Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 19, 2010

Tiba-tiba tukar plan

Curhat by I E Z S M Y at 9/19/2010 01:47:00 AM
lepas 4 hari si dia melamar saya, dan kami sah menjadi tunangan dalam Islam, tiba2 kami tukar plan nak buat majlis merisik n bertunang. pulak.

Jumaat, 17092010

ikut plan asal, kami tak mau buat majlis tu, fyi that ring is belong to his mother, dan kami dah rancang nak buat majlis tunang n nikah hari yang sama, that means, sebelum nikah mak si dia akan tanggal kan cincin yang saya pakai sekarang to replace yang baru for tunang. and after that nikah. tapi mungkin sebab saya yang gedik cakap ni..

abang, ingat nak suruh jumpa mak abah bagitau yang abang dah bagi cincin tanda ni, kalau saya yang bagitau takut diorang tak percaya pulak.

hmm..alamak yang tu tak ada keberanian lagi nak cakap kat abah awak macam tu.

kalau macam tu tak apa lah. nanti saya cakap la kat diorang tu. kecewa =*

lepas tu, si dia balik rumah untuk solat jumaat. balik dari solat, masuk ofis, si dia bagitau..

tadi dah bincang dengan mak, mungkin hujung bulan ni family abang masuk meminang.

ha?kata tak nak buat majlis.

ye lah, yang kita buat tu cara kita, ikut islam memang sah, tapi ni antara family, then boleh tetapkan hantaran semua.

terkejut+tergamam+termenung sekejap.

so malam ni abang bincang dengan ayah, awak bagitau mak abah awak.

hmm baik lah.

then masa balik, kami bincang tentang tarikh. finally si dia nak 18.12.2010, huh hari jadi dia, ngada betul. tapi saya nak 05.11.2010, tarikh ulangtahun kami. kihkih. ok tergantung di situ. belum tentu tarikh mana lagi. tunggu perbincangan antara mak n ayah kami dulu.

malamnya, si dia telefon, pihak dia dah ok. tunggu saya aja yang belum bagitau lagi. sabar ye. hihi. saya tanya, cincin ni macamana? si dia kata bagi esok. tapi cincin ni dah pudar. ye lah cincin turun temurun kot, dah lama simpan, so kale nye jadi pudar. so si dia kata, oh yeke?hmm tengok lah mungkin beli yang baru nanti.

ok jadinya, saya dah tak dapat pakai cincin vintage tu lagi, dapat pakai 3 hari je T__T . then tak ada majlis tunang masa hari nikah nanti. cehh..yang dah di plan lama dulu jadi lain pulak..hmm tak apa lah, at least si dia ada rasa nak kawin bila dah bertunang ni. bukan lagi boleh berpoya2 hu ha sana sini. kita dah kena buat preparation dari sekarang dah tau sayanggg??bagus. ok dah.

sabtu, 18092010

saya bagitau mak, fyi apa2 mesti saya bagitau mak dulu, then mak akan jadi orang tengah bagitau kat abah. hehe. Alhamdulillah, mak tak terkejut, siap bagitau pihak lelaki kena bawak apa, then pihak saya kena balas apa. lega sudah. hihi =) so si dia 3 bekas, saya 5 bekas. ish apsal perempuan kena bagi lelaki banyak eh?padahal barang perempuan yang lagi banyak dari lelaki. hmm lantak lah.

then saya terus mesej si dia, bagitau itu semua. dan saya tanya bila nak buat, si dia tetap dgn tarikh itu, 18.12.2010. huh ngada!! baik lah. (-,-) mesej sepupu sayang2 saya, huda, bagitau tarikh itu yang dia harus cuti dan tolong+support saya, dan dia rela hati nak diy alas dulang hantaran. i lap u so muchos!!!

tiba2 tema jadi pink pulak. bak kata huda, awak kan power ranger biru tiba2 tukar pink pulak?haha. ok baju dah ada, pakai aja, saya malas nak buat baju lain. so terpaksa pakai pink for that day. huhu. lagi lagi....oh ya, hujung bulan memburu cincin dan barang hantaran si dia. ok cukup ye kali ni. dah panjang dah membebel.

daaaaa!!!

notasajatambah: still feel dreaming =D

2 curhat:

Lina on Monday, September 20, 2010 9:14:00 AM said...

alhamdulillah...congrats...akhirnyayer...so relieve kan dah ada confirmation...kawan lama2 klu xde confirmation rasa x secure tau haha but i'm sure he's responsible man

I E Z S M Y on Monday, September 20, 2010 10:58:00 PM said...

time kaseh!!
betul2..kalau tak responsible dah reject dah..haha
akak datang tau..tolong masak..hahaha

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting