Monday, January 17, 2011

Bahasa dulu, bahasa sekarang

Curhat by I E Z S M Y at 1/17/2011 10:38:00 PM
ohh saje nak mengomel pasal bahasa pulak. bukan apa, saya tengok bahasa2 budak remaja sekarang ni macam2. macam kena masuk kelas mengeja semula pulak. peredaran dan perubahan masa dah ubah macam2 benda..

jom kita tengok sikit revolusi bahasa dari dulu hingga sekarang. eceh revolusi la pulak.. poyo. T__T

bahasa zaman istana dulu/zaman hang tuah

sungguh besarlah hajat kami datang bertandang, andai besar si gunung tahan, besar lagi hajat di hati kami. sudilah kiranya kami ingin menyunting bunga yg sedang mekar berseri di jambanga n taman tuan hamba. bagaimana pandangan tuan hamba?

dinda sudikah dinda menjadi pemaisuri kanda?

penuh kiasan. cuba bayangkan kalau saya dan si dia berdialog macam ni...


T___T

bahasa zaman arwah tan sri p ramlee

pakcik, saya ni datang nak meminang anak pakcik untuk bos saya. aaa... tak payah cakap banyak pakcik, terima jelah. pakcik senang, saya pun tak payah nak berulang-alik 3,4 kali ke rumah pakcik. setuju?

straight to the point, tak payah bunga2 kias2 bagai. janji paham. saya suka bahasa zaman ni, tak tau kenapa, tapi penggunaan bahasa baku yang best. dan saya suka filem2 p ramlee. bahasa baku tapi tetap kelakar. (^_^) dalam drama sekarang ada yang guna bahasa baku? confirm kena gelak kaw2 even tu cerita serius. -_-

bahasa sekarang

sebelum perut anak awak nampak membonjol, elok je la kita satukan anak kita cepat-cepat. orang pun tak mengata kalau naik pelamin. nanti kalau dah memboyot, anak awak, dengan awak sekeluarga semua malu. anak saya dah janji nak bertanggungjawab.

lagi la straight to the point! haha =D

bahasa bebudak sekolah sekarang.

awak tgh watpew? sayew rinduw kat awk taww...bilew kitew nak jumpew? arituw sayew ada jmpew baju kat mall taw, santek n comey sgt. bilew awk nk blnjew sayew?

macam bahasa baru pulak. haha. emm nak saya terjemah ke? hehe.

kalau korang rajin jalan2 kat fb, korang akan jumpa bahasa ni kat komen2. atau kalau korang ada adik2 sepupu2 cucu cicit yang tengah sekolah, gi sekodeng fb diorang, mesti jumpa bahasa ni. serius.

kalau bukan budak sekolah yang memang pengguna bahasa ni, saya bukan nak kondem anda, tapi saya kurang suka dengan bahasa macam ni. huhu. dah elok2 bahasa melayu tu senang di faham, perlu ke tambah w kat belakang perkataan tu? ish ish geleng kepala.

Bahasa Istana Dulu
Eh! dinda ni, kalau nak mencemar udara, biarlah kanda tambatkan sang
Dewata kuda kesayangan hamba ini, tak manis kalau didengar dayang istana..
Bahasa Padang Kota, Penang

Chessss .. mangggkok hayon dongga ghopla jigga punya marka, kalau nak
kentut pun biaq la aku tongkat moto dulu, sambai petai kurang asam jawa punya budak.. chessss hang cirit ka..?!


ahak..iklan jap kat atas tu. hehe.

notasajatambah: pernah dengar bahasa F tak? =)


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting