Wednesday, December 7, 2011

Wedding Preps - HIV Test

Curhat by I E Z S M Y at 12/07/2011 09:20:00 AM
semalam. pergi buat HIV test.


AMARAN: AKU SEORANG YANG TAK SUKA JARUM INJECTION DAN APA2 JARUM YANG ADA KAT KLINIK/HOSPITAL.



dalam kereta. dalam perjalanan ke klinik.

aku : nanti dia amik darah cemane?
si dia : kat lengan lah.
aku : ha?bukan ketip kat hujung jari je ke?
si dia : apa pulakk..dia cucuk kat lengan..kalau salah cucuk tu, bersemborrrr darah..hahaha! *gelak jahat siap buat demo lagi tuuuu...
aku : heh yelah tuuu.. *dah cuak..tapi buat2 bertenang. saja takut2 kan aku lettew.

*************************************

sampai kat Klinik Kesihatan Bandar Kuantan (Pesakit Luar), Bukit Sekilau.


bagi borang HIV yang jabatan agama punya kat kaunter, lepas tu isi borang yang dia bagi kejap, bayar RM2, terus masuk bilik rawatan. nasib baik tak ada orang sangat. tapi pegawai tu kata ramai yang buat test haritu. eh lantak lah.

masuk bilik rawatan duduk kejap kat tepi. si dia pegi dulu. biasa lah, dia memang semua nak first. aku??? terkebil2 kat tepi tengok cara dia amik darah. jantung ni cam washing machine degupan luarbiasa sesangat. aku memang ngeri masuk bilik rawatan camtu. banyak jarum! @_@

si dia dengan pegawai tu borak2, aku pandang dengan muka yang nampak sangat takutnya. pegawai tu sempat pulak usik aku, dikuatkan lagi dengan si dia. memang best la kena usik dalam tu. haish! tapi eh ketip kat hujung jari je? tak ada pulak cucuk kat lengan???


sampai part aku.......

tangan sejuk, berdebar, speechless, muka pasrah.

duduk kat tepi pegawai, dia bukak pack baru, letak JARUM INJECTION yang jarum mak aih besonyeeee kat atas meja dia betul2 sebelah aku. aku dah macam nak lari keluar. haha. tiba2 ada 2 orang nurse duk depan aku. aik masa si dia buat tadi tak ada pulak.

aku: eh pakai jarum ke?
pegawai : yelah....
si dia : ha kan dah kata, yang perempuan amik darah kat lengan. tak caye...hahaha! *gelak jahat lagi
aku : besar niii jarum diaaaa....
pegawai : ehhh tak lah mana besar...
senior nurse : ramai dah perempuan pengsan kena cucuk ni...haaaa...
pegawai : haa sebab tu kita letak katil dalam ni..tengok ni 2 orang nurse dah standby kat depan...
si dia : hahahaha! *tak habis2 gelak jahat je huh!
aku : *nak lariiikkkkk!!


aku pun sengseng le lengan baju...muka redha. pasrah. pegawai tu pun buat kerja dia.



ketip kat hujung jari aku. ehh???




aku : dah ke?
pegawai : a'ah dah.
aku : dah tu jarum injek ni buat apa?
pegawai : TAK, TU SAJE JE LETAK SITU............
aku : *whaddeeeeefish! fine! dipermainkan. fine!



dah setel. keluar dari bilik dengan muka rasa cam entah la tak tau nak kata cemana. tapi terasa la jugak macam budak kecik. oii tak kisah la budak kecik ke hape aku memang takut jarum! uhuu.. aku rasa lepas keluar dari bilik rawatan tu pegawai, nurse2 semua gelakkan aku. agaknya. sobs sobs T____T

tunggu dalam 10 minit, dapat result. siap. balik. negatif. Alhamdulillah.



















budak2 kat ofis pulak..

"ha cemana semalam buat hiv? positif yeh?"
















hotak kau! huh.





ok bai!




pengalaman yang aih cam budak kecik umur 4 tahun! T__T




2 curhat:

hawa on Thursday, December 08, 2011 3:46:00 PM said...

smalm kate + ... haha

I E Z S M Y on Thursday, December 08, 2011 5:00:00 PM said...

yeh?ok la tuuuu..

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting