Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 2, 2011

aaaaa.....

Curhat by I E Z S M Y at 8/02/2011 09:31:00 PM
.

dah dua hari kita berpuasa, nak masuk hari ketiga dah. 1st day, aku ok. sebab aku cuti, sibuk buat dessert untuk berbuka, tak sedar dah petang..

masuk hari kedua, dah kerja semula. ok.. lemauuuuu sesangat!

ME.NGAN.TUK.. itu lah yang dalam toplist carta hari puasa aku. orang lain mungkin dok pikir, nak gi bazar ramadhan mana yek harini..? nak beli kuih apa yek hari ni..? nak beli air apa yek hari ni..? nak gi terawih ke tak hari ni..? huahua..

tapi aku.. tak sabar nak balik rumah, dan baring rehatkan badan! ok sila sedar sekarang, kau kena bersyukur sebab kerja dalam ofis bawah aircond terlindung dari panas terik hujan tu pun penat ke?? *emo kat diri sendiri. hakhak!

aku tak tau la kenapa Ramadhan kali ni aku jadi lemauuu je.. macam kalau aku jadi otromen kan, lampu dia sentiasa berkelip2, menandakan yang ia perlu di caj semula. merepek jap. ehee.. mungkin habit aku hari2 bawak air masak sebotol, dan bila ngantuk aku minum air, so less sleepy. see air masak bagus ok! bukan minum sebab nak diet. tu fikiran orang yang narrow minded je tu.. serius emo dengan orang macam tu. ok dah.

dalam kepala aku ada macam2 nak update, tapi di sebabkan kelemauan dan kemengantukan aku jadi tak larat nak update. aku kena cergaskan badan aku semula, baru boleh update macam2. ehehe.

tahun ni, aku malas nak gi bazar sangat. baru aku sedar, ia membazir. elehh baru tahun ni nak sedar, tahun2 dulu selamba je tunjuk2 himpit2 ngan orang ramai kat bazar tuu.. tahun ni aku agak kerajinan. aku nak buat sendiri hoyeahh!! masak juadah sendiri lagi puas dari membeli. kau boleh makan sampai muntah! hehe.


dan semalam aku buat Puding Diraja. dessert wajib Sultan Pahang. ni diaaa..



puding ni berkuah



sumber google





LULUS! dah boleh kawin dah.. muahaha! dan si dia suruh buat lagi. okeh!!






ok bai!







nanti nak buat roti jala dengan kari ayam pulak.. (^_^)





6 curhat:

Lina on Wednesday, August 03, 2011 3:18:00 PM said...

larrr ingatkan nak tunjuk gambo puding raja yg real tu hehe but not bad lar...bole diperbaiki lagi hehe

I E Z S M Y on Thursday, August 04, 2011 10:28:00 AM said...

ade..dlm hp, leceh la nk transfer..huhu..
manis kan kuah die..hehe..

Nana on Sunday, August 07, 2011 5:28:00 PM said...

dik, jala emas tu beli katne ea??

I E Z S M Y on Monday, August 08, 2011 12:45:00 AM said...

nak beli tak tau kat mane..tp sy buat sindri tu..leceh gile..telur kuning saje..huhu

Nana on Monday, August 08, 2011 12:57:00 PM said...

bg resepi tu kak akak..kat kuantan ny payah giler nak cari jala mas tuh :(

I E Z S M Y on Monday, August 08, 2011 2:53:00 PM said...

kak, sy dh bg resipi kat emel.. cek yeh.. (^_^)

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting