Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Selepas sebulan.

Curhat by I E Z S M Y at 1/16/2012 11:16:00 AM 0 curhat
selepas sebulan berkahwinn..................... (^_^)













dah sudah..awal2 nak merepek kauu..


semalam, baru sudah download cite Ombak Rindu. ehe dah basi kot baru nak cite? aku tau.. aku suka tengok cite yang dah basi2 ni harap maklum. especially cite romantik gitu. dah basi baru tengok. kalau cite hantu tak sampai seminggu tayang dah tengok. semua gara2 si dia. mencik. nasib baik aku tak kesah.

so far, dari penontonan aku, tak de lah sedih noo citenya.. ok tipu. ada gak la part meruntun jiwa. tapi kejap je pun. tak ada pulak aku nak nangis smpai keluar hingus2. tapi..... tengok Aaron nangis cam eh comelnya! haha.

fyi, cerita ni agak sensor, tak sesuai ditonton oleh budak2 bawah 12 tahun. banyak scene berkemban siap basah2 lagi. haish. eh? budak 12 tahun pun dah pandai 'sangat' kotttt... you got what I mean yaw. untuk watak Mila Amilia, dah ngamuk2 tengking2 Haris kuw *eh tetiba.. macam singa lapo, lepas tu tiba2 jadi lembut siap usap2 pipi Haris. cam kelakau pulak part tu. meroyan ke hape. haha.


well percubaan yang baik. dari novel ke filem. nama pun adaptasi kan, tak semua babak dia tunjukkan. jadi, moralnya,







baca novel lagi besh tahuu.. pasni baca novel boleh bayangkan Aaron is Harris. Izzah tu...... aku. oii berangan oii haha!




ok bai!





kepala tingtong sedut bau cat banyak. @_@


Monday, September 26, 2011

Open house + Boling + Bini2 ku Gangster

Curhat by I E Z S M Y at 9/26/2011 11:49:00 AM 0 curhat


.

Sabtu-day schedule.


Open House.

open house di rumah sepupu. pegi dah petang, dalam pukul 5, sebab tunggu si dia balik dari outstation. nasib start lepas zohor so takde la dikira lambat datang jugak. tapi masa sampai tu dah takde orang sangat. alah lantak lah. sedara je pun. bukan orang lain. ehe..tapi agak segan sebab biasa datang dengan mak ayah, tapi hari tu datang sendiri. terasa segan giteww.. tapi sebab ada makanan ku redah jugak. haha. *gelojoh!



Boling.

dan lepas siap makan, off to Megalanes Kuantan. haaa dah lama tak membaling bola kannn.. tapi aku tak main, sebab tak ada mood. kalau main jugak, memang balingan kau akan bersepah, dan kau akan terasa adrenalin merembes2 keluar sebab bengang. last2 semua orang kena marah. kadang2 tujuan main boling untuk release tension, tapi dapat tension pulak, sebab bola tak ikut arahan. *hampeh!

lagi pun, hujung minggu ramai yang bawak family keluar mem-boling. so agak terganggu kalau nak main. *eceh ngegada pulak dia ni. macam tempat boling tu dia punya sorang. jadi, si dia je yang bermain, aku duduk je jadi pompom girl. haha!



Bini-bini ku Gangster.

lepas memboling, tengok wayang puleee... keseluruhan, agak bagus ceritanya. eceh cam pengkritik pilem pulak. hehe. aku agak suka watak Manja tu, depan suami jadi sweet isteri mithali gitew, tapi kat luar ganasss...

"abanggg!!"



"anjeeee!!"



sweeeetttt...! (^_^)



aku suke part ni.. ahaa..hehe. yang dah tengok tau la..yang belum sila tengok. tapi 18tahun ke atas je ok.








ok dah bai!






(+_+)






Saturday, June 25, 2011

Boring ok... (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/25/2011 09:49:00 PM 0 curhat
.

semalam lepas belasah boling 3 frame, gi tengok cite ni...




Sinopsis filem Rasuk merupakan sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati.

Arman seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Setelah kejadian itu Melati sering berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Arman yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.

dan lepas tu, macam2 lah perkara pelik yang jadi. kena rasuk sampai lah ustaz datang tolong selamatkan Melati.

sumber



pemberitahuan: aku bukan peminat cite hantu. jadi ni bukan aku yang nak tengok. tapi si dia yang nak. gara2 terpengaruh dengan trailer yang cam best, si dia beria sangat nak tengok. jadi aku terpaksa teman si dia tengok. terpaksa ok! TERpaksa. jadi aku review lah sikit ye..sikit je..








it's a typical malay ghost story-boring-tak best-boleh tidur-ending cam hape entah-so lame-cliche










cukup lah tu. conclusion, korang tak payah tengok. rugi. aku? bukan duit aku pun. haha! lantak kan. baik korang gi tengok TRANSFORMER, lagi best.



ok dah bai!


Sunday, June 12, 2011

Ehhh Sial lah!! ptuihhh!

Curhat by I E Z S M Y at 6/12/2011 09:55:00 PM 0 curhat
.

** tajuk entry adalah ayat yang digunakan oleh abang long fadil dalam cite ni ok. bukan cite ni macam sial. harap maklum.



hari ni, tengok wayang KL GANGSTER. sampai Megamall pukul 3 lebih, nak tengok pukul 4.20 pm, tapi bila tengok seat, PENUH! gi.la! dah empat hari tayang still full? wow! jadi terpaksa la beli tiket pukul 5.20 pm. tak pe lah, boleh kami melantak dulu. dah lapo srupe rimau! =D



dah 5.20, masuk wayang, iklan je lebih, citenya stat pukul 5.30. ceh hape pon tak boleh! eh tetiba. hehe. cite bermula dengan aksi belasah2 sana sini. biasalah nama pun cite gangster kan.

Malek - ohh kenapa la hensem cute sangat. tengah marah pun masih hensem, tengah berlawan pun ohh cool nya beliauu. weii berangan ok. hehe.
Shark - tak suka dia, macam pelik je slang bahasa dia pakai. nak-jadi-cina-cakap-melayu-tapi-tak-jadi.
Jai - trademark dia, cakap sambil kepit rokok kat mulut. kepit je, tak hisap pun.
Ajib - gangster guna bahasa melayu skema. best! haha.
Abang Long Fadil - suka cakap besar. tapi penakut. dan dia kena tikam, sapa tikam? pegi beli tiket, gi tengok ye. haha.



aku tak boleh nak review macam2 sangat, sebab ada beberapa scene aku tak tengok sebab aku... zzzzzz... hahaha! cite spesis ni bukan citarasa aku sangat. maaf. hihi.

tapi secara general, it's good effort. kalau hollywood dah memang ada cite rupa gini, so Malaysia pun kena ada karya yang macam ni jugak. baru setanding kan. boleh masuk pasaran oversea pulak kan. kita rakyat Malaysia jugak bangga kan. orang oversea sana tau yang kita pun ada gangster macam diorang jugak. =D

nak tau best ke tak cite ni? keluar dari wayang si dia cakap...

si dia : pehhh terbaik ahh.. terbaik gileee! nak jadi gangster jugak lah lepas ni. ok tak?
aku : ha lu pegi ah, ada gua kessahhh?? (buat muka menyampah)

paham kan? best lah tu. pegi lah tengok, InsyaAllah tak rugi. tapi kalau tak minat cite macam ni atau korang rasa macam terlalu violence main pukul2 belasah2 bunuh2 orang atau jiwa terlalu sensitif, tak payah tengok ye. sebab diorang ni bukan ada belas kasihan pun nak buat macam tu kat orang.

tahniah lah Encik Shamsul Yusof. confirm pecah panggung cite anda. sila bagi komisen kat saya sebab tolong menyumbang membeli tiket, dan tolong bagi cite anda pecah panggung. ok? sekian. (muka serius)




ok bai!




hmm cite Super 8 dengan Transformer macam best je...


Friday, May 27, 2011

K A R A K

Curhat by I E Z S M Y at 5/27/2011 05:05:00 PM 2 curhat
.

dah lama tak tengok wayang.. kononnya nak tengok Fast 5, tapi si dia macam tak berkenan pulak.. pesal entah. hmm.. so, usha2 tertengok trailer KARAK kat tv, ouh macam best. sebab si dia suka noo nengok cite antu2 ni, so suggest kat dia, haa terus ok. jadi kami pun tengok lah pada hari 1st tayangan dia. ramai jugaklah kan manusia2..hehe.














tapi...















it's only a typical malay ghost story. it's based on my personal opinion ok! it's not so much about KARAK, as on early of the story, memang pasal jalan Karak yang scary tu kan, tapi bila dah tengah2, kereta terbabas dalam gaung, lepas tu terjumpa sorang orang asli, terperangkap kat rumah orang asli tu, dan benda2 pelek jadi sampai abih cite. bukan cite pasal jalan Karak ke? aku tak pandai nak menilai sangat filem2 ni, tapi ni dari pandangan peribadi aku, aku boleh bagi 3/5 je. sebab, aaa macam boleh tido je bila tengok cite ni. scene yang suspen tetap ada, tersentak jugak la si dia tetiba hantu keluar, nasib popcorn tak tercampak. haha. tapi lepas2 tu, biasa je. bagi yang kebal ngan cite spesis ni, dinasihatkan jangan la tengok, kalau tak nak kuar wayang main sumpah seranah rugi duit je. baik korang gi tengok Transformer lah. tak pun NurKasih. hehe.

tapi satu je yang bagus, dia suruh kita menghayati, memahami maksud ayat Kursi. bukan main hafal je. tu je nilai murni yang aku nampak. pehh dah lama tak guna perkataan 'nilai murni' ni. last masa sekolah je, waktu subjek sastera tu.. apakah nilai murni untuk babak ni, apakah nilai murni untuk itu ini..gitu je main soalan dia, muak aku. huhu. ok dah melalut.

sapa2 yang suka tengok cite spesis ni, dan nak tengok sejauh mana cite hantu pertama karya adik beradik KRU ni, gi je. aku tak ada kuasa nak halang kan. tapi bagi aku, baik korang tunggu DVD, tak pun kalau tak nak membazir duit, tunggu je kat Youtube. hehe.







ok bai! sori gambo tak ada, sebab update kat ofis, kena cepat2. hihi.





Monday, May 16, 2011

Akasia > Nora Elena

Curhat by I E Z S M Y at 5/16/2011 02:38:00 PM 2 curhat
.
.

mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

sinopsis dari sini

#####################################

I'm currently never miss this drama, Nora Elena. setiap isnin - khamis, pukul 7 kat tv3. sebenarnya aku tertengok drama ni masa episod berapa entah, dan tertengok dalam drama ni ada Aaron Aziz yang oh kacaknya tu. hehe. terus terasa cite ni macam best je. salah satu sebab besar sebab si Aaron lah kan. sebelum ni aku bukan layan sangat Akasia ni, cite yang sebelum ni, macam entah apa2 je. especially 2 drama sebelum Nora Elena ni, plot lebih kurang sama je. boring.

tapi cite ni lain. so aku google, rupanya drama ni adaptasi longgar dari Novel 'Kasih yang Suci - Meen Zulaikha'.


Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis novel dari sini


oooo k. well, kalau drama adaptasi, selalunya best. sebab novel bukan cliche. bukan macam drama2 yang kat tv sekarang, asik2 ada dato' datin, kaya raya, rumah nak besau, kereta kalau bukan mercedes bukan kaya lah, anak kawin ngan orang miskin, kawin tak direstu, hidup melarat miskin, last episod bersama semula. entah apa2.

bila aku tengok drama ni, yup, it's different, hari2 macam tak sabar nak tunggu next episode. sama macam baca novel la kan, bila sampai part yang best tu, oh terus tak jadi nak berenti, terus baca sampai habis. hehe. tapi aku carik novel ni kat kedai2 buku, tak ada dah. yelah, novel ni tahun 2009 kot. tapi kalau drama ni hits n popular, mesti novel dia di cetak semula. sama macam filem Lagenda Budak Setan dulu tu. novel yang tebal tu pun di cetak semula.

kalau ada, aku nak beli. baca novel lagi best sebab no limit. you know, bab2 yang privasi tu. hihi. sebab kat drama kena tapis, nama pun adaptasi longgar, memang takkan ada babak romantik atas katil ke hape ke. haha. imaginasi melampau pulak.

tapi, kenapa lah namanya Seth Tan. ce sebut cepat2, kan jadi lain bunyinya. huhu.




ok lah bai!



Thursday, March 10, 2011

Berbaloi-baloi !!!!!

Curhat by I E Z S M Y at 3/10/2011 12:20:00 AM 3 curhat
semalam date dengan si dia. tapi tak tau nak ke mana, aku suruh dia yang decide. si dia kata nak tengok wayang. ok, kebetulan hari rabu, tiket wayang murah. kebetulan lagi, masa tu aku tengah hadap internet, sempat review jadual wayang pukul berapa. tapi tak tau nak tengok cite apa.

tetiba teringat kawan2 aku komen tentang cerita ni, best. so, aku suggest kat si dia cite ni, n kata ok. tengok jadual, ada pukul 9malam, kat Big Cinema Teruntum Kuantan. okeh!

pukul 8 kami keluar, sampai sana, terus gi kaunter tiket. terus beli. dan nak tunggu ke pukul 9 tu, huh. boring betul. dah la Teruntum ni tak ada hape2. pusing sana, pusing sini, tunggu si dia mengurut kat kerusi urut Gintell 'Rest n Go' tu.3 minit je pun. eh makin banyak pulak kerusi tu, aritu ada 2 bijik je. ahh lantak lah..

nak dekat pukul 9, lepak jap kat luar cinema tu, tengok kaunter pop corn, adoii teringin la pulak. si dia bagi duit, dan aku macam budak kecik pulak terus gi beli. haha. pukul 9 tepat masuk wayang, orang tak ramai, so aman sikit. pop corn si dia conquer sorang2. ciss aku yang teringin kot, dia pulak yang lebih2. oh lupa, aku beli pakai duit dia. hehe. dah nak habis baru si dia bagi. cettt!

eh aku tak bagitau tengok cite apa yeh? lupa2. hehe. jap eh..















yup, kawan2 saya betul, cite ni best. serius best. memang tak tidur tengok cite ni. sebab heronya agak hensem. yes hensem. so what?dia bukan kenal aku pun. aku je kenal dia. haha. I love when he's using his power and fighting with the ugly aliens. alien yang besar gabak tu. sangat buruk!! eeee!

oh ya, cite ni based on novel. boleh carik kat kedai buku nanti. hehe.


aku baca kat wikipedia. mungkin ada sambungan. nak tengok lagi! huhu. mungkin okeh.

yang belum tengok, pegi tengok, anda tak rugi. yang tak minat cite sci-fiction action ni, tak payah tengok, anda rugi. =D

untuk sinopsis dan lain2, klik sini.



ok dah bai!


 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting