Saturday, October 9, 2010

Kenangan zaman sekolah

Curhat by I E Z S M Y at 10/09/2010 02:51:00 AM
kenapa?entah la..rasanya mungkin dah muak dengan kerja yang gila tahap gaban, kadang2 teringat lagi best kalau dapat sekolah balik. pakai uniform. eh sekarang pun kerja pakai uniform jugak. tak, tak sama dengan uniform sekolah yang kale putih dan biru, warna kesukaan saya. ecehh. haha.

mula2 masuk pra-sekolah.

6 tahun. pakai skirt. pastu cikgu bagi 2 baju tshirt. satu hijau, satu merah. dan kakak saya trus beli riben merah n hijau. nak letak kat rambut saya sebagai aksesori tambahan. =D mula2 daftar, tengok ada budak2 yang nangis nak ikut mak ayah balik. saya?hmm cool bebeh!padahal dalam hati bergelora kot nak balik, sebab tengok strangers surrounding me!!waaa!tapi bila dah lama, dapat kawan baik. haha. masa ni, makan di bagi ikut time. makan pagi around pukul 10 kot, ingat2 lupa dah. kena baca doa dulu ramai2, lepas tu baru makan. then ada masa untuk main2 kat playground depan sekolah. papan gelongsor, jongkang jongket, buaian. main sampai pengsan. =D tengahari abah datang amik. kadang2 cikgu buat rombongan, pegi taman teruntum, makan kat kfc. masa tu tempat2 ni semua baru lagi ok. so agak jakun n excited. haha. yang ingat, masa rombongan gi kem tentera, naik kereta kebal yang beso gabak tu. balik rumah terus cerita kat mak n kakak, "mak tadi adik naik kete kerbau mak!" mak balas, "ha?kete ape?" saya balas, "kete kerbau, best, beso." kakak tanya, "ada apa kat dalam tu?" saya balas, "ada macam2, beso tau!" tak tahu pun apa benda kat dalam tu. haha. dialog seterusnya dah lupa. sekarang baru saya tau, its kereta kebal bukan kerbau. (-_-)

(^_^) masa tu saya tak perasan, due to budak kecik age, bukan tau apa, main sebut je. n mungkin mak kakak gelak dalam hati je kot. =D
sesi pra-sekolah pun nak tamat, masuk hari bergraduasi. masa ni budak pra-sekolah buat pementasan, cerita dongeng, gadis merah n serigala. (little red riding hood).
yang saya tahu general, yang jadi budak merah tu kawan saya, tapi sebabkan dia tak dapat datang masa hari graduasi tu, saya pulak yang kena ganti. so terpaksa carik kasut merah. baju dah ada. no dialog, sebab ada pencerita, so saya just berlakon ikut yang diceritakan oleh pencerita. gitu. success. masa graduasi pakai jubah paras lutut, warna warni n pakai topi keras tu. dengan vangganya saya telah berjaya menamatkan......pra sekolah. =)

masuk era sekolah rendah. hingusan ok. blur aja. masa tu uniform pakai skirt biru gelap. comel. haha perasan.
still ingat, satu hari gunting hilang. bagitau kat mak, so mak datang nak carik budak mana yang ambik gunting saya. kehkehkeh. dan di pulangkan. tak senonoh ambik gunting orang, nak pinjam bagitau. huh. then, masa ni, saya tak reti nak beli makanan sendiri. dari darjah 1 sampai darjah 2 kot. macam takut rasanya. huhu. sebab pra sekolah kan makanan disediakan. bila masuk sekolah rendah, kena beli sendiri. hoh?tak kawan saya tolong belikan. =D sampai satu masa, tak ada orang nak tolong beli, so saya dengan berani pegi kantin, amik kopok n bagi seposen kat makcik tu. waahhh success!lepas tu terus beli sendiri apa2 pun. haha. masatu murah je, kopok keping2 tu seposen satu, air dalam plastik doposen, banyak tu tak habis, then mi goreng nasik lemak tiga posen sepinggan. dah mewah dah tu. hehe.
masa darjah 4, dah start pakai baju kurung.
saya pernah dapat no.1 dalam kelas. vangga ok!haha. dapat hadiah masa hari anugerah sekolah. darjah 6, preparation untuk upsr. masatu, naik bas sekolah sekejap, tapi sebab nak upsr, cikgu buat kelas tambahan, so saya naik basikal. pukul 650 pg dah kuar rumah, dalam gelap2 tu kayuh basikal gi sekolah. balik sekolah tengahari, seronok je rasa, dengan angin sepoi2 bahasa, haha. mesti singgah kedai dulu beli apa2 yang patut, mostly makanan seperti jajan (cekedis) yang doposen sepeket tu. dan beberapa benda mengarut untuk kepuasan diri. balik rumah mak marah sebab bazir duit beli benda bukan2. haha.
pernah masa balik sekolah hujan lebat, basah kuyup sampai rumah, ayah belikan baju hujan, siap hantar kat kelas lagi. oh malu kejap. huhu.
then masa tengah2 kayuh, tiba2 beg sekolah jatuh. letak kat tempat duduk belakang yang besi tu, then beg sekolah dulu kan, beso n berat, tak dapat menampung lalu terjatuh. terpaksa berhenti letak balik.
basikal saya dulu lebih kurang macamni, ada bakul best. tapi kale maroon

mujur tak ada kenderaan lain kat belakang. kalau tak.... =0 kenangan. sekarang dah lama tak naik basikal. terasa nak naik pulak. hihi.
dan tiba masa upsr, ingat tak ingat aja masa tu. result, success! haha =D

zaman sekolah menengah pulak.
Justify Fullmasuk form 1, sesi petang sampai form 2. selenge aja. biasalah, mood sekolah rendah ada lagi. masa ni, muka suci baik je. nak tengok keadaan sekeliling dulu. haha. masa mula2 masuk tu, ada orientasi, oh my, again strangers surrounding me!ada jugak kawan2 dari sekolah rendah dulu. tapi bukan semua yang akan satu kelas. huhu. nak nangis rasanya. tapi lama2 i got new friends. form 2, nakal sikit. sebab junior dah masuk, kira macam senior untuk sesi petang la. haha (gelak jahat)
form 3, dah masuk sesi pagi. sampai form 5. masa ni siap sedia untuk pmr pulak. dah lah subjek sejarah n sains memang tak suka saya. macamana nak pmr nih. ish ish. so saya score pada english n geografi. dah boleh jadi ahli geologi ye. eh ada kena mengena dengan geografi ke?lantak lah. bm b. harus ke bahasa ibunda dapat kurang dari bahasa asing?aaaa no komen. (^_^)
form 4, saya masuk kelas sains. abang kakak suruh masuk sastera. sebab saya ni lebih pada seni (art). tak nak, sebab kawan2 banyak yang masuk sains. masa ni kawan2 lebih penting dari minat. lepas tu, padan muka memang tak boleh ikut subjek2 dia. especially, fizik kimia add math. 3 subjek yang jarang lulus. haha. sejarah?still subjek yang tak suka saya. cukup2 makan aja. =D english?success! bm?still belakang sikit dari english. hihi. subjek lain, bolehlah. hehe. masa ni orang kata, honeymoon year. tahun depan baru struggle tak hengat.
form 5, the last year to conquer all things. masa ni la nak tinggal nama kat sekolah. masuk kelab itu ini, persatuan itu ini. saya?maintain. malas nak lebih2 gila kuasa, nanti dapat nama budak paling gila kuasa. ahhh tak kuasa aku. huh. =p nak prepare untuk spm pulak. awal tahun, honeymoon lagi. dah tengah2 tahun sikit baru struggle dengan buku tebal bertimbun2.
bulan 2 dah start gi tusyen. kertas kerja tok sah cerita ah, kalau di kumpul2 tu boleh dapat 10 pokok beso agaknya.
memang tak cukup masa nak buat kerja sekolah, dengan nak buat nota nya, homework nya, latihan amali lah, eksperimen lah, presentation lah. huh. masa ni terpikir kan best kalau dah kerja. haha. bengong!spm trial. boleh lah. satu subjek tak dapat amik, due to demam teruk. huhu. real spm, dah terasa hangatnya masa dapat nombor giliran. waa kejapnya nak spm dah. dalam kepala macam2 pikir, dah habis spm nak buat ape ha?nak keja ke?nak dok rumah je ke?nak buat itu nak buat ini?etc.
3 bulan berlalu. dok abihkan boreh kat rumah aja. haha =D tiba masa nak amik result. siap counting days lagi. haha. macam nightmare pun ada. huhu. masa ni jumpa balik kawan2 yang 3 bulan tak jumpa. rindu peluk sakan nih. hati berdebar2 dah. tak pernah rasa macam ni. masa nak cucuk bcg dulu tak la sedebar gini. tangan sejuk aja. cepat la umum, cepat la umum. mula2 cikgu bagi pada yang result terbaik dulu. pastu baru kami2 yang kurang terbaik ni gi serbu meja untuk amik result. hmm ok lah. lepas nak sambung belajar. lepas ni, segala borang sambung belajar saya isi. hantar aja, ada rezeki dapat.

alhamdulillah saya dapat sambung dalam kursus Pengurusan dan Teknologi Pejabat. =)

eventhough macam2 terjadi masa sekolah, saya ada kawan2 yang best tahap gaban!especially my 5 rajin's friends. korang sangat best, dah macam siblings. alhamdulillah sampai sekarang masih lagi contact. even sorang2 dah kawin n nak kawin. masih contact each other ok!time fly so fast. dari budak hingusan sampai nak jadi bini orang dah. sayang kamu mek na n mek la. my dearest bucuk. korang dah nak kawin nanti, tinggal saya sorang2. waaa!!

to be continued..

notasajatambah: penat lah taip panjang2. T__T

0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting