Friday, November 19, 2010

Bulk entry

Curhat by I E Z S M Y at 11/19/2010 09:56:00 PM
ha amik, terus bulk entry aku bagi. haha. sori dah lama tak post, alasan utama, MALAS. (-_-)

ok nih baca la bebelan saya ni sampai lebam! skip sekejap preparation tunang.

~ SELAMAT HARI RAYA HAJI. sempat lagi kan?dah lewat 2 hari. tapi sempat lagi kan?hihi

~ kerja banyak, kadang2 balik lambat, ok tipu, balik lambat sebab pegi bandar carik entah apa2 temankan si dia. yelah pembantu peribadi harus ikut ke mana si dia pegi. cehh. =D so sampai rumah dah pukul 8, mandi, makan, amik masa nak on internet, cucuk wayar sana sini, nak tunggu dia connect, sebab kadang2 dia gila, *wow panjang penjelasan hihi. lepas tu tengok fb, baca status orang, komen2, tengok status yang dah lepas2, gelak sorang2 bla bla bla sampai pukul 1130, kadang2 tak sedar dah pukul 12 jadinya tak ada mood nak membebel panjang2 kat sini. heee =)

~ download 5 movie dalam masa 2 minggu. syabas! yang tu tak malas. haha.nak? =p

~ si dia kadang2 cakap pasal baby.tak sabar dah ke?huh? ok nak cerita sikit. bulan lepas, tak ingat hari apa, masatu on the way balik dari kerja, saya dan si dia selalu bergurau senda dalam kereta, bergurau senda yang sopan ok. jangan pikir bukan2. ok2 dah. tiba2 si dia cakap ini, "best jugak kalau ada anak sendiri kan?" ha? masa tu saya terus terdiam, tak cakap apa. senyum pada si dia. tapi sebenarnya, banyak tanda soal atas kepala. ??????? tapi saya diam, buat macam tak ada apa2. walaupun si dia banyak bagi hint berkenaan hal itu. ohh just ignore it... o.0

~ minggu lepas ada sale di east coast mall, dan saya dah borong 1 cadar, dan selimut lembut apa entah namanya warna biru putih, of course. =) dan esoknya pulak beli bantal 4 segi warna pink pekat 3 bijik for mini pelamin. murah ok. baik beli sebelum terlambat. hehe. eh kata nak skip preparation, hmm lantaklah.

~ raya haji di sambut dengan biasa2 aja. yelah cuti sehari, lagi pulak tengah2 minggu, hari rabu, tak tau nak cuti tambahan hari apa, so decide tak payah cuti lah. malas. tengok malas lagi. hihi. petang keluar, konon nak pegi photoshoot kat Telok Chempedak, tiba2 si dia mesej, kawan sekerja kami ajak pegi beraya kat rumah dia, hmm ok. si dia bab makan laju je. huh. sampai rumah dia pukul 3, makan2 borak2. rendang daging dia pedas gila kott!! berair hidung. 0.O dah sudah makan, borak2 lagi tengok jam dah pukul 5. hoh?sabau je lah tak jadi gi Telok Chempedak. tak pe lah, next time. T__T

~ seminggu sebelum pertunangan, saya akan ke Johor, ambik kakak saya pulang ke Kuantan, sebab husband dia tak dapat cuti, so saya dan si dia di tugaskan untuk mengambil beliaw. seronok, boleh jalan2 kat JB, dah lama tak ke sana. doakan keselamatan kami ye.

~ cukup tak?nak lagi ke? tak tau nak bebel apa dah ni. oh ye, esok saya bercuti. hehe. hari2 bangun pagi pegi keja, mesti pikir tak sabar nak tunggu pukul 5, haha belum stat keja dah pikir nak balik. teruk sungguh! =D

entry kali ni tak ada gambar kucing. malas nak google. ok tolong jangan cop saya perempuan malas. kadang2 bila ia menguasai diri, i just cannot avoid it. it is just a temporary feeling only. esok lusa rajin lahhh...kotttt... =D

notasajatambah: daisypath kata tinggal lagi 4 minggu. =0

0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting