Saturday, May 21, 2011

Ber-boling tak hengat!

Curhat by I E Z S M Y at 5/21/2011 11:34:00 PM
.


20 Mei 2011

balik keje, si dia mesej, ajak main boling. masa tu aku tengah kesakitan kepala, apsal entah. makan panadol 2 bijik pun macam tak payah makan je, makan sepapan kang terus out pulak dah. haha. aku tanya sapa lagi yang main, Cik Hana, dan Cik Iera, dan ada lagi beberapa orang. sangat merindui korang! dan staff KSH yang lain. hihi. actually, diorang ni bekas officemate aku masa keje kat hospital dulu, dan nak training untuk friendly tournament 12 Jun nanti. tapi apa kes ngan aku? terjebak sekali pulak. ahaha. saje je, suka2, dah lama tak hentam pin2 tu. jadi, aku pun ok.

pukul 7 lebih keluar lah kami. amik Cik Hana, dan Cik Iera dulu, then terus ke Berjaya Megamall. yang beberapa orang tu tak jadi main. sampai lebih kurang 8.45, ok full house. siap ada senarai menunggu. amik kau. ramai noo nak training boling yek. haha. tulis nama, ada lebih kurang 7 ke 8 orang lagi tengah queue. dan lebih kurang setengah jam lagi untuk sampai turn kitorang. so, pegi makan, sebab lapau tahap rimau dah. aku je, yang lain tak. hwahwa!

lebih kurang 9.30 baru dapat main. 2 frame. dapat lane hujung sekali dan licin. ah lantakkan. aku bukan terer tahap Shalin Zulkifli pun, baling pun ketepi, ke longkang, elok2 bola lurus boleh pulak ngelak ke tepi. cinabeng. melawan arahan pulak bola nih. tapi aku ada gak strike 2,3 kali. bukan lah teruk bebeno pun. hehe.

tapi yang bestnya, kitorang dapat 2 frame free. terima kasih kepada pemain lane sebelah yang tak habis main, blah macam tu je. so si dak Iera ni pandai terlebih, di godek2 skrin lane sebelah, tukar nama semua, then Hana buat balingan, pin jatuh. and the game is still on bebeh! hahaha. so kami main 2 lane sekali. tamak? tak. kami cuma habis kan game yang di tinggalkan je. kami tak rugi apa2, lagi best ada lah. hahaha gelak jahat!



tapi tengah main frame ke2, tetiba lampu lane kitorang dipadamkan. aaa..diorang tau ke kitorang amik game orang? ihhii.. masing2 buat muka selamba tengah tukar kasut. pekerja dia datang, tapi bagitau kat pemain lane sebelah mintak tukar lane lain. ok bukan. lega. takut je kot2 kena bayar ke hape kan. hehe. kami terus jalan letak kasut kat kaunter dan blah tanpa rasa bersalah langsung. lalala.. and the game is off on 12 midnight with Iera is the highest. balik jalan terhincut2 sakit kaki woo...sabo je lah. selesai hari semalam punya boling.

hari ini, 21 Mei 2011.

pukul 4 suku, aku tengah tidur, Hana call, tapi tak sempat angkat. hmm sambung tidur. tak lama si dia pulak call. ok yang ni kena angkat lah kan. ajak main boling lagi. woii sakit kaki semalam tak kebah lagi tau. tapi ni, Kak Muni yang ajak. my other former officemate jugak. ha baiklah. pukul 6.

lebih kurang pukul 7 sampai Megamall, start main dalam 7.30. tak ramai sangat lah. sekali lagi dapat lane hujung sekali. aa main je lah. kali ni ada 6 orang, so 3 orang satu lane. 2 frame. main sampai lebam. tambah sakit kaki tangan aku. wuwuwuwuu..tapi best lah kan. bukan selalu. dalam pukul 9 dah habis main, pegi makan kat KFC. lapau woo lapau. kentang goreng KFC macam biskut! mungkin diorang expert on ayam, so kentang2 ni main ikut dan je goreng. cehh..tapi dah lapau, macam biskut pun bedal aja. haha!

dah makan, balik, hantar cik Hana dulu. tak penat tapi lenguh. huhu. tapi seronok.sangat2. nanti seminggu lagi boleh main balik ye. bagi kaki tangan ni baik dulu okeh.

tengok, siap pakai tongkat dah ni ha.... T_____T
(nampok sangat menipunyee.....)




maaf. tak ada gambar sebab semua ada pada dak Iera.



0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting