Thursday, August 4, 2011

Frutti Tutti

Curhat by I E Z S M Y at 8/04/2011 11:24:00 PM
.
semalam aku ke Carrefour, sebab si dia nak beli aiskrim Walls Selection perisa baru yang buah2 tu.. aku pun eh nak jugak lah. saja nak rasa. ehee.. nak beli Haagen Dasz tak mampu kan.. tak sampai 500gram tapi harga macam beras 5 kg. gi.le. ada serpihan emas ke dalam tuh? ke berlian? maka Walls Selection je lah yang jadi pilihan. harga pun tak la mencekik sangat. sekadar nak makan sekali sekala kann.. bukan kau makan hari2 poonnnn...


sedappp!! alah semua aiskrim sedap kann..heh

aiskrim yang ada serpihan emas.



si dia bagitau, "kalau makan aiskrim ni kan rasa dia lebih kurang cam Frutti Tutti.." cakap dengan super confident.
aku pun.. "oh yeh? frutti tutti yeh?" tak perasan susunan dia terbalik. dah pung pang pung pang baru perasan kepelikan sebutan nya. "abang, Tutti Frutti lah!" "ahh lantak lah hape pun..!" padahal nak cover malu.. muahaha!


si dia memang pakar dalam menterbalikkan perkataan atau ayat yang dah memang susunan dia macam tu.. contohnya peribahasa, 'buang yang keruh, ambil yang jernih..' tapi versi si dia, 'buang yang jernih, ambil yang keruh..' cakap sambil buat muka confident sesangat. aku pulak lambat pick up, dah 5 minit baru aku sedar peribahasa tu terbalik. haha! bila aku betulkan, "oh yeh? ha tu lah yang abang nak cakap tadi..alahhh.." ahh sudah lahh.. macamtu je lah kalau dah salah tuuu.. huh.


Tutti Frutti okeh!




ok dah bai!












kalau baca siang, jangan tenung aiskrim lelama tau. kang meleleh air liur... eeee!! haha.



mintak maaffff!! hihi.



0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting