.
mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
sinopsis dari sini#####################################
I'm currently never miss this drama, Nora Elena. setiap isnin - khamis, pukul 7 kat tv3. sebenarnya aku tertengok drama ni masa episod berapa entah, dan tertengok dalam drama ni ada Aaron Aziz yang oh kacaknya tu. hehe. terus terasa cite ni macam best je. salah satu sebab besar sebab si Aaron lah kan. sebelum ni aku bukan layan sangat Akasia ni, cite yang sebelum ni, macam entah apa2 je. especially 2 drama sebelum Nora Elena ni, plot lebih kurang sama je. boring.
tapi cite ni lain. so aku google, rupanya drama ni adaptasi longgar dari Novel 'Kasih yang Suci - Meen Zulaikha'.
tapi cite ni lain. so aku google, rupanya drama ni adaptasi longgar dari Novel 'Kasih yang Suci - Meen Zulaikha'.
Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
sinopsis novel dari sini
oooo k. well, kalau drama adaptasi, selalunya best. sebab novel bukan cliche. bukan macam drama2 yang kat tv sekarang, asik2 ada dato' datin, kaya raya, rumah nak besau, kereta kalau bukan mercedes bukan kaya lah, anak kawin ngan orang miskin, kawin tak direstu, hidup melarat miskin, last episod bersama semula. entah apa2.
bila aku tengok drama ni, yup, it's different, hari2 macam tak sabar nak tunggu next episode. sama macam baca novel la kan, bila sampai part yang best tu, oh terus tak jadi nak berenti, terus baca sampai habis. hehe. tapi aku carik novel ni kat kedai2 buku, tak ada dah. yelah, novel ni tahun 2009 kot. tapi kalau drama ni hits n popular, mesti novel dia di cetak semula. sama macam filem Lagenda Budak Setan dulu tu. novel yang tebal tu pun di cetak semula.
kalau ada, aku nak beli. baca novel lagi best sebab no limit. you know, bab2 yang privasi tu. hihi. sebab kat drama kena tapis, nama pun adaptasi longgar, memang takkan ada babak romantik atas katil ke hape ke. haha. imaginasi melampau pulak.
tapi, kenapa lah namanya Seth Tan. ce sebut cepat2, kan jadi lain bunyinya. huhu.
ok lah bai!
kalau ada, aku nak beli. baca novel lagi best sebab no limit. you know, bab2 yang privasi tu. hihi. sebab kat drama kena tapis, nama pun adaptasi longgar, memang takkan ada babak romantik atas katil ke hape ke. haha. imaginasi melampau pulak.
tapi, kenapa lah namanya Seth Tan. ce sebut cepat2, kan jadi lain bunyinya. huhu.
ok lah bai!
2 curhat:
mest best kn terasa nk tgk gk la...
ce tengok ce tengok..hahaha..
Post a Comment