Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Preparation #2

Curhat by I E Z S M Y at 9/28/2010 08:44:00 PM 0 curhat
a bit checklist for my engagement nanti. yang belum siap, separuh siap, dan dah siap.

1. Baju Tunang: sudah di hantar ke butik untuk tambah beading, hujung bulan 11 baru ambik.
Separuh siap.

2. Cincin. sedang berfikir pattern mana yang berkenan. mungkin minggu depan baru boleh booking.
Belum siap.

3. Hantaran.
> Sirih junjung.
> Kek
> Buah buahan
> Kain Pelekat
> Handmade Capal
semua belum siap! haha =D

4. Alas dulang dan aksesori hantaran. Puan Huda will diy it. aksesori saya akan beli nanti.
Belum siap.

5. Veil. rasanya kena beli. yang simple aja. tapi harus ada beading kilat2. harus!
Belum siap.

6. Menu makan tengahari. hmm menu simple. bisa di atur itu.
SIAP!
sapa nak masak?aaaaaaa.....hmmm.....si tukang masak dari kalangan keluarga kot. hehe. =)

mostly semua belum siap lah.huhu. =/

*SIGH


actually my office will have a big event this weekend. so im a bit tired because of that. not in the mood to think about this engage bla bla bla thing. i hate big event!huh. after this event, feel relief, and will start thinking on this engagement matter. YEAH!! sila sebut yeah dengan perasaan terlalu gembira.

huh!?!?!what the ***?!?!?!?
iklan jap.hehe.

ok dah daaa

notasajatambah: kepenantan+kemengantokan

Monday, September 27, 2010

Preparation #1

Curhat by I E Z S M Y at 9/27/2010 09:07:00 PM 0 curhat
kawan saya ada bertanya, "kau dah buat preparation ke?"

saya jawab, "alah tunggu lah tinggal lagi sebulan tu, baru aku prepare, kelam kabut sikit, baru adventure. hahaha"

so sekarang ada lagi 2 bulan ke tarikh itu. so relaks la beb. banyak masa lagi. hehe. tapi pejam celik pejam celik sekejap je tu. huhu. poyo. =) saya masih lagi blur, i know what to do, but dont know how. nak mulakan yang mana, nak buat macamana, nak beli apa, itu ke ini ke. =0 crazzzyyyy blur right now! tak pa, biarkan part tu.

saya dan si dia sedang survey cincin. jelajah kedai2 emas, tanya itu ini, cuba cincin itu ini. tapi saya belum ada yang berkenan, nak yang jenis besar ke kecik ke, ohhhh baru saya tahu perasaan nak jadi tunangan orang or bride to be macamana. memang confiusing amat! mula2 ke poh kong, nice dah ada yang berkenan satu, then, ke kedai emas lain pulak, hmm ada jugak lah yang berkenan. saya tak mau yang terlalu mahal, sebab tak nak membebankan si dia. then tak apa lah, next month tengok lagi, sebab if nak beli cincin saya harus di tempah. hehe. sebab?
ok explaination: kebanyakan saiz cincin di kedai2 itu dari saiz 11 ke 17 or 18 agaknya. dan saiz saya just 10 aja. ohh apakaahhh!?!!baru tahu, ingatkan 11 dah boleh muat, tapi still longgar lagi, takut buat kerja tiba2 hilang. ha siap la si dia pot pet pot pet. huh. so bila pakai saiz 10, muat cantik aja. cinabeng, keciknya jari aku nih? =0 si dia kata ni bukan jari, tapi lidi. cinabeng lagi. huh. dah explaination habis.
so harus tempah seawal bulan 10, bulan 11 dah boleh amik dah. tapi saya belum ada yang berkenan betul2 lagi. waaaaahhh!!!!

halp me please =/

cukup pasal cincin. hantaran, saya sedang study majalah, google image, blog2 kahwin for hantaran inspiration, diy aja. malas nak tempah2. just campak tepek apa2 yang patut pada hantaran tu, done! tak payah susah2 nak guna sentuhan pakar, kadang2 sentuhan tak pakar n first time ni pun cantik+kreatif+amat cantik lawa. ok angkat bakul sendiri sekejap. =) give me time to study first. ohh barang hantaran pun belum beli lagi. hmmm (-_-)

baju. sudah ada dalam ghobok (almari) tinggal nak hias2 bagi cantik aja. mau hantar ke kedai untuk tambah beading. pun kena hantar awal, untuk mengelakkan terpaksa pakai baju lain masa harinya tu. huh. tak nak lari tema. =0

veil. nak pakai ke tak?nak pakai ke tak?tak mau beli. ada siapa2 nak bagi pinjam or nak tanya kakak2 ada simpan veil masa korang tunang or kawin dulu tak?hehe.

i want a simple engagement day yet memorable. macam yang si dia buat masa propose, still ingat sampai sekarang. love it. (^_^)

ok dah daaaaaa

notasajatambah: mood relaks lagi. kihkih. =)

Wednesday, September 22, 2010

Pasangan Serasi

Curhat by I E Z S M Y at 9/22/2010 11:28:00 PM 0 curhat
okeh..entry kali ni tak ada cerita pasal tunang2 or apa2 preparation..saya tak buat apa2 lagi..cuma sedikit update, sabtu ni hantar baju untuk tambah manik, pikir nak jahit sendiri, tapiiii....ok lupa kan kalau jahit sebijik manik sehari.4 tahun belum tentu siap. =D then, survey cincin. dah tu je..

mari memulakan bebelan. (^_^)

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

sila baca dengan teliti...........KOMBINASI PALING SERASI.............vangga kejap!haha =D huda, we're in the same boat! (^,^)

almost betul apa yang di huraikan. saya yang bersifat ke-anak anak kan @ budak2 @ kanak2 ribena ini memang perlu di ajar. kadang2 keras kepala, kadang2 degil, kadang2 ish budak ni memang nak kena ajar lah. terlebih ajar betul. ish ish. (-_-)
dan saya perlu kurangkan perasaan serius melampau si dia itu dengan bersuka ria bergelak ketawa bersenda gurau supaya si dia lebih banyak ketawa dari ketatkan otot mulut dengan berserius. menyampah okeng tengok muka si dia ketat aja. huhu.


senang kata, kami saling memerlukan, jika si dia marah, saya akan sejukkan si dia. saya tak suka orang marah lama2. hee. =) tapi kalau saya yang marah, huh si dia tak akan pujuk kecuali kalau memang dia yang buat saya marah. itu pun pujuk ala2 nak tak nak aje. so pandai2 la saya sejukkan diri sendiri. hampeh betul. gaduh tu kira normal, mana ada pasangan yang tak bergaduh. eh mungkin ada, sapa tau kan. hmm macamana yek couple tak pernah gaduh, mesti romantik bahagia betul agaknya kot. hihi. so kalau nak bahagia, bergaduh lah. kerana dari situ anda boleh tahu kelemahan or kelebihan masing2. atau....perangai pelik pasangan anda. haha. tapi jangan la gaduh setiap saat, tu dah kronik tu. confirm tak sesuai jadi couple. say babai je lah.


ohh..cat addict sekejap. comel tengok diorang gaduh. hahaha. =D

saya bukan nak membandingkan dengan pasangan lain, mungkin ada yang lagi bahagia dari kami, cuma sila terima pasangan anda seadanya. kalau si dia terkurang sesuatu yang itu, mungkin dia lebih sesuatu yang ini. tak ada seorang yang sempurna melainkan ALLAH swt. ingat ok. kalau pasangan anda itu tak cantik/hensem, tapi hati baik, pilih la yang berhati baik. itu lebih bagus.

just like us (^_^)

ok dah.daaaa

notasajatambah: i love the way he is. =)

Monday, September 20, 2010

My friends getting married!!!

Curhat by I E Z S M Y at 9/20/2010 11:02:00 PM 0 curhat
my 3 good friends from 5 rajin are getting married this coming october and november...

sorang awal oktober, then hujung oktober then awal november..pandai yek korang amik tarikh dekat2...maknanya saya kena pakej beli hadiah yang sama lah..haha..ok tak korang?tak boleh mahal2, nanti kopak kering berdebu dompet aku nanti...kahkah =D

ekinzairi
- 2 oktober
diladaniel - 30 oktober
aina - alamak makcik aku lupa la tarikh kau!!hahaha =D

sila bagi kad masing2 kerana saya tak akan datang kalau tak ada kad..ugut sikit..haha =D

ok dah..entry pendek je kali ni..tak tau nak merepek apa..=/

daaaaa!

notasajatambah: turn saya?lambat lagi..hihi =)

Sunday, September 19, 2010

Tiba-tiba tukar plan

Curhat by I E Z S M Y at 9/19/2010 01:47:00 AM 2 curhat
lepas 4 hari si dia melamar saya, dan kami sah menjadi tunangan dalam Islam, tiba2 kami tukar plan nak buat majlis merisik n bertunang. pulak.

Jumaat, 17092010

ikut plan asal, kami tak mau buat majlis tu, fyi that ring is belong to his mother, dan kami dah rancang nak buat majlis tunang n nikah hari yang sama, that means, sebelum nikah mak si dia akan tanggal kan cincin yang saya pakai sekarang to replace yang baru for tunang. and after that nikah. tapi mungkin sebab saya yang gedik cakap ni..

abang, ingat nak suruh jumpa mak abah bagitau yang abang dah bagi cincin tanda ni, kalau saya yang bagitau takut diorang tak percaya pulak.

hmm..alamak yang tu tak ada keberanian lagi nak cakap kat abah awak macam tu.

kalau macam tu tak apa lah. nanti saya cakap la kat diorang tu. kecewa =*

lepas tu, si dia balik rumah untuk solat jumaat. balik dari solat, masuk ofis, si dia bagitau..

tadi dah bincang dengan mak, mungkin hujung bulan ni family abang masuk meminang.

ha?kata tak nak buat majlis.

ye lah, yang kita buat tu cara kita, ikut islam memang sah, tapi ni antara family, then boleh tetapkan hantaran semua.

terkejut+tergamam+termenung sekejap.

so malam ni abang bincang dengan ayah, awak bagitau mak abah awak.

hmm baik lah.

then masa balik, kami bincang tentang tarikh. finally si dia nak 18.12.2010, huh hari jadi dia, ngada betul. tapi saya nak 05.11.2010, tarikh ulangtahun kami. kihkih. ok tergantung di situ. belum tentu tarikh mana lagi. tunggu perbincangan antara mak n ayah kami dulu.

malamnya, si dia telefon, pihak dia dah ok. tunggu saya aja yang belum bagitau lagi. sabar ye. hihi. saya tanya, cincin ni macamana? si dia kata bagi esok. tapi cincin ni dah pudar. ye lah cincin turun temurun kot, dah lama simpan, so kale nye jadi pudar. so si dia kata, oh yeke?hmm tengok lah mungkin beli yang baru nanti.

ok jadinya, saya dah tak dapat pakai cincin vintage tu lagi, dapat pakai 3 hari je T__T . then tak ada majlis tunang masa hari nikah nanti. cehh..yang dah di plan lama dulu jadi lain pulak..hmm tak apa lah, at least si dia ada rasa nak kawin bila dah bertunang ni. bukan lagi boleh berpoya2 hu ha sana sini. kita dah kena buat preparation dari sekarang dah tau sayanggg??bagus. ok dah.

sabtu, 18092010

saya bagitau mak, fyi apa2 mesti saya bagitau mak dulu, then mak akan jadi orang tengah bagitau kat abah. hehe. Alhamdulillah, mak tak terkejut, siap bagitau pihak lelaki kena bawak apa, then pihak saya kena balas apa. lega sudah. hihi =) so si dia 3 bekas, saya 5 bekas. ish apsal perempuan kena bagi lelaki banyak eh?padahal barang perempuan yang lagi banyak dari lelaki. hmm lantak lah.

then saya terus mesej si dia, bagitau itu semua. dan saya tanya bila nak buat, si dia tetap dgn tarikh itu, 18.12.2010. huh ngada!! baik lah. (-,-) mesej sepupu sayang2 saya, huda, bagitau tarikh itu yang dia harus cuti dan tolong+support saya, dan dia rela hati nak diy alas dulang hantaran. i lap u so muchos!!!

tiba2 tema jadi pink pulak. bak kata huda, awak kan power ranger biru tiba2 tukar pink pulak?haha. ok baju dah ada, pakai aja, saya malas nak buat baju lain. so terpaksa pakai pink for that day. huhu. lagi lagi....oh ya, hujung bulan memburu cincin dan barang hantaran si dia. ok cukup ye kali ni. dah panjang dah membebel.

daaaaa!!!

notasajatambah: still feel dreaming =D

Thursday, September 16, 2010

He Propose Her

Curhat by I E Z S M Y at 9/16/2010 04:56:00 PM 0 curhat
this entry was continued from this one.

when we still at the highland, and get ready to go back home, i was still want to camwhore-ing, taking a picture of this and that, until he make a sour face then ask me to get into the car. yes ok fine. but still capture a picture of the Waxhand that we made. hihi. stubborn!

and suddenly he put the red box on the top of the waxhand. ha? apa ni?

bukak lah tengok. he said. ok kejap ye, nak ambik gambar tangan ni dulu. =D

ok enough. then i take the box and opened it. ha? cincin? untuk apa? i was soooooo blur that moment until i cannot think. i know its a ring but for what? =0

he take the box from my hand, take out the ring, and said...

sudikah awak jadi isteri saya..dunia akhirat..?

i was speechless+blur+shocked+feel want to cry+am i dreaming+please slap me now!!!!

sudi.mahu. i said. blushing. then he put on the ring on my finger. done.


i already become his fiance based on the Islam way. Alhamdulillah. i'm smile, smile, smile. so crazy happy!! =D

and he keep on holding my hand on the way back. Terima kasih abang. i love you so much! (^,^)

suddenly i remember when he asked me the ring size..ohhh that's why.. =)

notasajatambah: am i still dreaming???

Hukum Bertunang dalam Islam & Tanpa Ibu Bapa

Curhat by I E Z S M Y at 9/16/2010 04:51:00 PM 0 curhat
please tengok video ni dulu ok. hukum bertunang dalam Islam n tanpa ibubapa.

Wednesday, September 15, 2010

GentingHighland!!!

Curhat by I E Z S M Y at 9/15/2010 09:58:00 PM 0 curhat


tepat 9:00 am, ok lebih sikit dalam 2,3 minit, kami bertolak ke Genting..duit tol saya bayar, tapi perbelanjaan di genting si dia bayar..ok tak?haha. highway lengang, mungkin still ada yang bercuti lagi or belum mula perjalanan balik bandar. tapi polis bersepah2. ada je kat mana2, so please be careful with your speed, kang tak pasal2 sampai surat chenta pulak. =D

around 1130 am, dah mula mendaki ke atas, mula2 decide nak naik cable car, tapi bila pikirkan masa, takut kat cable car tu kena queue panjang so cancel. naik terus guna kereta. ohh my jalannya sangat adventure. pada saya la yg first time pegi nih. hihi. perut terus bergelora rasa nak muntah, diam je duduk kat sebelah tak kata apa, kepala pun jap2 pening..uuhuhu tak mau pegi dah. T__T

kami sampai dalam pukul 12, pusing2 carik parking dulu, dah jumpa, terus ke kaunter tiket, myr88 for 2 person outdoor. hmm ok lah kot. dah masuk, tengok game, alamak kenapa semua pusing2?? T__T perut tengah bergelora lagi nih..tak apa kasi warm up main yang simple dulu..sambil2 tu ber-camwhore. hehe.


orang yang berkeliaran tak pack sangat, tapi yang queue dekat game tu sangat pack. so, kami skip Corkskrew, Cyclone, Flying Coaster and Space Shot. sebab...queue yang kami harus tunggu berjam2. macam a bit rushing sebab pegi sehari je, tak banyak dapat main plus dalam pukul 2 tu hujan, so game tergendala sementara tunggu hujan berhenti. tengok memang dah membazir masa di situ. so kami just dapat main yang simple2 and tak ramai orang. ok lah tu. next time kami datang lagi mungkin bermalam. boleh explore indoor n outdoor sampai pengsan!hahaha =D

masa kami berjalan nak ke Flying Coaster, terhenti kat satu kiosk buat Waxhand. yup orang tu senang je nak tarik customer, nampak je yang couple terus di panggil. kami la tu. si dia pun tak banyak tanya terus pergi, orang tu pulak terus amik tangan kami, ha macam ni di panggil forever! dan terus celup masuk air sejuk selang seli dengan cairan lilin panas. nak melecur rasa tangan ku..huhu. masa tengah celup tu kami tanya berapa ringgit bla bla semua. dah selesai celup2, orang tu pun kata, lagi 1jam datang ambik ok. baik lah.

its blue waxhand =)
i love it so muchos!!!

beli coklat dari Beryl's. coklat perisa beribiru. biru lagi..hihi

kami keluar dari theme park lebih kurang pukul 5, sempat ber- camwhore kejap. hehe. masuk kereta and..............

something memorable moment happen to me....... *__*

nah saya bagi teaser dulu


to be continue another entry. ok dah daaaa!

notasajatambah: save the date 15092010 =)

Tuesday, September 14, 2010

15092010 ~ journey to the Highland

Curhat by I E Z S M Y at 9/14/2010 01:28:00 PM 0 curhat
esok saya akan ke Genting Highland dengan si dia, sebab raya, so cuti agak lama, so amik keputusan untuk manfaatkan cuti agak lama ni ke Genting. (^_^) fyi, saya tak pernah ke sana, ini adalah first time. ye saya tahu, dah 23 tahun duduk pahang tapi tak pernah jejak kaki ke sana lagi. T__T tapi tak apa, esok dah..tak sabar pulak.. =)

si dia pesan, esok pukul 9pg tau. jangan lambat.

ye, baik lah..

ok dah daaaaaa.

notasajatambah: rumah dah sunyi T__T

Monday, September 13, 2010

Tentang Raya Lagi

Curhat by I E Z S M Y at 9/13/2010 11:22:00 PM 0 curhat
tak habis lagi ye..hari tu baru cerita raya pertama aje..sila baca dengan tekun ye. =)

Raya Kedua

nothing happen, bangun lambat sikit je. hehe. tak senonoh ini perempuan. si dia hantar mesej, "mak suruh datang rumah makan laksa" ceh..perkataan 'suruh' tu memang tak boleh elak dah. kena datang jugak. ish ish. mak si dia tau saya suka laksa. wah so touching!!ok cukup. sambung lagi.. maka bersiap lah saya. simple2 aja, pakai baju kurung putih..ayu gitu. kih kih. =) mak suruh bawak buah tangan sikit, alah bagi kuih2 raya aja. kalau tak bising pulak pegi rumah orang berlenggang bawak badan n perut kosong je. lama jugak kat rumah si dia, sampai 5 lebih baru la nak balik. hihi ; )

sampai rumah, kakak ku dah sampai dari temerloh, oh ya dia balik beraya kampung suami dia, so dah sampai la anak2 sedara yang tinggi galah tu. tapi saya ternampak bekas ni atas tangga, cantik la pulak... =0

ala2, handbag vintage gitu. kalau perasan dalam cerita2 P.Ramlee, si heroin mesti pakai kebaya, then bawak handbag kecik keras macam kotak. jalan terkedek2 sebab kain ketat. ok lebih kurang la macam kotak atas tu, cuma yang ni besar sikit. ok dah. belek2 rupanya ada ini....

CAKKK!!! saya la burung yang comel gebu!! comel tak comel tak??

haip!shadap u bird!

HUH NAH AMIK NIH! MERAJOKKKK!!!

huh AAK. =p ha itu la yang ada dalam handbag ni..mesti abang ipar punya keja, entah mana di beli burung ni. ada tempat tinggal dan open air punya tempat dia bertenggek, supaya dia boleh tengok keadaan persekitaran dan membasuh mata meng-usha burung2 betina yang lain. eh burung ni jantan ke?hihi. tak tanya pulak, apa jenis burung ni pun tak tanya.lantak lah, janji saya kenal itu burung bukan kucing. kihkih.

malam, pergi beraya ke rumah regular guest. rujuk entry raya pertama. makan sate kat sana. borak2, pukul 9 lebih balik dah. ya, sempat gaduh sikit dengan long time no see cousin aka cikgu pasal duit raya. hehe. dah mintak maaf pun gaduh lagi. huh. =p

sampai rumah, mandi. tengah sidai baju, tiba2 ada ni......

aktiviti unggun api mini

budak2 ni kalau dapat main benda yang di larang dek orang tua tu suka lah. orang bagi api, suruh main bunga api, gi belasah pulak main bakar2 daun kering. nasib baik api tu terpadam sendiri. ha padan muka. terus naik rumah.

Raya Ketiga

sama nothing happen. ok jujur ye, bangun..lambat..sikit..hihi..hmm hari ni tak ada apa sangat, hadap laptop surf internet aja. oh ye, setelah 3 hari beraya yang tak berapa sangat ni, saya dapat kumpul 3 sampul yang berisi duit. hihi. =) hey dah besar, orang still bagi duit raya ok. cuma kuantiti yang sikit, tak macam masa kecik2 dulu. alhamdulillah. =)

sampul biru: si dia=1 not merah (ok la tu, nafkah zahir haha)
sampul hijau belakang: abang= 2 not merah+1 not hijau
(abang saya mesti lupa saya ni dah kerja kihkihkih)

sampul hijau depan: cousin aka cikgu=2 not hijau (status macam terpaksa bagi, ok kena mintak maaf balik nih huhu)

terima kasih daun keladi
tahun depan bagi lah lagi!!

hahaha =D

Additional

location: taman gelora, kuantan
photographer: si dia
credit camera: panasonic lumix

oh sempat ber-camwhore masa petang raya pertama..hehe. saja nak bergambar dengan baju raya. bukan selalu kan. gambar banyak sangat, cukup lah 4 tu je kat sini, tak boleh banyak2 okeng!

ok dah daaaaa

notasajatambah: budak2 tinggi galah tu dah balik johor. tak seronok dah. huhu

Sunday, September 12, 2010

Si dia tanya saiz cincin??

Curhat by I E Z S M Y at 9/12/2010 03:36:00 PM 0 curhat
hari ni saya bermalas malasan atas katil..biasalah hari cuti kan, nak bangun lambat sikit.ihikhik. tiba2 kawan kolej saya datang rumah..Ya Allah! dah serabai nih..sabau je lah. ok layan aja..borak2 gosip2..yup tu mesti, tak wajib, tapi akan terkeluar sendiri dari mulut tanpa di paksa. dan telinga yang mendengar pun suka je. =D borak punya borak, ok kitorang nak balik dah. petang ni nak kuar, nak ikut? ok jugak, sila mesej 1 jam awal ye..hehe. sindrom bersiap lambat. normal ok bagi perempuan..lalalaaa...

then si dia mesej, dah sampai gemas. oh lupa, si dia pergi gemas hari ni, dengan maknya pergi rumah sedara kot..

ohh dah banyak melalut. pasal tajuk entry, macam ni ceritanya. sedang2 saya bermesej dengan si dia, tiba2 si dia tanya...

si dia: saiz cincin sayang 13 kan?
saya: (atas kepala dah banyak tanda soal, dalam hati cakap apsal tiba2 tanya pasal cincin2 nih, ok saya reply..) ikut jenis cincin lah, kadang2 13 tu longgar.nape?
si dia: oh ok..tak ada apa saja tanya.
saya: (mode tak puas hati) apsal tiba2 tanya pasal cincin ni?macam pelek je.
si dia: tak de lah, senang nanti abang nak carik cincin dah tau saiz.
saya: ohhh...tapi kadang2 saiz 11 pun muat jugak.
si dia: tu jari ke lidi?
saya: (cinabeng lidi dia kata huhu) tengah2.heh. antara 11,12,13. kalau nak tau abang ukur jari kelingking abang, tapi paras tulang tengah tu je.paham kan?
si dia: ohhhh ok paham..ok lah, abang nak lelapkan mata jap..

ok..tapi dalam kepala still tak puas hati kenapa tiba2 tanya saiz cincin..hmmm.....tiba2 teringat pasal ni, orang dulu2 kan kawin mak ayah yang tentukan. so nak beli cincin diorang akan ukur kat jari kelingking si lelaki tu, sebab saiz jari kelingking si lelaki lebih kurang sama dengan saiz jari manis si perempuan. so kalau nak beli cincin tanpa si perempuan, macam tu la diorang nak agak. tapi sekarang, nak beli cincin dah kena bawak si perempuan, bukan sebab ngam kat jari ke tak, tapi sebab berkenan ke tak.. ye lah perempuan kan cerewet, nak mata diamond la, nak bentuk macam ni lah, kale macamtu lah, batu zamrud lah sapphire lah..besar gedabak nak bagi orang silau dari jauh. =D macam2.

perasan tak saya mintak si dia ukur cincin kat jari kelingking tapi paras tulang tengah tu je. haha. sebab, jari si dia tu debab2, cincin yang saya pakai sekarang kalau di ukur, sampai paras situ je. tak boleh nak sampai bawah. hihi..

sekarang, biar si dia yang mulakan dulu, saya tunggu aja.. macam princess tunggu ciuman prince charming tu..hihi..ok dah mula berfantasi pulak dia nih.cukup2..

ok dah..daaaa

notasajatambah: nothingtoadd =)

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Pertama

Curhat by I E Z S M Y at 9/10/2010 08:11:00 PM 0 curhat
hari raya pertama, langit mendung, gelap aje, hujan turun tak henti2..hujan renyai2 aja. tak lebat..tak halang orang nak datang beraya pun..juadah2 raya adalah seperti berikut..

ini..kuah lodeh..wajib ada setiap hari raya..biasanya tak sampai sehari dah habis di pulun oleh perut2 yang kelaparan =D

rendang..mesti ada jugak..pada yang tak biasa makan lodeh, ada pilihan kedua. =)

ketupat..tak, kami hanya gunakan ketupat segera. tak cukup kaki2 dan tangan2 untuk anyam ketupat seperti di atas tu..gambar ihsan dari encik google..hihi =)

ketupat daun palas @ ketupat pulut @ ketupat susah nak bukak (sebab bersimpul2) =D

last but not least..

tapaaaaiiii...ni pun mesti ada jugak..sebab permintaan ramai dari tekak2 yang mengidamkan nya..hihi

bapa saudara yang pertama datang, sebab dia nak balik kampung lepas tu..so jamu diorang dulu..lepas tu, datang pulak sedara yang memang tiap2 tahun pagi raya akan datang..kira macam regular guest lah..haha =D ish..tak sempat basuh pinggan diorang dah sampai..cisss kek betul. mula lah kelam kabut nak mengemas..sabau je lah..

dapat snap gambar masa balik aja..sebab saya sibuk di dapur. biasalah anak dara kan. kihkih. 4 buah kereta datang tu perkara biasa, ikutkan lebih lagi. nasib baik ada 1 family tak datang sebab beraya rumah mentua dia. tapi ni pun, habis kecut kering tapak tangan dok basuh pinggan mangkuk cawan semua. T__T

last person datang beraya adalah si dia..hehe..nak jugak kan. harus lah. bakal suami tu. kena bermesra2 dengan bapak mentua tu ha. kang tak dapat kawin dengan anak dara dia pulak. haha.

lepas si dia balik, dah tak ada orang datang dah..nasib baik..boleh la berehat2, kasi pejam sikit ini mata. -_-

akan bersambung........

hari ni tak ada notasajatambah =p


Thursday, September 9, 2010

Belog saya pakai baju baru

Curhat by I E Z S M Y at 9/09/2010 03:24:00 PM 0 curhat
tengok, belog saya dulu yang beraya, dah tukar baju baru..ceh..lawan tokey nampak. haha =D tuan dia baru nak beraya esok.

still in boring mood. tau la kan, kat ofis orang dah makin kurang, ada yang ambik cuti half day, so petang2 gini sunyi aje. ah lantak lah. tadi lunch si dia ajak kuar, nak pegi public bank hantar report ni, nak ikut tak? saya terus bangun ikut si dia, tanpa kata apa2. kihkih. dah hantar, si dia kata, nak beli cdr lah, nak download lagu, burn kat cd. ok kami pegi ke 0101 pc centre. nampak laptop skin myr15, blh tahan cun, ok grab 2, saya satu si dia satu, tapi budak cina tu bagi murah myr13. xiexie!

sampai ofis, along call suruh beli tisu, susu pekat, teh..adoii malasnya. dah la kat rumah tak berkemas lagi, meja tak bersihkan, baju kusyen tak pakaikan lagi..ish.ish. kadang2 rasa annoying pulak esok nak raya hari ni still berkejar kena beli barang2 lagi. malam ni confirm tidur lambat nak kemas tu semua. esok bangun pagi pulak. ok bawak bersabar ye. puase tak habis lagi ni. dush!dush!

notasajatambah: dah boleh komen komen! =)

Hari hari terakhir di ofis

Curhat by I E Z S M Y at 9/09/2010 12:05:00 PM 0 curhat
tajuk konon macam nak benti keje je...haha. ok last day sebelum cuti raya..jelas?bagus.

hari ni, ofis sunyi, sebab dah ramai yang cuti, dah selamat sampai kampung, tengah on the way, tengah kemas2 baju bla bla bla..tapi saya?still lagi tercongok kat ofis, dengan mata dah style kuyu macam garfield ni, tapi maintain comel gebu ok. cuma bukan kale oren je. haha =D tapi dapat berpoya poya, bawak laptop..ha amik kau, aku tak sentuh langsung kerja ofis ok..tengah sedap layan jalan2 cari makan ni. kah kah kah. =D

meeee yooowww

semalam dah salam2 mintak maaf dengan orang2 ofis, yang mana dah start cuti hari ni..ha ye2 saya maafkan..kot..lepas raya gaduh lagi..huh ayat nak raya gitu lah. konon maafkan semua segala salah ujung rambut ke ujung jari kaki, halalkan makan minum, lepas raya terus lupa dah. manusia, macam tu lah kan..dah habit tu. betul tak?angguk je ok..bagus.

semalam juga, kakak saya dari johor sampai ke rumah, dapat assistant untuk buat kuih..hihi =)
malam, buat kuih tart nenas..dah lama dah di tangguh2 tu, akhirnya semalam buat jugak..akhirnya!! disebabkan tat adalah kuih kesukaan anak2 sedara saya, so i force them to tolong jugak..korang tak tolong jangan makan tat nih! ok garang tak?kihkih. dapat la satu adunan aja. itupun dah sakit2 pinggang dah. sori tak ada gambar, tangan berminyak ye uli adunan tu. nanti pagi raya saya snap kuih2 dari air tangan saya ye..ececeh..poyo.


notasajatambah: esok rayeeeee yawww!!!!!!


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Curhat by I E Z S M Y at 9/08/2010 11:49:00 AM 0 curhat
this simple wishes ni i baru buat tadi...dah ada gambar, so edit2 tambah text n buat sikit old version. nice. hehe puji diri sendiri pulak..

iezsmy adalah saya...aliffarhan adalah si dia. ok tamat sesi pengenalan.

i dah tag kawan2 dalam facebuk, ok dah dapat sorang satu kan..ok bagus..sila wish saya =D mana yang tak dapat tu sori, bukan tak nak tag, tapi tau kan limit just 50 aje..so dah cukup dah..facebuk tu marah saya nak tag banyak2 lagi..haha


notasajatambah: mud raya macam ada tak ada je....=/



Sunday, September 5, 2010

It's been cancelled

Curhat by I E Z S M Y at 9/05/2010 06:09:00 PM 0 curhat
please refer to the entry below...about break fasting buffet at Legend Resort Cherating with old friend..

it has been cancelled...by who?by him..!!dan saya sangat geram tak suka benci benci benci!!you know right dalam entry kat bawah ni saya tersangat excited membilang hari nak tunggu ahad for this buffet, (sebab saya nak makan banyak2 n macam2, hikhik) tapi tiba2 sidia mesej saya tengahari kata tak jadi..dan konon nak sedapkan hati si dia ajak saya berbuka dengan family dia sebab buat bbq..huh tak nak aku. orang dah tak ada mood dah..lepas tu dia pancing lagi nak berbuka kat luar..kat manaaa cik abang oiii???huh..taktik nak pujuk tak jadi ok....sudah...lantak lah...

moral of the story is, jangan terlalu excited..macam ni jadinya..ive been experienced this thing for several times, too excited planning to go there go here, calculate the budget to spend bla bla bla...at last we need to cancel it..due to something that we cannot avoid..well this things happens 3,4 years ago..when we're to young, about 19,20 years old, warm blood(darah panas) teenager, bored meeting at same place, i mean dating hihi. and decided to go other place out from kuantan..but it never happen..T__T

but now, im over 21, and people say when we're already 21, its a freedom age, (orang kata ok) but still under the parents responsibility if you're not married yet. but luckily im fine, my parents even they are not sporting, but i can travel outside from kuantan..with him..alone..asalkan bukan pegi vacation then u need to sleep there..thats illegal ok..confirm kena soal siasat dalam bilik gelap dengan lampu bulat atas kepala..ohhh..freedom age is not a ticket for you to go anywhere and make everything u want, u still have ur parents, and they always think about u when u're not with them.....(^_^)

notasajatambah: tak dapat makan kat legend resort......T__T

Friday, September 3, 2010

The Legend Resort, Cherating

Curhat by I E Z S M Y at 9/03/2010 10:37:00 PM 0 curhat



credit to google image

MARI BERCUTI YAWWW..!!!!

ok tiba2 bulan puasa ajak gi bercuti pulak..apa ke hal yop?haha

entry kali ni tentang the famous beach atKuantan, Pahang...CHERATING..dan di sana terdapat satu resort yang di panggil The Legend Resort Cherating..tekan sini untuk lebih info..kenapa tiba2 post tentang resort ni?sebab.........

suka hati aku lahhh!!=D huh boleh ke macam tu..

ok dah cukup meroyan!please fokus pada entry anda please.....

ok haritu, oh dah lama dah ni, agak2 awal tahun hari tu, saya terjumpa kawan baik lama dari sekolah rendah..rindu..T__T dulu kami memang sangat baikbaik, siap tidur rumah dia, pegi rumah dia main pondok2, mak2, bapak2, kawin2 haha..sekolah rendah ok..masatu darjah 6, sangat hingusan dan era mainan patung kertas masih wujud lagi..ingat mainan patung kertas tak, yang ada macam2 baju cantik boleh tukar2 tu?kalau yang lahir area tahun 80an tu mesti pernah main patung ni..ok nanti saya buat satu entry pasal mainan ni..kite sambung semula =)

bila terjumpa of course macam terkujat, oh!nasib tak jerit, jumpa kat shopping mall kot..huhu..saya panggil dia mizah, borak2 dan dia kata tengah kerja kat resort ni..saya pun ok..tak banyak tanya..terus pergi..beberapa bulan lepas, tengah jalan2 kat fb, terjumpa mizah punya, terus add..dan baru2 ni, dia ada offer berbuka di legend resort..mungkin special price..huhu..harga buffet is about myr49 something..ok la kot, tak mahal sangat n the menu is different for everyday..hmm not bad to try..it ends on this monday, so we decided to go this sunday..harap2 dapat special sikit for last day..haha..=D

nanti saya update gambar makanan ok..heeee...suka makan!tapi harap2 makanan sedap..(^_^)


notasajatambah: rasa macam tak sabar pulak....




 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting