Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 23, 2011

Ada apa dengan Facebook...

Curhat by I E Z S M Y at 8/23/2011 08:47:00 AM
.


Facebook (FB) - adalah laman sosial yang penting sekarang. dari budak2 kecik sekolah rendah sampai ke mak ayah kita semua ada fb. kira pada yang tak ada, dia adalah sangat out-to-date atau kau sangat peleekkk dowwhh.. * buat muka annoying.

Thanks to Mark Zuckerberg, people now get their own social life. non-reality social life. so not real life dude! =D

rata2 benda pertama yang diorang bukak bila on laptop/pc adalah FB, aku pun sama. ehee.. tapi tu kalau kat rumah, kalau kat ofis tak ada maknanya, bukak emel je. aku bukan lah penagih FB tak hingat. masih boleh di kawal. yang aku suka bila bukak FB adalah, membaca News Feed atau dalam bahasa melayu nya - pegi google translate sekarang. aku tak tau. ahaha! kat situ aku tengok macam2 ragam orang. antaranya :


1. suka update status setiap masa, setiap waktu, setiap saat. ni mesti BFF dia adalah FB. pehh..

2. setiap apa yang dia buat mesti akan di update kat FB. pegi makan, pegi kelas, pegi kerja, dah sampai ofis, pegi lunch, pegi toilet, pegi shopping bla bla bla.. gila ah. apa FB tu mak dia ke apa..

3. suka post lagu2 pastu dedicate kat centa hati dia.. =p

4. suka update status guna lirik lagu yang jiwang giler.. eee..

5. gaduh ngan bf/gf.. boleh dibaca oleh beratus2 friend fb dia..bese le tewww..

6. upload gambar comel2 lawo2 cantik2 kat fb, orang puji, kembang kempis hidung, pastu bagitau balik orang yang puji tu, dia pun cantik lawo cun comel, oh please just say thank you je lah..!

7. update status untuk bertanyakan atau berkongsi pendapat sahaja. yang ni biasa lah kan..

8. update status guna ayat yang kurang di fahami. iaitu bahasa ewww.. biasanya digunakan oleh budak2 sekolah atau student.. geliewww laaawwhhh..

9. sebulan sekali baru bukak fb. ok bagus sebab dia memang bukan penagih tegar fb.

10. tag gambar2 yang tak ada kena mengena dengan kita.

11. dah masuk contest, pastu gi spam kan dalam inbox suruh kita like gambar dia.. oihh malas haku!

12. terlalu menyayangi bf/gf sampai update status pun pasal sayang, rindu, cinta kat bf/gf dia.. aaa hp ada kan, bagitau kat dalam hp je boleh tak? bukan korang je yang ada bf/gf..

13. update status tapi tak ada orang komen or like. eh kesian pulak dahh.. hihi..

14. status 'nak makan megi kari cup' atau 'bai nak tido dah' tapi yang like sampai 20,30 orang atau lebih. apekaahh?? takpe, die retisss....



tu je kot yang aku perasan.. kalau ada lagi, sila2 la tambah..hehe.


nak dekat raya ni, maka ramai la yang bagi kad raya pulak.. kalau dulu kad raya tampal kat dinding rumah, tapi sekarang dapat kad raya tepek kat dinding fb pulak. teknologi wooo teknologi.... tapi ianya sangat tak nostalgia.. aku rindu nak tampal kad raya sampai penuh dinding rumah, tak cukup dinding, amik dahan pokok, buang daun2, gantung kat situ pulak. meriah wooo!






ok bai!





counting days for raya?? nope.. counting budget for raya.. oohooo pokai!!




0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting