.
pejam celik pejam celik, dah 5 bulan bertunang. orang keliling sibuk dok tanya bila nak langsung? bila nak kawin? bila nak makan nasik minyak? oihh serabut lah! tunggu je lah nanti aku bagi kad nya. hish! tak larat haku nak jawab benda yang sama. should i record the answer? so when people ask, i just play the record. ok tetiba emo. haha.
ada jugak yang tanya, best tak bertunang? rasa lain tak dah jadi tunang orang? ok meh aku jawab ye awok2 seme.. bertunang adalah biasa je. ia cuma perubahan status, dari single ke tunangan orang. tak merubah apa2 pun, sebab masih lagi tidur di rumah mak bapak masing2. kami bukan kawin, nak rasa lain macamana.
an engagement is not a ticket for you to act like a husband and wife. or maybe kita boleh rasa secure sebab dah ada orang yang akan kawin dengan kita. tapi chances nya 50-50 je, kalau tempoh pertunangan adalah setahun, anything can happen. orang tua2 kata, jangan bertunang lama2, banyak dugaan masa bertunang nanti. yup betul. kena banyakkan bersabar. kalau tak sabar, memang akan terputus. tapi alhamdulillah, setakat ni aku tak alami dugaan besar. gaduh2 biasa tu ada lah. sebab aku dah dapat dugaan masa sebelum bertunang dulu.
jadi, nak bertunang, kena fikir dulu. kena kumpul duit banyak2, supaya tempoh bertunang tak jadi lama2 sangat. ataupun, kalau nak jimat lagi, tunang pada hari bernikah. kan save tu. hehe.
doakan jodoh kami panjang. InsyaAllah. (^_^)
ok bai!
6 years ago
0 curhat:
Post a Comment