Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 4, 2011

Boling... lagi... (-,-')

Curhat by I E Z S M Y at 6/04/2011 09:12:00 PM


.



sejak akhir2 ni, asyik main boling je. hmm kalau bukan sebab si dia ada friendly tournament minggu depan, tak ada nya nak jadi regular customer kat Megalanes tu. haha. tapi bagus jugak, dapat improve cara baling bola boling aku. hehe.

hari ni, ber-boling lagi, si dia nak test power bola baru. semangat betul siap beli bola, lepas ni, lama2 bola tu jadi perhiasan kat rumah kot. aku cabar dia, tak strike, kena denda! tapi, dia strike. ahah! tak apa, denda tetap denda ye cik abang oii. hihi.

masa tengah2 main, baru suku 1st game, ada la grup laki n pompuan ni, mungkin couple kot..lebih kurang 5,6 orang gitu. pehh bising sungguh. excited tahap maksimum! kalah grup yang tengah tournament kat belah sana nuu.. masuk longkang jerit, bola ke tepi jerit, bola kena satu pin je jerit.. hok alohh annoying kott!! orang lain tak ada lah excited gitu, even strike berkali2. macam baru 1st time main pulak diorang tu. siap ada sorang pompuan ni, dah baling, buat ala2 tarian tradisional pulak kat pangkal lane tu semata2 nak tengok bola dia kena ke tak pin tu. bila tak kena muka nak frust menonggeng nonggeng, bila kena, melompat macam kera dapat bunga, siap jerit satu boling bergema. ee sumpah menggangu tumpuan aku nak baling bola derr..



tersangat excited, tapi jangan la buat sampai orang menyampah kot. lain lah kalau tournament, aku pun jerit. ehehe. tapi tournament ok, kena bagi semangat kat rakan sepasukan kan. hmm mujur diorang main satu game je, aku pun tak sedar bila diorang abis main, sedar2 orang lain yang replace tempat diorang tu. huh lega.


well, sila jaga adab di tempat awam, mungkin korang tu jenis yang semangat setiakawan ke excited melampau ke hape ke, tapi berhati-hati lah, orang memandang kelakuan kita. nak menyokong pun, berpada-pada lah. ok..


ok bai!


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting