Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 8, 2011

Pagi yang malang tak ada bau.......

Curhat by I E Z S M Y at 6/08/2011 11:57:00 PM
.

8.45 pagi, macam biasa, aku keluar rumah pergi kerja. jalan kaki, ofis dekat dengan rumah aja. jalan punya jalan, time nak melintas tu, tetiba apsal pulak banyak noo kenderaan bersimpang siur nihh...?? selalunya tak sampai 2 minit aku dah boleh melintas dah. tengok jam dah 8.50. weh nak tunggu lagi, entah zaman bila aku boleh melintas nih. so aku pun menapak la ke jejantas.

actually, pagi2 aku biasa melintas je, waktu balik je aku naik jejantas. sebab pukul 5 petang lagi lah bersimpang siur, orang balik kerja. mau 1 jam aku dok tepi tunggu jalan clear baru boleh melintas. huh! tak ada maknanya.

jadi, pagi ni, aku terpaksa menapak jauh. jalan punya jalan, dah sampai area tempat kerja aku, tetiba kaki kiri aku tersauk sesuatu. bila aku tengok bawah, macam besi apa entah. dan keputusan nya, kulit atas ibu jari kaki kiri aku terkopek. SAKIT OK!!!! cinabeng punya besi! tapi aku jalan jugak, sebab nak kejar punch card, takut lambat. at the same time, tengok2 jugak kaki, dan keluar darah. T________T wuwuwuw... nak nanges!!!

aku memang lemah/jadi cengeng sikit bila dapat kecederaan yang kecik tapi keluar darah. memang rasa cam nak nanges je. huhu. nasib darah bukan yang meleleh. sampai ofis, terus mintak handiplast. 1 jam lepas kena tu, sakit tau. uhu. lama2 dah ok. tapi kalau tekan atas luka tu mau menjerit aku. haha.

dan sekarang, kaki kiri aku lenguh. tak pasti kenapa, tapi dah memang macam ni, kalau jari tangan luka, tak lama tu mesti satu tangan lenguh. nak mengurut sendiri, oh kirim salam bebanyak le ye. malas. hehe.

huh. tak pepasal je dapat luka.



ok bai!




esok sila keluar rumah awal sikit ye. kot lah. =p


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting