31 Mei 2011 bersamaan hari Selasa. aku pergi temuduga jawatan Penolong Pembangunan Masyarakat. bawah kementerian Kebajikan Masyarakat or KEMAS (ok jawatan aku tak pasti sebab dah lupa sebab panjang sangat. hehe) atau jawatan pendeknya adalah CIKGU TADIKA KEMAS. cikgu ok. mulia tau jawatan tu. haha.
pukul 7 pagi dah gerak ke tempat temuduga, mujur aku ada kawan yang dapat jugak. tak lah aku terkontang kanting sorang2 kat sana. huhu. daftar, isi borang, amik ukuran tinggi, berat, ukur pinggang, dada semua, lepas tu buat body stretching, sebab kena berlari ye kawan2. BERLARI. 2.4 km ye kawan2. bagi yang dah biasa, apedehal 2.4 km je. tapi bagi aku, pehhh sure muka merah, semput, perut sakit bla bla.. sebab dah lama tak melakukan aktiviti sihat macam tu tau..kira selama ni banyak buat aktiviti tak sehat je. ahaha.
keputusan, 23 minit untuk 2.4 km. tapi ajaib, aku tak rasa penat pun. lenguh2 pun tak. wow! ajaib tau. (-_-')
lepas berlari, rehat kejap, maka sesi temuduga pun bermula. masa aku tengah tunggu nama dipanggil, yang lain2 sibuk duk study nama2 menteri. mak aih! baru ingat, aku langsung tak study apa. sebab tak tau nak study apa. serius macam tak ada idea langsung nak baca apa. so, aku pinjam je lah. tumpang baca jap. dengan harapan ingat lah kot. kot lah..
kaedah temuduga, 1 grup 4 orang. so 4 orang sekali masuk dalam bilik temuduga. aku grup ke-2. huh dari sekolah sampai sekarang, nama aku mesti yang paling awal. bagus betul. dah masuk bilik temuduga, ada 2 orang panel. lelaki n perempuan. yang lelaki, bagus sebab dia pandai buat keadaan tak tension sangat. borak2 kosong dulu. tapi yang tak boleh blah, dia tanya aku nama menteri besar terengganu..
.................. bunyi cengkerik ...........
sumpah aku tak ingat nama dia. aku study nama menteri kabinet kot, tapi menteri besar pulak yang keluar. hampeh tul. dah tu, lagi 3 orang tu memang minat jadi cikgu, siap ada pengalaman bagai. aku? dip. in office management jadi cikgu?? aaaa.. no komen! keluar dari bilik temuduga, aku cam dapat kesedaran, aku ni sesuai ke jadi cikgu? aku tak nak nanti budak2 kecik tak berdosa jadi mangsa ke-moody-an aku. tidak2. nanti mak bapak diorang saman aku.
masa kecik, CIKGU tak pernah ada dalam list cita-cita aku. 5 cita-cita yang aku pernah list dulu adalah,
1) Pramugari (sebab suka tengok baju kebaya MAS tu, cantik. hihi)
2) Arkitek (nampak bergaya bila dok kat site pakai topi kuning n tunjuk2 ke arah site tu)
3) Peguam (ada kelasss bila pakai sut itam bawak briefcase, muka nak serius amat)
4) Model ( pakai baju lawo2)
5) Kerja dalam ofis ( ada meja, kerusi, komputer/laptop, telefon sendiri)
jangan gelak eh. ni list masa aku umur 7,8 tahun dulu. tau apa la sangat. asal nama gempak je, terus jadi cita-cita. dah beso baru tau yang kerja2 tu memerlukan kerahan tenaga yang macam gila. especially no. 1, 2, 3, 4. sekarang aku dapat yang no. 5 tu. ok lah. tercapai jugak kan? ahaha.
tapi, untuk jadi CIKGU, aku rasa macam tak layak je. =/
ok bai!
malam ni ber-boling lagi.
8 curhat:
salam..intebiu kat mane aritu ? :)
waalaikummussalam. intebiu kat kuantan. pusat ptumbuhan awal kanak2. kemas.
teheheheee...ye..sayelah urusetia yg comot tuh..wakakaka..panas gila + boring kat situ kan? hahahhaa
emm,btw,xsangka pulak awk dh ada dlm bloglist sy sekian lama..tehehehee..nice to knoe u :)
hehe.gmbar atas tak cam lagi, tgk kat blog, br cam. hehe. tu lah, panas, awk xlari xpe. haha.
oh sy ade dlm bloglist awk eh? xperasan pun. huhu. nnt sy link awk jgk lah.
nice knowing u. nnt apa2 psl kemas blh tnye awk kan. hihi.
hehee..mmg xlari..sbb taun lepas da lari..lg teruk dr tu taw..T__T
ok,if anything, juz buzz me ya ! :)
ye lah, bace kat blog, mcm smpai 3ari ke? teruk jgk, kalau sy dh pengsan tu. hehe
i will buzz u soon. tggu je.hihi. =)
heheehe..2 ari je..tapi UKJK sangat teruk dan ltih..korang xsempat nak lenguh kaki dah boleh balik..kitorg sampai terlentOk2 kat lantai..hahahaha
ok2.. :)
ohh..mgkin sbb diorg tgk korang letih smpai lentok2, tu yg dia pendekkan kot. haha. bgs2! lari xpnt sgt, tapi penat tunggu. huhu.
Post a Comment