Thursday, September 9, 2010

Hari hari terakhir di ofis

Curhat by I E Z S M Y at 9/09/2010 12:05:00 PM
tajuk konon macam nak benti keje je...haha. ok last day sebelum cuti raya..jelas?bagus.

hari ni, ofis sunyi, sebab dah ramai yang cuti, dah selamat sampai kampung, tengah on the way, tengah kemas2 baju bla bla bla..tapi saya?still lagi tercongok kat ofis, dengan mata dah style kuyu macam garfield ni, tapi maintain comel gebu ok. cuma bukan kale oren je. haha =D tapi dapat berpoya poya, bawak laptop..ha amik kau, aku tak sentuh langsung kerja ofis ok..tengah sedap layan jalan2 cari makan ni. kah kah kah. =D

meeee yooowww

semalam dah salam2 mintak maaf dengan orang2 ofis, yang mana dah start cuti hari ni..ha ye2 saya maafkan..kot..lepas raya gaduh lagi..huh ayat nak raya gitu lah. konon maafkan semua segala salah ujung rambut ke ujung jari kaki, halalkan makan minum, lepas raya terus lupa dah. manusia, macam tu lah kan..dah habit tu. betul tak?angguk je ok..bagus.

semalam juga, kakak saya dari johor sampai ke rumah, dapat assistant untuk buat kuih..hihi =)
malam, buat kuih tart nenas..dah lama dah di tangguh2 tu, akhirnya semalam buat jugak..akhirnya!! disebabkan tat adalah kuih kesukaan anak2 sedara saya, so i force them to tolong jugak..korang tak tolong jangan makan tat nih! ok garang tak?kihkih. dapat la satu adunan aja. itupun dah sakit2 pinggang dah. sori tak ada gambar, tangan berminyak ye uli adunan tu. nanti pagi raya saya snap kuih2 dari air tangan saya ye..ececeh..poyo.


notasajatambah: esok rayeeeee yawww!!!!!!


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting