Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Macam-macam ada....

Curhat by I E Z S M Y at 7/31/2011 04:26:00 AM
.

semalam aku keluar dengan si dia.. dah petang jugak lah keluar nya. bukan dating, tapi keluar untuk membeli barang2 dan membayar bil2 sekalian. maklumlah gaji dah dapat kan. harus lah bayar apa2 yang patut tuuu.. tiada istilah dating dah pada kami sekarang. sobs sobsss...

dan tidak di lupai, ber-boling untuk kali terakhir sebelum Ramadhan. eheee.. nak jugak kan.

sampai di Megamall, orang memang ramai sesangatt!! macam shopping raya pulak. padahal baru nak pose. huh. parking full. kami parking entah kat tingkat berapa. ok normal hujung minggu kan. lagi pulak hujung bulan, tengah masyuuukk kannn.. hehe..

masuk2 je, ok pandangan terasa sangat terganggu. it's a school day out. yup sabtu adalah hari budak2 sekolah keluar. dating, lepak-ing, karaoke jamban-ing, snooker-ing, wayang-ing.. ramai pulak tu, cam rombongan pulak. se group sana, se group sini. tak kurang jugak yang dok berdua duaan. biasa lah cinta monyet nyet nyet.. manis gitu. eh salah, SUKA GITU.. cam kumpulan Gula-gula. haha!

budak2 sekolah. remaja yang baru nak mencuba, macam2 lah fesyen yang ada. especially perempuan. especially yang BERTUDUNG.. seriously aku tengok diorang pakai tudung macam bukan nak tutup aurat. tapi sebab fesyen. terpengaruh, hasil dari research kat youtube tentang cara2 nak membelit tudung.. kalau korang search, ambik la keywords, messy hijab tutorial or hijab tutorial, tak sampai sesaat, ha bersepah keluar segala macam tutorial. pilih aje nak macamana. belit sana belit sini. sampai terbelit leher.. dulu masa era tudung bawal tak ada pulak nak buat tutorial macamana nak belit tudung bawal tuh..


aku bukan nak kondem or apa kan, aku perempuan, aku bertudung, aku pernah jugak tengok tutorial tu semua, *saja bosan2 tak tau nak tengok apa dahh.. aku memang pakai shawl belit2, tapi di sebabkan aku bukan lagi remaja, tapi dah dewasa, aku rasa cam malu je. yelah, lelaki mesti akan pandang pelek, apsal la pakai tudung macam ni..cakap dalam hati.. bagi lelaki yang sama remaja, mungkin tak kisah sangat pasal tu semua, lantak lah nak pakai hape ponn.. tapi lelaki yang dah dewasa, diorang agak kisah. kerana berasa malu jika si perempuan berpakaian pelik.

si dia pernah tegur aku, masa tu aku pakai shawl lebih kurang macamni...




si dia: ni tudung pesen ape pulak nih?
aku : nape?
si dia : nampak pelik tauuu..
aku : pelik??
si dia : pelik ahh..macam nak takung air je.. (rujuk anak panah merah) pakai cam biasa dah lahhh..
aku : senyap....................


dan lepas tu dah tak pakai cam tu dah. kalau pakai pun aku tak buat jenis nak takung air tu lagi dah. (-_-') see, takung air.. ayat sarcastic yang tak boleh blah.

dan semalam masa kami on the way nak keluar makan kat Restoran Aliff.. budak2 sekolah bersepah sana sini, sambil pandang kiri kanan, si dia tegur lagi..


si dia : haiiihhh macam2 pesen tudung yekk...
aku : bese lah tewww...


aku pulak yang terasa sikit. yelah perempuan kan, yang dia tegur tu pun perempuan. uhuuu. terasa cam nak pakai tudung bawal semula. T___T



lagi satu, shawl pulak ada macam2 jenis. oihhh kalau pergi shopping complex pasar malam pasar tani pasar jual ikan ayam ok tu tipu, mesti ada gayutan shawls yang macam2 bentuk rupa.. yang cam duyung, ada bunga ros seketul, ada anting2, ada manik2, dan entah apa lagi nama entah, sebut je, insyaAllah ada. uhuu. serius aku tak pandai nak pakai shawls camtu. tapi tengok orang pakai cantik cam envy jek. kalau aku pakai sure fail. cam pokok pakai selendang. lalalaaa..


kadang2 fikir balik, diorang serius tutup aurat or sebab terpengaruh fesyen yang terlalu dipromosikan di mana2? yelah kalau tak ikut fesyen nanti di katakan noob or ketinggalan zaman or tak up to date. cara bertudung pulak mana2 pun ada. tv, majalah, blog, youtube. budak2 sekarang celik it ok. tak macam zaman aku dulu. google pun tak tahu apa benda apatah lagi benda alah youtube tuu..


dan kadang2 aku fikir, dari mana datangnya shawls yang bermacam2 fesyen ni? sebab fenomena dia cam sepantas kilat je, dah ramai orang dok pakai dok jual kat blog. thanks to me sebab aku tak pandai nak menggayakan shawl fesyen2 ni. kalau tak si dia mesti pening dan bertambah pelik lagi. *korang boleh bayang kan shawl fesyen cemane..



lebih baik kita bersederhana, tak payah nak ikut trend sangat kan.. yang penting aurat di tutup. tu yang sepatutnya. tapi pakai tudung baju seluar ketat tu cemana pulak? hmmmm.. *mata pandang atas sambil kelip2 mulut muncung..







jadi, nak salahkan fesyen? si pemakai? atau shawl? atau si pembuat tutorial kat youtube?





pikir lah.. hehe. bai!




2 curhat:

miss senyum on Tuesday, August 02, 2011 4:39:00 PM said...

hehe lelaki biasa laaa

I E Z S M Y on Wednesday, August 03, 2011 8:45:00 AM said...

tu lah pasal..hehe.

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting