Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

R A M A D H A N

Curhat by I E Z S M Y at 7/31/2011 11:15:00 PM 1 curhat
.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

DAN

SELAMAT BERPUASA


KEPADA SEMUA





(^_^)





bai!

Macam-macam ada....

Curhat by I E Z S M Y at 7/31/2011 04:26:00 AM 2 curhat
.

semalam aku keluar dengan si dia.. dah petang jugak lah keluar nya. bukan dating, tapi keluar untuk membeli barang2 dan membayar bil2 sekalian. maklumlah gaji dah dapat kan. harus lah bayar apa2 yang patut tuuu.. tiada istilah dating dah pada kami sekarang. sobs sobsss...

dan tidak di lupai, ber-boling untuk kali terakhir sebelum Ramadhan. eheee.. nak jugak kan.

sampai di Megamall, orang memang ramai sesangatt!! macam shopping raya pulak. padahal baru nak pose. huh. parking full. kami parking entah kat tingkat berapa. ok normal hujung minggu kan. lagi pulak hujung bulan, tengah masyuuukk kannn.. hehe..

masuk2 je, ok pandangan terasa sangat terganggu. it's a school day out. yup sabtu adalah hari budak2 sekolah keluar. dating, lepak-ing, karaoke jamban-ing, snooker-ing, wayang-ing.. ramai pulak tu, cam rombongan pulak. se group sana, se group sini. tak kurang jugak yang dok berdua duaan. biasa lah cinta monyet nyet nyet.. manis gitu. eh salah, SUKA GITU.. cam kumpulan Gula-gula. haha!

budak2 sekolah. remaja yang baru nak mencuba, macam2 lah fesyen yang ada. especially perempuan. especially yang BERTUDUNG.. seriously aku tengok diorang pakai tudung macam bukan nak tutup aurat. tapi sebab fesyen. terpengaruh, hasil dari research kat youtube tentang cara2 nak membelit tudung.. kalau korang search, ambik la keywords, messy hijab tutorial or hijab tutorial, tak sampai sesaat, ha bersepah keluar segala macam tutorial. pilih aje nak macamana. belit sana belit sini. sampai terbelit leher.. dulu masa era tudung bawal tak ada pulak nak buat tutorial macamana nak belit tudung bawal tuh..


aku bukan nak kondem or apa kan, aku perempuan, aku bertudung, aku pernah jugak tengok tutorial tu semua, *saja bosan2 tak tau nak tengok apa dahh.. aku memang pakai shawl belit2, tapi di sebabkan aku bukan lagi remaja, tapi dah dewasa, aku rasa cam malu je. yelah, lelaki mesti akan pandang pelek, apsal la pakai tudung macam ni..cakap dalam hati.. bagi lelaki yang sama remaja, mungkin tak kisah sangat pasal tu semua, lantak lah nak pakai hape ponn.. tapi lelaki yang dah dewasa, diorang agak kisah. kerana berasa malu jika si perempuan berpakaian pelik.

si dia pernah tegur aku, masa tu aku pakai shawl lebih kurang macamni...




si dia: ni tudung pesen ape pulak nih?
aku : nape?
si dia : nampak pelik tauuu..
aku : pelik??
si dia : pelik ahh..macam nak takung air je.. (rujuk anak panah merah) pakai cam biasa dah lahhh..
aku : senyap....................


dan lepas tu dah tak pakai cam tu dah. kalau pakai pun aku tak buat jenis nak takung air tu lagi dah. (-_-') see, takung air.. ayat sarcastic yang tak boleh blah.

dan semalam masa kami on the way nak keluar makan kat Restoran Aliff.. budak2 sekolah bersepah sana sini, sambil pandang kiri kanan, si dia tegur lagi..


si dia : haiiihhh macam2 pesen tudung yekk...
aku : bese lah tewww...


aku pulak yang terasa sikit. yelah perempuan kan, yang dia tegur tu pun perempuan. uhuuu. terasa cam nak pakai tudung bawal semula. T___T



lagi satu, shawl pulak ada macam2 jenis. oihhh kalau pergi shopping complex pasar malam pasar tani pasar jual ikan ayam ok tu tipu, mesti ada gayutan shawls yang macam2 bentuk rupa.. yang cam duyung, ada bunga ros seketul, ada anting2, ada manik2, dan entah apa lagi nama entah, sebut je, insyaAllah ada. uhuu. serius aku tak pandai nak pakai shawls camtu. tapi tengok orang pakai cantik cam envy jek. kalau aku pakai sure fail. cam pokok pakai selendang. lalalaaa..


kadang2 fikir balik, diorang serius tutup aurat or sebab terpengaruh fesyen yang terlalu dipromosikan di mana2? yelah kalau tak ikut fesyen nanti di katakan noob or ketinggalan zaman or tak up to date. cara bertudung pulak mana2 pun ada. tv, majalah, blog, youtube. budak2 sekarang celik it ok. tak macam zaman aku dulu. google pun tak tahu apa benda apatah lagi benda alah youtube tuu..


dan kadang2 aku fikir, dari mana datangnya shawls yang bermacam2 fesyen ni? sebab fenomena dia cam sepantas kilat je, dah ramai orang dok pakai dok jual kat blog. thanks to me sebab aku tak pandai nak menggayakan shawl fesyen2 ni. kalau tak si dia mesti pening dan bertambah pelik lagi. *korang boleh bayang kan shawl fesyen cemane..



lebih baik kita bersederhana, tak payah nak ikut trend sangat kan.. yang penting aurat di tutup. tu yang sepatutnya. tapi pakai tudung baju seluar ketat tu cemana pulak? hmmmm.. *mata pandang atas sambil kelip2 mulut muncung..







jadi, nak salahkan fesyen? si pemakai? atau shawl? atau si pembuat tutorial kat youtube?





pikir lah.. hehe. bai!




Friday, July 29, 2011

Ggrrrrrrrr..!!!

Curhat by I E Z S M Y at 7/29/2011 08:54:00 AM 0 curhat
.

Cik Tupai : warrgghhh makan budoookkk!!!

Cik Burung : elehh i ada kepak youuu.. heh!



sumber yahoo






bai!



Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday - Pink

Curhat by I E Z S M Y at 7/27/2011 09:41:00 AM 0 curhat
.





(-_-')



bai!



esok ber boling dengan beliaw. =)



Tuesday, July 26, 2011

K A H W I N

Curhat by I E Z S M Y at 7/26/2011 03:47:00 PM 0 curhat
.

currently I love this song. (^____e)


"Marry You" - Bruno Mars

It's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we're trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it's on girl.

Don't say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we'll go, go, go, go-go.
If you're ready, like I'm ready.

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

I'll go get a ring let the choir bells sing like oooh,
So whatcha wanna do?
Let's just run girl.

If we wake up and you wanna break up that's cool.
No, I won't blame you;
It was fun girl.

Don't say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we'll go, go, go, go-go.
If you're ready, like I'm ready.

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Just say I do,
Tell me right now baby,
Tell me right now baby. [x2]

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.



tapi, bila aku baca lirik dia, cam lagu ajak kahwin main2 pulak. plus macam kahwin ni is something dumb.. especially part nihh....

We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

kan? tapi aku suka lagu dia, cam catchy n ringan je nak dengar..

tak pernah dengar? gi carik kat youtube. hehe.




bai!




Well, it's the end of the month....

Curhat by I E Z S M Y at 7/26/2011 10:31:00 AM 0 curhat
.

" kau nampak cantik hari ni. "















" e'eh.. apsal kau nampak cam hensem jek hari ni.. "















" aku rasa cam kau ada hutang ngan aku lahh.. "















" tiba2 tekak aku cam nak makan Kenny Rogers jek..hmm.. "
















" eh jom kita gi makan2 ke, karaoke ke, boling ke.. nak? "















" bila kau nak belanja aku..? "


















berhati2 kalau tiba2 ada orang tu baik semacam dengan kita, puji macam2, mengingatkan tentang sesuatu yang kita sendiri ingat2 lupa.. padahal masa awal bulan tengah bulan dulu takde pulak nak puji tinggi mail lambung camtu..
















paham2 lahhhhh....
















ni kan dah hujung bulaannnnn....
















apa sengeh2 kambeng?? aku banyak hutang nak bayo tau huh!





bai!



semalam aku sangat awesome!!



Monday, July 25, 2011

O M Gucci ! ! !

Curhat by I E Z S M Y at 7/25/2011 03:22:00 PM 0 curhat
.

selalu tengok artis lawo2 kacak2 je kan.. jom tengok klon artis pulak jom..


















jeng jeng jeng ! ! !























cik Katty Perry

rambut biruuuuu...!! hehe.





Encik Captain Jack Sparrow.

kacak kannnn????






aku paling suka yang ni.. cantik sangat!!

tapi aku tak tau sapa yang cuba di tiru nihh.. cam Grace Kelly jek..



sumber


petang2 isnin cam ngantok pulak...



ok bai!



12 JUTA WOOOOO...!!!

Curhat by I E Z S M Y at 7/25/2011 11:02:00 AM 0 curhat
.

BeautifulNARA, tempat persinggahan aku untuk merehatkan pale otak yang di bebani dengan kerja *macam banyak bertimbun sangat la kan kerja kau heh! dengan membaca gosip2 artis kita yang di 'sayangi' nihh.. aku bukan jenis kepochi sangat pasal artis2 ni, just nak tau dan sebagai hiburan ajeee...

baca punya baca, terbaca lah artikel pasal pasangan kontrobasi nihh...


Perkahwinan Norman Hakim - Memey Suhaiza, RM12 juta.


12juta RINGGIT yeee bukan RUPIAH yeee..

okeee belum nikah dah peluk2..eleh bese lah teww..bukan diorang je yang buat. =p


Baju perkahwinan si memey ni saje dah RM 7.2 juta.. ha.. kau ada? boleh beli rumah 10 bijik dah tu..jom ramai2 pi amik baju dia buat beli rumah ok? amik ok bukan curik. haha!

antara barang2 lain yang di sponsor adalah :-

1.Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.

2.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.

3.Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.


sumber


ha? bertuah kan jadi artis? dah banyak duit dan mampu sesangat nak kawin dapat sponsor ribu2 juta2 lagi. patut bagi kat orang2 yang kurang mampu ni haa sponsor tuhh.. macam aku ni haaa.. kan bagus. tolong orang yang kurang mampu.. ehem. bukan dengki yeh..

just my personal opinion lah kan, memang la kawin ni sekali seumur hidup, bagi si memey tu, it's her first time marriage, mesti happy kembang kempis berbunga2 dapat barang2 yang berharga camtu.. tapi si norman pulak, 2nd time marriage, apa perasaan bekas bini dia si abby tu bila dapat tau yang 2nd marriage ex-husband dia dapat tajaan juta2 padahal masa kawin diorang dulu takde pun camni? pakai baju songket je..haha. aku agak je tuh.. kalau aku kat tempat abby, rasa dengki sesangat lah kot.. marah keciwa sedeh.. tu dari sudut negatif lah. but in positive way, life must go on. ecehh.. lantakkan aje nak kawin dengan sapa pun..=p

tapi harus ke perkahwinan sampai berjuta2 camni? bukan lama pun, 2 hari je kot majlis. kalau lah kan. aku tak tau la kot2 dia buat 7 hari 7 malam kan. but, it's still rasa cam membazir je, sebab perkahwinan adalah 1 or 2 hari, pakai baju juta2 pun tak sampai sehari. but the life after marriage is forever, that's the most VITAL. right? sama ada kita boleh hadapi kehidupan lepas kawin atau tak. kan? because the life after marriage is totally different with our old single life. kalau tak ada persediaan mental, memang fail lah kot. hmm.. =/

well lantak lah, nama pun sponsor, artis popular pulak tu, majlis kena lah yang extravaganza abis kan. semoga perkahwinan kalian bahagia dan berkekalan. kita tunggu 24 September nanti, cantik tak wedding diorang, boleh kalahkan wedding Tomok-Ayu tak.. haha. *eh apsal aku tak abih2 cite pasal TomokAyu tuh? haishh! heee... (^____^)




ok bai!



apsal pc ofis aku ni tak leh save draft..ish!



Sunday, July 24, 2011

Mentally TIRED + SLEEPY

Curhat by I E Z S M Y at 7/24/2011 12:29:00 PM 0 curhat
.

hai semua! apa khabar? sehat? tak sehat gi makan ubat banyak2. kalau masuk hospital sebab overdose jangan salahkan aku. =p




baru 3 hari tak update blog. rasa cam lama jek. cehh.. sebenarnya dalam kepala ada macam2 nak di ngomel kan.. tapi tak ada mood nak menaip. apsal yek? padahal aku boleh je menaip sambil pejam mata. seriuuusss ok aku boleh taip macamtu!!! *ada berbaur riak di situ. ehee.. tapi mood tu macam tak sampai pulak. bila dah taip2 separuh, delete balik. dah buang masa kat situ.


kat ofis jaringan untuk ber-internet tak di sekat langsung. jadi aku boleh je nak update blog kat situ. tapi, lagi tak ada mood kalau kat ofis. ye lah, nama pun kerja, kena la buat kerja kan, takkan goyang kaki makan gaji buta pulak. tambah lagi staff dok keluar masuk, kejap2 nak borang cuti lah, kejap2 nak resit gi klinik lah, kejap2 nak amik kunci kereta lah, serius terganggu. lagi satu aku tak nak lah terkantoi. aku tak nak di sebab kan aku sorang, staff lain dah tak boleh akses fesbuk pulak. ooppss.. hehe. lagi pulak aku HR kooottt.. sila tunjukkan teladan yang bagus pada staff lain okeehh!! huh.


sebab lain, kepenatan mental. bukan fizikal. kalau kau kata penat fizikal memang tipu. bukan kau kerja jadi buruh kasar membanting tulang empat kerat bawah panas terik sampai kulit terbakar pakai fair and lovely pun tak berkesan. * sila baca dengan sekali nafas.


kerja ofis tak memerlukan itu pun. sampai ofis, duduk, on pc, duduk hadap pc sampai lunch. bangun kejap2 sebab gi fotostat or bagi dokumen or gi faks or bla bla. masa lunch makan, take a short nap, sambung hadap pc sampai 530. ok bagitau part mana yang penat? betul, penat duduk. punggung kebas wooo. haha. yang lagi penat adalah MATA ok mata! sebab kena hadap pc 8 jam sehari x 5 hari seminggu = 40 jam hadap pc seminggu. kesian mata. sayangi lah mata anda ye. jadi obviously badan2 tak penat. dan obviously lepas office hour boleh main boling 4 frame. haha! boling sajeee...


jadi di sebabkan alasan2 itu semua, aku jarang update blog. maaf kan saya ye kamu semua yang membaca blog merepek kerepek nih.. aku rasa cam serius merepek je entry ni. haiishhh! gila panjang explanation. tak ada panjang lagi ke?


dah lahh..penat menaiippp...



ok lah baii!!!




esok kerja..warrrggghhh!!!!




tinggal seminggu lagi nak raya..eh cop..puasa..hoyeh!!



Thursday, July 21, 2011

Ada kerja kosong tak?

Curhat by I E Z S M Y at 7/21/2011 10:19:00 AM 0 curhat
.


ohoo..dah lama tak update.. M A L A S. haa straight to the point kan.. senang. haha =D




arrgghhh.. laazzzeeeee!!




ok mari kita mulakan ngomelan.





berjumpa kawan lama 1

Dia : haiiiiii lama tak jumpa..
Aku : haiiiii!!
peluk cium jappp..hehe
Dia : ko buat apa sekarang?
Aku : aku tengah cakap ngan ko ni..tak perasan keee?? haha. * sarcastic skeett..hehe
Dia : hahaha. *gelak cover malu.. bukan, ko buat mende? keje mane?
Aku : kat company tuuutttt tuuuttt..
Dia : ohhh sebagai apa?
Aku : HR.. * senyummm..
Dia : yeke? ada keje kosong tak situ?
Aku : eheee.. *sengehh kambing..

berjumpa kawan lama 2

pung pang pot pet bercakap...
Dia : ko keje mane sekarang?
Aku : kat Kuantan.. kat company tuuttt tuuutt..
Dia : ohh...sebagai apa?
Aku : aku dok kat HR..
Dia : yeh? ada keje kosong tak? *dengan nada excited melampau.
Aku : dah agak dah...* dalam hati...hmmm

berjumpa kawan si dia yang jugak kawan aku tapi tak kenal sangat.

Dia : tunang ko ni keje mane?
Si dia : kat company tuutt tuuttt..company offshore..
Dia : ohh jawatan apa? orang minyak? hahahha
aku senyummm je... *orang minyak pale otak luuu..
Si dia : hahaha.. dia HR..
Dia : ohh HR? ada keje kosong tak? *nada excited jugak.
aku senyuummm lagiiiiii....... (^________________^)




kalau dah memang duduk kat department HR, memang ini lah soalan wajib dengar kalau jumpa sesapa pun. tapi aku tak boring pulak dengar soalan camni, malahan terasa bangga pulak. tak tau kenapa. aahaha!









sapa nak kerja? meh contact aku mehhhh... tu pun kalau ada vacancy. hahaha!


bai!



Saturday, July 16, 2011

Currently....

Curhat by I E Z S M Y at 7/16/2011 01:22:00 AM 0 curhat
.


currently I dont have any idea to make a new entry....

currently I am lazyyy...

currently I make a new entry and delete it then...duhhh....

currently I feel like wanna eat a lot! A LOTSS!!!

currenty I want to buy a new sandals....but dont have enough money... T_____T

currently I envy of Tomok+Ayu's wedding...haa??

currently bowling is in the first list of sport that I play..still..

currently I dont like to read newspaper..same news..boring..

currently I dont like to watch 'Buletin Utama' or any news in TV.. its a-same-boring-news-everyday..politikus! hate it!

currenty I am a 2_ years old girl? or a woman? Im not married yet...hmmm..lady? oh no no not yet..

currently why am I make this entry?

like nonsense right? just nod i know it.. huh.





bai!!



Tuesday, July 12, 2011

Sweet 17.... (^_^)

Curhat by I E Z S M Y at 7/12/2011 02:06:00 PM 0 curhat
.

Today is my best day!














My Sweet 17 BIRTHDAY..... *sengehhhh sampai telingaaaaa...


















alam remaja yang sangat kanak2 ribena. sangat seronok sebenarnya dengan kawan2 yang sekepala macam adik beradik. tapi...... kena struggle untuk SPM, T_____T
walaupun study hanya suam2 kuku je. kena bergelut dengan dunia yang banyak pengaruh sana sini. sebab usia masih muda, jadi keinginan untuk mencuba tu terlalu tinggi macam klcc. tapi ada aku kesahh?? aku hanya ingin mencuba kalau benda tu berfaedah dan bukan mendatangkan malu sehingga menjadi buah mulut orang. *apa aku merepek nihhh.. dan di sini aku ingin mengucap kan terima kasih pada....

















Terima kasih pada Tuhan kerana memberikan peluang pada aku untuk merasai hari peningkatan usia ini..

Terima kasih pada mak sebab melahirkan aku, dan abah sebab membesarkan aku.. sepatutnya kena bagi hadiah pada diorang tau.. tanpa diorang, aku tak ada kat atas bumi ni...sobs sobs..

Terima kasih pada abang2 dan kakak2 dan sepupu kesayangan dan kawan2 baik yang wish.. terharu youu..sobss sobbsss...

Terima kasih pada si dia yang jadi orang pertama pukul 12 tengah malam, telefon untuk wish kat aku. harus lah kan, kang esok merajuk muncung panjang kannn.. hehe..




















dan ya, peningkatan usia yang ke 17...




















dan ia adalah TUJUH TAHUN LEPAS!















kira la sendiri umur aku berapa sekarang..haha!






bai!




kek tak de! sobs sobss...



Monday, July 11, 2011

ohh Mondayy... Cweet Cangat!

Curhat by I E Z S M Y at 7/11/2011 11:19:00 AM 0 curhat
.

dah2 la monday blues tuuu... ce tengok video ni. kot2 hilang la kejap kebiruan korang tu yek..

Cweet Cangat!









aku nak pi beli la album dia ni, mesti lagi bagus dari kumpulan K-pop kottt Max 24/7 ngan GulaGula tu, sebabnya ada lagu 'I want nobody but hang' favourite teww... aww!


kat mana ada jual ni?? agak2 kat Giant ada tak?





bai!





sangat banyak 'plastik' kat bumi nih.. tak giteww? hihi





Sunday, July 10, 2011

Seminggu punya hal..

Curhat by I E Z S M Y at 7/10/2011 05:52:00 PM 0 curhat
.

Isnin 4 Julai:

Pagi kat tempat kerja, macam biasa, menunaikan kerja di depan komputer dan boss. hari ni mengantuk semacam. apsal entah. oh that's normal, it's called sindrom hari Isnin ok. hehe.

Selasa 5 Julai:

Pagi pergi kerja, malam main boling pulak..mari menghayun bola!

Rabu 6 Julai:

Pagi kat tempat kerja, malam boling lagi. lengan kanan aku nanti akan keluar otot2 cam ahli bina badan. sebab asyik berhayun baling bola 9kg je. tapi belah kanan je pun. haha.

Khamis 7 Julai:

Pagi bekerja yey! sarcastic sentences btw. hari ni kelenguhan tangan kanan dan kaki kiri. padan muka yey! ayat sarcastic lagi. si dia teruskan bermain boling dengan kawan sekerja dia, tapi aku dah menyerah kalah. kalau main jugak lagi, confirm tangan kanan tercabut ikut sekali bola boling dan terus strike! yey! strike! tepuk tepuk!

Jumaat 8 Julai:

Hari ni sangat mengantuk kat tempat kerja. akibat dari ke-bengkak-kan kelenjar leher kiri aku. tak larat nak buat kerja, asik menguap je. atau mungkin ni sindrom hari Jumaat, malas nak buat kerja sebab esok dah cuti. hmm.. =/ haish! balik kerja pergi klinik, dapat 3 jenis ubat. adoii bencik mak nak makan ubat tau nyahh..



hari ni bermalasan di atas tilam empuk dan bantal lembut ohh bestnyeee...





ok dah. tu je.





bai!!



Thursday, July 7, 2011

Padan Muka Kau! =p

Curhat by I E Z S M Y at 7/07/2011 08:44:00 AM 0 curhat
.

kelenguhan sendi...

















akibat dari ber-boling selama 2 hari berturut turut sebanyak 5+4 frame secara tak hengat..

















ambik kaw! tangan kanan lenguh+ibu jari kanan sakit sebab bergesel dengan bola+kaki kiri lenguh. tapi masih lagi boleh bekerja. masih lagi boleh makan dengan lahapnya... =D

















tapi.. aku kepenatan lah! rasa nak tido jeeeee... tambah lagi, hari ni macam mendung semacam. adoiii ni yang buat mood bekerja aku pun jadi mendung jugak.. haishh!





ok bai!





malam ni nak duk kat rumah jeee...kott... haha.



Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday - zzzzzzzzzz

Curhat by I E Z S M Y at 7/06/2011 02:13:00 PM 0 curhat
.



botol air masak tertinggal dalam kereta si dia, keputusannya, aku mengantok sepanjang hari ni... yawwwnnnn!! ke seratus lapan puluh kali..........




bai!








malam ni main boling lagi....haishh!



Friday, July 1, 2011

Me and him.. we have a big appetite! =D

Curhat by I E Z S M Y at 7/01/2011 11:16:00 PM 0 curhat
.

having an unplanned dinner with him yesterday.. at the Esplanade Park Kuantan or they called here is Benteng.. the restaurant called "Restoran Sungai...." and the rest of the word is blurrrrr..... (-_-')


picture from google..

1. Main dish : Siakap 3 rasa, no picture, already been swallowed..haha
2. Kangkung Goreng
3. Tomyam campur
4. Ayam goreng kunyit
5. Telur dadar
5. Sambal belacan (free)

price: less than rm40 for 2 persons. quite reasonable.


do try, the food was not bad.. =)


the landmark for this restaurant is, beside the Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) building. In front of the Benteng..






that's all, ok bai!


A week past in the new place....

Curhat by I E Z S M Y at 7/01/2011 10:27:00 PM 0 curhat
.

I'm already a week in this new work place. still trying to adapt with it. new environment, new colleagues, new boss..






my place is in the room. but not only me, I share it with my boss, and the Marketing Manager. but yet, Im free to do anything behind that monitor. they can't see it.. hihihiiiii...





that's all bai!




BF lama ku dah kawennn... T______T

Curhat by I E Z S M Y at 7/01/2011 05:10:00 PM 2 curhat
.







kami pernah bercinta dulu. aku siap tampal gambar dia beso2 belakang pintu.. sebab percintaan kami jarak jauh.. bila bangun je, bukak mata nampak muka dia. lepas lahh rindu.. tapi hubungan kami tak lama.....sedeh...














tiba-tiba....














dia dah kawin.. hari ni....















T______________________T















dia tak jemput aku pun... sobs sobs....















kami tak ada jodoh........sobs sobs...














tak apa lah... harap Kalian bahagia.. sobs sobs..hembus hingus jap....















entry syok sendiri hari ni.. bajet Tomok tu kenal kau? berangan lebeh..huh!















SELAMAT PENGANTIN BARU PADA TOMOK & AYU!


*video save the date diorang cute!

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting