Saturday, November 20, 2010

B L U R

Curhat by I E Z S M Y at 11/20/2010 09:18:00 PM

what is blur??


ini dari segi fotografi ia bermakna yang gambar tu kurang terang, kurang jelas, sehingga terpaksa telek dekat2 nak tengok lubang hidung orang dalam gambar. ha cuba telek, nampak tak lubang hidung gambar atas ni?=D

dari segi manusia, bermaksud, confius, lambat pickup, lambat paham. paham? jangan blur pulak maksud dia tu. =D
ok abaikan yang dari segi gambar tu..saya nak cerita tentang blur dari segi manusia. =) pernah tak alami perkara macam ni?

1. dimana seseorang bercerita tentang kisah cinta yang banyak kali tak jadi, dari yang pertama sampai la ter latest sekali, dengan bersungguh2 dan fokus, bila dah habis, masa tu si blur tengah pandang depan, lepas tu pandang muka dia, fokus tenung sampai nak tembus.. dan kemudian dia cakap pada si blur tu, 'oii kau paham tak apa aku cerita nih?? tak paham la tu.' 'ha? kejap eh nak pahamkan ni.' 'huh lama betul kau nak paham, penat aku cerita sampai bersembur air liur.'
maka dia pun tarik muka cuka masam. si blur masih lagi blur. (^_^)

atau

2. situasi yang sama, tapi tiba2 si blur bertanya soalan macam ni..ehem2..'macamana kau boleh putus dengan yang pertama tu?' atau2, 'cuba kau cerita balik dari mula sampai abih, aku tak paham sangat pulak.' lepas dah di jawab, tanya soalan lain pulak, lepas tu tanya lagi dan lagi dan lagi.....*dengan muka sekupang. yup, memang kita terasa nak tampar si blur ni sedas dua. tak tipu. betul tak?

atau

2. korang yang si blur tu. 0.o

ok..saya kadang2 yang pertama, kadang2 yang kedua, mostly yang ketiga..tak tipu jugak. saya kadang2 akan jadi blur. sampai kawan2 kolej saya gelarkan saya minah blur. hehe. entah la, saya ni jenis yang lambat paham. bukan la lambat sampai 1,2 jam, just ambik masa nak memahami apa yang diceritakan.

blur ni ada 2 jenis, yang diam dengan muka sekupang, jenis ni lambat nak paham, sampai orang yg bercerita tu tertunggu2 respon dia. memang kena bersabar la yek. kedua, yang tanya macam2 soalan sampai tak larat nak menjawab, jenis ni dia paham, tapi konon nak lagi paham, or tak nak orang tau yang dia tu sebenarnya blur, so ditanya soalan2 yang macam peluru machine gun, lepas satu, satu, dan kita pun sampai sakit hati nak menjawab, soalan yang lebih kurang sama cuma twist2 sikit je. macam budak kecik la, selalu tanya soalan yang sama banyak kali. memang kena banyyyaakkkkk kan bersabar. huhu. -_-

perkara ni selalu terjadi apabila saya dengan si dia. si dia bercerita sungguh2, emosi, fokus bla bla.. bila dah habis, saya senyap, pandang depan, tanpa mengendahkan si dia. kemudian si dia pun cakap,
"huh tak paham la tu. penat je cerita."
ha?
"bukan lah, orang nak pahamkan. amik masa sikit le.."
"yelah tu"
"huh tak nak caya sudah, kalau orang tanya soalan macam2 marah pulak cakap kita ni banyak tanya lah tak paham lah apa lah."

dan saya jugak cepat membebel. hihi. kadang2 terjadi jugak yang jenis banyak tanya tu. mungkin masa tu saya tengah aktif bertanya. sampai si dia malas nak jawab dah. =(
maka dengan itu, si dia gelarkan saya si lampi..atau ayat panjang adalah lambat pickup. yelah, lambat nak pick up or paham sesuatu benda. terima kasih abang dengan gelaran tu. huh. T__T

ada tak cara mengatasi blur ni? entah la, tak pasti ada cara nak mengatasi atau tak, tapi kita boleh prevent, macam orang sekeliling kena main peranan, kita sendiri jugak, pada kawan2, partner atau sapa2 yang rapat, boleh bagitau dengan sopan, aku ni blur sikit, kalau korang cerita apa2 aku amik masa nak paham. kan molek tu. tak la kena sound dek kawan je, or tak la terjadi insiden2 nak kena tampar, or tak la kawan bermasam muka. hihi. and kalau yang mana tak tau kita ni jenis blur, terpaksa lah bersabar, jangan terus nak tuduh bukan2, kang jadi gaduh besar pulak. tak patut, tak patut. kesimpulannya, jangan la hentam si blur ni teruk2, mereka tak mintak di jadikan begitu. eceh..yolah tu...

terima lah si blur ni seadanya. haha =D


notasajatambah: ayah demam, and getting better, tapi risau. T__T


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting