Friday, September 10, 2010

Hari Raya Pertama

Curhat by I E Z S M Y at 9/10/2010 08:11:00 PM
hari raya pertama, langit mendung, gelap aje, hujan turun tak henti2..hujan renyai2 aja. tak lebat..tak halang orang nak datang beraya pun..juadah2 raya adalah seperti berikut..

ini..kuah lodeh..wajib ada setiap hari raya..biasanya tak sampai sehari dah habis di pulun oleh perut2 yang kelaparan =D

rendang..mesti ada jugak..pada yang tak biasa makan lodeh, ada pilihan kedua. =)

ketupat..tak, kami hanya gunakan ketupat segera. tak cukup kaki2 dan tangan2 untuk anyam ketupat seperti di atas tu..gambar ihsan dari encik google..hihi =)

ketupat daun palas @ ketupat pulut @ ketupat susah nak bukak (sebab bersimpul2) =D

last but not least..

tapaaaaiiii...ni pun mesti ada jugak..sebab permintaan ramai dari tekak2 yang mengidamkan nya..hihi

bapa saudara yang pertama datang, sebab dia nak balik kampung lepas tu..so jamu diorang dulu..lepas tu, datang pulak sedara yang memang tiap2 tahun pagi raya akan datang..kira macam regular guest lah..haha =D ish..tak sempat basuh pinggan diorang dah sampai..cisss kek betul. mula lah kelam kabut nak mengemas..sabau je lah..

dapat snap gambar masa balik aja..sebab saya sibuk di dapur. biasalah anak dara kan. kihkih. 4 buah kereta datang tu perkara biasa, ikutkan lebih lagi. nasib baik ada 1 family tak datang sebab beraya rumah mentua dia. tapi ni pun, habis kecut kering tapak tangan dok basuh pinggan mangkuk cawan semua. T__T

last person datang beraya adalah si dia..hehe..nak jugak kan. harus lah. bakal suami tu. kena bermesra2 dengan bapak mentua tu ha. kang tak dapat kawin dengan anak dara dia pulak. haha.

lepas si dia balik, dah tak ada orang datang dah..nasib baik..boleh la berehat2, kasi pejam sikit ini mata. -_-

akan bersambung........

hari ni tak ada notasajatambah =p


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting