S M Y at 6/14/2011 12:08:00 PM 0 curhat Links to this post
.


pejam celik pejam celik, dah 5 bulan bertunang. orang keliling sibuk dok tanya bila nak langsung? bila nak kawin? bila nak makan nasik minyak? oihh serabut lah! tunggu je lah nanti aku bagi kad nya. hish! tak larat haku nak jawab benda yang sama. should i record the answer? so when people ask, i just play the record. ok tetiba emo. haha.

ada jugak yang tanya, best tak bertunang? rasa lain tak dah jadi tunang orang? ok meh aku jawab ye awok2 seme.. bertunang adalah biasa je. ia cuma perubahan status, dari single ke tunangan orang. tak merubah apa2 pun, sebab masih lagi tidur di rumah mak bapak masing2. kami bukan kawin, nak rasa lain macamana.

an engagement is not a ticket for you to act like a husband and wife. or maybe kita boleh rasa secure sebab dah ada orang yang akan kawin dengan kita. tapi chances nya 50-50 je, kalau tempoh pertunangan adalah setahun, anything can happen. orang tua2 kata, jangan bertunang lama2, banyak dugaan masa bertunang nanti. yup betul. kena banyakkan bersabar. kalau tak sabar, memang akan terputus. tapi alhamdulillah, setakat ni aku tak alami dugaan besar. gaduh2 biasa tu ada lah. sebab aku dah dapat dugaan masa sebelum bertunang dulu.

jadi, nak bertunang, kena fikir dulu. kena kumpul duit banyak2, supaya tempoh bertunang tak jadi lama2 sangat. ataupun, kalau nak jimat lagi, tunang pada hari bernikah. kan save tu. hehe.







doakan jodoh kami panjang. InsyaAllah. (^_^)



ok bai!



Monday, June 13, 2011

Rezeki.......

Curhat by I E Z S M Y at 6/13/2011 09:44:00 AM 2 curhat Links to this post
.


Rezeki ada di mana2. aku ingat bila dah kerja, aku dah tak dapat interview lagi dah. tapi tadi, satu syarikat Oil and Gas ni telefon, panggil untuk interview jawatan HR Assistant. ohhh Oil n Gas + HR Assistant = masyuukk jugak tu.. =D

jadi, aku setuju untuk di interview, aku pergi je cuba nasib, kalau dapat, alhamdulillah, kalau tak dapat, tak apa. lagi pun aku dah ada pengalaman HR selama 2 tahun. I guess untuk jawatan assistant, pengalaman banyak tu, dah cukup kot.

well, just wait and see. tak mau mengharap, let it naturally happen. =)



bai!




Sunday, June 12, 2011

Ehhh Sial lah!! ptuihhh!

Curhat by I E Z S M Y at 6/12/2011 09:55:00 PM 0 curhat Links to this post
.

** tajuk entry adalah ayat yang digunakan oleh abang long fadil dalam cite ni ok. bukan cite ni macam sial. harap maklum.



hari ni, tengok wayang KL GANGSTER. sampai Megamall pukul 3 lebih, nak tengok pukul 4.20 pm, tapi bila tengok seat, PENUH! gi.la! dah empat hari tayang still full? wow! jadi terpaksa la beli tiket pukul 5.20 pm. tak pe lah, boleh kami melantak dulu. dah lapo srupe rimau! =D



dah 5.20, masuk wayang, iklan je lebih, citenya stat pukul 5.30. ceh hape pon tak boleh! eh tetiba. hehe. cite bermula dengan aksi belasah2 sana sini. biasalah nama pun cite gangster kan.

Malek - ohh kenapa la hensem cute sangat. tengah marah pun masih hensem, tengah berlawan pun ohh cool nya beliauu. weii berangan ok. hehe.
Shark - tak suka dia, macam pelik je slang bahasa dia pakai. nak-jadi-cina-cakap-melayu-tapi-tak-jadi.
Jai - trademark dia, cakap sambil kepit rokok kat mulut. kepit je, tak hisap pun.
Ajib - gangster guna bahasa melayu skema. best! haha.
Abang Long Fadil - suka cakap besar. tapi penakut. dan dia kena tikam, sapa tikam? pegi beli tiket, gi tengok ye. haha.



aku tak boleh nak review macam2 sangat, sebab ada beberapa scene aku tak tengok sebab aku... zzzzzz... hahaha! cite spesis ni bukan citarasa aku sangat. maaf. hihi.

tapi secara general, it's good effort. kalau hollywood dah memang ada cite rupa gini, so Malaysia pun kena ada karya yang macam ni jugak. baru setanding kan. boleh masuk pasaran oversea pulak kan. kita rakyat Malaysia jugak bangga kan. orang oversea sana tau yang kita pun ada gangster macam diorang jugak. =D

nak tau best ke tak cite ni? keluar dari wayang si dia cakap...

si dia : pehhh terbaik ahh.. terbaik gileee! nak jadi gangster jugak lah lepas ni. ok tak?
aku : ha lu pegi ah, ada gua kessahhh?? (buat muka menyampah)

paham kan? best lah tu. pegi lah tengok, InsyaAllah tak rugi. tapi kalau tak minat cite macam ni atau korang rasa macam terlalu violence main pukul2 belasah2 bunuh2 orang atau jiwa terlalu sensitif, tak payah tengok ye. sebab diorang ni bukan ada belas kasihan pun nak buat macam tu kat orang.

tahniah lah Encik Shamsul Yusof. confirm pecah panggung cite anda. sila bagi komisen kat saya sebab tolong menyumbang membeli tiket, dan tolong bagi cite anda pecah panggung. ok? sekian. (muka serius)




ok bai!




hmm cite Super 8 dengan Transformer macam best je...


T I R E D ! ! !

Curhat by I E Z S M Y at 6/12/2011 12:14:00 AM 0 curhat Links to this post


.

sabtu, 11 Jun 2011 adalah hari yang memenatkan. MEMENATKAN!

pagi, kerja. balik kerja, siap2 mahu keluar dengan girlfriend. ikut dia pergi survey barang2.
pukul 2 keluar, jalan2 sana sini, masuk kedai itu ini. then nak meet up with my other girlfriends, tapi tak jadi, ada komitmen lain. it's ok darling. dah pukul 6, konon nak pegi makan mi kari, my girlfriend suggest, dekat dengan tempat kerja lama aku, tapi tersorok, memang aku tak nampak lah. kalau tak, sokmo pegi makan situ je dulu. hehe. unfortunately.........................


















it's closed!
















wehh hampa gilaa. lohhh aku tak pernah makan situ lagi nak hampa2 bagai. entah apa2. haha. so, kami pergi ke Taman Gelora, makan mi kari situ. ok lah, sebab dua2 dah lapo tahap rimau + kaki ketar. haha.

dalam masa tu, si dia mesej aku, "jom boling!" hoh? kaki ni lenguh lagi kesan boling semalam. ni nak main lagi? dia ni kaki besi ke hape? tu semua ngomelan dalam hati je. hehe. aku balas, "baik lah." orang dah ketagih kan, setiap masa nak main boling. kalau boleh lane boling tu di bawak balik, aku rasa memang dia hangkut bawak balik rumah. haih saboo je lah.

jadi, lepas Maghrib, girlfriend aku balik rumah dan aku pegi jumpa boyfriend pulak. ahaha. curang sepantas kilat betul. hehe. tapi aku tak rasa bersalah pun. cane tu? =D

ber-boling 2 game. lontaran semakin bagus, dah kurang ke longkang macam dulu. yey! excited pulok. haha. habis game pukul 9, si dia konon nak tengok wayang, cite KL Gangster tuh. tapi, bila tengok schedule, ada pukul 9.20 pm, tapi kami sampai sana pukul 9.30 pm. dah tak sempat dahhh.. nak tengok pukul 10 kang balik lambat pulak. so tak jadi, esok aja lah. kami turun ke Parkson, sebab si dia nak carik sweater. dapat la BUM se. si dia tanya nak tak? aku jawab, tamau, nanti tak pakai. aku kurang sikit sweater2 nih. bukan dok kat London pun kena pakai sentiasa. Malaysia weh. summer sentiasa. haha.

tetiba macam nak makan McD, nak drive thru kat Telok Chempedak. bila dah sampai, pehhh queue tak nak panjang lagi la kan. berderet kereta, faktor2 kederetan kereta adalah: malam minggu kat TC memang full, orang dok melepak, dan juga orang nak makan McD. bencik! makan kat rumah tak boleh ke? last2 pusing balik, balik rumah je. sebek aku tau. eeee!

esok nak balas dendam makan KFC. huh! esok jugak, teman si dia tengok KL Gangster. esok jugak lagi, teringin nak makan tart telur kat ECM + donut Big Apple. tapi terbayang BluecheeseBoy kat Roti Boy. eh sedap pulak dah. FOOD LOVES ME OK! =D



ok dah mengomel panjang. maaf tadok gambo. sila gunakan imaginasi anda ye. haha.


bai!


Saturday, June 11, 2011

Hujung minggu dengan....

Curhat by I E Z S M Y at 6/11/2011 12:28:00 PM 0 curhat Links to this post
.


Hujung minggu dengan kesayangan-kesayangan nombor 2.

Sabtu - dengan BFF

Ahad - dengan Si dia


kesayangan nombor 1? oh itu mak abah dan adik beradik saya. my beloved family.



















have a nice weekend to all!! (^_^)




ok bai!



Friday, June 10, 2011

Aku jadi cikgu?? ahaha!

Curhat by I E Z S M Y at 6/10/2011 04:13:00 PM 8 curhat Links to this post
.


31 Mei 2011 bersamaan hari Selasa. aku pergi temuduga jawatan Penolong Pembangunan Masyarakat. bawah kementerian Kebajikan Masyarakat or KEMAS (ok jawatan aku tak pasti sebab dah lupa sebab panjang sangat. hehe) atau jawatan pendeknya adalah CIKGU TADIKA KEMAS. cikgu ok. mulia tau jawatan tu. haha.

pukul 7 pagi dah gerak ke tempat temuduga, mujur aku ada kawan yang dapat jugak. tak lah aku terkontang kanting sorang2 kat sana. huhu. daftar, isi borang, amik ukuran tinggi, berat, ukur pinggang, dada semua, lepas tu buat body stretching, sebab kena berlari ye kawan2. BERLARI. 2.4 km ye kawan2. bagi yang dah biasa, apedehal 2.4 km je. tapi bagi aku, pehhh sure muka merah, semput, perut sakit bla bla.. sebab dah lama tak melakukan aktiviti sihat macam tu tau..kira selama ni banyak buat aktiviti tak sehat je. ahaha.

keputusan, 23 minit untuk 2.4 km. tapi ajaib, aku tak rasa penat pun. lenguh2 pun tak. wow! ajaib tau. (-_-')

lepas berlari, rehat kejap, maka sesi temuduga pun bermula. masa aku tengah tunggu nama dipanggil, yang lain2 sibuk duk study nama2 menteri. mak aih! baru ingat, aku langsung tak study apa. sebab tak tau nak study apa. serius macam tak ada idea langsung nak baca apa. so, aku pinjam je lah. tumpang baca jap. dengan harapan ingat lah kot. kot lah..

kaedah temuduga, 1 grup 4 orang. so 4 orang sekali masuk dalam bilik temuduga. aku grup ke-2. huh dari sekolah sampai sekarang, nama aku mesti yang paling awal. bagus betul. dah masuk bilik temuduga, ada 2 orang panel. lelaki n perempuan. yang lelaki, bagus sebab dia pandai buat keadaan tak tension sangat. borak2 kosong dulu. tapi yang tak boleh blah, dia tanya aku nama menteri besar terengganu..
















.................. bunyi cengkerik ...........


















sumpah aku tak ingat nama dia. aku study nama menteri kabinet kot, tapi menteri besar pulak yang keluar. hampeh tul. dah tu, lagi 3 orang tu memang minat jadi cikgu, siap ada pengalaman bagai. aku? dip. in office management jadi cikgu?? aaaa.. no komen! keluar dari bilik temuduga, aku cam dapat kesedaran, aku ni sesuai ke jadi cikgu? aku tak nak nanti budak2 kecik tak berdosa jadi mangsa ke-moody-an aku. tidak2. nanti mak bapak diorang saman aku.

masa kecik, CIKGU tak pernah ada dalam list cita-cita aku. 5 cita-cita yang aku pernah list dulu adalah,

1) Pramugari (sebab suka tengok baju kebaya MAS tu, cantik. hihi)
2) Arkitek (nampak bergaya bila dok kat site pakai topi kuning n tunjuk2 ke arah site tu)
3) Peguam (ada kelasss bila pakai sut itam bawak briefcase, muka nak serius amat)
4) Model ( pakai baju lawo2)
5) Kerja dalam ofis ( ada meja, kerusi, komputer/laptop, telefon sendiri)

jangan gelak eh. ni list masa aku umur 7,8 tahun dulu. tau apa la sangat. asal nama gempak je, terus jadi cita-cita. dah beso baru tau yang kerja2 tu memerlukan kerahan tenaga yang macam gila. especially no. 1, 2, 3, 4. sekarang aku dapat yang no. 5 tu. ok lah. tercapai jugak kan? ahaha.

tapi, untuk jadi CIKGU, aku rasa macam tak layak je. =/



ok bai!



malam ni ber-boling lagi.


Thursday, June 9, 2011

I'm a Loner

Curhat by I E Z S M Y at 6/09/2011 11:11:00 PM 0 curhat Links to this post
.


I am a loner - I like to be alone - I like/love to do things alone - but I'm not a 'Kera sumbang', I have friends- I just like to do things by myself. only!






bai!


Remaja dulu vs Remaja sekarang..

Curhat by I E Z S M Y at 6/09/2011 04:09:00 PM 2 curhat Links to this post
.

lingkungan umur 13-20 tu adalah remaja. umur ni lah yang orang kata, darah tengah panas. pantang jumpa benda baru, mesti nak cuba. umur ni jugak jiwa senang memberontak, sebab belum bebetul matang lagi. umur ni jugak, orang kata baru nak UP. senang terpengaruh. kawan cucuk sini sikit, ikut. cucuk sana sikit, ikut. sebab tu banyak noo gejala2 sosial kat Malaysia tercinta ni datangnya dari REMAJA. rempit, buang anak, lawan cakap mak/ayah, rogol etc etc.

aku dulu pernah jadi remaja jugak, tapi dah mantan dah. bila tengok remaja sekarang, pening aku. especially weekend, keluar mesti ada bf/gf. fesyen, macam2 jenis. kadang2 aku rasa malu pun ada. macam ni remaja sekarang? yup, sekarang pengaruh terlalu banyak. jadi si remaja harus mencuba sebelum terlambat. dengan alasan "remaja cuma sekali dalam hidup"


aku ada senarai sikit remaja dulu dengan sekarang.


remaja dulu

1. hidup nya pegi sekolah balik sekolah je.

2. takde hp. nak tengok hp pun macam susah gile. apatah lagi nak sentuh.

3. komputer takde. internet lagi lah. so bila kawan2 yang berada, kaya raya ni dok gebang pasal myspes, friendster, kita nganga je.

4. kalau nak keluar gi bandar dengan kawan2, mesti kena soal siasat cam polis ngan pesalah. last2, dok umah je. haha.

5. social life kurang. well kat sekolah pun kira ber-sosial jugak lah kan. tu bergaul dengan kawan2 sekolah, kira sosial jugak hape. tak semestinya kena gi shopping mall tengok wayang gi capcom tu namanya ber-sosial. ye dak??hehe.

6. lebih menghormati orang tua.

7. hujung minggu, duduk rumah aja. kecuali kalau ada kelas tuisyen.

8. nak berfesyen? jauuuhh sekali! fesyen jenis nerd boleh lah. haha.

9. nak berpacaran? ohh tak de maknanya. sekolah je, jangan nak menggatal.

10. tak manja. kena cubit pusing 180 darjah, kena hempuk buku tebal dek cikgu, tak nangis. sebab salah sendiri tak siap kerja sekolah. make it as a lessons. lepas tu tak buat dah sebab cikgu garang tahap infiniti.



remaja sekarang

1. pegi sekolah, balik sekolah gi shopping mall. atau lepak mana2 dulu sebelum balik rumah.

2. form 1 dah pakai Iphone 4/blackberry/hp canggih abad ini.

3. dah pakai Ipad, paling cikai pun laptop lah. tak pun lagi cikai komputer peribadi yang monitor lcd nipis tu. internet harus ada. sebab memiliki akaun FB adalah penting sekarang.

4. "orang nak gi bandar ngan member." dah tak boleh soal siasat cam polis, sebab nanti kena ugut belasah.

5. social life sesangat!

6. cakap dengan orang tua, macam cakap dengan rakan sebaya. hok alohh..

7. hujung minggu, mesti melepak dengan member2, atau gi dating.

8. fesyen sekarang macam2 sangat. pening tengok kadang2.

9. bf/gf? alah biasa lah tu. sekolah rendah pun dah ada bf/gf. sebab kalau tak ada, kawan akan kata "kau loser!"

10. manja. kena jentik telinga dah keluar paper muka depan. mak bapak nak saman cikgu. hok aloh..


*************************************


tak boleh nak fikir apa lagi. kalau korang ada lagi nak tambah, sila2. hehe.

aku mintak maaf pada remaja yang terasa, aku tak merujuk pada semua remaja2 luar sana. aku tau ada yang baik, dan memang ada yang cemerlang, aku tak nafikan tu. atau memang dia sosial, tapi pelajaran tiptop. aku buat ni sekadar nak berkongsi dari apa yang aku tengok. please, kalau ada yang terasa aku mintak maaf sesangat ok!!




peace! bai!





Wednesday, June 8, 2011

Pagi yang malang tak ada bau.......

Curhat by I E Z S M Y at 6/08/2011 11:57:00 PM 0 curhat Links to this post
.

8.45 pagi, macam biasa, aku keluar rumah pergi kerja. jalan kaki, ofis dekat dengan rumah aja. jalan punya jalan, time nak melintas tu, tetiba apsal pulak banyak noo kenderaan bersimpang siur nihh...?? selalunya tak sampai 2 minit aku dah boleh melintas dah. tengok jam dah 8.50. weh nak tunggu lagi, entah zaman bila aku boleh melintas nih. so aku pun menapak la ke jejantas.

actually, pagi2 aku biasa melintas je, waktu balik je aku naik jejantas. sebab pukul 5 petang lagi lah bersimpang siur, orang balik kerja. mau 1 jam aku dok tepi tunggu jalan clear baru boleh melintas. huh! tak ada maknanya.

jadi, pagi ni, aku terpaksa menapak jauh. jalan punya jalan, dah sampai area tempat kerja aku, tetiba kaki kiri aku tersauk sesuatu. bila aku tengok bawah, macam besi apa entah. dan keputusan nya, kulit atas ibu jari kaki kiri aku terkopek. SAKIT OK!!!! cinabeng punya besi! tapi aku jalan jugak, sebab nak kejar punch card, takut lambat. at the same time, tengok2 jugak kaki, dan keluar darah. T________T wuwuwuw... nak nanges!!!

aku memang lemah/jadi cengeng sikit bila dapat kecederaan yang kecik tapi keluar darah. memang rasa cam nak nanges je. huhu. nasib darah bukan yang meleleh. sampai ofis, terus mintak handiplast. 1 jam lepas kena tu, sakit tau. uhu. lama2 dah ok. tapi kalau tekan atas luka tu mau menjerit aku. haha.

dan sekarang, kaki kiri aku lenguh. tak pasti kenapa, tapi dah memang macam ni, kalau jari tangan luka, tak lama tu mesti satu tangan lenguh. nak mengurut sendiri, oh kirim salam bebanyak le ye. malas. hehe.

huh. tak pepasal je dapat luka.



ok bai!




esok sila keluar rumah awal sikit ye. kot lah. =p


malas itu lazy......

Curhat by I E Z S M Y at 6/08/2011 10:52:00 PM 0 curhat Links to this post
.




ni je yang mampu nak buat. baring - baring - baring - baring - baring sampai tertidur


* sebenarnya gambar ni bergerak, tapi hampeh tiba2 kau keras pulak. cis!




















takde idea nak membebel apa. bai!


gambar dari sini


It Sick... T_____T

Curhat by I E Z S M Y at 6/08/2011 10:48:00 AM 0 curhat Links to this post
.


my borrowed lappy is sick! going for an operation this night. and tomorrow I will take it.

(^_^)


ok bai!




Monday, June 6, 2011

Sabooooo je lahh.... (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/06/2011 11:19:00 AM 0 curhat Links to this post
.


tensi tak kalau dah ajar sesuatu tu banyak kali, tapi lupa jugak?


mungkin bagi aku benda tu senang, sebab dah biasa, dan pada dia, agak susah, sebab kurang pendedahan dengan laptop n microsoft office dan segala, tapi.. kalau rasa kebolehan diri tu tak boleh nak ingat banyak benda, tulis dalam buku, kan senang. kalau lupa, bukak buku. lama2 boleh ingat. kan? betul tak? tak kan aku yang nak kena bagitau, ha tulis dalam buku ni, kang lupa. mana pegi inisiatif diri sendiri? nak belajar benda baru, kena la bersedia. takkan aku yang kena tulis step or apa2 nota untuk dia.. haishh sabo je lah.


masa aku ajar, ha, ha.. angguk2.. oooo... tu la respon dia, tapi lepas tu lupa.


bukan aku tak nak ajar, tapi sekali dua ajar boleh lah kot, ni banyak kali kott.. aku pun ada patient limit jugak. aku tak suka marah2 orang, kang kecik hati pulak esok terus tak datang kerja. aku jugak yang kena. hari2 suruh buat benda yang sama, tapi still lupa dokumen tu letak mana. lepas tu serata pelosok dokumen dok carik. last2 aku gi dok belakang dia tanya, nape ni? dia jawab, nak key in benda ni. aku jugak yang kena bukakkan. ayyooo! baik aku je yang buat kerja tu.


aku ni kurang suka jenis orang yang kalau dah tau belajar benda yang baru jumpa, tapi buat2 paham bila diterangkan. esok lusa confirm lupa. lepas tu, lantakkan. aku dah ajar kan, tapi sapa suruh tak catat? salah sapa? salah sapa? huh! >(





ok bai!





emo pulak kan. kena main boling lagi malam ni. hahaha!





Sunday, June 5, 2011

lagi... dan lagi....

Curhat by I E Z S M Y at 6/05/2011 09:19:00 PM 0 curhat Links to this post


.


boling - memboling - terboling - di boling - membolingkan - di bolingkan - kebolingan - terbolingkan - tak sudah2 - haha - huhu















keputusan : dah bagus dari dulu. bola lagi suka bergerak atas lane dari dalam longkang. yey! tapi aku still dalam list beginner je. =)

















ok bai!



Saturday, June 4, 2011

Boling... lagi... (-,-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/04/2011 09:12:00 PM 0 curhat Links to this post


.



sejak akhir2 ni, asyik main boling je. hmm kalau bukan sebab si dia ada friendly tournament minggu depan, tak ada nya nak jadi regular customer kat Megalanes tu. haha. tapi bagus jugak, dapat improve cara baling bola boling aku. hehe.

hari ni, ber-boling lagi, si dia nak test power bola baru. semangat betul siap beli bola, lepas ni, lama2 bola tu jadi perhiasan kat rumah kot. aku cabar dia, tak strike, kena denda! tapi, dia strike. ahah! tak apa, denda tetap denda ye cik abang oii. hihi.

masa tengah2 main, baru suku 1st game, ada la grup laki n pompuan ni, mungkin couple kot..lebih kurang 5,6 orang gitu. pehh bising sungguh. excited tahap maksimum! kalah grup yang tengah tournament kat belah sana nuu.. masuk longkang jerit, bola ke tepi jerit, bola kena satu pin je jerit.. hok alohh annoying kott!! orang lain tak ada lah excited gitu, even strike berkali2. macam baru 1st time main pulak diorang tu. siap ada sorang pompuan ni, dah baling, buat ala2 tarian tradisional pulak kat pangkal lane tu semata2 nak tengok bola dia kena ke tak pin tu. bila tak kena muka nak frust menonggeng nonggeng, bila kena, melompat macam kera dapat bunga, siap jerit satu boling bergema. ee sumpah menggangu tumpuan aku nak baling bola derr..



tersangat excited, tapi jangan la buat sampai orang menyampah kot. lain lah kalau tournament, aku pun jerit. ehehe. tapi tournament ok, kena bagi semangat kat rakan sepasukan kan. hmm mujur diorang main satu game je, aku pun tak sedar bila diorang abis main, sedar2 orang lain yang replace tempat diorang tu. huh lega.


well, sila jaga adab di tempat awam, mungkin korang tu jenis yang semangat setiakawan ke excited melampau ke hape ke, tapi berhati-hati lah, orang memandang kelakuan kita. nak menyokong pun, berpada-pada lah. ok..


ok bai!


Friday, June 3, 2011

tak pasal2 dapat wi-fi dalam rumah. best2! =)

Curhat by I E Z S M Y at 6/03/2011 02:23:00 PM 1 curhat Links to this post
.

terima kasih encik technician muka ketat! sekali lagi awak datang rumah saya tukar modem. haha! maaf, saya bukan sengaja ye, modem ni yang entah kenapa rosak. tapi saya ingat orang lain yang datang repair. hehe. lepas ni awak jadi technician peribadi saya je lah. haha!

dan dia dah tukar modem dial up ke modem wireless. sebab: modem dial up tak ada stok. ok terima kasih lagi sekali, sebab tak payah susah2 aku nak kena cocok wayar kat laptop lagi dah. berselirat sana sini. dan lepas ni, kat mana2 je aku boleh ber-internet. tapi kat kawasan rumah je la ye.

kepada sapa2 nak guna internet, boleh la guna wi-fi kat rumah aku, ada kuota 3 laptop lagi. hehe. 1 jam aku caj RM 1o. okeh? murah lah tuu.. hahaha!!



ok baiii!!!



esok cutii!!! main boling lagi.. haishh..

Thursday, June 2, 2011

dalam kepala kosong!! >(

Curhat by I E Z S M Y at 6/02/2011 02:02:00 PM 0 curhat Links to this post
.



KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.


sumber Metro


manusia ni, dalam kepala dia tu kosong, tak ada otak langsung!!! haiwan pun sayang anak la weiii...!!

tengah marah, tapi tak leh taip kata2 kesat, kang blog kena blok. macam ni je boleh.. (*)@($&)@(&$@)(#*@$&@!!!

huh!


bai!

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting