Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Dila dah jadi Puan Dilla T__T

Curhat by I E Z S M Y at 10/31/2010 01:07:00 PM 0 curhat

sedeh. sebab sorang bestie dah jadi bini orang. wuwuwuuu.. minggu depan sorang lagi jadi bini orang jugak. jom nangis ramai2. ok poyo. dah jangan nak merepek.

Congratulations to you both. Dila, awak sangat cantik hari itu. and sorry sangat sangat saya tak dapat sekali masa nikah. still rasa bersalah sampai sekarang. dush dush! +_+

please ignore itu serombong kamera ye. ^_^

saya sayang kamu ok! Love you so muchos!

notasajatambah: T__T

Thursday, October 28, 2010

Preparation tak ada nombor

Curhat by I E Z S M Y at 10/28/2010 01:01:00 AM 0 curhat
huh. tak larat lah nak update hari ni. sebab tu tak ada nombor, ni bukan kategori preparation, tapi ngomelan dari perempuan yang keliru. barang hantaran asik berubah aje. mak kata lain, akak kata lain. mana satu la aku nak ikut ni? sigh T__T


ok please stick to your heart ye perempuan keliru. beli aja. bila dah beli, mereka tak boleh kata apa dah. paling teruk membebel aja. ok. setel. dah beli dah mak, tak boleh buat apa dah. gubah aja hantaran tu. hihi. =) pot pet pot pet, mak membebel lagi. lama2 senyap lah. haha. ok cukup merapik.

tadi pegi tonton wayang, cerita cuti cuti cinta, not bad. komedi ringan yang memang ringan. ada sengal ada kelakar, ada comel, si nora danish kesayangan si dia tu lah, ada handsome, harus lah farid kamil kesayangan saya. ok tiba2. dan ada jugak yang jelek. poyo. entah apa2. tapi, seronok, release stress seharian bekerja. it's my private time for me and him. hihi.

ok daaaaa!!

notasajatambah: +_+


Monday, October 25, 2010

Preparation #6

Curhat by I E Z S M Y at 10/25/2010 12:46:00 AM 0 curhat
update lagi. hehe. hari ni saya rajin sikit nak menaip. sebab tak keluar ke mana, jadi nya menatap my crazy lappy je lah hari ni. and munching, munching.... =)

mari makan megi sambil menaip. hihi. tengah2 malam makan lagi. ish ish ish. eh cukup.

ok tadi malam dalam jam 8 lebih, kakak saya telepon, nak cakap dengan mak, tapi mak tak balik lagi dari kl, selasa baru balik. ceh lama betul dok sana. so dah confirm beberapa benda dengan dia.

1. makan tengahari ~ masak sendiri. no catering. expensive.
2. gift untuk tetamu ~ cupcakes. dah tanya, 3 hari sebelum boleh tempah lagi. beres. ha sapa nak cupcake datang la majlis saya. heee =)
3. canopi ~ harus ada. kakak suruh tanya abah. ok nanti di tanya.
4. barang hantaran ~ dah confirm, tak ada ubah2 lagi. fuhh lega.

lagi, lagi. tu aja buat masa ni. dah. nak sambung makan megi. daaaaa

notasajatambah:mak balik selasa. eee lama nya!

Sunday, October 24, 2010

Saya Blogger Baru

Curhat by I E Z S M Y at 10/24/2010 04:39:00 PM 0 curhat
found this thing in someone's blog. interesting. just because im new blogger, not really have many followers, so terpanggil untuk buat ini. nak ramai kan kawan2. =)

link kat entry ini. Ben Ashaari.com terima kasih encik ben for this opportunity.

belog ini adalah tentang catatan peribadi saya, apa yang saya sedang lakukan, apa yang saya suka tak suka bla bla... dan saya tidak akan menyentuh apa2 isu sensitif. saya tak nak kena tangkap dan belog ini akan di blok. huhu. T__T

kepada yang dah ikut saya, terima kasih. kepada yang akan ikut, ikut lah. dan saya akan ikut anda balik. *blushing =)

Saturday, October 23, 2010

preparation #5

Curhat by I E Z S M Y at 10/23/2010 11:17:00 PM 0 curhat
update!update!

semalam kakak saya suruh telefon, saya dah bagitau tentang hal pertunangan ni pada dia kelmarin.

dia tanya, bila bertunang?
18.12.
hantaran berapa?
7-5.
apa nak bagi?
sirih, kek, bla bla kasut...
ha?kasut?tu nanti nak kawin baru bagi.

laa aku dah kira bajet dah. huh, berubah lagi. *cakap dalam hati.

saya balas, dah tu nak bagi apa?
letak la benda lain, ha bunga rampai, tu kena letak tu.
oh yeke?takpe2, letak potpori je la eh, mak kata bunga kering ada lagi, beli bekas n perfume je. ha ok lah tu, beli bekas lawa2 sikit. ha ye lah. *dalam hati lagi. =D
nak buat kale ape?
biru. tetap dalam hati. baju pink, hantaran biru. ok tak color scheme tu?haha!
tempat alas dulang tu ada tak?
mendape?alas huda dah buat kale putih.
bukan, yang keras tu.
oh polistrene, alah boleh beli je. yang dah siap kerat2 tu.
berapa ringgit tu. murah ke?
entah, kena tengok la nanti. murah kot.
tak pe, akak boleh tolong buat kan, dah biasa buat kat orang2 kawin sini.

ehem iklan jap, kakak saya boleh menggubah hantaran, so dah biasa lah tolong orang2 kawin punya hantaran. tapi dia duduk kat johor. hihi. =) ok sambung lagi.

nak buat kale ape?alas kale putih, tak kan nak buat kale putih.
lahh kata nak buat biru, beli kain net ke tutup atas je, tepi2 letak kain ropol2.
ha boleh lah.
nanti nak sarung cincin kat mana?dalam bilik ke?

oh tidak! bilik adalah sarang peribadi saya, ambik masa saaaangggaattt lama nak ubah jadi bilik yang cantik. =D

tak mau la bilik, bersepah. kat luar je.
nanti akak beli kain buat background belakang.
kat tempat tv tu ke?
kat situ la, mana lagi nak buat. tak pe lah, nanti akak balik awal, beli kain, tolong buat.

dalam hati dah menjerit suka. =D dapat pelamin diy. hihi. saya nak hias cantik2. nanti boleh guna lagi untuk nikah pulak. jimat2. hehe. time kaseh kakak ku. suka2! sampai ke telinga dah ni. =)

ahad ni hari keputeraan sultan pahang. jadi rakyat2 pahang hari isnin bercuti ganti. seronok!rakyat2 pahang aja ye..!!haha =D so hari isnin, saya dan si dia akan keluar membeli barang untuk hantaran. ha baru ada masa untuk itu. *sigh.

notasajatambah: bila mak nak balik ni..rindu ni... =/

Monday, October 18, 2010

preparation #4

Curhat by I E Z S M Y at 10/18/2010 09:48:00 PM 0 curhat
hantaran saya
1. sirih junjung
2. kek
3. kain songket
4. handmade capal / kasut
5. buah2
6. coklat / gula2
7. surprise!! haha =D

hantaran si dia
1. sirih junjung
2. cincin & kain pasang untuk merisik
3. kek
4. buah2
5. coklat

dulang hantaran dah dapat sekali dengan alas. nanti nak ke rumah penyewa dulang untuk pilih alas. alhamdulillah selesai bab dulang2 tu. eh huda, awok still buat alas saya ye, sebab ni alas untuk si dia tu. hihi.

barang2 akan start beli minggu depan. gila asyik delay je. hish. si dia punya pasal la ni sibuk memanjang. nak membebel panjang2 kang tak pasal2 jadi lain pulak. better diam dan lihat dan tunggu. (-_-)

dah tu je nak update. daaaa!

notasajatambah: sebulan lebih lagi. ngeee!!!

Friday, October 15, 2010

quick update!

Curhat by I E Z S M Y at 10/15/2010 11:35:00 PM 0 curhat
quick and short update.

tomorrow i'll be at Nilai, accompany one of the nurse to interview the nursing students at KPJ International College, Nilai. pagi2 hari dah kena gerak. oh lazy! T__T balik hari je. =(


notasajatambah:tengok, sangat cepat dan pendek, tak membebel panjang pun. syabas! =D


Thursday, October 14, 2010

Big Day Dream

Curhat by I E Z S M Y at 10/14/2010 11:21:00 PM 4 curhat

BUBBLES (^_^) please ignore pengantin mat saleh tu, saya mahu the bubble situation bukan perkahwinan macam tu. heee =)


BALLOONS! love it to the max! harus biru dan putih. comel!

harap2 this two dreams boleh jadi kenyataan nanti. (^_*)

notasajatambah: pening tahap kedua +_+

Sunday, October 10, 2010

Preparation #3

Curhat by I E Z S M Y at 10/10/2010 07:14:00 PM 2 curhat
sebelum ni kami dah setuju untuk letak hantaran 5 berbalas 3. dalam hati korang mesti kata "sikitnyeee...." kan?kan? sila angguk sekarang. same goes kalau ada orang yang bertanya perihal ini, bila tunang, hantaran berapa? ohhh 5-3 je. tiba2 buat muka terkejut. sikitnya, napa tak buat 5-7? hmm suka hati la nak buat berapa pun, aku yang bertunang, pakai duit kau ke. ngomelan dalam hati. hehe =) realiti nya saya senyum je. =D

tapi bila di pikir balik, memang sikit pun. haha =D untung pihak lelaki lah sebab dapat banyak, pihak perempuan just dapat 3 barang je. oh tak aci tak aci. so tadi, we decide to go with 5-7. yup, tambah lagi 2 bekas each. tambah lagi bajet. huh. cinabeng. tak pe lah, bukan selalu. tu je lah alasan nak sedap kan hati. T__T

one more thing, maybe we rent a canopy, to jamu orang makan. sebab, berkemungkinan jemputan itu akan jadi ramai, actually sedara mara saya je nanti.abang kakak anak2 buah semua. ambik catering plus canopy. belum survey lagi. nak satu kanopi, satu meja, tapi kerusi nak banyak. ok tak?haha. dishes yang biasa2 sudah. janji makan. =D

hmm apa lagi ye, tu je kot. daaaa

notasajatambah: pening @_@

Saturday, October 9, 2010

hangout with my bestie!

Curhat by I E Z S M Y at 10/09/2010 06:15:00 PM 2 curhat
akhirnya dapat betul2 bersama dengan my best girl saya ni. aina and dila. (^_^) kebetulan saya ambik cuti hari ni, so dapat berjumpa. agak susah nak hangout sekarang due to their marriage that will be come soon. pandai korang amik tarikh dekat2 selang seminggu ye. -_-

kami keluar lebih kurang 123o, terus ke Premium Lane Kuantan Plaza utnuk bermain boling. sampai2 tengok sunyi aja tempat tu, maklum lah, first time bermain kat sini, selalu nya kat Berjaya Megamall, tapi confirm kat situ penuh, so kami pilih tempat ni, tak ramai orang. belum main lagi dah buat lawak lif. lif kat situ dah usang, kesian tak de orang nak repair ke apa, tapi bergerak lagi. hehe. dalam lif kami 3 orang, sambil2 tu berborak la, dah sampai tingkatnya, saya n aina keluar dulu, tiba2... "eh eh korang..." saya n aina pusing belakang, nampak pintu lif dah tutup dah.. aina cakap.. "eh dila tertinggal dalam lif lah!" saya balas, "ha yeke?laaa....macamana boleh tertinggal..!" kami pun tekan2 punat lif tu, ok tak berfungsi. T__T dan lif pun terus turun ke bawah. kami 2 orang ni dah terkekeh2 gelak sampai sakit perut. macamana la dia boleh tertinggal kat dalam tu. =D kami pun tunggu lif naik, bukak je pintu lif, dila nak stat membebel, muka sebek je. haha. sori geng, tak tau macamana awak boleh tertinggal. =D ok dah habis. (sekarang still gelak bila teringat masa tu)


let the competition begin!! sambil2 tu ber-camwhore. harus ye itu. =)

pemenangnya..cik dila. hampeh tul. baling macam gengster, tapi pin jatuh banyak. jeles2. huh. =p nanti kita main lagi yeee...(skill ayat nak balas dendam hahaha)


ada satu kasut buruk situ. sian. haha. =D

then, ke kedai, konon dila nak beli air je, last2 semua kelaparan, makan terus kat situ. mi kari aja. "kak, saya nak mi kari tapi tak nak taugeh." aina punya stail. haha =D


CANDID!! maaf dila.saya tak bersalah. haha =D

then, ke Kompleks Teruntum. memecahkan suara untuk berkaraoke. 1jam lebih sikit aje. ok lah tu, masing2 dah kepenatan. then ikut mereka2 pergi tengok butik kahwin. saja2. untuk saya boleh lah usha2 butik mana yang ok untuk di booking nanti. hehe.

oh ya, gambar tengah buat konsert karaoke saya belum transfer ke lappy lagi. nanti saya tambah ok.

DEDICATED TO BOTH OF YOU>>> i love you friends. even korang dah nak kawin, tapi kita tetap kawan sampai2 bila2. for my big day nanti, saya akan contact korang for reference ok. tolong jangan off hp or tak angkat hp. haha =D love you love you love you!!! muah muah! sakit pipi ok keluar dengan korang, gelak tak hengat. T__T

pulang rumah dalam jam 5 setengah. si dia mesej, ajak keluar pergi rumah kawan si dia nak bertunang esok. dalam jam 830 katanya nak keluar, tapi tiba2 hujan, saya tak dibenarkan keluar. pantang larang mak saya, kalau hujan jangan keluar. baik mak. =)

esok keluar dengan si dia ke pertunangan kawan. 10.10.10. tarikh famous. sesiapa yang dapat jemputan kawin tarikh ni, mesti best, tak payah masak kat rumah. kalau lagi kenal tuan rumah mintak tapau aja. haha =D gila la minggu ni saya tak berehat, keluar aja. huhu. T__T

notasajatambah: kepenatan+gembira+seronok.. thanks my best girlfriends!

Kenangan zaman sekolah

Curhat by I E Z S M Y at 10/09/2010 02:51:00 AM 0 curhat
kenapa?entah la..rasanya mungkin dah muak dengan kerja yang gila tahap gaban, kadang2 teringat lagi best kalau dapat sekolah balik. pakai uniform. eh sekarang pun kerja pakai uniform jugak. tak, tak sama dengan uniform sekolah yang kale putih dan biru, warna kesukaan saya. ecehh. haha.

mula2 masuk pra-sekolah.

6 tahun. pakai skirt. pastu cikgu bagi 2 baju tshirt. satu hijau, satu merah. dan kakak saya trus beli riben merah n hijau. nak letak kat rambut saya sebagai aksesori tambahan. =D mula2 daftar, tengok ada budak2 yang nangis nak ikut mak ayah balik. saya?hmm cool bebeh!padahal dalam hati bergelora kot nak balik, sebab tengok strangers surrounding me!!waaa!tapi bila dah lama, dapat kawan baik. haha. masa ni, makan di bagi ikut time. makan pagi around pukul 10 kot, ingat2 lupa dah. kena baca doa dulu ramai2, lepas tu baru makan. then ada masa untuk main2 kat playground depan sekolah. papan gelongsor, jongkang jongket, buaian. main sampai pengsan. =D tengahari abah datang amik. kadang2 cikgu buat rombongan, pegi taman teruntum, makan kat kfc. masa tu tempat2 ni semua baru lagi ok. so agak jakun n excited. haha. yang ingat, masa rombongan gi kem tentera, naik kereta kebal yang beso gabak tu. balik rumah terus cerita kat mak n kakak, "mak tadi adik naik kete kerbau mak!" mak balas, "ha?kete ape?" saya balas, "kete kerbau, best, beso." kakak tanya, "ada apa kat dalam tu?" saya balas, "ada macam2, beso tau!" tak tahu pun apa benda kat dalam tu. haha. dialog seterusnya dah lupa. sekarang baru saya tau, its kereta kebal bukan kerbau. (-_-)

(^_^) masa tu saya tak perasan, due to budak kecik age, bukan tau apa, main sebut je. n mungkin mak kakak gelak dalam hati je kot. =D
sesi pra-sekolah pun nak tamat, masuk hari bergraduasi. masa ni budak pra-sekolah buat pementasan, cerita dongeng, gadis merah n serigala. (little red riding hood).
yang saya tahu general, yang jadi budak merah tu kawan saya, tapi sebabkan dia tak dapat datang masa hari graduasi tu, saya pulak yang kena ganti. so terpaksa carik kasut merah. baju dah ada. no dialog, sebab ada pencerita, so saya just berlakon ikut yang diceritakan oleh pencerita. gitu. success. masa graduasi pakai jubah paras lutut, warna warni n pakai topi keras tu. dengan vangganya saya telah berjaya menamatkan......pra sekolah. =)

masuk era sekolah rendah. hingusan ok. blur aja. masa tu uniform pakai skirt biru gelap. comel. haha perasan.
still ingat, satu hari gunting hilang. bagitau kat mak, so mak datang nak carik budak mana yang ambik gunting saya. kehkehkeh. dan di pulangkan. tak senonoh ambik gunting orang, nak pinjam bagitau. huh. then, masa ni, saya tak reti nak beli makanan sendiri. dari darjah 1 sampai darjah 2 kot. macam takut rasanya. huhu. sebab pra sekolah kan makanan disediakan. bila masuk sekolah rendah, kena beli sendiri. hoh?tak kawan saya tolong belikan. =D sampai satu masa, tak ada orang nak tolong beli, so saya dengan berani pegi kantin, amik kopok n bagi seposen kat makcik tu. waahhh success!lepas tu terus beli sendiri apa2 pun. haha. masatu murah je, kopok keping2 tu seposen satu, air dalam plastik doposen, banyak tu tak habis, then mi goreng nasik lemak tiga posen sepinggan. dah mewah dah tu. hehe.
masa darjah 4, dah start pakai baju kurung.
saya pernah dapat no.1 dalam kelas. vangga ok!haha. dapat hadiah masa hari anugerah sekolah. darjah 6, preparation untuk upsr. masatu, naik bas sekolah sekejap, tapi sebab nak upsr, cikgu buat kelas tambahan, so saya naik basikal. pukul 650 pg dah kuar rumah, dalam gelap2 tu kayuh basikal gi sekolah. balik sekolah tengahari, seronok je rasa, dengan angin sepoi2 bahasa, haha. mesti singgah kedai dulu beli apa2 yang patut, mostly makanan seperti jajan (cekedis) yang doposen sepeket tu. dan beberapa benda mengarut untuk kepuasan diri. balik rumah mak marah sebab bazir duit beli benda bukan2. haha.
pernah masa balik sekolah hujan lebat, basah kuyup sampai rumah, ayah belikan baju hujan, siap hantar kat kelas lagi. oh malu kejap. huhu.
then masa tengah2 kayuh, tiba2 beg sekolah jatuh. letak kat tempat duduk belakang yang besi tu, then beg sekolah dulu kan, beso n berat, tak dapat menampung lalu terjatuh. terpaksa berhenti letak balik.
basikal saya dulu lebih kurang macamni, ada bakul best. tapi kale maroon

mujur tak ada kenderaan lain kat belakang. kalau tak.... =0 kenangan. sekarang dah lama tak naik basikal. terasa nak naik pulak. hihi.
dan tiba masa upsr, ingat tak ingat aja masa tu. result, success! haha =D

zaman sekolah menengah pulak.
Justify Fullmasuk form 1, sesi petang sampai form 2. selenge aja. biasalah, mood sekolah rendah ada lagi. masa ni, muka suci baik je. nak tengok keadaan sekeliling dulu. haha. masa mula2 masuk tu, ada orientasi, oh my, again strangers surrounding me!ada jugak kawan2 dari sekolah rendah dulu. tapi bukan semua yang akan satu kelas. huhu. nak nangis rasanya. tapi lama2 i got new friends. form 2, nakal sikit. sebab junior dah masuk, kira macam senior untuk sesi petang la. haha (gelak jahat)
form 3, dah masuk sesi pagi. sampai form 5. masa ni siap sedia untuk pmr pulak. dah lah subjek sejarah n sains memang tak suka saya. macamana nak pmr nih. ish ish. so saya score pada english n geografi. dah boleh jadi ahli geologi ye. eh ada kena mengena dengan geografi ke?lantak lah. bm b. harus ke bahasa ibunda dapat kurang dari bahasa asing?aaaa no komen. (^_^)
form 4, saya masuk kelas sains. abang kakak suruh masuk sastera. sebab saya ni lebih pada seni (art). tak nak, sebab kawan2 banyak yang masuk sains. masa ni kawan2 lebih penting dari minat. lepas tu, padan muka memang tak boleh ikut subjek2 dia. especially, fizik kimia add math. 3 subjek yang jarang lulus. haha. sejarah?still subjek yang tak suka saya. cukup2 makan aja. =D english?success! bm?still belakang sikit dari english. hihi. subjek lain, bolehlah. hehe. masa ni orang kata, honeymoon year. tahun depan baru struggle tak hengat.
form 5, the last year to conquer all things. masa ni la nak tinggal nama kat sekolah. masuk kelab itu ini, persatuan itu ini. saya?maintain. malas nak lebih2 gila kuasa, nanti dapat nama budak paling gila kuasa. ahhh tak kuasa aku. huh. =p nak prepare untuk spm pulak. awal tahun, honeymoon lagi. dah tengah2 tahun sikit baru struggle dengan buku tebal bertimbun2.
bulan 2 dah start gi tusyen. kertas kerja tok sah cerita ah, kalau di kumpul2 tu boleh dapat 10 pokok beso agaknya.
memang tak cukup masa nak buat kerja sekolah, dengan nak buat nota nya, homework nya, latihan amali lah, eksperimen lah, presentation lah. huh. masa ni terpikir kan best kalau dah kerja. haha. bengong!spm trial. boleh lah. satu subjek tak dapat amik, due to demam teruk. huhu. real spm, dah terasa hangatnya masa dapat nombor giliran. waa kejapnya nak spm dah. dalam kepala macam2 pikir, dah habis spm nak buat ape ha?nak keja ke?nak dok rumah je ke?nak buat itu nak buat ini?etc.
3 bulan berlalu. dok abihkan boreh kat rumah aja. haha =D tiba masa nak amik result. siap counting days lagi. haha. macam nightmare pun ada. huhu. masa ni jumpa balik kawan2 yang 3 bulan tak jumpa. rindu peluk sakan nih. hati berdebar2 dah. tak pernah rasa macam ni. masa nak cucuk bcg dulu tak la sedebar gini. tangan sejuk aja. cepat la umum, cepat la umum. mula2 cikgu bagi pada yang result terbaik dulu. pastu baru kami2 yang kurang terbaik ni gi serbu meja untuk amik result. hmm ok lah. lepas nak sambung belajar. lepas ni, segala borang sambung belajar saya isi. hantar aja, ada rezeki dapat.

alhamdulillah saya dapat sambung dalam kursus Pengurusan dan Teknologi Pejabat. =)

eventhough macam2 terjadi masa sekolah, saya ada kawan2 yang best tahap gaban!especially my 5 rajin's friends. korang sangat best, dah macam siblings. alhamdulillah sampai sekarang masih lagi contact. even sorang2 dah kawin n nak kawin. masih contact each other ok!time fly so fast. dari budak hingusan sampai nak jadi bini orang dah. sayang kamu mek na n mek la. my dearest bucuk. korang dah nak kawin nanti, tinggal saya sorang2. waaa!!

to be continued..

notasajatambah: penat lah taip panjang2. T__T

Tuesday, October 5, 2010

Quality Convention

Curhat by I E Z S M Y at 10/05/2010 09:40:00 PM 0 curhat
from previous entry, i was busy with this event. just enjoy the pic ok. have no guts to babbling banyak2. =)

saya check in di gambang pada 03 oct, check out 05 oct. 2 malam saya tidur di sana. katil best+besar+sejuk=malas nak bangun pagi. haha =D

informasi, quality convention adalah pertandingan. dimana wakil2 dari hospital kpj memberikan idea dan cadangan yang kreatif n inovatif dari segi teknikal atau pengurursan untuk mengurangkan bajet hospital masing2, menarik lebih ramai orang menjalankan rawatan di situ, memberikan servis terbaik, cemerlang gemilang dan terbilang! ok ayat last tu tipu. =D



03102010 ~ the registration day

the day where all KPJ's Hospital around malaysia were check in into their rooms.

nampak tak budak yg pegang kamera tu..?

nah..ni gambar nya =D

so pack. sebab pada masa sama ada company yang buat event di situ open table for check out. mujur event kami hari isnin. so, dah tak penuh. =)

04102010 ~ actual event

opening ceremony was held in the Caribbean Ball Room, at 9.00am. waiting for the VVIP to arrive. ends around 10.00am.

the VVIP

settle the opening ceremony.

began my work as a runner aka 'pelari'. huh. penat okeng!start dari 9.00pg sampai 5.30ptg. berdiri, kadang2 duduk kalau dah lenguh sangat, berlari carik maintenance. due to technical problem. 32 group presenting their ideas. gila penat ok!tersengguk tahan mengantuk. sabo je lah. dah la cara present tu style baca nota, sangat boring. tapi ada jugak yang menarik based on their presentation aja. most of their ideas is on clinical thing. biasa lah hospital kan. paham2 je lah. tapi ada jugak yang menarik, terpikir macamana diorang boleh buat benda kreatif yang tak terpikir oleh kita2 ni. interesting, n i learn new things. dapat kenal staff2 dari hospital kpj satu malaysia. kalau korang nampak orang pakai baju biru batik macam budak sekolah asrama penuh tu, thats kpj people. satu malaysia sama. vangga jap. =D ok dah.

NEXTTT!!!!

04102010 ~ dinner 'Tropicana Nite'

its tropicana, ala2 tepi pantai kan. betul tak?sila angguk. ok. separuh ikut tema, separuh macam over melaram, ada jugak yg tak ikut tema. dimaaf kan sebab dah berusia. heee. over melaram tu, baju dah ok tapi pakai high heels. oih?pegi pantai pakai heels?cara dia kot. =D abaikan.

food. nasik kurang sedap. tu je. =)

gimik nak bagi keputusan pada mc. tiba2 lights off, pembawa atv n penembak paintball datang dari belakang. terkejut sebab bunyi penembak tu kuat. nasib tak de peluru kale2 tu. haha.

good news, my hospital won the grand prize. Anugerah Inderapura. wakil dari hospital lain mesti dah dapat agak, biasalah tuan rumah, mesti menang, mungkin ada yang kata bias. lantak lah. saya tak rasa apa sangat, sebab dah sangat penat, pikir tilam n bantal je. huhu. dinner habis dalam pukul 10mlm.

05102010 ~ nak balik dahhh!!

good morning gambang!!! bersiap2 nak balik dah ni. uhu uhu.

ok dah. daaaa

notasajatambah: lamanya nak lengkapkan entry ni. (@_@)

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting