Thursday, April 19, 2012

Kanak-kanak selamanya.

Curhat by I E Z S M Y at 4/19/2012 04:26:00 PM
umur dah meningkat. dah nak jadi mak budak tak lama lagi, tapi perangai kanak-kanak ribena tak boleh nak buang. dah di uli dan di gaul sebati dalam diri iniw. gituu..

aku suka barang2 comel, suka tengok kartun, suka mewarna, suka melukis, suka makan, makan, makaaannnn ok cukup. satu lagi aku suka tengok kapal terbang atau helikopter yang tengah terbang kat atas. suka sangat. pelik jugak kadang2 tak paham. haha.


suatu hari kami berdua tengah sarapan kat Restoran Zaman, (orang Kuantan mesti tau kat mana). tengah tunggu nasik lemak signature diorang sampai tiba-tiba kapal terbang lalu, baru naik dari airport. jadi...

aku: haaa kapal terbang!! kapal terbang!! sambil muncung mulut, mata bulat excited. dan tengok sampai hilang..
si dia: lohhh macam tak pernah tengok kapal terbang..... ayat sarcastic+tegas+muka sangat menjengkelkan..
aku: huh serius sangat! sukati lah. dalam hati. muka berlagak kewl sambil kunyah nasik lemak..huh.


kalau kat rumah, dengar bunyi kapal terbang/helikopter je aku dah berlari2 ke luar nak gi tengok. tengok lah sampai hilang tak nampak dah. lepas tu masuk rumah buat muka cam tak ada apa2. kehkeh. yelah orang tak pernah naik lagi, cam ni la gayanya. haha.



baby boleh la ikut perangai mummy, nanti kita boleh tengok sama2, excited sama2 yeeekk.. daddy tak payah! lalalaaa..



ok bai lapar.











0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting