Monday, October 24, 2011

aku telah dikepung....!!

Curhat by I E Z S M Y at 10/24/2011 11:10:00 PM
.

today was the unplanned dating. emm yeah sort of. memanfaat kan cuti umum yang diberi oleh Sultan Pahang. ahaha. ketika masih lagi berlingkar di atas katil, si dia mesej, "jom keluar" aku terus ok. dalam kepala aku terbayang Quarter Pounder McDonald at Telok Chempedak. haa panjang gitu. pukul 2 keluar, sampai TC 2.45. yess! sempat McValue Lunch! eh excited. of course laaa jimat kan. murah sikit.


kami bukan dating manja2 romantik2 pegang tangan sambil makan eskrem di pesisir pantai lari bila air pantai naik ke darat sebab taknak kaki basah kena air pantai yang melekit tu.. takkk.. kami dah melepasi fasa itu. kami bukan lagi bebudak baru nak up. haihh. tapi mungkin bila dah kahwin jadi balik cam tu. but more to husbandNwife romantic version la kan.. heeee (^_^)v


dah makan, konon nak jalan2 lah kan. dah makan burger kena la bakar kalori kan. (-_-') si dia beli Milo Mcflurry. jalan punya jalan sampai kat hujung tu ada makhluk Allah ni. ok. serius aku tak suka mereka. dan masatu aku pegang eskrem. memang carik masalah la kan aku ni. aku pun cakap kat si dia..

"abang pegang eskrem ni.."

"eh apsal pulak.. pegang lah.."

"alohh.."


si dia kat depan, aku kat belakang sambil pegang baju dia, konon nak nyorok lah. dah lepas yang besar, fuhh lega. tapi ada pulak yang kecik tuuu.. dia nampak aku pegang eskrem. ahh sudahh!! aku nak lari, tapi dia kejar akuuu.. lepas tu satu lagi makhluk Allah tu nampak, amekaw terus kena kepung!! warrgghh!! si dia selamba jalan kat depan. tinggal aku. ok fine!


last2 aku campak eskrem tu. dan lari. sambil jerit "tak habis makan lagi tau!!!" dan jalan hentak2 kaki mulut muncung dan membebel2. walaupun masatu ramai orang. aahh ada aku kesahh??!!? diorang amik makanan aku kott..! grrrrrr...!!






Makhluk Allah tu adalah spesis kera/beruk/monyet. aku tak suka sebab diorang suka rampas makanan orang. huh! dan ni first time aku kena kepung dengan binatang tu. selama ni boleh je escape sebab tak pegang makanan. tapi tadi, baru je makan eskrem tu 2,3 sudu. wuwuwuu.. padan muka aku. fine!





lepas tu aku gi beli semula yang lain. haha.






ok bai!




esok keja lah! alaaaahhhh....



0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting