Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

E-day > The moment of Engagement

Curhat by I E Z S M Y at 1/06/2011 09:52:00 PM 0 curhat
(^_^)

apa2 hal, senyum sampai sepet mata dulu..haha. SELAMAT TAHUN BARU! belum lambat lagi kan?hehe..azam korang?tahun lepas punya belum setel?ok.. saya pun sama.. hehe. ok cukup.

sori for the late update, saya bukan jenis yang kaki belog tak hengat. saya perlu ada mud untuk buat benda ni semua. hehe. so maknanya hari ni saya rajin, dan hari2 lain saya malas. haha. teruk pempuan nih. ish ish. geleng kepala. (-_-)

this is moment of engagement yang dah basi tu..tengok gambar ok. picture speaks louder than words.hihi =)

18.12.2010 - our engagement and his birthday
color theme - his side blue, my side pink (baru perasan combination kale ni cantik jugak iihhii)

sesi diskusi

pengantin keluar dari bilik, terus ke pelamin. eh pengantin? tolong jangan perasan ok. huh. =p tapi kawan saya sengaja panggil macam tu terus saya pandang. ok memang perasan!haha.
gambar nombor 3 dari kiri, tiba2 semut masuk dalam veil. ok tau la tengah sweet blood. huh. =D

sesi sarung cincin, salam dan peluk cium
dah jadi tunang orang. serius? T__T

yup serius. se-ri-usssss (e_e)

ok setel sudah. =) i love the bunga tangan sekilo tu. berat ok. T__T . oh ye love the bunga tangan maker also (^_^) love yuu huda!

done! jumpa di hari besar kami ya. insyaAllah.
(^,^)

notasajatambah: hari besar belum prepare apa2 lagi. haha.



Tuesday, December 28, 2010

E-day > Terima Kasih sangat banyak pada....

Curhat by I E Z S M Y at 12/28/2010 09:10:00 PM 0 curhat
ohh sebelum layan banyak gambar, saya buat entry ni untuk credit pada orang2 yang telah menjayakan majlis saya ni. cehh macam buat ucapan dapat award je kau ni..biasa orang buat kredit bila dah abih, ni mula2 dah buat.. hape lahh... =/

saya tak tau nak dulukan mana dulu, kira yang disenaraikan ni orang2 yang special dalam hidup lah gitu. hehe.

1. to my parents, and whole family...keluarga saya besar, tambah lagi dengan sedara mara, jadi lagi besar. terima kaseh banyak2! sangat hargai apa yang mereka telah buat.

2. Kakak saya, import from JB, haha. seminggu sebelum bertunang, saya dan si dia pergi ambik kakak kat JB, sebab dia lah orang yang paling banyak buat kerja. dari hantaran saya dan si dia, (hantaran sangat cantik!) pelamin mini, (simple n cantik jugak!), langsir rumah dan langsir bilik saya dan makan tengahari untuk majlis tu, bukan dia sorang je yang masak ok. ada lagi orang lain yang tolong2. (^_^)


2. my kesayangan, HUDA, awak semangat saya ok. terima kasih untuk alas hantaran, bunga tangan, veil and became my special OP for that day. sumpah juling mata nak pilih gambar terbaik. (@,@)


3. MUA yang mencantikkan saya. eh MUA ke, hmm will be someday. InsyaAllah. =) aka my BFF. AINA sayang kuww.. =) she's my school classmate. ramai puji mekap awak cantik, mekap ok bukan saya. haha. klik sini, ainamagicaltouch. nak mekap dari dia, boleh telefon or emel, price is reasonable.


4. cupcake comel. oh ye kek nya sangat sedap. hihi. boleh tengok kat fb beliau, klik sini..chef mazmi. saya order dua jenis, fondant and buttercream, untuk souvenir pada tetamu yang datang, harga berpatutan. oh tambahan, terima kasih untuk abang dan along sebab sponsor cupcake ini. hihihi.

fondant

buttercream

5. kakak saya lagi. bukan yang dari JB ok, tapi dari kuantan. oh saya dah bagitau kan keluarga saya besar, so saya ramai kakak. hehe. kak lina kuww...sebab tambah dadih dalam paper bag souvenir saya. suka! =) tapi orang tak sempat makan dadih tu pun. T__T

hmm sape lagi sape lagi...........

6. Beloved BFF and friends. walaupun tak ramai yang datang, saya tak kisah. sangat sangat hargai kedatangan korang. terharu.. T__T

7. si dia aka my tunang oledi maaa...haha. terima kasih untuk cincin yang dah di sarung oleh mak awak kat jari saya, untuk makanan2 yang dijadikan hantaran, untuk jambangan bunga yang awak bagi dan dan...oh private, tak boleh bagitau okeng...rahsia laki bini ni. haha =D

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT. SAYANG SANGAT SANGAT PADA SEMUA!! cium cium sampai penuh gincu kat muka!

notasajatambah: gambar lagi, kendian eh....=)

Saturday, December 25, 2010

Im Back Yawwww!!!

Curhat by I E Z S M Y at 12/25/2010 12:25:00 AM 0 curhat
okeh, tarik nafas........hembus........tarik lagi......hembus.......tarik lagi.......cikgu kata yang ketiga kena hembus kuat2.....ok..HEMBUS! make sure bukan angin bawah yang keluar ye..iihhii..dah cukup..merepek tuh..

saya tak tau nak mulakan macamana...hampir sebulan jugak senyap.. hihi.. yelah, tengah2 buat preparation untuk bertunang, tiba2 hilang terus tak update dah..hehe..bukan sengaja ye..di kala kesibukan yang amat, memang tak ada masa, perasaan, perasan, bla bla untuk update blog..kalau saya update blog ambik masa yang agak lama terpacak depan laptop, memikirkan ayat2 best nak bagi korang baca kan, so better ambik masa tu untuk buat preparation pertunangan saya. so dalam masa hampir sebulan yang lepas, memang saya tak aktif berblogging, tapi kalau kat facebook yes, anda boleh jumpa saya online kadang2. hehe. =)

alhamdulillah pada 18.12 yang lepas saya dah jadi tunangan orang..eh tunangan si dia. heee..

ohhh ye..nak mengomel sikit kejadian2 selepas dapat status tunang orang ni.

dah habis cuti, masuk ofis, first2 yang nak di tengok, ha mana cincin?tengok sikit..huh sibuk je. dalam hati. =D

lepas tu, mana gambar nak tengok. ish tak sabo2. dalam hati lagi.

lepas tu lagi, macamana dah jadi tunang orang sekarang?? macamana apa?macam ni je lah. biasa je, tak ada beza pun. kali ni bukan dalam hati. =D

lepas tu lagi lagi, bila nak langsung?kawin?nak makan nasi minyak? setahun lagi. tunggu ye. oh ye kami tak buat nasi minyak, nasi beriyani. haha. bukan dalam hati jugak.

itu lah soalan2 yang mesti di tanya. dah macam wajib sangat kalau tak tanya tu macam mulut jadi gatal2 pulak. saya bukan nak komplen or tak bagi tanya, tapi kadang2 rimas lemas jugak, kalau tak tanya tak boleh ke??huhu. -_- hmm entah la, benda macam ni dah jadi darah daging setiap orang..so, tips2 bila dah bertunang siap sedia dengan soalan yang akan di tanya, susun jawapan siap2. bila orang baru nak tanya, ok kita dah tau soalan dia, tak abis tanya lagi dah jawab. haha. kurang ajar pulak jadinya tu. moralnya, jangan tension lah, layan aja. lama2 akan senyap jugak. =)

entry ni saya update sikit, dan selepas ni entry2 adalah dari pertunangan saya, stay tune....!!

nah..saya bagi teaser sikit (e_~)



notasajatambah: nak tambah apa? blur =/

Tuesday, September 28, 2010

Preparation #2

Curhat by I E Z S M Y at 9/28/2010 08:44:00 PM 0 curhat
a bit checklist for my engagement nanti. yang belum siap, separuh siap, dan dah siap.

1. Baju Tunang: sudah di hantar ke butik untuk tambah beading, hujung bulan 11 baru ambik.
Separuh siap.

2. Cincin. sedang berfikir pattern mana yang berkenan. mungkin minggu depan baru boleh booking.
Belum siap.

3. Hantaran.
> Sirih junjung.
> Kek
> Buah buahan
> Kain Pelekat
> Handmade Capal
semua belum siap! haha =D

4. Alas dulang dan aksesori hantaran. Puan Huda will diy it. aksesori saya akan beli nanti.
Belum siap.

5. Veil. rasanya kena beli. yang simple aja. tapi harus ada beading kilat2. harus!
Belum siap.

6. Menu makan tengahari. hmm menu simple. bisa di atur itu.
SIAP!
sapa nak masak?aaaaaaa.....hmmm.....si tukang masak dari kalangan keluarga kot. hehe. =)

mostly semua belum siap lah.huhu. =/

*SIGH


actually my office will have a big event this weekend. so im a bit tired because of that. not in the mood to think about this engage bla bla bla thing. i hate big event!huh. after this event, feel relief, and will start thinking on this engagement matter. YEAH!! sila sebut yeah dengan perasaan terlalu gembira.

huh!?!?!what the ***?!?!?!?
iklan jap.hehe.

ok dah daaa

notasajatambah: kepenantan+kemengantokan

Monday, September 27, 2010

Preparation #1

Curhat by I E Z S M Y at 9/27/2010 09:07:00 PM 0 curhat
kawan saya ada bertanya, "kau dah buat preparation ke?"

saya jawab, "alah tunggu lah tinggal lagi sebulan tu, baru aku prepare, kelam kabut sikit, baru adventure. hahaha"

so sekarang ada lagi 2 bulan ke tarikh itu. so relaks la beb. banyak masa lagi. hehe. tapi pejam celik pejam celik sekejap je tu. huhu. poyo. =) saya masih lagi blur, i know what to do, but dont know how. nak mulakan yang mana, nak buat macamana, nak beli apa, itu ke ini ke. =0 crazzzyyyy blur right now! tak pa, biarkan part tu.

saya dan si dia sedang survey cincin. jelajah kedai2 emas, tanya itu ini, cuba cincin itu ini. tapi saya belum ada yang berkenan, nak yang jenis besar ke kecik ke, ohhhh baru saya tahu perasaan nak jadi tunangan orang or bride to be macamana. memang confiusing amat! mula2 ke poh kong, nice dah ada yang berkenan satu, then, ke kedai emas lain pulak, hmm ada jugak lah yang berkenan. saya tak mau yang terlalu mahal, sebab tak nak membebankan si dia. then tak apa lah, next month tengok lagi, sebab if nak beli cincin saya harus di tempah. hehe. sebab?
ok explaination: kebanyakan saiz cincin di kedai2 itu dari saiz 11 ke 17 or 18 agaknya. dan saiz saya just 10 aja. ohh apakaahhh!?!!baru tahu, ingatkan 11 dah boleh muat, tapi still longgar lagi, takut buat kerja tiba2 hilang. ha siap la si dia pot pet pot pet. huh. so bila pakai saiz 10, muat cantik aja. cinabeng, keciknya jari aku nih? =0 si dia kata ni bukan jari, tapi lidi. cinabeng lagi. huh. dah explaination habis.
so harus tempah seawal bulan 10, bulan 11 dah boleh amik dah. tapi saya belum ada yang berkenan betul2 lagi. waaaaahhh!!!!

halp me please =/

cukup pasal cincin. hantaran, saya sedang study majalah, google image, blog2 kahwin for hantaran inspiration, diy aja. malas nak tempah2. just campak tepek apa2 yang patut pada hantaran tu, done! tak payah susah2 nak guna sentuhan pakar, kadang2 sentuhan tak pakar n first time ni pun cantik+kreatif+amat cantik lawa. ok angkat bakul sendiri sekejap. =) give me time to study first. ohh barang hantaran pun belum beli lagi. hmmm (-_-)

baju. sudah ada dalam ghobok (almari) tinggal nak hias2 bagi cantik aja. mau hantar ke kedai untuk tambah beading. pun kena hantar awal, untuk mengelakkan terpaksa pakai baju lain masa harinya tu. huh. tak nak lari tema. =0

veil. nak pakai ke tak?nak pakai ke tak?tak mau beli. ada siapa2 nak bagi pinjam or nak tanya kakak2 ada simpan veil masa korang tunang or kawin dulu tak?hehe.

i want a simple engagement day yet memorable. macam yang si dia buat masa propose, still ingat sampai sekarang. love it. (^_^)

ok dah daaaaaa

notasajatambah: mood relaks lagi. kihkih. =)

Sunday, September 19, 2010

Tiba-tiba tukar plan

Curhat by I E Z S M Y at 9/19/2010 01:47:00 AM 2 curhat
lepas 4 hari si dia melamar saya, dan kami sah menjadi tunangan dalam Islam, tiba2 kami tukar plan nak buat majlis merisik n bertunang. pulak.

Jumaat, 17092010

ikut plan asal, kami tak mau buat majlis tu, fyi that ring is belong to his mother, dan kami dah rancang nak buat majlis tunang n nikah hari yang sama, that means, sebelum nikah mak si dia akan tanggal kan cincin yang saya pakai sekarang to replace yang baru for tunang. and after that nikah. tapi mungkin sebab saya yang gedik cakap ni..

abang, ingat nak suruh jumpa mak abah bagitau yang abang dah bagi cincin tanda ni, kalau saya yang bagitau takut diorang tak percaya pulak.

hmm..alamak yang tu tak ada keberanian lagi nak cakap kat abah awak macam tu.

kalau macam tu tak apa lah. nanti saya cakap la kat diorang tu. kecewa =*

lepas tu, si dia balik rumah untuk solat jumaat. balik dari solat, masuk ofis, si dia bagitau..

tadi dah bincang dengan mak, mungkin hujung bulan ni family abang masuk meminang.

ha?kata tak nak buat majlis.

ye lah, yang kita buat tu cara kita, ikut islam memang sah, tapi ni antara family, then boleh tetapkan hantaran semua.

terkejut+tergamam+termenung sekejap.

so malam ni abang bincang dengan ayah, awak bagitau mak abah awak.

hmm baik lah.

then masa balik, kami bincang tentang tarikh. finally si dia nak 18.12.2010, huh hari jadi dia, ngada betul. tapi saya nak 05.11.2010, tarikh ulangtahun kami. kihkih. ok tergantung di situ. belum tentu tarikh mana lagi. tunggu perbincangan antara mak n ayah kami dulu.

malamnya, si dia telefon, pihak dia dah ok. tunggu saya aja yang belum bagitau lagi. sabar ye. hihi. saya tanya, cincin ni macamana? si dia kata bagi esok. tapi cincin ni dah pudar. ye lah cincin turun temurun kot, dah lama simpan, so kale nye jadi pudar. so si dia kata, oh yeke?hmm tengok lah mungkin beli yang baru nanti.

ok jadinya, saya dah tak dapat pakai cincin vintage tu lagi, dapat pakai 3 hari je T__T . then tak ada majlis tunang masa hari nikah nanti. cehh..yang dah di plan lama dulu jadi lain pulak..hmm tak apa lah, at least si dia ada rasa nak kawin bila dah bertunang ni. bukan lagi boleh berpoya2 hu ha sana sini. kita dah kena buat preparation dari sekarang dah tau sayanggg??bagus. ok dah.

sabtu, 18092010

saya bagitau mak, fyi apa2 mesti saya bagitau mak dulu, then mak akan jadi orang tengah bagitau kat abah. hehe. Alhamdulillah, mak tak terkejut, siap bagitau pihak lelaki kena bawak apa, then pihak saya kena balas apa. lega sudah. hihi =) so si dia 3 bekas, saya 5 bekas. ish apsal perempuan kena bagi lelaki banyak eh?padahal barang perempuan yang lagi banyak dari lelaki. hmm lantak lah.

then saya terus mesej si dia, bagitau itu semua. dan saya tanya bila nak buat, si dia tetap dgn tarikh itu, 18.12.2010. huh ngada!! baik lah. (-,-) mesej sepupu sayang2 saya, huda, bagitau tarikh itu yang dia harus cuti dan tolong+support saya, dan dia rela hati nak diy alas dulang hantaran. i lap u so muchos!!!

tiba2 tema jadi pink pulak. bak kata huda, awak kan power ranger biru tiba2 tukar pink pulak?haha. ok baju dah ada, pakai aja, saya malas nak buat baju lain. so terpaksa pakai pink for that day. huhu. lagi lagi....oh ya, hujung bulan memburu cincin dan barang hantaran si dia. ok cukup ye kali ni. dah panjang dah membebel.

daaaaa!!!

notasajatambah: still feel dreaming =D
 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting