Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 13, 2010

Tentang Raya Lagi

Curhat by I E Z S M Y at 9/13/2010 11:22:00 PM
tak habis lagi ye..hari tu baru cerita raya pertama aje..sila baca dengan tekun ye. =)

Raya Kedua

nothing happen, bangun lambat sikit je. hehe. tak senonoh ini perempuan. si dia hantar mesej, "mak suruh datang rumah makan laksa" ceh..perkataan 'suruh' tu memang tak boleh elak dah. kena datang jugak. ish ish. mak si dia tau saya suka laksa. wah so touching!!ok cukup. sambung lagi.. maka bersiap lah saya. simple2 aja, pakai baju kurung putih..ayu gitu. kih kih. =) mak suruh bawak buah tangan sikit, alah bagi kuih2 raya aja. kalau tak bising pulak pegi rumah orang berlenggang bawak badan n perut kosong je. lama jugak kat rumah si dia, sampai 5 lebih baru la nak balik. hihi ; )

sampai rumah, kakak ku dah sampai dari temerloh, oh ya dia balik beraya kampung suami dia, so dah sampai la anak2 sedara yang tinggi galah tu. tapi saya ternampak bekas ni atas tangga, cantik la pulak... =0

ala2, handbag vintage gitu. kalau perasan dalam cerita2 P.Ramlee, si heroin mesti pakai kebaya, then bawak handbag kecik keras macam kotak. jalan terkedek2 sebab kain ketat. ok lebih kurang la macam kotak atas tu, cuma yang ni besar sikit. ok dah. belek2 rupanya ada ini....

CAKKK!!! saya la burung yang comel gebu!! comel tak comel tak??

haip!shadap u bird!

HUH NAH AMIK NIH! MERAJOKKKK!!!

huh AAK. =p ha itu la yang ada dalam handbag ni..mesti abang ipar punya keja, entah mana di beli burung ni. ada tempat tinggal dan open air punya tempat dia bertenggek, supaya dia boleh tengok keadaan persekitaran dan membasuh mata meng-usha burung2 betina yang lain. eh burung ni jantan ke?hihi. tak tanya pulak, apa jenis burung ni pun tak tanya.lantak lah, janji saya kenal itu burung bukan kucing. kihkih.

malam, pergi beraya ke rumah regular guest. rujuk entry raya pertama. makan sate kat sana. borak2, pukul 9 lebih balik dah. ya, sempat gaduh sikit dengan long time no see cousin aka cikgu pasal duit raya. hehe. dah mintak maaf pun gaduh lagi. huh. =p

sampai rumah, mandi. tengah sidai baju, tiba2 ada ni......

aktiviti unggun api mini

budak2 ni kalau dapat main benda yang di larang dek orang tua tu suka lah. orang bagi api, suruh main bunga api, gi belasah pulak main bakar2 daun kering. nasib baik api tu terpadam sendiri. ha padan muka. terus naik rumah.

Raya Ketiga

sama nothing happen. ok jujur ye, bangun..lambat..sikit..hihi..hmm hari ni tak ada apa sangat, hadap laptop surf internet aja. oh ye, setelah 3 hari beraya yang tak berapa sangat ni, saya dapat kumpul 3 sampul yang berisi duit. hihi. =) hey dah besar, orang still bagi duit raya ok. cuma kuantiti yang sikit, tak macam masa kecik2 dulu. alhamdulillah. =)

sampul biru: si dia=1 not merah (ok la tu, nafkah zahir haha)
sampul hijau belakang: abang= 2 not merah+1 not hijau
(abang saya mesti lupa saya ni dah kerja kihkihkih)

sampul hijau depan: cousin aka cikgu=2 not hijau (status macam terpaksa bagi, ok kena mintak maaf balik nih huhu)

terima kasih daun keladi
tahun depan bagi lah lagi!!

hahaha =D

Additional

location: taman gelora, kuantan
photographer: si dia
credit camera: panasonic lumix

oh sempat ber-camwhore masa petang raya pertama..hehe. saja nak bergambar dengan baju raya. bukan selalu kan. gambar banyak sangat, cukup lah 4 tu je kat sini, tak boleh banyak2 okeng!

ok dah daaaaa

notasajatambah: budak2 tinggi galah tu dah balik johor. tak seronok dah. huhu

0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting