Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 13, 2012

Perkhabaran baru.. gituu..

Curhat by I E Z S M Y at 4/13/2012 04:18:00 PM
agak lama tak update. kurang sihat. dah terkena buatan orang. iaitu suami sendiri. sobssss..

baca lah explanation & kronologi yang panjang ni. *bajet crime scene konon ada kronologi.


minggu 1 - 8hb 4 hari tu aku mengalami simptom yang pelik, mengantuk amat, mual2, cepat penat, agak grumpy. huh pelik tu. tapi aku buat bodo je. kadang2 je rasa macam tu. makan benda masam hilang la kejap. sebab tu beli le apple hijau. ehe. sampai lah malam ahad 8hb 4, ada dinner dengan famili si dia dekat New Horizon, aku rasa kurang selera sangat. makan pun slow motion. setiap kali suap, rasa nak muntah. tengok udang tekak geli. eh apahal? padahal udang tu lah favorite sekali. tapi aku makan jugak, even slow, si dia pun pelik kenapa aku makan slow sangat, kenapa aku tak makan udang, sebab biasa bab makan aku paling laju. dan malam tu aku rasa lauk2 dia tak sedap. gara2 kemualan melampau. eeeee...


esok pagi subuhnya, hari Isnin, sebelum pergi kerja, tergerak hati nak buat UPT, jadi sementara tunggu result, aku mandi, dah sudah mandi, tengok test kit..........





ada dua line! ok.. ok... rahang jatuh. ok... UPT tak tipu.. 99.99% ketepatan nya. lagi 0.01% dari doktor. aku gelabah sorang2 dalam bilik air. kahkah.






jadi, cepat2 keluar, kejut si dia suruh mandi, cakap ada benda nak bagitau niii cepat mandiiii. dengan mamai si dia pun pegi. dah sudah, aku pun tunjuk test kit tu, si dia bengong2, harus lah mana la laki paham line2 tu ada 2 ke 3 ke.. aku pun bagi kotak test kit tu,


"oooookkkk.. jadi?" si dia tanya.. ehh lembap pulak dia ni.
"tengok la dua line tu maknanya apeeee??" aku balas.
"pregnant?" si dia tanya.
"haa lah.." aku balas.
"boleh caya ke benda ni?" si dia bidas. e'ehh?
"boleh.. upt selalu betul. nak lagi betul cek ngan doktor la berape minggu.." aku cakap.
"hmmm ok.. jap lagi gi hospital.." tak nyempat2 pulak dah kan. hmm yelah..


pagi tu, masuk ofis jap, lepas tu excuse nak gi hospital, tempat si dia bekerja. jumpa doktor, buat ultrasound, bla bla bla.. doc kata dah 6 minggu. Alhamdulillah. seronok tengok si dia yang tak habis2 menyengeh sepanjang hari. seronok sangat le awok yek..

dalam kereta on the way balik ke ofis, tiba2 teringat, sabtu sebelum tu, 7hb 4, aku pegi Gambang Waterpark, sempat main air debush debush terjerit-jerit takut jatuh dari pelampung. even masa memula sampai, naik tangga dah semput sesangat. tapi lepas tu haa berkali2 dok ulang naik gelongsor je kejenya. sampai si dia dah tak larat, eh aku larat lagi. nasib tak jadi apa2 yek. haha. last la kot, pasni tak leh main dah. sobs sobs..






tak sangka, ada budak kecik yang membesar dalam perut aku nanti. huuu. dok baik2 dalam rahim mummy ok baby..*touching sobs..




bai.










4 curhat:

Nana on Friday, April 13, 2012 5:31:00 PM said...

congrates,,,,jg pemakanan n kesihatan bebaik ye :)

Nurulhuda|Adlie on Saturday, April 14, 2012 12:42:00 PM said...

kih kih kih, jadi? mmglah jadi haha saba jela

Lina on Monday, April 16, 2012 4:02:00 PM said...

hahah bole dicakap jadi??? adusss apa2 pun tahniah...seronok kan hehe

I E Z S M Y on Thursday, April 19, 2012 8:50:00 AM said...

jadi jadi lah tuuuu..hahaha sabau je la bapak budak ni..

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting