Thursday, June 16, 2011

Alhamdulillah...

Curhat by I E Z S M Y at 6/16/2011 12:50:00 PM
.

pagi tadi pergi interview. dengan mata yang BENGKAK! sebab apa? ok itu rahsia. kau jangan sebok nak amik tau. haha! interview pukul 9 pagi, keluar rumah pukul 8.30 pagi. tapi sesat la pulak kejap. company ni dalam kawasan perindustrian. ceruk sikit. tapi nasib jumpa. huh lega! takut je lambat. sampai sana, dah ada sorang candidate. sambil tulis borang, tengok jugak keadaan sekeliling pejabat. ramai lelaki. ye lah company oil and gas kan. mesti ramai lelaki. office pun macam best je. macam ye. hehe. first impression je tu. tak tau la nanti macamana kan.

first candidate tu masuk bilik interview dalam pukul 9, lama jugak. 9 lebih baru keluar. entah hape yang di gebang kat dalam tuh. haha. bila sampai giliran aku masuk, ada dua interviewer, sorang laki, sorang perempuan. belum duduk aku dah di tanya..

en.penemuduga : eh betul ke awak ni? apsal dalam resume lain, ni lain ni.
aku : tu gambar saya lepas SPM dulu, lain la sikit. *senyum.
en.penemuduga : oh ye ke? tapi betul yeh? bukan ada tukar2 ke apa ke..
aku : eh takkk.. tak de tukar2 pun. *senyum. (ak alah, dah nama gambar lepas SPM, 5, 6 tahun lepas kot. memang lah lain. lagi pulak, mata tengah macam bola golf, lagi lah lain. uhuhu. )

dan lepas tu, dia banyak bagitau tentang job scope, apa yang aku kena buat kalau aku dapat kerja ni.. so far, aku ok, sebab tu kerja aku dulu. dah biasa. bukan berlagak ye. tapi 2 tahun dalam HR, macam2 aku belajar, so bila dapat balik kerja yang melibat kan HR, aku tak kisah. nak jaga rahsia HR, no hal. hehe. HR adalah department yang sangat PnC. banyak rahsia yang tak boleh di bagitau sesuka hati.

dalam banyak2 interview yang aku pernah hadap, aku suka company swasta, sebab diorang tak tanya soalan2 luar alam macam, sapa nama menteri besar johor? sapa nama ketua menteri singapura, lepas tu nama bini dia apa? tu masa aku pegi interview KEMAS aritu, serius ada yang terkena soalan kena bagitau nama bini sekali. hoh? nak ingat nama menteri pun sikit punya payah, lagi nama bini dia jugak? lagi lah.. company swasta, diorang straight to the point, tanya background sikit2, working experience, bla bla, lepas tu diorang banyak brief tentang kerja yang kita apply. kan elok macamtu.


ok lah, ni curik2 update dari ofis. hehe. tak boleh mengomel panjang2 sangat. mata pun pedih2 lagi. adoii bencik betol lah!




ok bai!



0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting