Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

baru tau ke? kesian.

Curhat by I E Z S M Y at 12/22/2011 11:12:00 AM 0 curhat
cam duit saidina kan? ke jutaria? takpon monopoly.. colorful gitu. tambah duit kertas rm20 kale kuning. ke oren? eh kau ni kenapa ke ke je..



bila boleh dapat? tak sabar nak guna. excited pulaks. *sarcastic



tahun depan semua baru, duit baru, ic baru, status aku pun baru. haha nak jugak..










ok bai!



semput lah.



Tuesday, December 13, 2011

Pesbuk.

Curhat by I E Z S M Y at 12/13/2011 03:06:00 PM 0 curhat
masuk FB dan baca news feed.


aku suka tengok kawan2 dalam fb yang sangat gigih meng-update status. setiap masa. setiap ketika. setiap apa yang di buat. pegi situ pegi sini. check in kat mana. makan apa. kena marah. bf tak call. gf merajuk. bergaduh. sayang menyayangi. menyayangi sayang. tak cukup dengan menaip, ditambah dengan gambar. orang kata picture do the talking kan? aku baca sambil sengih sorang2. gitewww..
























kena stalk kang baru tau.






bai!




pegi la buat keje makcik oii!



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya Terbaik!

Curhat by I E Z S M Y at 11/22/2011 09:12:00 AM 0 curhat
.




game yang paling suspen sekali! fuuhhh... sampai tambah masa tak gol2 jugak, last2 penalti. tapi kemenangan berpihak pada MALAYSIA yaww!!












CONGRATS!


















penjaga gol adalah terbaik. Dahlia Teck mesti bangga.. eh oppss! hehe.


















to our PM:

takde cuti peristiwa ke?































hahaha!








ok bai!





apa nak buat arini yek?hmmm..



Sunday, November 20, 2011

Something happened...

Curhat by I E Z S M Y at 11/20/2011 04:02:00 AM 0 curhat
.

did u all noticed that all my pictures turned to 'tanda seru' in english apa yek? ahahaha.. tetiba bengong pulak pepagi nih. haish! yes semua gambar2 kat entry jadi sama je ada tanda seru dalam segi tiga tu. wat de efff!!

something had happen because of my fingers yang suka tekan2 itu ini. last2 jadi macam tu. amekaw. gambar2 kat tepi kanan tu pun jadi tanda seru jugak, tapi dah fix. cuma yang dalam entry tu malas lah nak fix, nanti lama2 ada entry baru, yang lama dah tak dihirau dah kan. hehe. dasar pemalas makan je tau!

memula bukak blog terkejut jugak beruk aku apasal tetiba gambar jadi sepesen itam je nih! terus stress. haha. bila pikir2 balik, ooooo baru aku tau kenapa. silap aku. ingatkan ada problem dengan streamyx, baru nak maki hamun line asik putus2 aje, last2 tersedar memang silap aku. nasib ada rasa kesedaran. kalau tak asik nak baran je. bahaha!

ok lah merepek banyak.





babaiiii..! *nada kasi sengau sikit ala2 mak jemah.







gelak sakan bila dengar si dia nyanyi2 lagu Beribu Sesalan Tiga Suara tu. haha. dalam hati ada taman lah!




Monday, July 25, 2011

12 JUTA WOOOOO...!!!

Curhat by I E Z S M Y at 7/25/2011 11:02:00 AM 0 curhat
.

BeautifulNARA, tempat persinggahan aku untuk merehatkan pale otak yang di bebani dengan kerja *macam banyak bertimbun sangat la kan kerja kau heh! dengan membaca gosip2 artis kita yang di 'sayangi' nihh.. aku bukan jenis kepochi sangat pasal artis2 ni, just nak tau dan sebagai hiburan ajeee...

baca punya baca, terbaca lah artikel pasal pasangan kontrobasi nihh...


Perkahwinan Norman Hakim - Memey Suhaiza, RM12 juta.


12juta RINGGIT yeee bukan RUPIAH yeee..

okeee belum nikah dah peluk2..eleh bese lah teww..bukan diorang je yang buat. =p


Baju perkahwinan si memey ni saje dah RM 7.2 juta.. ha.. kau ada? boleh beli rumah 10 bijik dah tu..jom ramai2 pi amik baju dia buat beli rumah ok? amik ok bukan curik. haha!

antara barang2 lain yang di sponsor adalah :-

1.Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.

2.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.

3.Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.


sumber


ha? bertuah kan jadi artis? dah banyak duit dan mampu sesangat nak kawin dapat sponsor ribu2 juta2 lagi. patut bagi kat orang2 yang kurang mampu ni haa sponsor tuhh.. macam aku ni haaa.. kan bagus. tolong orang yang kurang mampu.. ehem. bukan dengki yeh..

just my personal opinion lah kan, memang la kawin ni sekali seumur hidup, bagi si memey tu, it's her first time marriage, mesti happy kembang kempis berbunga2 dapat barang2 yang berharga camtu.. tapi si norman pulak, 2nd time marriage, apa perasaan bekas bini dia si abby tu bila dapat tau yang 2nd marriage ex-husband dia dapat tajaan juta2 padahal masa kawin diorang dulu takde pun camni? pakai baju songket je..haha. aku agak je tuh.. kalau aku kat tempat abby, rasa dengki sesangat lah kot.. marah keciwa sedeh.. tu dari sudut negatif lah. but in positive way, life must go on. ecehh.. lantakkan aje nak kawin dengan sapa pun..=p

tapi harus ke perkahwinan sampai berjuta2 camni? bukan lama pun, 2 hari je kot majlis. kalau lah kan. aku tak tau la kot2 dia buat 7 hari 7 malam kan. but, it's still rasa cam membazir je, sebab perkahwinan adalah 1 or 2 hari, pakai baju juta2 pun tak sampai sehari. but the life after marriage is forever, that's the most VITAL. right? sama ada kita boleh hadapi kehidupan lepas kawin atau tak. kan? because the life after marriage is totally different with our old single life. kalau tak ada persediaan mental, memang fail lah kot. hmm.. =/

well lantak lah, nama pun sponsor, artis popular pulak tu, majlis kena lah yang extravaganza abis kan. semoga perkahwinan kalian bahagia dan berkekalan. kita tunggu 24 September nanti, cantik tak wedding diorang, boleh kalahkan wedding Tomok-Ayu tak.. haha. *eh apsal aku tak abih2 cite pasal TomokAyu tuh? haishh! heee... (^____^)




ok bai!



apsal pc ofis aku ni tak leh save draft..ish!



Friday, July 1, 2011

BF lama ku dah kawennn... T______T

Curhat by I E Z S M Y at 7/01/2011 05:10:00 PM 2 curhat
.







kami pernah bercinta dulu. aku siap tampal gambar dia beso2 belakang pintu.. sebab percintaan kami jarak jauh.. bila bangun je, bukak mata nampak muka dia. lepas lahh rindu.. tapi hubungan kami tak lama.....sedeh...














tiba-tiba....














dia dah kawin.. hari ni....















T______________________T















dia tak jemput aku pun... sobs sobs....















kami tak ada jodoh........sobs sobs...














tak apa lah... harap Kalian bahagia.. sobs sobs..hembus hingus jap....















entry syok sendiri hari ni.. bajet Tomok tu kenal kau? berangan lebeh..huh!















SELAMAT PENGANTIN BARU PADA TOMOK & AYU!


*video save the date diorang cute!

Thursday, June 2, 2011

dalam kepala kosong!! >(

Curhat by I E Z S M Y at 6/02/2011 02:02:00 PM 0 curhat
.



KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.


sumber Metro


manusia ni, dalam kepala dia tu kosong, tak ada otak langsung!!! haiwan pun sayang anak la weiii...!!

tengah marah, tapi tak leh taip kata2 kesat, kang blog kena blok. macam ni je boleh.. (*)@($&)@(&$@)(#*@$&@!!!

huh!


bai!

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting