Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Malu nya!!

Curhat by I E Z S M Y at 6/01/2012 11:10:00 AM 1 curhat
Assalamualaikum. baik harini jumaat kan. haha. I'm back after 2 weeks 'hilang' hehe.


my condition is getting better, the baby is 13 weeks old now. kadang kadang terpeleot jugak dengan drama muntahan segala, tapi dah imun dah haha. selagi tak keluarkan isi perut, aku tak kan rasa selesa.


i have no problem with foods. memang macam tong sampah telan je semua haha. perangai tak berubah dari bujang dulu. tapi ada jugak yang kadang tekak tak boleh terima dan makan sikit je. perlu kenyangkan perut ni sentiasa, kalau tak memang rasa tak selesa nak buat apa2 sebab asik bunyi kelaparan. haishh. hari2 akan bawak satu beg makanan dari rumah, makanan kering macam kerepek2, mushroom soup 3 in 1 tu, biskut, yogurt, air masak mesti bawak dan lain2 ikut apa yang ada kat rumah. dalam laci ofis dah ada kurma, badam, asam, gegula. sangat variety haha! itu bahan2 untuk mengunyah semasa bekerja. boleh pilih salah satu. mushroom soup tu optional kadang terasa nak makan yang agak berat antara pukul 2pm - 530pm tu, just pour the boiling/hot water dan cicah ngan roti/biskut. done! kenyang la kejap sebelum sampai rumah. but mostly setiap masa aku mengunyah, sebab tu kena ada makanan kering. lunch n dinner aku makan nasik dan kena ada sayur. bukan la aku makan kerepek je setiap masa yek. bayi ikut perangai mak dia haha.


2 days ago, aku kerat rambut, fuhh lega ringan kepala, kurang sakit kepala dah.


next week 2nd monthly check-up. mummy dan daddy nak tengok kamu ye baby. please behave. haha.


************************************


on the other hand, ini cerita yang kadang tergelak sendiri. see the picture?



kadang aku tersarung macam ni masa nak keluar dari bilik kat ofis. boleh? nasib tersedar sebab tengok bawah. eh?alamak.. pastu gelak sorang dan pi tukar balik.

selipar belang tu memang dok kat ofis sebab masa belum kawen, aku pakai wedges, jadi perlu ada selipar spare untuk senang aku berlari2 dalam ofis compare kalau berlari pakai wedges, rasa nak terpeleot. dan sekarang dah ada budak kecik ni aku pakai sandal je. kaki kan panjang memang tak dok diam bawah meja, bila nak keluar bilik, main sarung je tak tengok apa dah. jadi la macam tu. tak apa tak ada orang yang nampak lagi. huehue.



okeh bai!










Wednesday, May 16, 2012

Campur campur lagi.

Curhat by I E Z S M Y at 5/16/2012 04:19:00 PM 1 curhat
aku ada masalah nak letak title. benci nak pikir title amik masa berejam. jadi letak je lah mana yang terlintas kat kepala.


my condition is still 50-50. kejap ok kejap tak. mual still ada lagi. tapi bukan setiap masa. masa gosok gigi, and masa dalam kereta. masa berjalan pun kadang mual. T__T malas? of course masih ada! haha. teruk mak budak ni.


gosok gigi 5 minit jadi 10 minit. adoii kena kawal pernafasan aku tak bagi tekak rasa geli. tapi kadang tak berjaya. tak muntah tapi rasa nak muntah. kena relak kejap then baru lega.


dalam kereta si dia letak perfume kereta yang gila busuk bau. tapi si dia kata hey wangi lah! no its busuk ok. I can't stand the smell. dan tadi aku suruh dia remove perfume tu. ia boleh membuatkan aku lagi bertambah mual dan sakit kepala. dah lama aku tahan masuk kereta je buat muka tahan busuk dan pandang si dia. dia buat muka blur. ahh nyampah. lagi pulak aku tak boleh rasa gegaran macam langgar bonggol ke lopak air ke yang buat kereta bergegar. itu salah satu gejala rasa nak muntah. asik pegang perut je kalau dalam kereta. (-,-') mula terpikir, macamana kalau nak jalan jauh nanti. harap 2nd trimester nanti jadi ok.


pergerakan aku jadi selow motion haha. tak lah macam siput. tapi aku kurang kan jalan laju yang boleh buat perut bergegar. sebelum ni berlari kat opis sebab nak kejar orang mintak sign no hal. tapi sekarang tidak lagiiii... *ayat iklan ke? haha


aku google tentang boleh ke minum air sejuk dalam peti masa mengandung? bukan kunyah ais. itu bukan kesukaan aku. sejak pregnant dah jadi sedap minum air sejuk, even air kosong pun rasa sedap gila lalu kat tekak. jadi ada la carian google yang berkesan, ada yang mengelirukan macam mitos kepala anak jadi besar, anak jadi besar, air ketuban jadi banyak bla bla..scary pulak dah.... aaaa jadi boleh ke?


hari ni terasa nak update. mak terajin sikit arini nyah. okbai.









Friday, April 13, 2012

Perkhabaran baru.. gituu..

Curhat by I E Z S M Y at 4/13/2012 04:18:00 PM 4 curhat
agak lama tak update. kurang sihat. dah terkena buatan orang. iaitu suami sendiri. sobssss..

baca lah explanation & kronologi yang panjang ni. *bajet crime scene konon ada kronologi.


minggu 1 - 8hb 4 hari tu aku mengalami simptom yang pelik, mengantuk amat, mual2, cepat penat, agak grumpy. huh pelik tu. tapi aku buat bodo je. kadang2 je rasa macam tu. makan benda masam hilang la kejap. sebab tu beli le apple hijau. ehe. sampai lah malam ahad 8hb 4, ada dinner dengan famili si dia dekat New Horizon, aku rasa kurang selera sangat. makan pun slow motion. setiap kali suap, rasa nak muntah. tengok udang tekak geli. eh apahal? padahal udang tu lah favorite sekali. tapi aku makan jugak, even slow, si dia pun pelik kenapa aku makan slow sangat, kenapa aku tak makan udang, sebab biasa bab makan aku paling laju. dan malam tu aku rasa lauk2 dia tak sedap. gara2 kemualan melampau. eeeee...


esok pagi subuhnya, hari Isnin, sebelum pergi kerja, tergerak hati nak buat UPT, jadi sementara tunggu result, aku mandi, dah sudah mandi, tengok test kit..........





ada dua line! ok.. ok... rahang jatuh. ok... UPT tak tipu.. 99.99% ketepatan nya. lagi 0.01% dari doktor. aku gelabah sorang2 dalam bilik air. kahkah.






jadi, cepat2 keluar, kejut si dia suruh mandi, cakap ada benda nak bagitau niii cepat mandiiii. dengan mamai si dia pun pegi. dah sudah, aku pun tunjuk test kit tu, si dia bengong2, harus lah mana la laki paham line2 tu ada 2 ke 3 ke.. aku pun bagi kotak test kit tu,


"oooookkkk.. jadi?" si dia tanya.. ehh lembap pulak dia ni.
"tengok la dua line tu maknanya apeeee??" aku balas.
"pregnant?" si dia tanya.
"haa lah.." aku balas.
"boleh caya ke benda ni?" si dia bidas. e'ehh?
"boleh.. upt selalu betul. nak lagi betul cek ngan doktor la berape minggu.." aku cakap.
"hmmm ok.. jap lagi gi hospital.." tak nyempat2 pulak dah kan. hmm yelah..


pagi tu, masuk ofis jap, lepas tu excuse nak gi hospital, tempat si dia bekerja. jumpa doktor, buat ultrasound, bla bla bla.. doc kata dah 6 minggu. Alhamdulillah. seronok tengok si dia yang tak habis2 menyengeh sepanjang hari. seronok sangat le awok yek..

dalam kereta on the way balik ke ofis, tiba2 teringat, sabtu sebelum tu, 7hb 4, aku pegi Gambang Waterpark, sempat main air debush debush terjerit-jerit takut jatuh dari pelampung. even masa memula sampai, naik tangga dah semput sesangat. tapi lepas tu haa berkali2 dok ulang naik gelongsor je kejenya. sampai si dia dah tak larat, eh aku larat lagi. nasib tak jadi apa2 yek. haha. last la kot, pasni tak leh main dah. sobs sobs..






tak sangka, ada budak kecik yang membesar dalam perut aku nanti. huuu. dok baik2 dalam rahim mummy ok baby..*touching sobs..




bai.










Friday, March 9, 2012

pengantin baru yang basi.

Curhat by I E Z S M Y at 3/09/2012 09:44:00 AM 1 curhat
beberapa hari lepas. handphone berdering. kring kring, kring kring. handphone guna ringtone oldskul. so vintage! tiba2.


pemanggil : helo, ini I****** ye?
aku : ye saya..
Pemanggil : aaa Cik ke Puan ye?
aku : aaaaaaaaaaaaaaaaa.....hmmmmm CIK!
Pemanggil : oh ok.. cik I****** ye, blablablalalalaaa...



dalam hati aku, eehehehee.. huehuehueeee...
















please do back to your present life, your new name is PUAN. thank you. kbai!






asyik mengantuk, cepat lapar, sakit bawah perut. huh lain macam jep.



Thursday, November 24, 2011

om nomnomnom.

Curhat by I E Z S M Y at 11/24/2011 02:53:00 PM 0 curhat
.

right now I just can't stop munching. I can't stop thinking about food. sometimes it makes me feel worry. yelah selalunya time nak datang 'tu' je dia rasa nak makan tak henti, tapi ni dah luar dari time 'tu' pun sama jugak apa kejadah ni? tapi aku suka makan. sobs sobs.


badan kurus tapi makan nauzubillah. perut sampah kata si dia. sumbat la apa pun telan aja. tapi yang halal je lah ye. hehe. makanan si dia yang tak habis pun aku sapu. jangan membazir, tak baik. tu amalan syaitan. kalau makan kat kedai, tapi tak habis kan membazir namanya tu. bayar makanan yang tak habis di makan. tak rasa rugi ke? ish ish. ni bukan cerita pasal bazir membazir ye harap maklum. haha.


I need to stop myself from eating so much. nak kawen ni wehhhh.. sudah2 la makan nya tuu.. adohaiii nyee ponnnn.. *si dia suka cakap macam ni buat aku ketawa tak hengat. ok merapu kejap.































sekarang tengah mengunyah keropok keping. apa celop? haih.










dah bai!




oih sedap pulak burger di atas tu. lalalaaa~~~



Friday, September 30, 2011

Sentimental Value.

Curhat by I E Z S M Y at 9/30/2011 11:05:00 PM 0 curhat
.

sentimental value
- the value of something to someone because of personal or emotional associations rather than material worth.



somehow and sometimes I am that person. so so so sentimental value. especially if its :-

1) given by someone that I love or anyone

2) already been with me in such a long period

3) vintage or classic

4) something that I love and like



contoh, aku ada satu teddy bear, emm more to panda sebab ada dark circle around it eyes, hehe. dan aku memang tak boleh buang dia sebab it is given by my aaa...sisters and brothers? aa ke sister je.. hmm lupa, tapi pemberian diorang la masa aku kecik2 dulu. dan sekarang umur panda bear tu lebih kurang umur aku. ok its already 20++ years old. lama kan?

even kadang2 aku rasa dia ni menyemak sebab terpaksa letak dia kat bucu kepala katil, tapi aku tak boleh buang or jual dia sebab SANGAT SAYANG + PEMBERIAN ORANG. see see..? how sentimental value I am.


baru2 ni aku kemas bilik, dan ternampak sekotak Cadbury Classic Collection, dalam dia ada 4 pembalut Cadbury yang coraknya classic. sayang kot sebab si dia bagi masa konvo aku dulu. tapi memandangkan aku memerlukan ruang lebih dalam bilik, aku terpaksa buang jugak. terpaksa hokey sobs sobs.. ayat penyedap hati "alah pembalut je tu punnn.. lagipun rasanya ada lagi Classic Collection ni kat supermarket.. boleh je beli lagiiii...."

tapi tak sama dengan pemberian orang. uhu sobs sobs. T____T


another thing, bila aku nak buang benda2 tu semua, aku akan belek tilik dan tengok lama2 dan tiba2 aku rasa yang benda tu ada perasaan, like they speak heart to heart with me and says "jangan la buang.. tak rasa sayang ke kat kamiii..??" *sila bayangkan yang benda tu tiba2 keluar mata hidung mulut dan bercakap creepy? not? apa2 je lah! so instead to throw it away, I keep it back. sebab perbualan hati ke hati yang sangat meruntun jiwa. oh imaginasi kau sangat tinggi. (-,-')


actually banyak lagi barang yang aku simpan atas sebab2 di atas tu.. dah tak terkira kali kemas tapi still aku simpan 80% dari nya. gila! mana la bilik tak sempit. hish.


so now I need to get rid of these sentimental thing. peleeeaaseeeee... because I need more space, especially when I already married, a lotsssss of space will be needed. so need to buang all those sentimental value thing. for good. uhuuuu..













but how?












try to not look lama2 at those things when wanna throw it away. supaya ia tak keluar mata hidung mulut dan cakap jangan buang kami. haha.





korang2 yang ada penyakit sentimental value boleh la try cam tu. hehe.







ok bai!






addicted to Angry Bird now!





Thursday, September 15, 2011

Biggest Obsession.

Curhat by I E Z S M Y at 9/15/2011 08:12:00 PM 0 curhat
.

my biggest obsessions are


1. F O O D ! ! ! ! !

2. Cute things. *anything that cute sweet comel manis. especially things that kids like, yeah I like it so much too. haha!

3. CHOCOLATEEEEE !!!!

4. Cartoon.

5. hmm let me think if I had more......



serius aku memang suka gila obsesi dengan benda2 kat atas tu. kecuali nombor 5 harap maklum.
hehe. you can call me 'budak-budak' or 'kanak-kanak ribena'. I looiiikeee that. hahaha!





ok bai!




SELAMAT HARI 1 MALAYSIA !




Friday, June 10, 2011

Aku jadi cikgu?? ahaha!

Curhat by I E Z S M Y at 6/10/2011 04:13:00 PM 8 curhat
.


31 Mei 2011 bersamaan hari Selasa. aku pergi temuduga jawatan Penolong Pembangunan Masyarakat. bawah kementerian Kebajikan Masyarakat or KEMAS (ok jawatan aku tak pasti sebab dah lupa sebab panjang sangat. hehe) atau jawatan pendeknya adalah CIKGU TADIKA KEMAS. cikgu ok. mulia tau jawatan tu. haha.

pukul 7 pagi dah gerak ke tempat temuduga, mujur aku ada kawan yang dapat jugak. tak lah aku terkontang kanting sorang2 kat sana. huhu. daftar, isi borang, amik ukuran tinggi, berat, ukur pinggang, dada semua, lepas tu buat body stretching, sebab kena berlari ye kawan2. BERLARI. 2.4 km ye kawan2. bagi yang dah biasa, apedehal 2.4 km je. tapi bagi aku, pehhh sure muka merah, semput, perut sakit bla bla.. sebab dah lama tak melakukan aktiviti sihat macam tu tau..kira selama ni banyak buat aktiviti tak sehat je. ahaha.

keputusan, 23 minit untuk 2.4 km. tapi ajaib, aku tak rasa penat pun. lenguh2 pun tak. wow! ajaib tau. (-_-')

lepas berlari, rehat kejap, maka sesi temuduga pun bermula. masa aku tengah tunggu nama dipanggil, yang lain2 sibuk duk study nama2 menteri. mak aih! baru ingat, aku langsung tak study apa. sebab tak tau nak study apa. serius macam tak ada idea langsung nak baca apa. so, aku pinjam je lah. tumpang baca jap. dengan harapan ingat lah kot. kot lah..

kaedah temuduga, 1 grup 4 orang. so 4 orang sekali masuk dalam bilik temuduga. aku grup ke-2. huh dari sekolah sampai sekarang, nama aku mesti yang paling awal. bagus betul. dah masuk bilik temuduga, ada 2 orang panel. lelaki n perempuan. yang lelaki, bagus sebab dia pandai buat keadaan tak tension sangat. borak2 kosong dulu. tapi yang tak boleh blah, dia tanya aku nama menteri besar terengganu..
















.................. bunyi cengkerik ...........


















sumpah aku tak ingat nama dia. aku study nama menteri kabinet kot, tapi menteri besar pulak yang keluar. hampeh tul. dah tu, lagi 3 orang tu memang minat jadi cikgu, siap ada pengalaman bagai. aku? dip. in office management jadi cikgu?? aaaa.. no komen! keluar dari bilik temuduga, aku cam dapat kesedaran, aku ni sesuai ke jadi cikgu? aku tak nak nanti budak2 kecik tak berdosa jadi mangsa ke-moody-an aku. tidak2. nanti mak bapak diorang saman aku.

masa kecik, CIKGU tak pernah ada dalam list cita-cita aku. 5 cita-cita yang aku pernah list dulu adalah,

1) Pramugari (sebab suka tengok baju kebaya MAS tu, cantik. hihi)
2) Arkitek (nampak bergaya bila dok kat site pakai topi kuning n tunjuk2 ke arah site tu)
3) Peguam (ada kelasss bila pakai sut itam bawak briefcase, muka nak serius amat)
4) Model ( pakai baju lawo2)
5) Kerja dalam ofis ( ada meja, kerusi, komputer/laptop, telefon sendiri)

jangan gelak eh. ni list masa aku umur 7,8 tahun dulu. tau apa la sangat. asal nama gempak je, terus jadi cita-cita. dah beso baru tau yang kerja2 tu memerlukan kerahan tenaga yang macam gila. especially no. 1, 2, 3, 4. sekarang aku dapat yang no. 5 tu. ok lah. tercapai jugak kan? ahaha.

tapi, untuk jadi CIKGU, aku rasa macam tak layak je. =/



ok bai!



malam ni ber-boling lagi.


Thursday, June 9, 2011

I'm a Loner

Curhat by I E Z S M Y at 6/09/2011 11:11:00 PM 0 curhat
.


I am a loner - I like to be alone - I like/love to do things alone - but I'm not a 'Kera sumbang', I have friends- I just like to do things by myself. only!






bai!


Saturday, March 26, 2011

aku macam ni ke??

Curhat by I E Z S M Y at 3/26/2011 11:53:00 PM 0 curhat

  • sombong
  • susah nak senyum

apa tu? ciri2 lelaki idaman lagi ke? haha. bukan bukan. tu ciri2 yang orang dok kata ada kat aku. yeh?


sombong
ni biasa jadi kalau kawan baru nak kenal aku. ok. ni situasi, berdasarkan pengalaman sebenar. cewah..haha. masa kat kolej, masuk sem 2, kelas berubah, so kawan2 pun ada yang baru jumpa. so ada sorang ni, masa sem 1 kelas lain, tapi sem 2 kelas sama, dia pun tegur aku, macam sesi berkenalan gitu. hehe. so borak2 dia pun cakap, "masa aku sem 1 dulu, pernah nampak kau, tapi muka macam sombong je, takut nak tegur.hehe." uik? sombong? ahaha. aku gelak. sebenarnya tak tau nak kata apa. ada jugak lah berapa kali kena macam ni, kat sekolah, kolej, dan tempat2 lain tak ingat dah. haihhh...

lebih kurang macam tu lah orang kata aku sombong. hmm bukan apa, sebab air muka normal aku agak masam, so hari2 biasa aku buat muka normal je lah. tak kan nak senyum sentiasa. lagi pun, kalau orang yang aku tak kenal, tak kan aku nak jadi peramah terlebih pulak pegi sapa semua orang. hai buat apa? hai dah makan ke? hai cantik baju. hai banyak cantik muka kau..? that's not me okeh. it's a first impression yaww, agak normal la orang akan kata sombong, but once you already know me, u will never claim me as sombong. tak caya, tanya kawan2 aku kat 'bestest friend forever' tepi kanan ni haa. haha.

susah nak senyum
ni lagi satu, lebih kurang macam sombong jugak lah. lagi best, first time meeting ngan mother in law aku, laammaaa dulu, 4,5 tahun yang lepas kot, dia dah claim cakap aku susah nak senyum. ni si dia yang cite kat aku. fine! muka aku ni kena curah ngan cuka, nak buat cemane. haha. lagi satu, masa aku jadi pengapit beloved cousin aku, huda, official photog dia tegur aku, "muka tu kasi senyuummm sikit la baru cantikkk.." hoh? bukan aku yang pengantin kot. lagi satu, kau amik gambar aku ke? =/ ni yang aku ingat, kejadian2 lain, aku tak berapa ingat dah.

well, first time meeting dengan orang, aku memang pendiam, tak tau nak cakap apa. sebab tu my MIL claim aku susah nak senyum. yelah first time kan, aku tak kenal lagi dia macamana, ok ke tak ke, tapi aku ingat lagi aku senyum lahhh. tak nampak aku senyum ke? ish ish. kalau aku berselisih dengan orang, dan dia senyum, aku akan senyum balik. tapi kalau aku senyum kat orang, dan dia tak senyum balik, ok lepas dari tu memang aku takkan senyum kat orang tu dah. kejam. tak? =/ tapi yang ni memang aku mengaku n sedar, aku agak susah nak senyum. tak tau kenapa, sejak azali begini. haha. tapi korang jangan ingat aku ni ada masalah bibir tak boleh senyum. taaakkkk!!! T_____T aku tau yang senyum banyak faedah, dan manfaat pada diri sendiri n pada orang lain. nak tau? gi google sendiri. haha. sori2 malas nak tepek sebenarnya.
*ce kira ada berapa perkataan senyum kat atas ni? haha.


################################


people around us are the judges for ourself. so kalau orang kata apa2 berkenaan ngan diri kita, itu lah yang sebenarnya yang kita ada walaupun kita nafikan. tapi mungkin ada yang betul, mungkin ada yang tak.

jadi lepas ni, banyakkan senyum okeh? tapi jangan sampai orang claim kau budak-gila-suka-senyum-memanjang. haha. 'tambahkan gula dalam senyuman' okeh, nak gi curah gula kat muka. =D

comelnya la awok ni..... =)


ok dah bai!




Sunday, February 20, 2011

Tentang saya

Curhat by I E Z S M Y at 2/20/2011 12:09:00 AM 2 curhat
saya dah lama main belog ni. tapi mesti orang tak berapa tau pasal saya kan. yelah, macam jumpa orang baru, mesti la kenalkan nama kan cakap2 pasal diri sikit kan. dah la dulu masuk dunia belog ni main terjah je, tak bagi salam, tak bagi pengenalan diri, tetiba je budak ni ada. hehe.

jadi, meh saya nak bagitau serba sikit tentang saya. meh baca meh.

1. nama saya HADIAZI, tulis atas kertas, letak kat depan cermin. ok thats my real name. hehe.

2. saya anak ke 7 dari 7 adik beradik. ye saya si bongsu. (-_-')

3. manja? suam suam kuku. sensitif? yup, agak sensitif. cepat merajuk? yup. cepat marah? yup, boleh tahan. tapi, saya cepat cool. hehe.

4. sudah bertunang, bakal kahwin.

5. suka kale BIRU. dan putih sikit2.

6. suka benda2 yang comel. macam barang budak2 tu. hihi.

7. i love foods!! foods love i!! haha

8. shopping? boleh la. time berUwang memang gila shopping. hehe.

9. tak suka orang bagi bunga untuk hadiah.

10. saya cintakan COKLAT! (^_^)

11. suka benda2 seni dan kreatif.

12. boleh melukis. potrait, kartun, apa saja....

13. suka bergambar. tapi tengok keadaan lah.

14. suka muzik. apa2 je, janji sedap di dengar.

15. suka kucing, arnab, hamster, binatang2 yang berbulu lembut dan comel.

16. geli ular, cacing, pacat lintah, lipas, ulat gonggok, ulat bulu, kumbang, kumbang tanduk..... eeee!

okeh. 16 je. ini je yang termampu di ingat. ok lah tu. tak boleh bagi banyak2. hehe.

salam perkenalan cemua!


bai!

notasajatambah: tengah demam korea sekarang



 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting