Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label menyampah. Show all posts
Showing posts with label menyampah. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Pesbuk.

Curhat by I E Z S M Y at 12/13/2011 03:06:00 PM 0 curhat
masuk FB dan baca news feed.


aku suka tengok kawan2 dalam fb yang sangat gigih meng-update status. setiap masa. setiap ketika. setiap apa yang di buat. pegi situ pegi sini. check in kat mana. makan apa. kena marah. bf tak call. gf merajuk. bergaduh. sayang menyayangi. menyayangi sayang. tak cukup dengan menaip, ditambah dengan gambar. orang kata picture do the talking kan? aku baca sambil sengih sorang2. gitewww..
























kena stalk kang baru tau.






bai!




pegi la buat keje makcik oii!



Monday, June 6, 2011

Sabooooo je lahh.... (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/06/2011 11:19:00 AM 0 curhat
.


tensi tak kalau dah ajar sesuatu tu banyak kali, tapi lupa jugak?


mungkin bagi aku benda tu senang, sebab dah biasa, dan pada dia, agak susah, sebab kurang pendedahan dengan laptop n microsoft office dan segala, tapi.. kalau rasa kebolehan diri tu tak boleh nak ingat banyak benda, tulis dalam buku, kan senang. kalau lupa, bukak buku. lama2 boleh ingat. kan? betul tak? tak kan aku yang nak kena bagitau, ha tulis dalam buku ni, kang lupa. mana pegi inisiatif diri sendiri? nak belajar benda baru, kena la bersedia. takkan aku yang kena tulis step or apa2 nota untuk dia.. haishh sabo je lah.


masa aku ajar, ha, ha.. angguk2.. oooo... tu la respon dia, tapi lepas tu lupa.


bukan aku tak nak ajar, tapi sekali dua ajar boleh lah kot, ni banyak kali kott.. aku pun ada patient limit jugak. aku tak suka marah2 orang, kang kecik hati pulak esok terus tak datang kerja. aku jugak yang kena. hari2 suruh buat benda yang sama, tapi still lupa dokumen tu letak mana. lepas tu serata pelosok dokumen dok carik. last2 aku gi dok belakang dia tanya, nape ni? dia jawab, nak key in benda ni. aku jugak yang kena bukakkan. ayyooo! baik aku je yang buat kerja tu.


aku ni kurang suka jenis orang yang kalau dah tau belajar benda yang baru jumpa, tapi buat2 paham bila diterangkan. esok lusa confirm lupa. lepas tu, lantakkan. aku dah ajar kan, tapi sapa suruh tak catat? salah sapa? salah sapa? huh! >(





ok bai!





emo pulak kan. kena main boling lagi malam ni. hahaha!





Friday, April 29, 2011

HAAA????

Curhat by I E Z S M Y at 4/29/2011 10:32:00 PM 0 curhat
.
.

siang tadi aku jalan2 kat blog abang nara sebab nak baca cite baru. memang ada lah kan.. tersangat lah baru.. iaitu...........jeng jeng jeng........



K-POP VERSI MALAYSIA.





K-POP?????








VERSI MALAYSIA??????









A WHATTT????














GELAK GULING GULINGGG!!!
HAHAHAHAHA!!!

ROTFL Smiley

ROTFL Smiley


ok. dah2 cukup. adoii aku tak kesah nak buat grup macam ni kan, tapi kot ye pun harus ke ada nama K-POP tu? hello? K stands for KOREAN ok and it means Korean Pop. bukan diorang sesaje letak name K tu kat depan. duhh..dah dok kat Malaysia ni letak la M-POP ke Malaysian Pop ke Pop Kuiz ke eh melalut. sebab sekarang tengah demam K-pop? so bila letak caption K-Pop, orang akan teruja lah, "wahhh k-pop malaysia lah." eee tolong lah. cuba kalau orang korea yang baca benda ni, sah gelak lagi berguling2 kot, "aahaha diorang nak tiru nama grup negara kita lah aahahaha" *dah translate bahasa melayu.


please find your own identity la weh..


eh jap jap, entah2 ni wartawan hiburan punya gimik kot. sesaje la tu nak publisiti. ye lah grup baru nak naik, kena la letak nama beh2 sikit. baru orang baca. ye dok? mungkin2. hehe.


meh tengok sikit gambo diorang ni. beh sangat ke tak. ada grup laki se, pempuan se.


24:7 ~1st ever kpop grup in malaysia konon. nama nak gempak gila la kan. duhh..

gula-gula: pesal tak letak gegula ke lolipop ke gula kastor ke?


ha beh tak? eee tak minat ah mokcik nengok nye. nak baca detail, klik sini.


aku nak pi layan 2PM lagi beh weh.. oh Chansung kuuu.. oh Taecyeon kuuu....

Smiley


ok dah bai!


ROTFL Smiley



Friday, February 11, 2011

kolot atau sempit?

Curhat by I E Z S M Y at 2/11/2011 12:56:00 AM 4 curhat
situasi 1

ofis, waktu makan tengahari.

kawan: weh tak gi makan ke?
saya: tak. (ngantuk, nak tido)
kawan: alah diet la tu.
saya: hish *#&*($#&!!!#

situasi 2

ofis, area jam 330 ke 5 petang, saya sedang mengunyah cekedis, nak bagi kurang ngantok. maklum lah dah petang2 slow sikit. hehe =)

kawan: weh makan ni je ke?
saya: (sedang kunyah mamee monster) apsal tak boleh? nak cakap je lah.
kawan: patut la kau kurus. makan benda ni je.
saya: (muka ketat) **#^!(*@*#&!!

situasi 3

gerai tepi jalan. masa ni tengah training interview ke2 yang hampeh tu. 1st gerai minum air suam, 2nd gerai pun sama.

makcik amik order: air apa?
saya: air suam
makcik amik order: ok
kawan: air apa tadi?
saya: air suam... =/
kawan: apsal sakit tekak ke?
saya: ????? *&$@*&@)

okeh meh sini nak buat penjelasan sikit ye awok2 seme.

situasi 1 : ada masalah ke kalau tak nak makan. bukan pakai duit korang pun. saya tau fizikal saya ni kurus, tapi takkan tak makan sekali or sehari korang dah kata 'diet ke?' weii please wake up lah. tolong jangan letak persamaan yang orang kurus kalau tak makan sama dengan diet. macam ni, orang kurus+tak makan= diet. my metabolisme is high ok. makan banyak mana pun susah nak tengok perubahan dalam masa yang cepat. korang nak tengok aku makan macam gajah ke? huh. tunggu lah 3,4,5 tahun lagi ada la perubahan..sikit...sikit je.. (-_-')

situasi 2 : makan cekedis tak ada kena mengena seseorang tu jadi kurus or gemuk. kalau ye pun makan cekedis boleh jadi kurus, tak payah lah orang2 yang berbadan besar tu beli pil2 diet ke pelangsing ke semata mata nak kurus kan. beli cekedis banyak2, ha makan puas2 sampai kurus. tinggal tulang pun lantak lah. lagipun cekedis jauh lagi murah dari pil2 diet tu. betul tak? haha =D oh ye, cekedis tak elok untuk kesihatan jika di ambik dalam kuantiti macam makan nasik. sebab terlalu banyak bahan pengawet, garam, ajinomoto, lemak etc. saya? saya makan kadang2 aja. time betul2 teringin baru beli. jangan ingat saya beli cekedis banyak2 buat stok. tampar kang. huh.

situasi 3 : pernah dengar dalam tb, ke radio ke suruh minum 7-8 gelas air sehari? tipu ok kalau tak pernah dengar. nah baca ni fakta tentang air suam/masak. BACA!!

Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum lebih banyak air. Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah diet makanan yang seimbang, senaman yang kerap, rehat, sentiasa gembira dan ketawa.

Pengambilan air juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Fakta-fakta di bawah mungkin membuatkan anda mula memikirkannya.

Mengapa tubuh memerlukan ‘bekalan’ air baru setiap hari?

Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.

-Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.

-Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.

-Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7

-Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran

-Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.

-Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari)

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.

Senarai di bawah menunjukkan bagaimana tubuh boleh kehilangan air.

-Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.

-Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu bandan dan menjadikan anda berasa selesa.

-Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.

-Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.

-Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.

Tahukah anda?

Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan keran itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.

Ramai yang tidak menyedari tubuh sedang mengalami penyahhidratan dan.

Di bawah adalah simptom-simptom menunjukkan tubuh sedang ‘dahagakan’ air. (Dehydration)

-Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75 peratus air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.

- Letih/Lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.

-Sembelit - Aiar melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.

-Mengurangkan pengeluaran air kencing/Airkencing kotor - Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

-Mulut berbau - Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.

-Mulut kering - Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur.

Penyahhidratan yang teruk juga menyebabbkan:

-Ketegangan otot - Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.

-Kulit - Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta.

-Mata - Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk.

Jadikan pengambilan air sebagai habit..

Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secara kerap sepanjang hari. Bagi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kerap ke tandas, ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. Anda juga akan berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur anda melepaskannya.

sumber dari Mymesra

sebab apa saya buat ni? sebab saya dah penat mendengar orang2 keliling especially yang selalu tanya soalan2 kat atas tu. m.e.n.y.a.m.p.a.h!! >( please be more open minded in this kind of case okeh.


dah. baiii!!!


notasajatambah: geram!


 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting