Wednesday, December 28, 2011

Barli vs Horlick

Curhat by I E Z S M Y at 12/28/2011 10:06:00 AM
Di sebuah restoran yang gred kebersihan B-. ada ke? =D


normal la kan kat kedai makan bising. orang bercakap pung pang pung pang taknak kalah kuatnya. beberapa minit kemudian, datanglah seorang yang namanya Waiter atau nama kurang glamernya Penunggu. Wait = tunggu maka Waiter = penunggu. yedak? kehkeh. *melalut.


waiter datang siap bawak pen dan kertas. kalau waiter yang jenis otak komputer, tak bawak apa2 pun. semua save dalam kapla punya. bagus betul.


"minum?" waiter tanya.

"milo o suam." si dia kata.

"aaaaa HORLICK suam." aku biasa lah pikir nak minum apa pun dah bertahun. sebab tu ada aaaaa..

"makan?" waiter tanya lagi.

"tak apa minum je.." si dia kata. biasalah nama pun minum petang kan.. minum air je lah...




lebih kurang 10 minit kemudian.




waiter datang bawak 2 gelas air. dia letakkan Milo o suam atas meja. kemudian dia pun letakkan satu lagi gelas. masa tu mata aku hala ke tv, Spongebob Squarepants kot mestilah tengok. bila aku pandang ke gelas aku.... ok ada konflik di situ. zaman bila aku order BARLI suam??????


aku pandang si dia.. "order BARLI ke?" si dia tanya. "tak lahhhh.. HORLICK lah!" nada suara nak nangis. ok tipu. cengeng betul sampai nak nangis. haish. nada suara kegeraman. si dia pun panggil waiter.. "tadi order Horlick suam bukan Barli.." dan waiter pun angguk2 tanda paham. angguk je? hmm lantak lah. tak lama kemudian, dapat lah HORLICK suam nya... haishh..


sampai sekarang aku tak tau apa dan kat mana persamaan HORLICK dan BARLI. dah banyak kali jadi cenggini. aku tau la suara aku ayu ala2 Izzah tapi dah di kuatkan dengan suara si dia takkan tak dengo lagi kottt.. ke LICK ngan LI tu ala2 sama? eh entah lah..



penceritaan aku gaya karangan berdialog pulak. ke cerpenpen? cerita pendek pendek. ok dah melalut.





ok bai!





kerja banyak gilos. mengulor baca blog time bos takde. kehkeh.



0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting