Thursday, March 24, 2011

Nak gelak ke kesian..?? =D

Curhat by I E Z S M Y at 3/24/2011 06:28:00 PM
kejadian ni dah lama terjadi. tahun lepas mungkin. tapi di sebabkan kesengalan n kemamaian aku, sampai sekarang aku dok ingat lagi insiden nih..

pada suatu hari........burung burung berkicauan di sawah...... intro ala2 cite antu kak limah balik rumah sikiiittt.haha =D

ok sudah!

ok, gini citenye. hari tu adalah hari sabtu. hari sabtu adalah hari pasar malam. kebetulan hari tu aku dan si dia keluar, tak ingat gi mana. beli barang mungkin, so petangnya terus ke pasar malam. beselah kalau dah kawan karib dengan makanan macam gini ah. haha. keadaan aku masa tu sangat mamai, dan pening2 sikit. mungkin sebab pagi kerja, balik rumah kejap, mandi salin baju, keluar semula, banyak berjalan, so otak aku jadi agak kurang center sikit. eh ada kena mengena ke? entah.

jadi sesampainya kat pasar malam tu, si dia parking kereta depan surau. situ je yang kosong. aku pun keluar, masa jalan perasan ada kereta SAGA parking berhampiran kereta saga si dia. saja caps lock saga sebab ada kene mengena dengan cite ni. hehe. maknanya aku keluar dari kereta, kena jalan melalui SAGA tu tadi untuk sampai ke pasar malam. paham tak? buat2 jelah. jadi membeli belah la aku kat situ barang 15 minit ke setengah jam. tak boleh lelama, orang ramai, boleh menyumbangkan kepada kepeningan yang agak maksimum.

dah selesai membeli, kami pun nak balik, jalan ke kereta, masa ni memang kepala dah ting tong dah. aku kalau dah ting tong memang main jalan je tak pandang kiri kanan dah. bahaya betul budak nih. si dia dah jalan kat depan, tinggalkan aku kat belakang. how dare u! macam aku bagitau tadi, ada kereta SAGA yang dekat dengan kereta si dia. jalan punya jalan, aku stop kat kereta SAGA tu, sebab aku curious kenapa ada calar kat kereta tu, tadi tak ada pun. aku pun belek la calar tu. masa tu tak perasan kenapa si dia jalan terus ke depan padahal aku dah stop kat kereta dah. sumpah tak perasan kenapa. lepas tu aku panggil si dia...

aku: eh abang apsal ada calar ni? (masa ni si dia kat kereta saga kami yang betul)

si dia: ???????? wei sini lah apa buat kat kereta orang tu?

aku: ha? eh? AAAAA!!!!

terus berlari lari anak ke kereta saga yang betul. si dia dah bantai gelak tak hengat. FINE!

si dia: mamai dah? kereta sendiri dengan orang punya pon tak reti beze ke?

aku: tak perasan lah. tak nampak.

si dia: wei kereta ni punya lah modified dengan spoiler skirt hape semua, kereta tu mana ada modified. tak nampak lagi? ish ish awok ni...

aku: diam tak terkata. sambil memuncungkan mulut macam itik.

FINE! aku silap kereta. mujur kereta SAGA tu tak ada orang, kalau tak kebarangkalian yang aku akan buat adalah...

1. bukak pintu belakang untuk letak makanan yang dah di beli.
2. bukak pintu depan dan terus duduk tanpa toleh kiri kanan sambil betulkan lubang aircond.
3. terus mengunyah makanan.

bayangkan kalau aku buat macam ni, dan masa tu ada orang lain kat tempat driver. mesti dia terlopong tengok aku yang dengan selamba nya masuk kereta dia. dan aku.. ok tak nak bayangkan, nak tergelak. =D please dont try this at home.

tapi nak buat macamana, aku dah mamai memang macam ni, memang mengundang kemaluan orang. eh bukan..mengundang rasa malu orang. dan diri sendiri jugak. sob sob.


ini saga si dia, siap modified jadi sporty.

ini pulak saga standard, tak ada modified, aku kutip kat google. ni lah rupa kereta yang aku silap tu tadi.




well, ada beza tak?





kalau ada, tak pe lah, korang gelak lah puas2. T__T tapi kale sama okeh!!














T________T rasa pathetic gila. sob sob.








ok dah bai!



0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting