Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 11, 2011

kolot atau sempit?

Curhat by I E Z S M Y at 2/11/2011 12:56:00 AM
situasi 1

ofis, waktu makan tengahari.

kawan: weh tak gi makan ke?
saya: tak. (ngantuk, nak tido)
kawan: alah diet la tu.
saya: hish *#&*($#&!!!#

situasi 2

ofis, area jam 330 ke 5 petang, saya sedang mengunyah cekedis, nak bagi kurang ngantok. maklum lah dah petang2 slow sikit. hehe =)

kawan: weh makan ni je ke?
saya: (sedang kunyah mamee monster) apsal tak boleh? nak cakap je lah.
kawan: patut la kau kurus. makan benda ni je.
saya: (muka ketat) **#^!(*@*#&!!

situasi 3

gerai tepi jalan. masa ni tengah training interview ke2 yang hampeh tu. 1st gerai minum air suam, 2nd gerai pun sama.

makcik amik order: air apa?
saya: air suam
makcik amik order: ok
kawan: air apa tadi?
saya: air suam... =/
kawan: apsal sakit tekak ke?
saya: ????? *&$@*&@)

okeh meh sini nak buat penjelasan sikit ye awok2 seme.

situasi 1 : ada masalah ke kalau tak nak makan. bukan pakai duit korang pun. saya tau fizikal saya ni kurus, tapi takkan tak makan sekali or sehari korang dah kata 'diet ke?' weii please wake up lah. tolong jangan letak persamaan yang orang kurus kalau tak makan sama dengan diet. macam ni, orang kurus+tak makan= diet. my metabolisme is high ok. makan banyak mana pun susah nak tengok perubahan dalam masa yang cepat. korang nak tengok aku makan macam gajah ke? huh. tunggu lah 3,4,5 tahun lagi ada la perubahan..sikit...sikit je.. (-_-')

situasi 2 : makan cekedis tak ada kena mengena seseorang tu jadi kurus or gemuk. kalau ye pun makan cekedis boleh jadi kurus, tak payah lah orang2 yang berbadan besar tu beli pil2 diet ke pelangsing ke semata mata nak kurus kan. beli cekedis banyak2, ha makan puas2 sampai kurus. tinggal tulang pun lantak lah. lagipun cekedis jauh lagi murah dari pil2 diet tu. betul tak? haha =D oh ye, cekedis tak elok untuk kesihatan jika di ambik dalam kuantiti macam makan nasik. sebab terlalu banyak bahan pengawet, garam, ajinomoto, lemak etc. saya? saya makan kadang2 aja. time betul2 teringin baru beli. jangan ingat saya beli cekedis banyak2 buat stok. tampar kang. huh.

situasi 3 : pernah dengar dalam tb, ke radio ke suruh minum 7-8 gelas air sehari? tipu ok kalau tak pernah dengar. nah baca ni fakta tentang air suam/masak. BACA!!

Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum lebih banyak air. Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah diet makanan yang seimbang, senaman yang kerap, rehat, sentiasa gembira dan ketawa.

Pengambilan air juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Fakta-fakta di bawah mungkin membuatkan anda mula memikirkannya.

Mengapa tubuh memerlukan ‘bekalan’ air baru setiap hari?

Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.

-Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.

-Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.

-Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7

-Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran

-Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.

-Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari)

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.

Senarai di bawah menunjukkan bagaimana tubuh boleh kehilangan air.

-Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.

-Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu bandan dan menjadikan anda berasa selesa.

-Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.

-Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.

-Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.

Tahukah anda?

Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan keran itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.

Ramai yang tidak menyedari tubuh sedang mengalami penyahhidratan dan.

Di bawah adalah simptom-simptom menunjukkan tubuh sedang ‘dahagakan’ air. (Dehydration)

-Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75 peratus air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.

- Letih/Lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.

-Sembelit - Aiar melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.

-Mengurangkan pengeluaran air kencing/Airkencing kotor - Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

-Mulut berbau - Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.

-Mulut kering - Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur.

Penyahhidratan yang teruk juga menyebabbkan:

-Ketegangan otot - Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.

-Kulit - Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta.

-Mata - Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk.

Jadikan pengambilan air sebagai habit..

Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secara kerap sepanjang hari. Bagi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kerap ke tandas, ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. Anda juga akan berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur anda melepaskannya.

sumber dari Mymesra

sebab apa saya buat ni? sebab saya dah penat mendengar orang2 keliling especially yang selalu tanya soalan2 kat atas tu. m.e.n.y.a.m.p.a.h!! >( please be more open minded in this kind of case okeh.


dah. baiii!!!


notasajatambah: geram!


4 curhat:

ღ.:Naz Syed:.ღ on Friday, February 11, 2011 2:37:00 AM said...

mak aiii...ambk ko....mmg sound n penjelasan yg ckup bagus wei...aku suke biar suma bc ni insaf sikit...wei aku nk share cite2 ni kt fb aku hehehe mek....

I E Z S M Y on Friday, February 11, 2011 3:03:00 AM said...

haha..geram weh..
ntah ape2 orang yg dok tnye gtu kat aku.
ha share2 xkesah punye...hahaha..
thanx!

aIDA sULAIMAN on Monday, February 14, 2011 2:18:00 AM said...

kite sokong seratus pratus ttg sume2 tu. tak makan tak beerti diet. apalah mentaliti masyarakat sekrg nie..xpe, wat tak kesah je.

I E Z S M Y on Monday, February 14, 2011 4:33:00 PM said...

kan..diorg ni mcm xopen minded btol. kdg2 rase nak tampau je yg ckp gtu..huhu geram..

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting